Sunday, September 19, 2010

adakah aku masih punya waktu?

salam,

berapa banyak masa lagi yang ada untuk aku dapat tatap wajahnya,
berapa banyak waktu lagi untuk aku dapat lihat senyumnya,

kerut dan uban yang menjadi bukti penat lelah dia untuk kami semua,
membesarkan kami yang bermacam ragam,
bekas tanda sujud di dahinya itu,
tanda penghambaan dia pada Penciptanya

berapa banyak waktu yang masih ada,
untuk aku dapat berbakti pada dia,
untuk aku balas segala jasanya, mampukah aku?

adakah aku masih punya waktu,
untukku dengar segala kata nasihat dari dia,
untukku ketawa dengan senda guraunya,

kenangan itu, masih segar di ingatan

di saat dia pulang dari kerja, stokingnya kubukakan,
sebagai ganjaran, ada hadiah yang akan kuterima.

di saat aku mengadu nyamuk yang jahat telah menggigitku,
cepat-cepat dia sapukan ubat padaku.

di saat ku sedih dengan keputusan examku,
dia tak jemu memberi kata perangsang.

di saat ku perlukan sesuatu,
dia berusaha bersungguh untuk mendapatkannya.

di saat orang lain ragu-ragu dengan kemampuanku memandu kereta,
yakinnya dia tetap ada.

di saat raya tiba,
dialah penyumbang duit raya terbesar untukku :p

di saat ku tercari-cari spec ku yang sering kali tersalah letak, (sehari, 5kali kot)
tak jemu-jemu dia memberi cadangan untuk memakai spec bersama tali (nanti macam org tua kataku :p)

di saat ku kembali ke kolej,
dahiku ini tak lupa dikucupnya.

sayu dan sebak dada ini,
saat mendengar doa tulus untuk anak-anaknya tersayang,
ketika solat berjemaah itu berakhir,
dia sebut setiap daripada kami ini dalam doanya itu,

dia yang sangat mementingkan solat, solat di awal waktu dan secara berjemaah katanya,
dia yang sangat kemas dan pembersih orangnya
dia yang menjadi ketua keluarga,
dia yang menjadi kekasih hatiku,
dia yang kugelar bapa,

aku tahu, suatu hari nanti jika bukan aku yang pergi meninggalkan dia, mungkin dia yang akan pergi meninggalkanku. Moga dengan kesempatan waktu yang ada ini, dapatku berbakti kepadanya dan membuatnya tersenyum sentiasa.

Ya Allah, kau panjangkan umur bapaku dalam mentaatiMu, kau ampunkanlah dosanya, kurniakan kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat kepadanya. Terima kasih Ya Allah kerana menjadikan dia bapa yang terbaik buatku..


sanah helwah ya abi..uhibbuka fillah abadan abada.. ;) 20 september 2010.

p/s: sedih pulak post ni.. selalunya wish besday mesti hepi2 je kan. xtaula, td dengar kat ikim cakap tentang ibu bapa dan hakikat perpisahan kita dengan mereka nanti
p/s: sehari awal, sok agak sibuk ckit. takut xsempat..huhu
p/s: kalau lelaki nak cari calon isteri, biasanya dia nak yang ada sifat2 macam mak dia, kalau perempuan, nak macam ayah dia ke???



3 comments:

Anonymous said...

salam 'alaik..
sgt suke dis post and other post..

blog yg unique..
thumbs up..

keep up:-)

azk2121 said...

wslm,

jzkk ats komen y diberi..
ble nak tukar nama? xnakla anonymous 2..

Nhu said...

aik,bt anonymous pn xleh ke..

yela..

t cheq tukar nama ye..:-)