Wednesday, September 15, 2010

mengeluh???


salam,

hari ini, sebelum kita mengeluh dengan kesibukan belajar,
fikirkan mereka yang tidak dapat belajar seperti kita,

sebelum kita mengeluh dengan rasa makanan,
fikirkan tentang mereka yang tiada apa-apa untuk dimakan,

sebelum kita mengeluh dengan kerenah sahabat-sahabat,
fikirkan mereka yang tidak punya sahabat, kawan mahupun taulan,

hari ini, sebelum kita mengeluh dengan kesempitan wang,
fikirkan mereka yang meminta-minta di jalanan,

sebelum kita mengeluh mendengar leteran ibu,
fikirkan mereka yang ingin sekali memanggil ibunya,

di saat kita mengeluh tentang hidup,
fikirkan mereka yang telah kembali ke rahmatullah,

di saat kita mengeluh tentang hidup,
berterima kasihlah pada Allah kerana Dia, kita masih hidup,

ingatlah, begitulah kehidupan diciptakan,
kerana dunia ini bukan tempat beristirehat!

p/s 1: minggu ni cafe xbukak, memang ramai yang mengeluh
p/s 2: lainnya rasa waktu g ward masa bln Ramadhan dengan skrg. Kalau g malam2 pun masa bln puasa, rasa selamat je, tenang je, skarg ni rasa lain.
p/s 3: Rindu nak tengok bulan, rindu nk terawih, rindu dgn ramadhan~

2 comments:

Anonymous said...

Bila kita memulakan sesuatu...
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah...

Bila kita berniat...
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...

Bila kita berusaha...
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa...

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...

Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..



Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah...
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi.



Sedangkan...
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,

Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira...
Allah takkan lupa pada langkah kita.

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
(Ar-Ra'd:11)"



Kerana itu..
Pada masalah harus bersabar dan redha
Pada ujian harus tabah dan teguh
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakal
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakal..

Sama tetapi tidak serupa,

Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...

Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar dunia mengikuti dengan redha...

Di sana,
Akhirat yang pasti...

-shbt dunia akhrt-

azk2121 said...

salam, i know u..:)
tq atas peringatan..
insyaAllah.. shbt dunia akhirat~