Thursday, September 23, 2010

pengalaman itu mendewasakanku



salam,

o&g,
obstetric & gynaecology,
orang-orang garang,
orang-orang gempak,
itu gelaran untuk department ni. :p

memang betul pun,
6 minggu yang lepas,
kami yang masih mengekalkan suasana relax dengan surgery,
agak mengalami culture shock,
dengan doktor-doktor dan profesor-profesor yang tegas,
dan paling best, aku dapat doktor yang paling garang di ward orange tu. :)

red, green, yellow and orange team,
ada 4 team, dan setiap team ada ward masing-masing,
orange ward yang paling relax sebenarnya
sebab sekali seminggu je dia punya grand ward round.
red-hari-hari, yellow-3x, green-3x seminggu,
tapi, yang lagi best, aku ada ward round setiap hari,
sebab supervisorku itu nak wat round hari-hari ;)

-----------------------------------------------------------

pengalaman itu mendewasakanku..

labour room;

kat sini lah, aku pertama kali melihat orang bersalin,
pertama kali menyambut kelahiran bayi,
bayi kepada seorang doktor, (bertuah :)
pertama kali memotong cord,
pertama kali masukkan CBD,
dan segala macam prosedur lain

kat sini jugalah, aku tanpa segan silu tertidur,
pulang lewat pagi,
bersahur, bermoreh di sini :p
kat sini jugalah,
kami dimarahi mid wife,
kami bergelak ketawa dengan mereka,

aku ingat lagi jumaat malam itu,
seorang pesakit Myanmar yang mengalami masalah komunikasi,
yang mempunyai threshold pain yang rendah,
sedang mengalami contraction pain untuk bersalin,
kami semua perlu pegang kaki dan tangan dia kuat-kuat,
sebab dia meronta-ronta sampai nak jatuh katil,
dan banyak perkara lucu yang berlaku waktu ni,
mid wife sangat hebat untuk manage patient tersebut.

aku ingat lagi malam itu juga aku beroncall dengan HO yang tersayang,
dia tegur aku dulu,
tanya namaku, asal mana, taaruf2..
malam itu jugak tengok dia yang kepenatan tertidur di depan kami semua,
di sofa labour room itu..
seminggu sebelum dia bergelar isteri orang..

ward;

pertama kali present case di depan ramai orang,
profesor, doktor, regisrar, nurse, 5th year, 3rd year student,
betapa nervousnya aku waktu tu,
di sini juga, pertama kali dicubit oleh supervisorku,
pertama kali di marahi depan patient,
pertama kali perlu cover bed,
pertama kali menolong kakak staff hospital mengganti cadar,
pertama kali menulis admission clerking dalam fail patient,

setiap malam aku perlu ke sini,
untuk cover bed,
jalan seorang diri ke ward pada malam hari di bulan ramadhan lalu,
sangat meninggalkan kesan,
tak rasa takut, rasa tenang je, sambil tengok bulan

clinic;

pertama kali palpate perut ibu mengandung,
pertama kali dengar fetal heart sound,
di sini berdiri berjam-jam lamanya,
di sini juga, dimarahi doktor (kat semua tempat, kene marah..huhu)

lecture hall;

di sini, buat pertama kalinya aku jarang tertido,
sebab doktor/prof akan tanya soalan kat setiap orang,
di sini juga, tempatnya
kami mendapat kata-kata motivasi dan inspirasi dari doktor/prof,
semua lecturer sangat boleh inspire orang lain.

----------------------------------------------------------

kalau dulu-dulu, takut nak present case,
sekarang dah berani sikit.

kalau dulu-dulu, takut kene marah dengan doktor,
sekarang, sentiasa bersedia kene marah.(huhu)

kalau dulu-dulu, suka sangat surgery,
sekarang, o&g lah bertahta di hati :)


ni tengah solat (sujud) ke tido ni?


p/s 1: kenapa garang? sebab they are dealing with not only 1 life, but 2! (mother n the baby)
p/s 2: kenapa tegas? nak didik diri kami jadi successful doctors, nak ajar kami bahawa medic bukan course yang mudah
p/s 3: senior penah gtau ada student yang wat ranking midwife mengikut kegarangan..huhu..
midwife sendiri pernah cakap diorang pun tension dengan tugas diorang, kene ajar patient macam mana nak push, memang kene banyak sabar, so jangan la ambik hati kalau diorang marah-marah tu.
p/s 4: salah 1 cara nak buat diri tersenyum-tengok baby.mesti rasa nak senyum. lepas kene marah dengan doktr or midwife, terus cari baby..huhu
p/s 5: dr.fadhilah dan pasangan: barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair. (25 sept 2010). Cepat2 mengandung ye, nak sambut :p

2 comments:

wardah said...

salam. gud entry,kami pun kena sedia...
bisakah???

azk2121 said...

wslm,insyaAllah boleh..prepare siap2 mental dan fizikal..huhu