Wednesday, October 26, 2011

ex



bismillah,


alhamdulillah. tamat sudah exam.
dan exam kali ni, yang paling mencabar, sungguh.
sedang melatih diri menerima apa sahaja ketentuan Dia,


menjawab soalan paedatric, palpitation sentiasa,
soalan panjang, tapi masa pendek.
tapi, posting paeds tetap best berbanding ortho 
(walaupun soalan exam paeds tak best!)


exam kali ni, waktu study week paling banyak discussion.
bincang soalan-soalan past year,
buat p.e sama-sama,


mungkin semua cuba sembunyi stress mereka,
ada yang tunjuk kuat, muka tabah sentiasa,
ada yang tak segan-segan, meluah segala rasa,


tapi, semua punya rasa yang sama,
semua merasa yang sama,
tertekan dia, tertekan juga yang lain.
risau dia, yang lain juga sama,
fitrahnya memang begitu.


sebelum exam, waktu study week, jumpa siapa pun, senyum dalam stress
masa exam, dalam dewan exam, muka stress sentiasa, menjawab exam,
habis exam, keluar dewan, senyum kelat.


mana mungkin dapat pengalaman persis ini lagi waktu dah bekerja nanti,
merasa nikmat berukhwah, 
merasa nikmat membaca buku-buku tebal, 
merasa nikmat menghargai masa-masa berharga sepanjang study week.
merasa nikmat menjawab exam (yang susah)
dan merasa nikmat menjadi pelajar, menjadi pelajar perubatan!
yup. ia satu nikmat!


setiap kali terasa ingin melakukan dosa, ingatkanlah dirimu Allah itu Maha melihat
setiap kali merasa diri sangat hebat, ingatkanlah dirimu segalanya itu hanyalah pinjaman dari Allah
setiap kali di timpa ujian, ingatkanlah dirimu Allahlah sebaik baik tempat meminta pertolongan. 
setiap kali merasa bimbang akan masa depanmu, ingatkanlah dirimu, rezeki itu di tangan Allah.
dan setiap kali aku terlupa, ingatkanlah aku!


thank Allah for what you have. trust Allah for what you need!


“dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh BERAT, kecuali orang-orang yang KHUSYUK. iaitu orang-orang yang meYAKINi bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali padaNya.” (Al-Baqarah:45-46)  


p.s: ex untuk exam (yang dah habis). 
p.s: doakan kejayaan kita bersama!
p.s: cuti tak banyak, mari menikmati dengan penuh manfaat!


kata orang,
jangan menanti kaya baru boleh menderma
kerana kita sendiri tak boleh memberi angka, kaya itu berapa

sama jugalah dengan masa
bila masanya kita lapang?
maka bila ada banyak, hulurkan dengan banyak
bila ada sikit, hulur yang mana ada.



2 comments:

dayah said...

km suke ayat ko ni

"setiap kali di timpa ujian, ingatkanlah dirimu Allahlah sebaik baik tempat meminta pertolongan.
setiap kali merasa bimbang akan masa depanmu, ingatkanlah dirimu, rezeki itu di tangan Allah."

thanx so much..:-)

azk2121 said...

=) ayat kopipasta