Friday, October 29, 2010

adakah alasan lagi untuk kita tidak bahagia?


bismillah,

bahagianya bila rasa bahagia,
bahagia lagi kalau dapat buat orang lain bahagia,
bertambah-tambah bahagia kalau dapat membahagiakan orang yang membahagiakan kita

tak sume orang boleh rasa bahagia,
tak sume orang Allah bagi nikmat bahagia ni,

bahagia itu bukan hanya bila kita rasa seronok,
bahagia itu bukan hanya bila kita tak ada masalah,
bahagia tu hadir, walau dapat tengok wajah mereka yang kita sayang,
bahagia itu datang, bila kita dapat buat orang lain tersenyum,
bahagia itu subjektif

ada yang bahagia, bila dapat tengok wayang, berkareoke
ada juga yang bahagia bila tengok orang lain menderita,
ada yang bahagia bila dapat keputusan cemerlang,
ada yang bahagia bila time makan :p

tapi, hebatnya orang yang bahagia bila ditimpa ujian,
bila diberi dugaan, dia bahagia
bila dilanda mehnah tribulasi, dia bahagia.

bahagia kerana Allah pilih dia
bahagia sebagai kifarah dosa dia
bahagia kerana ujian itu menguatkan dia

sebenar-benar bahagia itu apabila kita sentiasa bersama Allah dalam apa jua keadaan untuk mendapat redhaNya,
semua kejadian, adalah nikmat dari Allah..jadi adakah alasan lagi untuk kita tidak bahagia?

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah, hati menjadi tenteram" (13:28)

"orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik" (13:29)

jom jadi bahagia yang sebenar!



p/s: bahagia sbb dah hbs exam o&g
p/s: time exam, tgn ni asyik gatal je nak menaip..macam2 bende nak tulis
p/s: sejak 2 menjak ni, rasa mcm duk oversea, sejuk sgt..
p/s: ada 1 hr lg exam, isnin ni..Ya Allah bantulah aku dan sahabat2.


Tuesday, October 19, 2010

jom bersedia berperang !




Perhatian untuk semua para pejuang(pelajar)
yang mengatakan dirinya sedang berjihad di medan perang(exam)!!

anda akan menghadapi dua fasa peperangan.

Perang o&g,

Perang surgey,

atau

Perang internal med,

Perang jkm.

misi kita menumbangkan musuh ketat kita(syaitan)yang kerap membisikkan pujuk rayu malas ke telinga kita!

aim kita hanya antara dua.

hidup mulia (najah)

atau

mati syahid(ajal fi sabilillah)

tiada tersenarai langsung dalam misi kita,
untuk kalah dalam peperangan2 ini (rasib),
atau sekadar menang cukup2 makan
(pulang dalam keadaan hampir mati@hampir rasib).

kita bersepakat yang kita
tak mahu mengulangi kesemua Perang-perang ini
kerana ia satu pembaziran masa, wang dan tenaga.

kita mahu menghadapi Perang-perang yang lain pula, bukan mengulangi perang yang sama.


kita tidak akan menggunakan cara kotor(meniru) untuk menang,


dan kita akan berperang dengan adil dan benar,sebab kita tahu Allah bersama orang-orang mu'min.
dan kita beriman dengan sifat Allah Yang Maha Melihat,
Maha Mengetahui.

kita mahu upgrade diri kita,
menjadi pahlawan yang lebih berskill dan mahir dengan ilmu baru, perang baru.

dan kita bertawakkal kepada Allah sepanjang masa,
sebelum, semasa, dan selepas.

result kita mungkin cukup-cukup makan bila diumumkan,
tapi kita tahu yang kita tak pernah langsung berniat mendapat result sebegitu.


cita-cita kita besar,
dan kepada Allah kita serahkan segala-galanya.

SEGALANYA.

kita berazam untuk najah, atau mati syahid.

kita tak pernah berazam untuk berjihad main-main.

dan kita redha dgn segala apa yang ditentukan untuk kita,
kerana kita tahu, itu yang terbaik untuk kita.

selamat datang ke medan perang.

selamat berjihad.

"maka apabila kamu berazam, bertawakkallah kepada Allah.."

p/s: copy n edit dari blog seseorg. tapi xingt blog mne. Ya Allah, kurangkan tdoku, bykkn aml dan ibadah ku serta istiqamahkan aku dalam study.

p/s: memang xnk post pe2 pn sblm exam ni, tp sbb kene naikkan semangat dulu. Jom bersedia untuk berperang!!! prepare diri betul2..


Friday, October 15, 2010

dimarahi sebelum disayangi


bismillah,

secara rasminya, tamatlah sudah 8 minggu berposting di o&g department.
dan tinggal seminggu lagi untuk final exam sem 1 di clinical year ni.

Alhamdullilah, dapat disimpulkan o&g is the best posting for me, in this period of time.
macam-macam pengalaman, kenangan dan ilmu yang dapat dikutip sepanjang berada di department ni.

macam-macam ujian Allah beri pada kaum hawa,
untuk uji keimanan hambaNya.

ada yang nak sangat anak,
untuk dapat seorang anak pun susah,
terpaksa berhabis duit, berkorban masa dan tenaga,
untuk menjaga kandungannya.

ada pulak yang Allah beri rezeki untuk dapat anak ramai,
tapi menggugurkannya kerana sudah berpuas hati dengan bilangan anak yang ada,
tapi kuasa Allah itu mengatasi segalanya.
mengandung lagi tetapi dengan fetal anomaly (kecacatan pada anggota bayi).

ada pula kisah gugurkan (aborted) 9 kehamilannya kerana berzina,
tapi, bila dah berkahwin, dan mengandung melalui hubungan yang halal,
berlaku pula keguguran (miscarriage).
Allah itu maha adil.

suka dengar ibu2 mengandung yang sedang mengalami contraction,
menyebut-nyebut nama Dia yang mulia,
hanya mengharap pertolongan dariNya.
walau sakit yang dialami mampu menggoyah iman,
demi mendapat redha dan keampunan Allah, mereka tetap tabah!

----------------------------------------------------------

mendapat supervisor yang garang sememangnya mahu dielakkan :p
tapi, Allah tahu apa yang terbaik untukku.

dr.R marahnya mahu mengajar,
jeritnya mahu membimbing,
cubitnya mahu mengingat,
kata-katanya mahu memotivasikan.

pertemuan kami semua di biliknya pada hari tu,
sangat membimbangkan hati,
memikirkan case write up (cwu) yang tak berapa bagus,
dengan buku log yang tak habis terisi,
mengundang resah di hati.

tapi, sangkaanku meleset,
cwu yang dihantar sehari lambat itu diberi komen yang membunga di hati (alhamdulillah),
buku log juga begitu.

doktor komen performance setiap seorang dari kami,
bertanya tentang short case,
memberi nasihat dan penjelasan,
dan memberi kata2 motivasi untuk kami.

memang kami selalu dimarahi,
sering kali di tegur,
tapi, kami juga ketawa bersama,
bergurau bersama.

bukan mendapat dr.yang paling garang,
tapi yang paling penyayang,

untuk aku,
bersusah2 sebelum bersenang2,
bersedih diri sebelum terharu di hati,
dimarahi sebelum disayangi..

indah dan manisnya aturan Allah :)


p/s 1: 1 grup bagi hadiah pada dr.R tadi..
p/s 2: sedih.dah tak dpt jumpa HO ksygn. mintak2, lepas ni posting sme lg.
p/s 3: post terakhir sebelum exam..moga Allah bantu aku dan shbt2.

Monday, October 11, 2010

chicken chop vs chicken pox

dah lama tak makan chicken chop kat retoran kapal kt kg.baru


bismillah,

menulis dalam mode rindu~

baru telefon mak tadi,
bertanya khabar,

"mak sihat?"
"mak sihat, alhamdulillah. tau tak, dakwin ada kat rumah sekarang ni?"
"hah, kenapa pulak?"
"dia kene chicken chop"
"hahahahahaaaaaaaaaaa..chicken chop ke chicken pox mak?
"chicken pox..hehe..mak tersalah sebut"

tiba-tiba terus teringat kisah lama,
mak ngah tanya mak,

"pokok apa ni ye?"
"dragon ball.."
"emm..macam pernah dengar"

hahaha..aku yang terdengar perbualan tersebut terus menyampuk;
"mak, dragon fruit la..haha"

mak memang terror bab tukar2 perkataan ni. :p

-------------------------------------------

ok, sambung balik kisah chicken pox.
cakap dengan mak, dengan dakwin, rasa nak tergelak je.
dakwin pun marah kat aku sebab gelakkan dia.
dia pun start cerita dia, dan bermulalah pengurangan kreditku. :p

1 bintik merah yang tiba-tiba ada di badannya,
tak berapa dihiraukannya, nyamuk mungkin.

kemudian, timbul pula 1 lagi bintik merah di mukanya,
tak dirisaukannya juga, kerana fikirnya jerawat.

dan, setelah beberapa bintik merah itu bertambah,
dia pergi jumpa cikgu biologinya untuk mintak diagnosis,
tapi, dalam bilik guru itu, cikgu fizik dia pulak yang bagi diagnosis.
"tu chicken pox tu, dah g balik, g balik"

terus air matanya mengalir, (ish, buat malu je. adik sape ni)
bukan sebab cikgu tu suruh balik,
tapi memikirkan dia terpaksa cuti lama,
dengan spm nya yang kian tiba.

terus cikgu biologinya memujuk,
"tak pe, alhamdulillah awak kene waktu sekarang, bukan waktu exam nanti"
setuju~~

---------------------------------------------

bayangkanlah, macam mana kreditku tak habis,
bila semuanya dia ceritakan.
dahla, tak habis-habis suruh aku balik rumah jumpa dia.
katanya, bila aku tengok dia, mesti dah tak kenal,
aku gelak je bila dengar dia cakap macam tu.
tapi, aku teringin sangat tengok muka dia yang konon2 nya dah berubah, sampai aku tak kenal tu..

sempat pulak dia cerita tentang maher zain datang malaysia,
sakit2 pun, sempat tengok tv lagi..haih
dakwin dakwin..

-----------------------------------------------

' dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang' (riwayat imam bukhari)

ujian dari Allah untuk kita lebih menghargai masa dan kesihatan yang dikurniakanNya. Bila dah sakit, baru tahu makna sihat. bila dah sibuk, baru terasa nikmat lapang.

Ya Allah, kau berilah kekuatan dan ketabahan hati pada dia. dan sesungguhnya perancangan kau itu adalah yang terbaik. Moga dakwin dapat menyingkap hikmah di sebalik ujian ini.

langsir kat rumah corak apa ek? ;p


p/s 1:tak ingat sangat bila aku kene chicken pox..masa tu kecik lagi rasanya.
p/s 2: mak ada exam ptk hujung minggu ni. bila tanya dah habis baca buku ke belum. jawab mak, dah.. tapi dah tak ingat..hoho
p/s 3: buku gynae terletak ats bmbung kereta kawanku..dah tak tahu la kat mana buku tu mendarat :p (sapa suh cuai sangat)


Wednesday, October 6, 2010

pmr ku


bismillah,

tahun 2004, aku menjadi calon pmr,
menjangkakan aku akan duduk depan sekali dalam dewan,
dengan status namaku yang bermula dengan a,
ternyata meleset.

duduk di kedudukan ke 14,
dengan penglihatan yang kabur, (masih tak tahu rabun waktu ni)
aku hanya nampak warna putih jam dinding besar di depan dewan.

kenangan yang tak ku lupa sampai sekarang,
aku tak bawak jam waktu tu!!
dengan sifat aku yang memang tak suka angkat tangan,
untuk panggil pengawas peperiksaan,
sangatlah mencabar.

dengan mengharap belas ihsan dari sahabat di sebelah,
aku dapatlah menjeling-jeling jam di tangannya,
menjeling-menjeling jawapan juga (huhu..xdela)
kadang-kadang, mengecikkan mataku untuk melihat jam dinding besar di depan,

sangat mencabar waktu tu.
untuk mengerah tenaga mengingat jawapan,
mengagak-agak berapa banyak waktu yang masih tinggal,
dan berusaha untuk tidak menghiraukan pengawas yang lalu lalang di sebelah aku. :p

pmr itu walau banyak dugaannya,
walau ada susahnya,
ia tetap jadi kenangan terindah buatku..

ada yang tak sempat pun nak amik pmr, ajalnya telah tiba.
ada yang tak cukup duit pun nak amik exam, terpaksa bekerja mencari rezeki.

'hadapilah setiap detik kehidupan ini dengan penuh makna, kerana tak semua orang dapat nikmat yang kita dapat sekarang, dan kerana masa lalu itu adalah kenangan terindah buat kita, jika segalanya kerana Allah.'

'semua orang mengharapkan kejayaan dalam hidup mereka, dalam exam mereka, tapi sesungguhnya kejayaan yang sebenar adalah berjaya terhindar dari azab api neraka dan beroleh syurgaNya..moga kejayaan ini yang amat kita harap2kan..insyaAllah'

p/s 1: oh rindunya nak g sekolah..
p/s 2: teringat dulu2, masa ujian selaras, ada yang bawak jam loceng letak atas meja. cikgu xyah gtau dah habis masa, ble jam dia bunyi, satu kelas boleh dengar n tau mse dh hbs..huhu..waktu pmr hr 2, die xbwk plak..
p/s 3: short case ku tadi..Ya Allah, moga kau beri taqdir terbaik buatku!


Tuesday, October 5, 2010

doktor..doktor..



salam,

scene 1: tengah menyibuk kat kaunter kat ward, mencari fail patient.
" assalamualikum doktor, saya nak tanya sikit, "
" minta maaf encik, saya belum jadi doktor lagi (senyum..) "

scene 2: berjalan di koridor, dari surau.
" doktor, doktor..kat mana toilet? "
" eem..jalan straight, pastu pusing kanan.. pakcik saya bukan.. " (xsempat cakap, dah pegi, nak cepat kot)

scene 3: di ward, clerk patient.
tengah clerk sorang makcik ni, ada bunyi phone, anak dia angkatkan,
" doktor tengah tanya soalan kat mak ni.. " (medical student la dik..belum doktor lagi--cakap dalam hati)

scene 4: di surau, sebelum berqailulah..
" adik, surau ni memang langsir die separuh je ke? "
" taklah, sebelum ni tutup je semua, tapi maybe die tengah basuh kot langsir yang separuh lagi, tapi..dah lama dah ni, or ni mungkin taktik die untuk mengelakkan kitaorang bising..huhu"
" oo..(sambil tengok name tag aku) eh, nama adik sama ngan nama kakak akak la..die pun doktor jugak "
" oo..yeke (muka excited)..jarang saya jumpa orang yang nama sama ngan saya. die dah jadi doktor dah? "

-----------------------------------------------------------

ni antara peristiwa dan dialog yang berlaku kat hospital.
memang banyak kali orang panggil aku doktor..
tak taula sebab apa,
nak kata ada gaya macam doktor, tak bergaya pun..(stethoskop pn kadang2 xbawak)
nak kata tinggi macam doktor, memang tak lah kan,
tapi ramai je yang tahu kami semua ni student.
ada sesetengah orang je yang tak tahu..
selalunya, pakcik2, makcik2..

tapi aku tak kisah sangat,
suka pun ada gak,
semangat nak belajar pun bertambah,
sebab diorang secara tak langsung mendoakn aku,
selalu jugak, habis je clerk patient, cakap kat mereka, 'semoga Allah sembuhkan..'
dan mereka balas, 'terima kasih..belajar elok-elok ye..'
aku balas balik, ' InsyaAllah, doakan ye makcik..'

dalam kita nak mencapai sesuatu kejayaan itu,
doa dari ibu bapa,
guru2/pensyarah2/doktor2/prof2,
pesakit2, sahabat2,
sangat penting..

hablumminallahu wa hablumminnas..

p/s 1: rabu ni short case. moga Allah permudahkan..untuk aku dan sahabat2..
p/s 2: racist kah aku? sbb selalu kalu bole nak clerk pts yg sebangsa n seagama..rasa selesa ckit
p/s 3: semakin hari semakin sedih nak tgglkn o&g.
p/s 4: td ada sahabat cakap mulut aku masin.. sebab die tiba2 kene wat short case td..aku main cakap je die kene wt hr ni..tiba2 btul pulak..(firasat oh firasat)