Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, April 27, 2012

ada kat mana-mana?



bismillah,

dapat call dari dia.
mengadu sedih dengan markah fiziknya.
aku jadi tukang dengar. memang pakar mendengar je.
dia sedih. tapi dia pujuk diri sendiri. :D
siap bagi hadis. 

"takpe, mungkin ada hikmah markah fizik dakwin kali ni rendah, Allah nak suruh belajar lebih lagi kan. lagipun ada hadis ni (dia bacakan); 

seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.(HR bukhari dan muslim) 

mungkin ni la antara cara Allah nak ampunkan dosa-dosa dakwin yang banyak ni kan. positif-positif!" muncul juga suara ceria itu di hujung talian.

kata seorang kenalan,
'untungla ada adik perempuan, bole mengadu segala macam'
memang untung. bila dia mengadu, aku pun dapat tazkirah dari dia :D

-------------------------------------

kadang, kita selalu bersangka buruk dengan sesuatu yang terjadi tanpa kehendak kita,
bila apa yang dirancang tak menjadi,
cepat sungguh menyalahkan diri 
atau paling teruk, secara tak sedar menyalahkan ilahi

kata seorang sahabat,
'hikmah adalah barang yang tercicir, jadi ambillah hikmah itu di mana-mana'

ada jugak yang bertanya,
'macam mana nak jadi kuat?. mata ni mudah sangat menangis.
benda-benda simple pun, senang je mata ni berair' 

menangislah, ada hikmah tersembunyi mungkin.
'perhaps our eyes need to washed by our tears once in a while, so that we can see life with a clearer view again'


'and that it is He (Allah) Who makes (whom He wills) laugh, and makes (whom He wills) cry'. [53:43]  
whatever happens, Allah knows, and He does understand.


hikmah itu ada di mana-mana kan.
just find and grab it!
:)

p.s: nak jadi medical standby untuk bersih esok. tapi dah janji nak ke walimah kak nana. barakallahulakuma, kak nana dan zauj. =)
p.s: encik jpa menjadi bualan hangat untuk beberapa minggu ni. bertambah hangat bila pesta buku dah start.
haipp, kan hikmah itu ada di mana-mana' jpa lambat masuk, cuba cari apa hikmahnya. (diuji dengan kata sendiri?) ;) 

Thursday, February 23, 2012

cerita dia

bismillah,

petang itu, dia terus berkongsi cerita,
pantang jumpa, pasti mulutnya tak berhenti,
cerita tentang markah quiz, tentang lecturer, tentang program,
tapi, ada sesuatu yang menarik perhatianku,
ceritanya tentang ini;

dia: tak semua orang akan terkesan dengan kata-kata seseorang, kan?
aku: maksudnya?

dia: maksudnya, andai kita diberi peringatan, atau pengisian oleh seseorang, tak mudah kata-kata nasihat yang diberi itu membekas di hati
aku: banyak faktor. faktor orang yang menyampaikan peringatan. dengan faktor orang yang menerima peringatan. kalau si penyampai hanya menyampaikan, si penerima hanya menerima. memang tak terkesan!

dia: memang betul. tapi, kali ini nak cerita tentang  si penyampai. dapat kakak naqibah yang best! alhamdulillah
aku: best? kenapa? dia selalu belanja makan ke?

dia: haish. bukanlah. kata-kata dia, ayat-ayat Quran yang dia baca selalu terkesan, membekas kat hati ni. itu yang best! makanan best mudah dicari, kata-kata best pun mudah di cari, tapi nak menyentuh hati-hati ni bukan kerja mudah.
aku: setuju.

dia: nak dengar satu kisah lagi tak?
aku: kisah apa pulak

dia: ada sorang ustaz ni. cara penyampaian dia biasa-biasa je, tak macam pemidato pun, jauh sekali nak berpantun dan berlawak. tapi setiap orang yang mendengar, pasti terkesan dengan ilmu yang di sampaikan.   
aku: hebat.

dia: pastu, ada orang tanya ustaz tu, apa rahsia dia. kata ustaz, setiap kali bagi pengisian, ceramah mahupun berusrah, dia akan solat taubat. mohon Allah ampunkan dosa-dosa dia. mohon Allah jauhkan sifat ujub, riak dalam diri dia. dan yang paling penting mohon Allah ampunkan dosa-dosa dia yang boleh menjadi penghijab tertahannya ilmu yang nak disampaikan pada mad'u.
aku: allahuakbar. perlu amalan khusus ni. kita selalu salahkan mad'u. adik usrah tak datang usrah. pengisian tak memberi kesan pada hati-hati mereka. rupanya, kita tak sedar, kita belum bersungguh lagi dalam memberi. tak berusaha menambah amalan.

dia: hari tu kan, hehe. ni kisah lain pulak. tengah solat berjemaah, kakak yang jadi imam tu, terhenti baca surah. rupanya dia menahan sebak. walaupun tak faham makna, kami yang menjadi makmum ni pun rasa syahdu. terkesan pada hati. bila habis solat. dia berdoa, dan dia sebak lagi. tersentuh lagi hati.
aku: cara Allah ‘menyejukkan’ hati kita dengan pelbagai cara. kakak tu menangis dalam solatnya. menangis pula dalam doa-doa yang dipanjatkannya. itu melegakan, buat diri dia dan mereka yang mendengar.

dia: tapi kan, menunggu untuk ‘disentuh’ secara sopan memang menyenangkan, tetapi lebih menyenangkan lagi ketika mencari sendiri, agar bisa disentuh dengan utuh.
aku: jiwang.
dia: tarbiyyah itu kadang-kadang boleh jadi romantik jugak. :D

habis dia bercerita, aku monolog sendiri;
"mungkin dia juga punya amalan khusus, hanya berkongsi cerita, tapi aku turut terkesan mendengarnya. Allah sentuh hati aku melalui cerita-cerita dia. Allahurabbi"


p.s: ada impian dan harapan yang kita tidak perlu khabarkan pada orang lain, tapi cukup bercakap-cakap dengan Allah.=)

Wednesday, December 28, 2011

bahasa durian



bismillah,


1. makanan.
sekarang musim durian,
ada yang kata durian lah buah paling sedap,
ada yang kata durian lah buah paling tak tahan bau dan rasanya.

biasalah, Allah cipta cita rasa manusia berbeza-beza.
kerana kenikmatan yang paling besar
hanya akan didapati apabila semua yang merasai itu
sepakat atas kelazatannya.
dan syurga adalah tempatnya!

2. bahasa.
awak nak makan ape?
mu nok make gapo?
mung nok makang mende?
hang nak makan apa?
mau makan apa, bah?

dalam malaysia, dalam rumpun masyarakat melayu yang sama,
tapi masih punya longat bahasa berbeza,

dalam ketidaksamaan itu, kita masih berbahasa yang sama.
pabila quran dijadikan peneman,
kita berbahasa yang sama.
pabila kita berzikir,
kita berbahasa yang sama,
ketika dalam solat,
kita berbahasa yang sama.
dan pastinya, syurga menjadi kemuncak penyatuan bahasa bagi penghuninya!

berbeza itu fitrah. manusia unik. 
dengan beribu macam perbezaan, cita rasa dan bahasa, 
Islam menyatukan segalanya. 

yang menjadikan manusia itu berbeza bangsa dan berbeza bahasa adalah Allah. 
harusnya kita semua tidak lupa, mengapa perbezaan itu diciptakan Allah.
berbeza bukan untuk berbalah dan tenggelam dalam khilaf dan masalah. 
tapi atas satu tujuan yang besar:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

segala perbezaan itu tujuannya adalah supaya manusia mengecam dan mengenal. belajar antara satu sama lain. kerana manusia sering menjadi musuh kepada apa yang dia tidak tahu. :)

3. bahasa budak-budak.






































"amjad, bila besar nanti, amjad nak jadi apa? nak jadi doktor? ke nak jadi ustaz?"
"amjad nak jadi abang."
'=_=  

insyaAllah, bakal dapat anak sedara lagi. alhamdulillah.
ya Allah redhakan kami dengan kenikmatanMu yg sementara agar kami, Engkau kurniakan kenikmatan sebenar yg kekal abadi.

p.s: currently in psychiatric posting.  
p.s: bila try nak cakap bahasa kelantan, dituduh siam. bila try cakap sabah, dituduh indon. haish. I'm malaysian, ok :)







































Wednesday, December 21, 2011

dear you


bismillah

dear you,

you know I didn’t write a message like this. but this is the message I would write to you if I could. even with all my crying and fighting and struggles, I want to tell you these things. 

thank you for taking me to hospital and sitting with me in the ambulance. thank you for having my picture in your purse, in your room. thank you for always mention my name in your doa, in your sujud. thank you for your kisses and your warm hugs. thank you for your delicious cooking, thank you for your amazing words. thank you for being there when I needed you most. thank you for believing in me, even when I doubted myself. thank you for everything.

your love comes out in hundreds of ways every day. you love me inspite of all mistakes I have done. you love me inspite of my emotion and mood swing. you love me inspite of my unsatisfied exam result. you love me inspite of my difficulty in expressing my love to you directly. you love me even though I don’t act like I love you all the time. ;(

but, trust me MAK,

I love you. really love you.
always and forever!

















p.s: 58tahun lalu, insan ini telah dilantik oleh Dia, menjadi khalifah di muka bumi Allah dan menjadi hambaNya. juga menjadi ibu terbaik, ibu terhebat buat diri ini. hepi besday mak! (jumaat ni sebenarnya, tapi saja nak jadi orang yang terawal tersangatla awal wish). 
p.s: entahlah. bila nak menulis tentang orang-orang tersayang ni, jari jadi kaku. tak seperti biasa, yang laju berlari-lari atas papan kekunci. 
p.s: bila nak cakap bahasa romantik-romantik ni, eloklah ditulis dalam bahasa lain. kan :p 


Monday, November 28, 2011

cekodok



bismillah,

masuk seorang makcik bersama sahabat dia ke klinik itu,
aku dan yang lain seperti biasa memerhati dan memasang telinga,
prof dan doktor berbincang sambil melihat MRI film,
kami, medical student ni pun menyelit nak tengok sama,

ada ketumbuhan di bahagian kiri otak,
acoustic neuroma. 
makcik M masuk tadi pun dengan dipegang erat sahabatnya,
katanya tak stabil bila berjalan.
telinga kiri kurang dengar.

doktor kata perlu pembedahan segera,
perlu masuk ward.

"makcik tinggal dengan siapa dekat rumah?" tanya doktor
"makcik tinggal sorang" jawab makcik M perlahan.

"makcik dah berkahwin ke?"
"dah. tapi suami makcik meninggal 2 tahun lepas" dia mula tunduk

"anak makcik?" tanya doktor lagi
senyap seketika, makcik R sahabatnya tadi menjawab;
"dia memang tak ada anak, doktor. memang tinggal sorang sorang di Pahang tu. kami ni pun boleh tolong apa yang kami mampu tolong"

aku nampak makcik M mula mengambil sapu tangan, lantas mengelap butiran air di celahan matanya. dia menangis.
aku jadi sedih. mahu sahaja pergi ke arah dia dan memberi kata semangat.

"ooh, macam tu. maaf ye, saya tanya ni sebab nak tahu siapa yang boleh teman makcik duduk ward? sebab sebelum operation, kita perlu monitor keadaan makcik dulu" doktor memberi penjelasan.

"ada anak saudara makcik, insyaAllah boleh teman dia," jawab makcik R.

==========================================================

itu kisah mereka yang tak punya zuriat.
cuba muhasabah, adakah kehadiran kita kat dunia ni,
benar-benar sudah memberi bakti buat kedua ibu bapa kita tercinta
atau sama sahaja dengan kisah di atas. 
cuma bezanya, kita wujud di dunia tapi tanpa apa apa peranan buat mereka berdua.






“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.
“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’”
(Surah al-Isra': 23-24)

===============================

hari tu, ada sembang-sembang dengan cik wardah. 
cerita tentang mak masing-masing,
tentang kelebihan, tentang pengorbanan mereka,
sampai akhir bicara,
kami berdua tertanya-tanya,
'mampukah aku jadi sehebat ibuku sendiri?' 

"A human body can bear only up to 45 del (unit) of pain. But at the time of giving birth, a woman feels up to 57 del (unit) of pain. This is similar to twenty bones getting fracture at a time. Love our mother, the most beautiful person on this earth, our best critic, yet our strongest supporter"

=================================

makan cekodok panas bersama family itu,
lebih bahagia berbanding makan kenny rogers sendirian,

duduk depan ruang tamu sambil tengok kartun dengan mereka itu,
lebih tenang berbanding melancong ke kota Paris, London, Millan sendirian,

solat berjemaah dan meng'aminkan doa bersama mereka,
pastilah ia adalah tahap bahagia tertinggi yang dapat dirasa
=)

p.s: mood baru balik dari rumah. buku ophtal tersusun rapi dalam beg, tanpa disentuh sikt pun. haish. 
p.s: barakallahulakuma buat pasangan pertama 4th year yang telah mendirikan rumah tangga hari ni. insyaAllah, rasanya ramai lagi bakal menyusul. :)
p.s: tahniah juga buat kakak-kakak final year yang bakal bergelar ibu. =)
p.s: semakin hari terasa semakin tua.


Sunday, October 2, 2011

biarlah

bismillah,


biarlah aku dilabel anak manja,
pabila ada yang melihat
hampir setiap bulan 
ada saja yang menjenguk,


setiap kali datang, pasti ada makanan yang dibawa, 
satu hari, sedang makan-makan, aku tanya pada mak
"mak masak bila ni, mak?"
"pagi tadi, kelam kabut jugak masak"




andai waktu tu, kenyang sangat pun, aku gagahkan juga makan,

bukan sedikit yang mak masak, selalunya lebih 3 jenis lauk,
tak masuk kuih-muih lagi,
tak masuk buah-buahan lagi,
paling tidak pukul 4-5pagi, mak bangun masak,
tak gamak rasanya, andai mulut ni bersuara,
menolak untuk makan kerana kenyang.


pernah balik cuti di rumah,
jadi anak tunggal sementara,
sebab yang lain masih di sekolah/universiti,
tengah makan sedap-sedap.
mak selalu teringat anak-anak yang lain sedang menjamah apa?
atau study kuat sangat sampai makan pun tak terjaga, (yang pasti bukan aku la ni)
atau tidur yang tak cukup, mahupun duit yang semakin menguncup,


selalu terfikir, hebat orang dulu-dulu ni,
zaman mereka, tak ada kursus keibubapaan,
tak ada forum mendidik anak, 
atau buku tarbiyyah aulad untuk di baca,
tapi, seakan ada magis dalam mendidik anak-anak


alhamdulillah, berkunjung lagi mereka ke sini tadi,
biarlah dikecam anak manja sekalipun,
kerana nikmat sebegini tak selamanya kekal
hargai dan syukurilah ia sebaik mungkin,
Allah akan hancurkan hati orang yang ia sayang berkali kali sehingga tiada harapan untuk dunia ini. yang ada hanya harapan untuk Dia sahaja. bagi yang mencari cinta Allah bersedialah menerima hakikat ini- abdul qadir jailani
moga segala amalan kebaikan kita dipulangkan kepada mereka yang sangat kita kasihi, buat mereka, ibu bapa tersayang
wahai Allah, Tuhan segala Rahmah, pulangkan segala kebaikan, pada insan-insan yang pernah memberi faham dan erti pada diri. mudahkan mereka jalan, dunia dan akhirat. seterang ilmu di hati kami, seterang itu juga rumah mereka di syurga nanti.
p.s: post bersifat personal. biarlah, kerana aku percaya kita semua punya ibu dan bapa. paling tidak, pernah punyai ibu dan bapa ;(
p.s: menulis untuk membangkitkan jiwa dan semangat. kadang kala, bila rasa kurang motivasi untuk study, terfikir mak dan ayah di rumah sedang berdoa mengharap kita berjaya. pasti motivasi tu datang menerjah dan menembak-nembak kita dengan jayanya!

Saturday, July 16, 2011

biasa-biasa


bismillah,

baru habis rotation dengan team paedatrics dalam orthopedics.
team paling best setakat ni. bila masuk ward paeds rasa tenang je, walaupun ada saja suara jerit-jerit, suara nangis-nangis kedengaran.
bila clerk patient, rasa selesa je, lain betul teknik mengambil history dengan budak-budak ni.

akan sedih tengok budak-budak kecik yang tak sihat, ada macam-macam penyakit. tapi aku lebih sedih tengok mak mereka. ada gelisah dalam jiwa mereka, ada resah dalam kata-kata mereka. mungkin bila menemani anak-anak mereka di ward, entah makan, pakai mereka terjaga atau tak.

soal diri sendiri no 2. anak yang lebih diutama. Allahuakbar.
kasih ibu memang begitu
"buatlah apa-apa doktor yang doktor rasa baik, untuk anak saya"
"saya risau kalau saya dah tak ada nanti, siapa yang nak jaga dia"

anak kecil itu tidak tahu apa. ya, mungkin sakit itu ditanggungnya, tapi mak dan bapa lah yang mengalami 'sakit' lebih teruk dari mereka. dengan kos rawatan dan pembedahan yang sangat tinggi, dengan pengorbanan masa dan tenaga.

aku pernah admit ward paeds. appendicitis je pun. waktu itu, mintalah apa saja. pasti dibeli. mak pun sentiasa bersama aku waktu itu. aku pun tak pasti, tak kerja ke mak sepanjang minggu itu? bapa pun datang hampir setiap petang, lepas habis kerja. waktu itu, memang aku tak rasa apa-apa pun. rasa takut, rasa sedih jauh sekali. mungkin rasa seronok pula berada dalam ward tu. penuh dengan mainan. dan ramai kawan. tapi, aku masih ingat dengan jelas muka resah mak waktu aku ditolak masuk ke dewan bedah.

hai anak kecil, mungkin kau masih belum mengerti apa-apa. pengorbanan itu bagaimana. kasih ibu bapa itu setinggi mana. pasti, mereka tak minta balasan dari semua yang telah mereka lakukan. tapi, membesarlah jadi anak yang soleh solehah agar doa-doa kamu untuk mereka berdua menjadi bekalan termahal buat mereka di alam kubur nanti.

hai anak besar, mungkin kau tak pernah admit ward, tak pernah ada penyakit bahaya, tapi pasti kau pernah demam bukan. mungkin kau lupa siapa yang berusaha mengambil tuala kecil basah untuk diletak atas kepala kau? siapa yang masak bubur untuk kau? makan bersama-sama kau nasi lembik itu. siapa yang suapkan ubat untuk kau. paksa kau makan ubat?

tapi, kau masih ada hati lagi nak buat mereka kecil hati. hai anak besar, berbaktilah pada mereka selagi kau dan mereka masih diberi hayat. kau harus yakin, kasih mereka saat kau masih kecil sehingga sekarang tak pernah berubah, mungkin semakin bertambah. doakan mereka sentiasa. kerana kita tak pernah tahu adakah kita masih sempat menjaga mereka seperti mana mereka menjaga kita.

kasih mereka kasih luar biasa! tapi, kasih kita mungkin masih biasa-biasa.

p/s: homesick. paling suka kalau demam dekat rumah.
p/s: 2-3 hari ni, bertemankan cahaya lampu laptop. romantik rasanya. pakcik pejabat! cepatlah datang baiki lampu bilik ni!

Tuesday, July 5, 2011

kisah dalam LRT


bismillah,

kepenatan hujung minggu ni berbayar dengan kehadiran mereka ke sini.
pergi ke tasik titiwangsa, tempat joging masa 1st and 2nd year dulu. (joging sekali sebulan je kot)

tengah makan-makan, mak tanya
"ada dengar radio ikim tak baru-baru ni."
aku jawab, "dengar la jugak, kenapa mak?"
mak tanya lagi tapi bila aku start blur-blur, mak mula bercerita;

ada pemanggil ni call radio ikim. dia cerita pengalaman dia masa naik LRT baru-baru ni.
waktu tu, dia baru balik kerja, dudukla dia dalam lrt tu.
sampai satu stesen ni, ada sorang laki dan dua orang anak dia masuk dalam lrt tu.
lelaki tu tertidur sebab kepenatan mungkin,
tapi anak-anak dia pulak berlari ke sana sini dalam lrt tu lepas ayah diorang tertidur,
bukan setakat lari, dan buat bising. mereka ganggu orang lain jugak.
yang tengah baca buku, ditarik buku itu, yang sedang tidur, diganggu tidur mereka,

orang ramai dalam lrt tu mula rasa geram dengan perangai budak-budak tu.
pemanggil yang call ikim tu pun cuba kejutkan ayah budak-budak tu dan beritahu apa yang berlaku.

lelaki itu terkejut bila diberitahu tentang anak-anaknya dan dia mula menangis. dan ceritakan sesuatu pada pemanggil itu;

"sebenarnya, saya dalam perjalanan nak ke hospital. isteri saya ada cancer, baru dapat tahu 2 hari lepas. tapi waktu itu, saya dan anak-anak tak dibenarkan melawat isteri hari itu. tapi, hari ni saya dapat panggilan dari hospital dan dibenarkan untuk jumpa dia." terhenti dan sebak, sebelum dia menyambung

"tapi, baru tadi, sebelum naik lrt ni, saya dapat panggilan sekali lagi dari hospital. katanya, isteri saya dah tak ada. saya tak tahu macam mana nak beritahu anak-anak saya. anak-anak saya gembira sangat sebab dah 2 hari tak jumpa mak mereka. anak-anak saya tak macam ni sebelum ni. mereka anak yang baik. tak suka ganggu orang lain. mungkin mereka gembira sangat sebab nak jumpa mak mereka," kata dia lagi dengan sebak dan tersekat-sekat

waktu perbualan itu, anak-anak lelaki itu masih berlari ke sana sini dengan gembira. ;(

--------------------------------------------------------------------------------------

mak cerita dengan sebak jugak. aku sedih, tapi sebab tengah makan jadi tenang je la dengar cerita tu.

"apa pengajaran yang kita dapat dalam cerita tu mak?" tanya aku dengan mulut penuh menyumbat nasi.

"berbaik sangka. mesti orang ramai dalam lrt tu anggap lelaki tu tak pandai jaga anak. biarkan diorang buat bising dan ganggu orang lain. padahal, kita tak tahu kisah disebalik itu"

aku tambah (dalam hati):

ibu bapa kita sebaik mungkin cuba sembunyikan masalah mereka dari pengetahuan kita. bukan waktu kita masih kecil je, sekarang pun sama. tak nak risau dan susahkan anak-anak. tapi kita jarang sedar itu semua. terlalu banyak mengadu masalah kita pada mereka berdua tanpa meluangkan masa mendengar keluhan atau masalah mereka. sadis.

"sometimes, you feel that you really need the prays from them, but actually you really need to pray for them."

p/s: mak cerita banyak lagi. tentang kucing, tentang BERSIH, tentang sekolah.
p/s: makan dengan gembira dekat tasik titiwangsa bersama keluarga tersayang dihiasi dengan kehadiran kereta kuda yang membawa sepasang pengantin cukup membuat hariku berbunga-bunga :p
p/s: walau sekejap, tapi bermakna.


Tuesday, June 14, 2011

kalau di tanya


bismillah,

kubiar kalam berbicara,
kubiar pena menulis,
menghurai maksud di hati,
meluah rasa hati.

========================

bila rasa down, rasa semangat hilang,
selain baca quran, solat,
menulis diari, menangis,
menjerit, atau makan banyak buat melepas geram,
apa 'common sense' yang selalu dibuat.

kalau di tanya pada aku
pasti menelefon mak!
itu salah satu terapi,
baru dengar suara,
dah rasa tenang sangat,
belum lagi melontar kata,
buat pemangkin semangat,
hati dah jadi kuat

kalau di tanya pada aku lagi,
apa nikmat paling berharga selepas nikmat iman dan islam,
pasti kujawab, nikmat kasih sayang kedua ibu bapaku!
kerana kasih mereka tiada taranya, tiada gantinya

kalau rasa tenang je menjawab exam,
andai rasa mudah saja buat sesuatu tugas,
jangan ingat doa kau (aku) dikabulkan,
jangan rasa ibadah kau sudah sempurna,

kerana mungkin, itu bukan doa dari kau yang punya banyak dosa, termakbul,
tapi, doa ibu bapa kau yang tak putus-putus menyebut nama kau dalam doa mereka,
mungkin itu dari sujud solat malam mereka yang memohon kemudahan buat kau,
dari doa mereka, kerana doa mereka,
melalui kasih mereka, dapat kita merasa rahmat kasih sayang Dia.

"Ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya" (HR Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah)

"Ya Allah, ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku. kasihani mereka seperti mana mereka mengasihi ku sejak dari kecil"

p/s: mode: rasa tak semangat+rindu mak+nak balik rumah
p/s: untuk anda; jangan pencen dari sesuatu yang dapat benefit kan orang lain :) kata2 sebelum ni gurauan semata ^^

Friday, June 3, 2011

karipap hangit

bismillah,

hari ni hari terakhir ada di rumah setelah cuti agak panjang,
macam biasa, rasa tak best mula menjelma dalam diri,
rasa macam nak buat helah untuk duduk lama lagi kat rumah,
buat-buat demam? dysmenorrhea? (ingat ni sekolah rendah ke nak ponteng-ponteng kelas!)

alhamdulillah, dalam sebulan bercuti ni,
dapat banyak ilmu dan pengalaman,
setiap pagi, berkesempatan ke masjid, solat subuh berjemaah,
usai solat, ada kuliah subuh (kelas tafsir)

akan mula rindu pada makcik-makcik kat masjid tu,
walaupun selalu tersilap panggil antara aku dan dakwin,
walaupun selalu tertawa melihat kami berdua tertunduk-tunduk sampai nak mencecah lantai (sungguh mencabar bila nak dengar kuliah subuh. sila faham)
akan rindu mereka semua.

waktu cuti ni jugak, selalu terdengar panggilan kelaparan dari kucing-kucing,
minta diberi makan, kadang-kadang mintak main dengan diorang,
si gemok dan si kurus bersama mak diorang,
akan rindu mereka jugak (walaupun kat ktdi tu banyak je kucing),

tapi, semestinya rindu yang tak sudah pada mak dan bapak,
rindu nak dengar jerit-jerit manja bapak kejut subuh,
rindu dengan tepukan mak yang singgah di bahu, bila aku terlalu kusyuk dengar kuliah subuh
(kusyuk sampai mata terpejam-pejam)
rindu nak masak dengan mak, nak kena marah dengan mak sebab bagi hangit karipap (hangit2 pun, still sedap dimakan dan yang penting habis. hoho)

rindu. rindu. rindu

hey you! jihad perlukan pengorbanan

===================================================
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah.Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (at-taubah:41)

untuk aku yang lemah;

"Berjihadlah menuntut ilmu seperti mana anak-anak Palestin berjihad untuk menjadi seorang hafiz. Gunalah ilmu yang dipelajari untuk memperjuangkan Islam kerana setiap titik peluh dan usaha setiap individu akan melahirkan kejayaan. kau mestilah mempunyai azam untuk berjihad daripada sekecil-kecil pengertian jihad sehinggalah sebenar-benar jihad iaitu jihad berjuang di medan perang. Ingatlah bahawa setiap pengorbanan kerana Allah, syurgalah ganjarannya"


p.s: dalam minggu ni, mak selalu main dengan kucing2 tu, tambah-tambah dengan si gemok. kata mak, "nak jadikan kawan, sebab anak-anak mak dah balik u masing-masing." T_T
p.s: alhamdulillah, budak tu dapat tukar kos. tak sabar nak bagi buku-buku 1st year tu kat dia.
p.s: rasanya proses peng-update-tan blog akan berkurang lepas ni. rasanya la.
p.s: "ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami kepada bulan Ramadhan" perbanyakkan ibadah semampumu. kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua! salam rejab :)

Sunday, May 29, 2011

berbeza

bismillah,

pernah bermaustatin di langkawi selama 2 tahun,
tunjuk kuat. tak nangis pun depan family,

tapi, hanya Allah yang tahu betapa terseksanya jiwa raga,
naik bas, ktm, naik feri seorang diri,
itu semua pengalaman pertama,

tak nangis depan mereka,
tak kira saat pulang ke sekolah itu,
dari cuti yang panjang atau pendek,
muka tetap tabah,

tapi, rekod bersih tercalar juga,
saat mak dan bapak menghantar aku ke sana,
sebelum mereka berdua berangkat ke tanah suci,

aku menangis depan mereka,
sedih sangat bila mengenangkan,
waktu itu lagi seminggu nak spm,
orang lain bole call parents setiap kali habis 1 paper,
tapi aku, nak call mereka di sana agak sukar,

tapi, itu bukan sebab utama,
sejujurnya, aku takut itu perjumpaan terakhir aku dengan mereka.

bila aku nangis, mak pun nangis sama,
sedih sangat, malu pun ada. hu

===========================

kalau kisah budak itu pulak,
dia pulang ke asrama yang berada 2km dari rumah (siap boleh dengar annoucement sekolah itu dengan jelas dari rumah)
tapi dia tetap menangis. tiap kali pulang ke sekolah dari cuti,
tak sembunyi-sembunyi, nangis depan-depan
===========================================

manusia ada macam-macam jenis.
ada yang mudah menangis depan-depan,
ada yang boleh menangis tanpa pengetahuan yang lain,

ada yang berlagak tabah,
ada yang lembut hati,

kita tahu kita siapa, kita lebih tahu bagaimana hati kita,
tapi kita tetap perlu meraikan mereka yang berlainan sifat dengan kita,
kerana di situlah hikmahnya Allah mencipta manusia bermacam ragam dan jiwa,
untuk saling kenal dan saling berkasih sayang. :)


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

segala perbezaan itu tujuannya adalah supaya manusia mengecam dan mengenal. belajar antara satu sama lain. kerana manusia sering menjadi musuh kepada apa yang dia tidak tahu.

p/s: menulis kerana esok mungkin ada drama air mata. budak itu daftar uia esok.
p/s: rasa nak private kan blog ni.


Wednesday, May 25, 2011

tomboy


bismillah,

masa kecik-kecik dulu, aku banyak habiskan masa dengan bajim, abangku yang tua 2 tahun dari aku. kami memang rapat.

dia main bola, aku main bola.
dia panjat pokok, aku panjat pokok jugak.

waktu hujanlah, waktu paling dinanti-nantikan kami,
aku amik basikal, bawa turun bukit depan rumah itu,
laju melunjur atas rumput yang basah,
bukan setakat berbasikal dalam hujan,
kami main baling selipar juga dalam hujan,
dan ia paling best!

bukan bab main-main je, aku ikut dia,
bab berpakaian pun sama,
mana ada baju-baju kurung menghiasi diri ini,
setakat nak ke majlis kawin dan hari raya,
selain itu, berseluar sahaja aku.

gaya jalan aku pun lain macam aje,
dan mak berusaha betulkan itu semua,
mungkin berpunca dari perbualan ini,

aku pernah tanya pada mak, waktu tolong mak di dapur.
"seronok je jadi lelaki, tak payah masak pun, bila dah siap, diorang datang makan,
bila dah habis makan, tinggal je pinggan, perempuan yang kena basuh.
basuh baju, sidai kain pun sama, semua perempuan yang buat.
orang lelaki ni relax je, setakat pergi kedai beli barang je pun, atau pergi buang sampah.
yang lain, perempuan je yang banyak kena buat" aku memberontak.

"buat kerja lebih, tentu dapat pahala lebih, kan?" mak cuba memujuk.

"diorang tak payah pakai baju kurung pun. senang je diorang nak bergerak. kita ni dengan kena pakai tudung, kene pakai kain bagai, huh." aku berhujah lagi.

"itulah istimewanya perempuan, sentiasa perlu jaga adab dan maruah diri, sebab diri kita, perempuan ni sangat berharga." mak cuba beri penjelasan

============================================

andai aku punya anak perempuan bertanya begitu,
tentu jadi risau,
krisis jantina? huh. berat.

sama macam mak risaukan aku,
beberapa kali mak menegur cara berpakaian aku,
cara berjalan, dan macam-macam lagi.

alhamdulillah, ada peningkatan dan perubahan.
terima kasih mak, untuk usaha yang tiada penat lelah itu,
dan masih berusaha untuk berubah hingga saat ini,
(sebab ada saki baki melekat sampai sekarang ni. hu)

===========================================

"Rasulullah saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki." (riwayat bukhari)

lelaki dan perempuan punya perbezaan yang saling menampung dan saling melengkapi antara satu sama lain, sama ada kejadian fizikal, emosi dan lain-lain. dari kelainan itulah sunatullahnya, kita hidup berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan.

bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan. masing-masing punya tugas dan tanggungjawab. bukan kerana jantina kita ke syurga.

p/s: menulis kerana berita terbaru tentang ini. Ya Allah, selamatkan umat ni dari fitnah dunia akhir zaman.

kalau naik basikal ni masa main hujan dulu2 tu, baru nampak ayu sikit :p