Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

persis


bismillah,

"sometimes it’s hard to answer a question in front of others because you know it very well that the answer will break you down and tear you apart. So, you decided to leave it like that to protect yourself."

-------------------------------------------------

di tempat yang jauh, di penjuru yang dalam
di atasnya langit, di bawahnya lantai
di hatinya rusuh, di telapaknya kitab
di awalnya senyum, di akhirnya sedu-sedan

dia yang jarang sangat kulihat sedih,
menangis teresak-esak sambil diluah masalah,
tika itu, aku hanya mampu memandang dan mendengar dengan sayu.
‘tq ye, sebab dengar aku merepek ni and sorry ye amik masa ko, aku kena cerita kat someone, baru lega sikit’ kata dia

kadang - kadang, Allah temukan kita,
kawan persis kita, supaya kita sedar,
yang kita pujuk, nasihat,
rupanya diri kita sendiri.

sesekali, hitung aib diri.

p.s: kawan, kadang-kadang orang yang kau sangka paling kuat itu sebenarnya tersangat lemah, terutama di hadapan Tuhannya. sebab kita takkan dapat tipu apa yang kita rasa depan Allah, sebagaimana kita dapat pretend depan orang lain, kan? ya Allah, kuatkan dia. dan aku.
p.s: bukan selalu boleh update 2 posts sehari. heh

Saturday, March 24, 2012

inspiration

bismillah,


kriingggggggggg...
dia call.
rindu kata dia.


aku yang tak begitu sensitif, membalas
"haha, yela tu. cakap betul-betul. nape akak?"
"betul la. memang saja nak call awak, sebab selalu nampak awak, tapi minggu ni tak nampak. tu yang rindu"
jawab dia.


terharu.
sembang sikit-sikit.
tentang kerisauan dia dengan soalan pelik-pelik exam ikhtisas itu,
aku dengar dan sesekali menyampuk.
dan dalam hati terdetik :
'insyaAllah, kakak-kakakku hebat-hebat belaka!'


“seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” (HR bukhari dan muslim) 
"aku tidak memiliki obsesi agar doa itu terkabul. obsesiku hanyalah keinginan untuk mengucapkan doa. kerana apabila aku terinspirasi untuk berdoa, pengabulan itu pasti datang beriringan, tatkala doa itu diucapkan." saidina Umar al-Khattab.

untuk kakak-kakakku sekalian, tak sabar rasanya mahu menukar status panggilan kalian kepada doktor-doktorku tersayang =) 
teruskan perjuangan. doa kami mengiringi!


--------------------------------------------------


Rasulullah pernah pesan supaya bersahabat dengan orang yang baik
memilih "nuthfah" yang baik
persekitaran yang baik
supaya ada aliran dan serapan yang baik-baik juga


dan banyakkan membaca al-quran, meski tak faham, tapi akan ada serapan maknawi yang aku tak sedar. entahlah, tapi sepertinya memang ada. kalau tak, dari mana tenang itu selalu ada, usai aku mencium dan meletak al-quran ke dada?


ataupun paling tidak, aku harus mengeluarkan kata-kata yang baik, dan menulis sesuatu yang baik.sampai satu masa, aku akan terserap dengan kata-kataku sendiri.


p.s: rindu nak berblog, rindu nak berusrah.
p.s: kurang update. sebab laptop ni macam tak sihat sangat. kadang batuk, kadang selsema. sampai mak cakap, bunyi laptop ni macam bunyi air tengah dijerang. huh. (alasan semata)

"when word fails you, say it with pictures."



"saat berbincang dengan seseorang, saya selalu tertarik untuk memperhatikan bagaimana ia berbicara.
saat membaca tulisan seseorang, saya selalu tertarik untuk memperhatikan bagaimana ia menulis.
kerana sesungguhnya bukan hanya idea yang penting, melainkan juga seni dalam mengolah gagasan, sehingga indah dan tenang untuk dihadam dan menarik untuk diresapi"

“kita menulis untuk merasakan hidup dua kali. saat menuliskan dan saat membacanya kembali”

puitis!



ada yang rindu rasanya. post ni untuk anda yang merindu. *perasan lebih*

Wednesday, March 14, 2012

suap-suap

bismillah,

kenal mereka tak lama,
ada 4 tahun, ada 3 tahun, ada yang baru setahun,
tapi tempoh perkenalan yang singkat atau lama,
bukanlah memberi erti yang besar

kerana yang lebih penting,
setiap hari yang dilalui bersama mereka, telah pun memberi erti pada diri.

mantap tarbiyyah, mantap akademik, mantap ukhwah,
selalu menjadi pertama dalam banyak hal,
yang paling ramai yang berkahwin,
paling ramai bilangan ahli,
memang itulah pandang sisi aku pada mereka,




















dan antara ramai-ramai senior sebelum ni,
mungkin pemergian mereka lah yang paling terkesan di hati.

andai tak faham ini, rujuk kakak ini,
andai kurang faham yang itu, rujuk kakak itu.
begitulah mereka, ada kelebihan masing-masing.
dari bab masak-memasak, sampai lah kepada kelantangan bersuara,

ada macam-macam personaliti.
ada lagak ibu mithali,
ada macam kakak penyanyang,
ada pulak, gaya militan, :)
semua menceriakan, dan pasti membuah rindu.

bergerak kerja dengan mereka adalah pengalaman yang indah.
pengalaman rehlah, berusrah, berprogram, berhiro.
memang pengalaman terbaik pernah dilalui.




















hampir lemas sama-sama,
panjat gunung, turun gunung sama-sama,
sesat sama-sama.
kena marah sama-sama. haha.

makan dalam talam.
suapan pertama untuk sahabat,
suapan kedua untuk sahabat,
suapan ketiga untuk sahabat,
suapan keempat untuk diri sendiri.
antara yang diajar mereka kepada aku




















selain selalu jadi rujukan,
mintak nasihat itu, mintak nasihat ni,
mereka selalu juga diminta pinjamkan kenderaan. :)
sekejap pinjam moto, esok pulak pinjam kereta.

tapi, yang paling diingati, walau sudah bergelar final year,
komitmen untuk bergerak kerja masih mantap,
kadang terfikir, mampu tak aku dan yang lain menjadi sehebat mereka.

ni adalah post pertama untuk mereka, juga post terakhir. ;(
isnin ni, exam ikhtisas bermula.
dan dalam sebulan lagi, insyaAllah mereka semua akan bergelar doktor!

melihat mereka yang sangat lelah itu,
tapi masih berlagak kuat.
timbul persoalan dalam diri, mana muncul kekuatan itu




















solat subuh berjemaah di surau,
nampak muka mereka,
pergi ward awal pagi, nampak muka mereka,
lalu ibnu sina malam hari, nampak muka mereka lagi.

dan setiap kali bersalaman usai solat berjemaah di surau,
muncul dialog ini, dengan muka penuh harap,

"doakan akak ye, takut jugak ni"

senyum, sambil angguk-angguk.
ustaz kata, andai ada yang meminta untuk didoakan, doakan terus depan dia,
tapi, tak sempat.
di doakan sekarang
dan sebenarnya sebelum ni lagi doa untuk mereka sentiasa ada, :)

ya Allah mudahkan urusan peperiksaan ikhtisas mereka, moga Allah lapangkan hati mereka, moga Allah ilhamkan kefahaman buat mereka. moga cita-cita, doa-doa mereka bergelar doktor muslimah, daie muslimah di kabulkan oleh Kau Yang Maha Mendengar. amin ya rabb.

p.s: manisnya ukhwah keranaMu. banyak lagi nukilan yang nak dicoretkan tapi biarlah ia menjadi pengalaman terindah buat diri ini dan mereka :)
p.s: post ni memang khas untuk akhawat tapi doa pasti, untuk ikhwah sekali :)
p.s: exam ikhtisas 19-31 mac 2012. mohon doakan mereka semua bergelar doktor merawat penyakit dan merawat hati jahiliyyah umat. amin. amin. amin.
p.s: selamat berpisah. (suara sedu-sedu, mata mula pedih). sayang semua-semua fillah <3

Friday, February 17, 2012

watashi no tomodachi...


"salam. tak tau kenapa, tiba-tiba teringat kat ko. huhu."
message masuk;

"tulis je la rindu. kan senang. pendek dan padat. hehe. rindu jugak!"

replied.


atau perbualan
"ada apa-apa nak tolong tak?'
"tolong doakan aku kuat"
"lagi?"
"tolong tegur aku, kalau nampak aku buat silap"
"lagi?"
"tolong jadi sahabat aku, dunia akhirat"
"...(senyum terharu)"

bersahabat, berkeluarga atau berpasangan (halal), paksikan ia pada satu tali yang mengikat hati-hati kita. diikat demi redha Ilahi.

teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa. (Az-zukhruf: 67)


jatuh cinta dengan orang yang punya hobi yang sama itu menyenangkan, tapi jatuh cinta dengan orang yang punya tujuan yang sama itu luar biasa.


p.s: ni blog ke tumblr? :D
p.s: sungguh, baca blog atau tumblr lebih menyenangkan berbanding bukak facebook. apa-apa pun, tadabbur quran adalah tahap tertinggi tenang yang bole kau dapat.
p.s: menulis dek kerana terinspirasi melihat patient di ward. 
p.s: watashi na tamodachi ga daisuki desu! untuk semua yang pernah hadir sebagai tomadachi aku. indah dan bermakna. =)
p.s: kau apa yang sering aku tulis, sedangkan aku adalah apa yang tak pernah kau baca. =)

Tuesday, September 20, 2011

pelangi

bismillah,


cuti 2 hari lalu, diisi dengan mengisikan perut.
open house yang sangat banyak
hari sabtu paling extreme,
keluar berkonvoi dari pukul 8am sampai 11pm.
memang serik. macam tak nak dah konvoi2 ni.


5 buah kereta,
ada guna kereta sendiri, ada kereta family,
semua ada macam-macam perangai.
yang tido tak sedar diri dalam kereta,
yang jadi driver, bawa kereta tahap paling bahaya,


rumah pertama, selalu menjadi mangsa.
tahap lapar paling maksimum.
kuih raya hampir habis di makan.
tak cukup laksa, mee rebus dan kueh teow,
kek pun di makan dengan selera.
makan sampai tak ingat, yang ada banyak rumah lagi untuk beraya


rumah ke2,
datang-datang, beratur atas sofa,
amik gambar, semua tenang je,
makan sikit-sikit, sambil tengok kartun


rumah ke3, rumah terjauh kami pergi.
sambil drive tu, asyik bebel je "bila la nak sampai ni?"
jauh-jauh pun, berbaloi. 
makan banyak, banyak kali dan banyak kuantiti.hoho
bergambar kenangan sebelum pulang.
dan waktu ni, setiap kereta dah diikat dengan reben.
(untuk elak, terputus hubungan di jalan raya nanti)

rumah ke4, perjalanan yang jauh.
dengan hujan lebat, 
dengan kontroversi tayar kereta ada problem,
dengan situasi-situasi bahaya,
sampai juga ke rumah ke4.
makan. sembang. mohon balik

sebelum balik, tayar salah satu kereta masuk longkang,
habis 1 kampung tu, berkumpul dekat situ,
waktu tu pukul 10pm. 
angkat lah untuk sesiapa yang berkenaan.
yang lain bagi support, jaga lalu lintas,
atau kumpul handphone, untuk beri pencahayaan yang baik.
alhamdulillah berjaya juga mengangkat kereta yang berat tu.
hebat!


alhamdulillah, melalui jalan dakwah ni, 
ada yang lebih berharga aku peroleh, 
bukan perut yang kenyang semata, 
bukan juga bilangan open house yang dikunjungi, 


tapi nilai ukhwah yang terbina,
kenangan dan pengalaman yang tiada gantinya


berbilang course, berbilang fakulti, berlainan identiti. 
mujur, jalan dakwah menyatukan semua ini. =)


pelangi warnanya, bukan 1 sahaja. andai merah sahaja jalur di langit, itu bukan pelangi.
andai semua warna pelangi ada di langit, tapi tak berjalur tersusun, itu juga bukan pelangi.
pelangi itu berlainan warna, tersusun indah berjaluran menyebabkan sesiapa melihatnya pasti menyenanginya =)


p.s: past year exam question telah ditempah kat kak ros. menandakan exam semakin hampir. tapi preparation aku macam lagi setahun nak exam. Allahu Akbar.
p.s: sanah helwah ya habibati =)




Friday, July 29, 2011

kisah 1,2,3

bismillah,

menulis untuk mengingtkan diri ini, bahawa aku juga punya kisah,
kisah persaudaraan.

teringat kisah aku dan sahabat-sahabat beberapa hari lepas,
konvoi 2 kereta. pergi jalan-jalan, semua perempuan.
sampai satu tempat tak dikenali, berhenti untuk solat.
separuh pergi solat, separuh lagi tunggu dalam kereta.

tiba-tiba, ada pakcik chinese tak berapa betul datang dekat kereta,
aku kunci kereta cepat-cepat. pastu tutup mata rapat-rapat.
takut. sebab dia memang datang dekat dengan cermin kereta,
dan menjerit-jerit dalam bahasa yang tak difahami.

tamat kisah 1
sambung kisah 2:

usai solat, aku as driver of second car, follow je belakang kereta pertama.
tengah bersembang sambil drive, tiba-tiba dengar bunyi kat belakang kereta,
dan rasa tak best dan tak selesa bila bawa kereta.
seorang sahabat intai-intai melalui tingkap, dan jerit dia"tayar pancit!"

berhenti kereta tepi jalan. waktu ni dah gelap. dalam pukul 8.30pm.
turun ramai-ramai untuk tengok tayar.
pancit yang memang sangat teruk. dawai kat tayar tu pun terkeluar. hu
semua pandang satu sama lain dan tanya siapa yang pandai tukar tayar.
seperti dijangka, semua geleng. aku pun sama.

kereta 1 bagi cadangan, diorang nak pergi cari mechanic.
kereta 2 tunggu dalam kereta.
tunggu la kami dalam kereta, sambil fikir macam mana bole pancit tayar tu,
pakcik chinese tadi, jadi suspek case. hoho.

tunggu punya tunggu punya tunggu, datangla satu kereta.
ingatkan kereta 1 tadi dah balik dengan bawa mechanic, rupanya bukan.
keluar pulak pakcik indian dari kereta dia.
offer for help. dia bagi kad dia. mechanic rupanya.
tapi, kami menolak dengan baik,
sebab dapat tahu kereta 1 on the way balik bersama mechanic

tunggu lagi. then, sampai la mereka dengan 1 kenderaan macam lori tarik tu
dalam hati, berapa pulak kene bayar ni?
rupa-rupanya bukan lori tarik, tapi kereta storm kot.
keluar sorang pakcik dengan sorang pemuda.
diikuti seorang makcik.

rupanya, kereta 1 jumpa mereka kat petronas,
dan diorang offer untuk tolong,
pakcik tu siap tanya, dalam ramai-ramai kami ni,
tak ada sapa ke yang pandai tukar tayar.
semua senyum. mengiakan. hoho

dipendekkan cerita yang dah panjang.
berjaya la tukar tayar. pemuda tadi rupanya pekerja pakcik tu,
orang indonesia. dan terkeluar rahsia pakcik dan makcik tu,
merela adalah dato' dan datin'.

bukan setakat tukar tayar,
diorang tolong bawa kami ke tempat yang hendak dituju tu jugak,
aduh, terharu.

kisah 3.
nak balik dari jalan-jalan,
ada 2 buah bas halang laluan,
laluan kecil, tapi boleh pulak bas besar parking situ
mula-mula, sorang turun,
pastu 2-3 orang turun.
lepas turun untuk deal dengan driver bas,
diorang tak balik-balik ke kereta.
risau jugak. last-last balik jugak mereka,
ingat ada konspirasi ke apa.
kata mereka, kene tunggu kat situ sampai driver bas tu alihkan bas,
kalau tak, lagi lama la kami stuck kat situ.
wah, berani sungguh korang ye. mentang-mentang ramai.

pengajaran:
1. pertolongan Allah tu dekat
2. jadilah orang yang low profile. (dato' datin yang kami panggil pakcik makcik tu)
3. mari belajar tukar tayar. senang je sebenarnya. (nampak senang)
4. service/check kereta sebelum pergi ke mana-mana (pakcik tu bagi nasihat kat kami semua.)

point utama :

ni hanya salah 1 kisah terbaru.
banyak lagi kisah kami bersama.
yang pasti aku bakal rindu saat-saat macam ni nanti.
susah senang bersama mereka.
betul la apa yang dikata, bila berada di jalan ini,
macam-macam dapat belajar,
macam-macam pengalaman dapat ditimba,
daripada tak tahu ini, tak tahu itu,
tak reti buat ni, tak reti buat tu,
terus dapat buat semua!
muslimat power!
eh, baru punya: nisa' hebat!

malu nak cakap, tulis pun jadila;

sayang antum semua fillah!

Persaudaraan adalah mu'jizat, wadah yang saling berikatan

dengan Allah persatukan hati-hati berserakan

saling bersaudara, saling merendah lagi memahami,

saling mencintai, dan saling berlembut hati.

- Sayyid Qutb-

Tuesday, May 31, 2011

tak rasa


bismillah,

kuat! kamu kuat wahai sahabat. aku tahu itu. ada sesuatu untuk kamu atas sabar dan tabah itu. kalau bukan sekarang, akan datang. dan pasti ganjaran di akhirat kelak yang sangat dinanti.

"wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah diri kepadaMu)" al-a'raf:126

=====================================================

status di wall facebook ku. beberapa jam setelah result reseat exam keluar. berkali-kali menulis, kemudian padam, menulis kembali.
dengan kawan-kawan lain sibuk bertanya tentang posting pertama tahun 4 mereka.

seringkali aku ingatkan diri;

senang sahaja tangan menari laju menaip kata-kata indah buat penenang jiwa,
mudah saja bibir membisik kata semangat buat diri yang lesu,

tapi, pemilik tangan dan mulut itu tidak berada di posisi mereka,
dia tidak dapat merasai apa yang ditanggung mereka,
aku tak rasa apa yang mereka rasa.

tapi, ini tugas aku buat kamu, sahabat. bukan untuk kamu semata, tapi untuk diri ku yang mungkin punya seribu satu ujian menanti kelak.

=======================================

“sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)”(90:4)

memang benar, kita mudah jatuh tersungkur dalam menghadapi ujianNya.
kita mudah berputus asa dari rahmatNya.
kita seringkali tidak mensyukuri nikmat kurniaanNya.
kita terlalu leka dengan dunia yang sementara waktu cuma.

kerana kita hanyalah manusia yang lemah. sangat lemah disisi Dia.
tiada sumber kekuatan yang kita dambakan melainkan dariNya.

teguhkanlah pendirian kami. istiqamahkanlah segala amal kebaikan kami.
ampunkanlah dosa yang kami lakukan secara sedar ataupun tak sedar.
jauhkan diri kami dari bersangka buruk denganMu.
suburkanlah hati kami dengan perkara2 yang bisa membuatkan diri kami terasa dekat denganMu.
kuatkan kami dengan segala ujian yang Kau berikan pada kami

kuatkan dia ya Allah. kuatkan mereka juga.
kuatkan aku, juga kami semua!

p.s: sungguh, mereka insan terpilih. berbahagialah dengan ujian dari Dia. ujian itu tanda sayang Allah pada hambaNya. kan.

Sunday, December 12, 2010

sanah helwa


bismillah,

mula kenal di matrik,
waktu itu, bilangan students mencecah 2000 orang,
kawan lama, susah nak di cari dalam jumlah pelajar yang ramai itu,
kawan baru pula muncul, dan salah seorangnya kamu!

aku bukanlah seorang yang peramah,
jadi, kamu sahaja yang layak memulakan bicara,
1st impression, ramah dan baik :)
2nd impression, rajin dan kelam kabut cikit :p

tak sama tutorial, tapi sama blok,
jumpa kalau nak berkonvoi ke masjid matrik yang duduk dalam air itu,
kadang-kadang kita bagi makan ikan kat masjid,
kadang-kadang ikan di makan oleh kita kat cafe,
kadang-kadang pergi ke dsg sama-sama, kalau ada program.

banyak kadang-kadang dari selalu,
tapi, kita masih keep in touch hingga sekarang,
masih berkongsi masalah, berkongsi cerita,
dan jujurnya, kamu adalah insan yang sangat tabah,
dengan bermacam ujian dan dugaan dari Allah,

khas untuk kamu,

Bukan Allah tak tahu
derita hidupmu...
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu

mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna Dia tahu
hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya :)

teman,
sekejap perkenalan
terasa bagai sudah lama kita bersama

bukan kerana jemunya detik bersama
tetapi tempoh ini buat kita saling kenal
saling memahami

gembiranya aku
seolah olah kau turut tertawa
tika bersedih
seolah kau juga mengesat air mata yang sama

ukhwah ini
biar tecipta keranaNya
dan berpisah dalam redhaNya

sanah helwa, hidayah :)
moga pertambahan umur selari dengan pertambahan amal!
moga Allah permudahkan segalanya.


Friday, July 30, 2010

Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair



“Ya Allah, berkati, rahmati dan redhailah pasangan pengantin ini. Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah. Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah yang mampu memandu, membimbing dan mendidik isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai. Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kepada Ali. Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh anak-anak yang menjadi amanah. Kurniakanlah kepada mereka ya Allah, zuriat yang soleh dan solehah serta kekalkanlah kebahagiaan mereka sehingga ke syurga. Amin ya Rabbal ‘alamin.”

firman Allah dalam Surah Ar-Rum ayat 21 :

" Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan bagimu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."


Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sekiranya seorang wanita menjaga solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya, dan mematuhi suaminya, akan dikatakan kepaanya ; "Masuklah ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang engkau suka" (H.R Ibnu Hibban, Ahmad dan at-Thabarani)

jadilah isteri solehah yang sentiasa taat pada suami, menjadi penyejuk mata dan hati bagi suami. Semoga setiap perkara yang dilakukan adalah semata-mata kerana Allah Ta'ala dalam mencari redha dan rahmatNya.

Semoga cinta dan kasih mereka ini tidak hanya di dunia, malahan kekal abadi sehingga di Syurga
.

p/s: Bukan mudah menjadi isteri pejuang dan menjadi pejuang itu sendiri. Ingatlah mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis! Tahniah fathiyyah. Insyaallah, ana tahu enti boleh lalui semua ini. (% untuk dia baca sangat rendah)


Tuesday, June 29, 2010

Kalaulah dia tahu..


Salam.

Kte xpernah kenal,
Xpernah bckp,
Apatah lg bjmpe..

Tp, Allah cmpakkn rse luar biasa pd dr ini,
rse syg n kasih pd sang penulis blog.
Betapa hebatnya Allah mmberikan beliau ilham utk menulis n menukilkn kata2

Takdir menetapkn, ana tsinggah ke blog ni melalui blog seorg sahabat.
Ana xpasti apakah post pertama y ana bc, ttp y pasti post tsebut tlh menyentuh hatiku,
Menitiskn air mata, menusuk di kalbuku,
Hebat sungguh, hebat sungguh Allah, Allahuakbar..

Sjak 2, ana xjemu2 menunggu n menanti post2 seterusnya..
Mnjd silent reader y setia

Mgkin krn kte menuntut dlm bidang y sme dan dlm usia y sme,
perasaan, pengalamn dan luahan idea n ilham dr Allah ini btul2 tkesan d hati..
Mgkin juga krn mempunyai adik y sme sifatnya, sering bcerita, mengadu segala mcm perkara
Tp, kte pula sgt susah mzahirkn kata2 syg pdnya.

Trusknlah menulis, truslah bdkwh di medan ini, truslah bjuang
Walaupn kte akn mengalami n melangkah ke tahap kehidupan y len
Let’s strive 4 mardhatillah!
~uhkwah itu di hati, wlaupn jauh ia tetap menemani~
p/s: maaf xberkaitan dgn post :p


Itulah komen pertamaku pada blognya.
Allah memberi aku kekuatan untuk memulakan bicara,
Kekuatan pada saat itu..

tapi,

Mengetahui dia akan melangkah ke kehidupan lebih mencabar,
Mempunyai lebih tanggungjawab,
Sedih itu aku rasa lebih berbanding gembira,
Pilu itu lebih berbanding suka,

Kerana apa? Ya, dia ada tanggungjawab lain,
ada taklifan yang lebih penting,
masa yang terhad bersama2 sahabat,
dan masa yang hampir tiada untuk membina persahabatan ini

jangan tanya aku mengapa,
kerna aku juga pelik memikirkannya,
bagaimana aku punya rasa ini,
pada dia yang tidak pernah kukenal,
pada dia yang tidak pernah ku jumpa,

Tapi, kini aku gembira untuk dia,
aku rasa bahagia untuk dia,
dia sudah ada orang untuk menjaganya,
melindunginya, juga menyayanginya.

Aku tidak pelik lagi dengan rasa ini,
bukankah Allah itu maha berkuasa,
maha penyayang, maha pengasih,
mampu mencampakkan rasa kasih, rindu dan sayang ini,
pada sesiapa yang dikehendakiNya.

Kalaulah dia tahu betapa aku ingin kenal dia dengan lebih rapat,
Kalaulah dia tahu, aku sangat ingin bersahabat dengannya,
Kalaulah dia tahu, aku ingin sekali berjumpa dengannya,
Kalaulah dia tahu, dia sangat istimewa dalam diri ini,

Kalaulah dia tahu aku sangat sayang pada dia..
Kalaulah dia tahu..


p/s 1: "Ya Allah, permudahkanlah urusan dia, kuatkan hati dia, tabahkan jiwanya"
p/s 2: Kalau tiada rezeki berjumpa, aku redha Ya Allah, kerana aku yakin ini yang terbaik untukku.
p/s 3: Tak berniat memberitahu dia, sekadar luahan rasa dari jiwa.