Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

suap-suap

bismillah,

kenal mereka tak lama,
ada 4 tahun, ada 3 tahun, ada yang baru setahun,
tapi tempoh perkenalan yang singkat atau lama,
bukanlah memberi erti yang besar

kerana yang lebih penting,
setiap hari yang dilalui bersama mereka, telah pun memberi erti pada diri.

mantap tarbiyyah, mantap akademik, mantap ukhwah,
selalu menjadi pertama dalam banyak hal,
yang paling ramai yang berkahwin,
paling ramai bilangan ahli,
memang itulah pandang sisi aku pada mereka,




















dan antara ramai-ramai senior sebelum ni,
mungkin pemergian mereka lah yang paling terkesan di hati.

andai tak faham ini, rujuk kakak ini,
andai kurang faham yang itu, rujuk kakak itu.
begitulah mereka, ada kelebihan masing-masing.
dari bab masak-memasak, sampai lah kepada kelantangan bersuara,

ada macam-macam personaliti.
ada lagak ibu mithali,
ada macam kakak penyanyang,
ada pulak, gaya militan, :)
semua menceriakan, dan pasti membuah rindu.

bergerak kerja dengan mereka adalah pengalaman yang indah.
pengalaman rehlah, berusrah, berprogram, berhiro.
memang pengalaman terbaik pernah dilalui.




















hampir lemas sama-sama,
panjat gunung, turun gunung sama-sama,
sesat sama-sama.
kena marah sama-sama. haha.

makan dalam talam.
suapan pertama untuk sahabat,
suapan kedua untuk sahabat,
suapan ketiga untuk sahabat,
suapan keempat untuk diri sendiri.
antara yang diajar mereka kepada aku




















selain selalu jadi rujukan,
mintak nasihat itu, mintak nasihat ni,
mereka selalu juga diminta pinjamkan kenderaan. :)
sekejap pinjam moto, esok pulak pinjam kereta.

tapi, yang paling diingati, walau sudah bergelar final year,
komitmen untuk bergerak kerja masih mantap,
kadang terfikir, mampu tak aku dan yang lain menjadi sehebat mereka.

ni adalah post pertama untuk mereka, juga post terakhir. ;(
isnin ni, exam ikhtisas bermula.
dan dalam sebulan lagi, insyaAllah mereka semua akan bergelar doktor!

melihat mereka yang sangat lelah itu,
tapi masih berlagak kuat.
timbul persoalan dalam diri, mana muncul kekuatan itu




















solat subuh berjemaah di surau,
nampak muka mereka,
pergi ward awal pagi, nampak muka mereka,
lalu ibnu sina malam hari, nampak muka mereka lagi.

dan setiap kali bersalaman usai solat berjemaah di surau,
muncul dialog ini, dengan muka penuh harap,

"doakan akak ye, takut jugak ni"

senyum, sambil angguk-angguk.
ustaz kata, andai ada yang meminta untuk didoakan, doakan terus depan dia,
tapi, tak sempat.
di doakan sekarang
dan sebenarnya sebelum ni lagi doa untuk mereka sentiasa ada, :)

ya Allah mudahkan urusan peperiksaan ikhtisas mereka, moga Allah lapangkan hati mereka, moga Allah ilhamkan kefahaman buat mereka. moga cita-cita, doa-doa mereka bergelar doktor muslimah, daie muslimah di kabulkan oleh Kau Yang Maha Mendengar. amin ya rabb.

p.s: manisnya ukhwah keranaMu. banyak lagi nukilan yang nak dicoretkan tapi biarlah ia menjadi pengalaman terindah buat diri ini dan mereka :)
p.s: post ni memang khas untuk akhawat tapi doa pasti, untuk ikhwah sekali :)
p.s: exam ikhtisas 19-31 mac 2012. mohon doakan mereka semua bergelar doktor merawat penyakit dan merawat hati jahiliyyah umat. amin. amin. amin.
p.s: selamat berpisah. (suara sedu-sedu, mata mula pedih). sayang semua-semua fillah <3

Wednesday, November 23, 2011

hubungan




bismillah,


sambungan post 'darjah 1',

duduklah aku sebelah dia,
1st time tu, terus warning dia;

"awak jangan bising tau, nanti cikgu marah saya sekali!"
"ok. ok." jawab dia.
('yela tu ok'-hati prejudisku berbicara sendiri)

hari ke2, waktu cikgu bagi latihan,
mula-mula dia buat, 2minit lepas tu,
mula mengelamun memandang ke luar tingkap,
"hey, cepatlah buat! nanti tak sempat siap" suara aku seakan menjerit
"hehe, ok" jawab dia sambil tersenyum sumbang

hari ke3, ke4 dan seterusnya berlalu dengan cerita yang pelbagai,
dia akan sangat bising dalam kelas, main dekat belakang kelas.
tapi, bila duduk sebelah aku, akan senyap sikit.
bila dah kene marah, dia diam tapi sekejap je. pastu bising balik,
dan tibalah hari yang ke 7, 
ayahnya datang ke sekolah, bercakap-cakap dengan cikgu,
dan dia mula mengemas barang-barangnya.

('eh, aku garang sangat ke, sampai dia mengadu kat ayah dia. dia nak pindah tempat duduk ke?')

"kenapa ayah awak datang? awak nak pindah tempat duduk ke?"
"saya pindah sekolah, pindah rumah jugak. ikut ayah saya, tukar tempat kerja,"
"oo." (sedih dan rasa bersalah sebab selalu marah marah dia)

========================================

itu ikhtilat waktu darjah 1,
terjaga ke? entahlah. 24jam asyik marah dia je

cuba tengok ikhtilat sekarang,
tambah-tambah medical student,

menjaga? terjaga? atau sebaliknya.
zahirnya terjaga, tapi bila berfacebook, berym, berblog
terzahir segalanya.
ikhtilat alam realiti dijaga, tapi alam maya dilupa.

adab ikhtilat (dr. Yusuf Qardawi)


1. menjaga pandangan
tidak memandang kepada aurat, 
tidak memandang dengan syahwat, 
dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat.

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka
menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(24: 30-31)


2. pakaian yang 
disyariatkan dan sopan, 
tidak jarang, tidak menampak bentuk tubuh

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari
padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, (24: 31)
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (33: 59)


3. berakhlak muslimah pada setiap perkara, 
terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :
Percakapan (menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan)
Pergerakan, tidak berlenggok, 
dan tidak berhias (tabarruj)   


4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian dan warna-warna terang yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya,


5. Elakkan seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka


6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan.


========================================


penuhilah syarat-syarat ini, 
bukan untuk menyusahkan kita, 
bahkan demi kebaikan bersama, 
kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. 


lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, 
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, 


marilah disaat ini, dengan keyakinan ini, 
kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya!


p.s: tetaplah berusaha menjaga walau keperluan syar'i seperti menuntut ilmu, berjual beli dan lain-lain perkara, sentiasa perlu kita lalui.
p.s: menulis untuk diri sendiri dan yang lain
p.s: tak ada rezeki nak pergi kursus kawin. lambat lagi la ni maksudnya :p

Wednesday, November 9, 2011

darjah 1

bismillah,


waktu darjah 1, aku dan kawan-kawan
diarah duduk sebelah menyebelah dengan mereka yang berlainan jantina.
arahan dari guru kelas.
sekolah sekular memang begitu.


dan paling best, aku diarah duduk sebelah
budak lelaki India gemok yang jahat,
budak ni memang gangster, (ni stigma waktu darjah 1),


perasaan pelik menerjah di fikiranku,
kenapa aku kene duduk sebelah dia,


"kenapa saya kene duduk sebelah dia, cikgu?"
"sebab kamu garang sikit, bole tengok-tengokkan dia"
jawab cikgu dengan selamba


-__-


p.s: ikhtilat waktu darjah 1 vs ikhtilat waktu sekarang. bersambung...
p.s: hari ni full seperti biasa. mata dah separuh tertutup.
p.s: doakan perjuangan daku dan semua



Sunday, April 10, 2011

kembali ke sekolah


bismillah,

kembali ke sekolah memandu :)

ke sekolah memandu untuk hari ke 2. teman dakwin ke sana, untuk praktis ulangan memandu.
dudukla aku di situ, untuk mengelakkan tertido, bawak buku untuk dibaca,
tapi kadang-kadang mata menjeling melihat kereta kancil comel dan uzur itu naik bukit, turun bukit, masuk kotak keluar kotak.

sesekali bunyi tiang jatuh kedengaran, aku tak sanggup nak tengok, takut malu pulak si pemandu,
sesekali bunyi enjin mengaum, dan kancil kecil itu mengundur ke belakang dari atas bukit, yang ini aku tengok sebab pemandu dah berada di sebalik bukit.:p ok, jangan merepek.

duduk di situ, terimbau kenangan beberapa tahun lepas. aku amik lesen lepas spm. motor dan kereta. paling tak boleh lupa, masa naik jambatan untuk praktis motor. aku memang akan bawa laju atas jambatan kecik itu untuk elakkan jatuh dan bagusla kalau dapat bawak dengan cepat atas jambatan itu kan. pastu, seorang tenaga pengajar tu panggil aku, ingatkan nak puji, rupanya dia tegur, katanya, kene lalu atas jambatan tu lebih dari 7 saat (tak pasti berapa saat, tak ingat). ok, ni akibat baca buku je, tapi tak hadamkan betul-betul

lagi 1 kisah, ada seorang kakak ni datang praktis kereta. tapi dia drive sendiri untuk datang ke sekolah memandu tu. so, dia risau kena saman waktu balik nanti. aku pun cakap la,
"tak apa la akak, akak kan ada lesen L, kalau tak bawa orang, tak salah kan"
"itu motor la dik. lesen L kereta untuk belajar memandu je"
"oo. yeke.."

tadi dapat tengok macam-macam ragam orang nak belajar memandu ni. sakit mata, sakit kepala semua ada. mana tak sakit mata nya, bertudung, tapi seluar baju semua ketat. sakit kepala sebab bau asap rokok yang kuat. walaupun tertera larangan merokok kat situ.

ada juga yang menaikkan semangat. ada makcik pakcik yang belajar memandu tadi. terpaksa bawa sekali anak2 ke sana. walaupun dah agak lambat untuk belajar di usia mereka itu, tapi itu tak patahkan semangat mereka untuk terus berusaha mendapatkan sekeping lesen P! teringat kisah auntie dari negara china yang terpaksa ulang ujian komputer untuk 90 lebih kali. never give up!

teringat jugak kat seorang pakcik yang baru nak amik lesen motor waktu aku belajar dulu. aku dan yang lain tanya pada pakcik tu.
"pakcik, kenapa baru nak amik lesen sekarang?"kami
"dah 40 tahun pakcik bawa motor tanpa lesen.."pakcik
"wah, hebat!"kami
"tapi, baru-baru ni pakcik kene tahan dengan polis masa bawa motor, dia nasihat pakcik suruh amik lesen, tu yang pakcik datang amik ni"pakcik
"hihi, bagus pakcik, nanti lepas ni bole bawa motor dengan tenang"kami

belajar Islam dan dakwah dari cara pemanduan kereta

[Sebagai sebuah agama yang membawa manusia menuju kepada Allah SWT kita boleh memperumpamakan Islam itu seperti kereta. Sebuah kereta ia bergerak melalui kawalan pemanduan yang dilakukan oleh pemandu. Laju, perlahan, ke kiri atau ke kanan pergerakan sebuah kereta itu ditentukan oleh pemandunya.
Siapa lagi pemandu Islam jika bukan para ulama dan pendakwah.
Pendakwah yang membawa dan memandu agama ini menuju Allah SWT perlu pandai mengawal kereta dan menggunakan gear kereta kerana setiap kereta itu bergerak mengikut kelajuan yang ditentukan oleh gearnya] link

p/s: debaran makin terasa, result keluar isnin atau selasa. ni bukan pantun. mohon doa :)
p/s: tolong ye kawan-kawan doakan sekali dakwin lulus rabu ni, tak larat nak pegi teman dia ke sekolah tu lagi. huu

Friday, November 12, 2010

dia dan upsr


bismillah,

Suasana di kelas 6 Alpha itu riuh rendah seperti biasa. Di satu sudut, beberapa pelajar sedang asyik bermain domino, sekumpulan yang lain sedang bermain saidina. Permainan kad juga tidak terkecuali. Ada yang sedang bermain one family, bermain snap, bermain uno dan bermacam macam lagi permainan popular zaman itu. Tak ketinggalan, ada juga yang menggunakan white board untuk bermain roda impian. Sementara itu, beberapa pelajar lain yang dikategorikan sebagai agak matang sedang tekun membaca novel. Ada juga yang membuat halaqah, tak pasti sama ada ada sesi tazkirah, sesi luahan rasa atau sesi gossip. Pelajar lelaki pula ada yang membaca komik, bermain yoyo dan gameboy. Bilangan pelajar pada hari itu adalah ramai berbanding hari-hari lain selepas tamatnya upsr. ini kerana ada desas-desus mengatakan keputusan upsr akan keluar pada hari itu.

Di tengah kelas, betul-betul di bawah kipas, budak perempuan itu bersama kawannya sedang menyusun buah catur untuk memulakan permainan chess. Dia memilih untuk bermain chess pagi itu untuk mengasah kembali bakat berfikirnya setelah hampir sebulan merehatkan minda daripada berfikir, lantaran kepenatan menjawab soalan upsr. walaupun semua orang nampak tenang dan bergembira dengan hal masing-masing, tetapi budak perempuan itu membuat andaian bahawa kawan-kawannya juga seperti dia, rasa nervous dan takut untuk mengetahui keputusan masing-masing. Manakan tidak, itu adalah peperiksaan pertama terbesar buat mereka.

Sedang budak perempuan itu meneruskan andaian dan pada masa yang sama berfikir strategi untuk memenangi permainan chess itu, dia dan rakan-rakan yang lain dikejutkan dengan jeritan salah seorang pelajar yang berada di tepi tingkap kelas tersebut,

“wei, korang! Guru besar dah sampai”

Semua pelajar termasuk budak perempuan itu bergegas ke tingkap. Melihat dari tingkat 3, kereta Volvo hijau milik guru besar itu memasuki perkarangan sekolah. Tahulah mereka bahawa guru besar baru sahaja balik dari mesyuarat dan mengambil keputusan upsr bagi sekolah tersebut. Di saat itu, ramai yang tidak dapat menyembunyikan perasaan masing-masing. Ada yang ke tandas, ada yang menyambung semula permainan dan ada yang tak sabar mahu ke bilik guru. Budak perempuan itu menyambung semula permainan chess nya itu, tetapi tidak lagi berfikir strategi untuk menang. Dia sendiri rasa resah dan gelisah, tetapi seperti biasa dia cuba berlagak tenang. Walaupun dia bukanlah top student, tetapi seperti semua orang dirinya juga mahukan keputusan yang cemerlang.

30 minit berlalu, semua pelajar dibenarkan melihat keputusan. Satu kertas putih panjang di tampal pada board di satu laluan di tingkat satu. Keadaan fizikal yang rendah bagi budak perempuan itu menyebabkan dia terhinjut-hinjut untuk melihat dan mencari namanya. Setelah bersusah payah, akhirnya dia dapat mencari namanya yang telah dihighlightkan. Tertanya-tanya juga adakah dia berhutang dengan pihak sekolah atau ada kesalahan disiplin yang telah dilakukan sehingga namanya dihighlightkan. Namun itu semua terjawab setelah melihat keputusan dan bilangan a yang diperolehinya.

Hanya ucapan dan rasa syukur dipanjatkan kepada Allah setelah mengetahui dia mendapat 5A. guru-guru dan rakan-rakan tak putus-putus mengucap tahniah. Bagi budak itu, kejayaannya itu tak lain tak bukan adalah untuk kedua ibu bapanya, berkat doa-doa mereka. Itulah erti kejayaan buatnya pada waktu itu. Bukan untuk dirinya atau sesiapa, tapi untuk kedua ibu bapa tercinta.

--------------------------------------------------------

dalam hati budak itu berfikir,
apa perasaan kawan-kawan dia yang lain,
yang tak dapat keputusan yang cemerlang,
atau yang dapat keputusan cemerlang, tapi
mak atau ayah mereka dah tak ada,
dengan siapa mereka berkongsi rasa, berkongsi gembira,

hati dia cepat tersentuh,
kalau dengar kisah mereka yang serba kekurangan,
hidup dalam kesusahan,
tapi masih mampu mengukir kejayaaan,
mengukir senyum di bibir kedua ibu bapa,
atau berjaya walau tanpa kehadiran orang tersayang disisi
bagi dia itu kejayaan yang lebih bermakna.

setiap orang, Allah uji dengan berbeza-beza keadaan, berbeza-beza cara, berbeza-beza tahap, sesuai dengan kesanggupan mereka. sesungguhnya Allah itu maha Adil :)


p/s: semalam result upsr keluar, tiba-tiba rasa nak coretkan sesuatu di sini.
p/s: tengok dalam berita semalam, sedih sangat ada sorang budak ni dapat 5a walaupun trial dia xberapa bagus. mak dia baru meninggal, dia anak tukang rumah je, tapi berkat dorongan mak dia, dia belajar btol2, tapi, dia sedih sebab mak dia xdpt sambut kejayaan dia sama2. :(
p/s: sekarang tengah dilema, sama ada nak buat facebook ke tak. hr tu, ustaz ada cakap, tak payah buat fb ni. kawan pulak ada bgtau kalau ada fb, dapat contact kawan2 lama. teringin jugak nak tau kat mana dah sekarang ni budak2 yang main domino, yoyo semua tu :p

Monday, November 1, 2010

kisah budak perempuan dan haiwan-haiwan di sekelilingnya


bismillah,

Riuh rendah di zoo taiping itu, membuatkan budak perempuan itu teruja. Ditemani ibu dan adiknya yang berusia 2 tahun, rombongan sekolah tadika itu cukup bermakna baginya. budak perempuan itu berjalan bersama ibu serta beberapa orang rakannya. Dari satu haiwan ke satu haiwan lain dilihatnya, semua ada keunikan tersendiri. tiba-tiba, dia terdengar jeritan beberapa orang pengunjung, membuatkan dia melihat ke arah jeritan tersebut. rupa-rupanya, ada seekor babi hutan terlepas dan sedang meluru ke arah mereka yang menjerit tadi. budak perempuan itu hanya ketawa dengan apa yang dilihatnya.
Dia pun meneruskan pemerhatiannya ke atas haiwan-haiwan lain. tidak berapa lama kemudian, seekor babi hutan lain pula meluru ke arah dia dan ibunya yang sedang mendukung adiknya. apa lagi, berlari lintang pukang mereka semua. alhamdulillah, mereka semua selamat. mereka mengambil keputusan untuk menaiki kereta api zoo untuk meneruskan pemerhatian mereka terhadap haiwan-haiwan lain di zoo itu. sambil menikmati pemandangan zoo di dalam kereta api yang perlahan itu, budak perempuan itu meliahat ada sekumpulan pekerja zoo sedang meronda-ronda untuk menangkap babi hutan yang terlepas tadi. budak perempuan itu ketawa lagi, teringat kejadian awal tadi. dalam hati dia berkata, "ni lah akibatnya, gelakkan orang lain.."

-----------------------------------------------------------------

budak perempuan itu telah bertambah umurnya dan telah memasuki sekolah rendah. di suatu hari, masa darjah 3, dia dan rakan-rakan sedang kusyuk belajar di dalam kelas, tiba-tiba bunyi ayam berkokok kuat kedengaran. mereka semua berpaling ke belakang kelas, dan alangkah terkejutnya mereka, apabila seekor ayam telah terbang melayang dari dalam almari ke luar tingkap kelas. selepas itu, cikgu pun meneruskan pembelajaran, tapi budak perempuan itu mula membuat andaian, "ayam tu tengah cari tempat sesuai nak mengeram telur dia ataupun dia nak belajar sama?.."

---------------------------------------------------------------------

naik darjah 4, dia dan satu kelasnya terpilih untuk duduk di makmal sains kerana kelas-kelas lain sedang dalam pengubahsuaian. belajar dalam makmal sangat best bagi budak perempuan itu, sebab dia selalu ke belakang makmal dan melihat-lihat spesimen di situ. pada suatu hari, sedang dia asyik melihat spesimen itu, tiba-tiba suatu lembaga hitam terbang dalam makmal itu, rupanya batman@kelawar telah mengejutkan budak itu, dalam hati, "ish, terkejut aku, napa siang2 pun ada, bukan malam je ke?"

-----------------------------------------------------------------------

Budak perempuan itu telah menginjak ke alam dewasa. bersekolah di sekolah asrama yang sangat jauh dari rumahnya. pada suatu hari, guru biologi telah mengarahkan semua pelajar untuk menangkap katak untuk dijadikan bahan eksperimen. jadi, pencarian katak bermula pada malam itu. budak perempuan dan kawan-kawannya telah lengkap dengan senjata masing-masing. baldi, plastik bag, torchlight dipegang kemas oleh mereka semua. malam itu, selepas solat isya', mereka memulakan misi pencarian. dari padang bola hingga ke longkang2 dicari mereka. di mana ada bunyi 'krog,krog', di situ mereka pergi. akhirnya, pencarian mereka berakhir dengan jayanya. 6 ekor katak berjaya di tangkap setelah berpenat lelah mencari.

Keesokan paginya, budak perempuan itu sangat teruja untuk melakukan eksperimen dengan katak yang mereka jumpai semalam. di dalam makmal biologi, mereka dikehendaki menghantar katak2 tersebut untuk di rendam dalam cecair pelali untuk katak. setelah beberapa lama kemudian, setiap 2 orang pelajar perlu mengambil seekor katak. budak perempuan dan kawannya mendapat katak yang paling besar antara semua katak. mereka pun memulakan eksperiman tersebut. perlu operate perut katak tersebut dan melihat organ-organ dalaman katak itu. mereka pun melihat dan melukis organ katak itu setelah perut katak di belah. tiba-tiba, tanpa di sangka, katak itu melompat dari meja makmal itu dan mula melompat-lompat dengan perutnya yang terburai. Semua pelajar menjerit-menjerit melihat kejadian itu. dalam hati budak itu berkata, "Katak ni besar sangat, ubat pelali tu berkesan sekejap je.."

----------------------------------------------------------------------------

Budak perempuan itu berjaya masuk ke pusat matrikulasi selepas mendapat keputusan spmnya. beberapa bulan kemudian, mereka perlu membedah tikus putih. Kejadian katak telah memberi pengajaran kepadanya untuk memilih tikus putih yang kecik. seronok membedah tikus itu, tiba-tiba.. tikus itu bangun dari tidonya..haha.(iklan) budak perempuan itu sudah siap bedah dan melihat-lihat organ tikus itu, dia pun meronda-ronda makmal melihat tikus-tikus kawan kawan yang lain. tiba-tiba, dia tertarik melihat salah seekor tikus itu. rupanya tikus itu sedang mengandung. beberapa ketulan dapat dilihat dalam perut tikus putih yang comel itu, budak itu berkata dalam hatinya, "kesian ko, meninggal waktu mengandung.."

-------------------------------------------------------------------------------

Setahun berada di matrik, budak perempuan itu berjaya masuk ke universiti. pada suatu petang, budak perempuan itu membeli makanan, lalu diletakkan di atas meja. dia pun keluar dari biliknya untuk ke bilik air. seperti biasa, budak perempuan itu tidak mengunci pintu biliknya. setelah beberapa minit, dia kembali semua ke bilik dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati 2 ekor kucing telah menyelongkar bungkusan makanannya. budak perempuan itu bertukar menjadi hijau. dan mula menghalau kucing itu. dalam perjalannya ke cafe untuk membeli makanan lain, hati kecilnya berkata, " sapa suruh tak kunci pintu. Kucing tu makhluk Allah juga. dia pun lapar.."

Suatu tengah hari, budak perempuan itu pulang ke bilik dari tempat belajarnya, dia kepenatan dan berniat untuk qaululah. sedang dia diulit mimpi, seekor semut telah menggigit matanya. mungkin matanya manis..dia pun terbangun dari tidur dan mengadu pedih mata. bila di lihat jam, rupanya jam 3pm. dia tak solat zohor lagi, sambil bergegas ke bilik air untuk berwudhuk, dia bercakap seorang diri, " tq ye semut..kejutkan aku solat"

--------------------------------------------------------------------------------------

semua makhluk hidup dan tak hidup di alam semesta diliputi oleh tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka semua diciptakan, bahawa mereka menunjukkan kekuasaan, ilmu dan seni dari Pencipta mereka.

"segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah. Dialah yang Maha Besar, Maha bijaksana. Kekuasaan dari langit dan bumi adalah miliknya. Ia memberikan hidup dan menjadikan mati. Ia memiliki kekuasaan atas segala sesuatu.(57:1-2)

"dan tidak ada seekor pun binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan semuanya merupakan umat-umat(juga) seperti kamu.."(6:38)

para sahabat bertanya kepada Nabi saw: "apakah diberi pahala dengan menolong binatang? baginda menjawab: "Pada tiap yang bernyawa ada pahala (jika kita menolongnya). (HR Bukhari, muslim)

"kasihanilah siapa yang di bumi nescaya kamu akan di kasihi oleh siapa yang di langit" (HR at-tabrani)

p/s: cerita di atas diadaptasi dari kisah kehidupan seseorang:)
p/s: post terpanjang kot setakat ni..
p/s: dah hbs exam, alhamdulillah, sekarang tengok kuasa tawakal pulak..

Wednesday, October 6, 2010

pmr ku


bismillah,

tahun 2004, aku menjadi calon pmr,
menjangkakan aku akan duduk depan sekali dalam dewan,
dengan status namaku yang bermula dengan a,
ternyata meleset.

duduk di kedudukan ke 14,
dengan penglihatan yang kabur, (masih tak tahu rabun waktu ni)
aku hanya nampak warna putih jam dinding besar di depan dewan.

kenangan yang tak ku lupa sampai sekarang,
aku tak bawak jam waktu tu!!
dengan sifat aku yang memang tak suka angkat tangan,
untuk panggil pengawas peperiksaan,
sangatlah mencabar.

dengan mengharap belas ihsan dari sahabat di sebelah,
aku dapatlah menjeling-jeling jam di tangannya,
menjeling-menjeling jawapan juga (huhu..xdela)
kadang-kadang, mengecikkan mataku untuk melihat jam dinding besar di depan,

sangat mencabar waktu tu.
untuk mengerah tenaga mengingat jawapan,
mengagak-agak berapa banyak waktu yang masih tinggal,
dan berusaha untuk tidak menghiraukan pengawas yang lalu lalang di sebelah aku. :p

pmr itu walau banyak dugaannya,
walau ada susahnya,
ia tetap jadi kenangan terindah buatku..

ada yang tak sempat pun nak amik pmr, ajalnya telah tiba.
ada yang tak cukup duit pun nak amik exam, terpaksa bekerja mencari rezeki.

'hadapilah setiap detik kehidupan ini dengan penuh makna, kerana tak semua orang dapat nikmat yang kita dapat sekarang, dan kerana masa lalu itu adalah kenangan terindah buat kita, jika segalanya kerana Allah.'

'semua orang mengharapkan kejayaan dalam hidup mereka, dalam exam mereka, tapi sesungguhnya kejayaan yang sebenar adalah berjaya terhindar dari azab api neraka dan beroleh syurgaNya..moga kejayaan ini yang amat kita harap2kan..insyaAllah'

p/s 1: oh rindunya nak g sekolah..
p/s 2: teringat dulu2, masa ujian selaras, ada yang bawak jam loceng letak atas meja. cikgu xyah gtau dah habis masa, ble jam dia bunyi, satu kelas boleh dengar n tau mse dh hbs..huhu..waktu pmr hr 2, die xbwk plak..
p/s 3: short case ku tadi..Ya Allah, moga kau beri taqdir terbaik buatku!