Monday, November 1, 2010

kisah budak perempuan dan haiwan-haiwan di sekelilingnya


bismillah,

Riuh rendah di zoo taiping itu, membuatkan budak perempuan itu teruja. Ditemani ibu dan adiknya yang berusia 2 tahun, rombongan sekolah tadika itu cukup bermakna baginya. budak perempuan itu berjalan bersama ibu serta beberapa orang rakannya. Dari satu haiwan ke satu haiwan lain dilihatnya, semua ada keunikan tersendiri. tiba-tiba, dia terdengar jeritan beberapa orang pengunjung, membuatkan dia melihat ke arah jeritan tersebut. rupa-rupanya, ada seekor babi hutan terlepas dan sedang meluru ke arah mereka yang menjerit tadi. budak perempuan itu hanya ketawa dengan apa yang dilihatnya.
Dia pun meneruskan pemerhatiannya ke atas haiwan-haiwan lain. tidak berapa lama kemudian, seekor babi hutan lain pula meluru ke arah dia dan ibunya yang sedang mendukung adiknya. apa lagi, berlari lintang pukang mereka semua. alhamdulillah, mereka semua selamat. mereka mengambil keputusan untuk menaiki kereta api zoo untuk meneruskan pemerhatian mereka terhadap haiwan-haiwan lain di zoo itu. sambil menikmati pemandangan zoo di dalam kereta api yang perlahan itu, budak perempuan itu meliahat ada sekumpulan pekerja zoo sedang meronda-ronda untuk menangkap babi hutan yang terlepas tadi. budak perempuan itu ketawa lagi, teringat kejadian awal tadi. dalam hati dia berkata, "ni lah akibatnya, gelakkan orang lain.."

-----------------------------------------------------------------

budak perempuan itu telah bertambah umurnya dan telah memasuki sekolah rendah. di suatu hari, masa darjah 3, dia dan rakan-rakan sedang kusyuk belajar di dalam kelas, tiba-tiba bunyi ayam berkokok kuat kedengaran. mereka semua berpaling ke belakang kelas, dan alangkah terkejutnya mereka, apabila seekor ayam telah terbang melayang dari dalam almari ke luar tingkap kelas. selepas itu, cikgu pun meneruskan pembelajaran, tapi budak perempuan itu mula membuat andaian, "ayam tu tengah cari tempat sesuai nak mengeram telur dia ataupun dia nak belajar sama?.."

---------------------------------------------------------------------

naik darjah 4, dia dan satu kelasnya terpilih untuk duduk di makmal sains kerana kelas-kelas lain sedang dalam pengubahsuaian. belajar dalam makmal sangat best bagi budak perempuan itu, sebab dia selalu ke belakang makmal dan melihat-lihat spesimen di situ. pada suatu hari, sedang dia asyik melihat spesimen itu, tiba-tiba suatu lembaga hitam terbang dalam makmal itu, rupanya batman@kelawar telah mengejutkan budak itu, dalam hati, "ish, terkejut aku, napa siang2 pun ada, bukan malam je ke?"

-----------------------------------------------------------------------

Budak perempuan itu telah menginjak ke alam dewasa. bersekolah di sekolah asrama yang sangat jauh dari rumahnya. pada suatu hari, guru biologi telah mengarahkan semua pelajar untuk menangkap katak untuk dijadikan bahan eksperimen. jadi, pencarian katak bermula pada malam itu. budak perempuan dan kawan-kawannya telah lengkap dengan senjata masing-masing. baldi, plastik bag, torchlight dipegang kemas oleh mereka semua. malam itu, selepas solat isya', mereka memulakan misi pencarian. dari padang bola hingga ke longkang2 dicari mereka. di mana ada bunyi 'krog,krog', di situ mereka pergi. akhirnya, pencarian mereka berakhir dengan jayanya. 6 ekor katak berjaya di tangkap setelah berpenat lelah mencari.

Keesokan paginya, budak perempuan itu sangat teruja untuk melakukan eksperimen dengan katak yang mereka jumpai semalam. di dalam makmal biologi, mereka dikehendaki menghantar katak2 tersebut untuk di rendam dalam cecair pelali untuk katak. setelah beberapa lama kemudian, setiap 2 orang pelajar perlu mengambil seekor katak. budak perempuan dan kawannya mendapat katak yang paling besar antara semua katak. mereka pun memulakan eksperiman tersebut. perlu operate perut katak tersebut dan melihat organ-organ dalaman katak itu. mereka pun melihat dan melukis organ katak itu setelah perut katak di belah. tiba-tiba, tanpa di sangka, katak itu melompat dari meja makmal itu dan mula melompat-lompat dengan perutnya yang terburai. Semua pelajar menjerit-menjerit melihat kejadian itu. dalam hati budak itu berkata, "Katak ni besar sangat, ubat pelali tu berkesan sekejap je.."

----------------------------------------------------------------------------

Budak perempuan itu berjaya masuk ke pusat matrikulasi selepas mendapat keputusan spmnya. beberapa bulan kemudian, mereka perlu membedah tikus putih. Kejadian katak telah memberi pengajaran kepadanya untuk memilih tikus putih yang kecik. seronok membedah tikus itu, tiba-tiba.. tikus itu bangun dari tidonya..haha.(iklan) budak perempuan itu sudah siap bedah dan melihat-lihat organ tikus itu, dia pun meronda-ronda makmal melihat tikus-tikus kawan kawan yang lain. tiba-tiba, dia tertarik melihat salah seekor tikus itu. rupanya tikus itu sedang mengandung. beberapa ketulan dapat dilihat dalam perut tikus putih yang comel itu, budak itu berkata dalam hatinya, "kesian ko, meninggal waktu mengandung.."

-------------------------------------------------------------------------------

Setahun berada di matrik, budak perempuan itu berjaya masuk ke universiti. pada suatu petang, budak perempuan itu membeli makanan, lalu diletakkan di atas meja. dia pun keluar dari biliknya untuk ke bilik air. seperti biasa, budak perempuan itu tidak mengunci pintu biliknya. setelah beberapa minit, dia kembali semua ke bilik dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati 2 ekor kucing telah menyelongkar bungkusan makanannya. budak perempuan itu bertukar menjadi hijau. dan mula menghalau kucing itu. dalam perjalannya ke cafe untuk membeli makanan lain, hati kecilnya berkata, " sapa suruh tak kunci pintu. Kucing tu makhluk Allah juga. dia pun lapar.."

Suatu tengah hari, budak perempuan itu pulang ke bilik dari tempat belajarnya, dia kepenatan dan berniat untuk qaululah. sedang dia diulit mimpi, seekor semut telah menggigit matanya. mungkin matanya manis..dia pun terbangun dari tidur dan mengadu pedih mata. bila di lihat jam, rupanya jam 3pm. dia tak solat zohor lagi, sambil bergegas ke bilik air untuk berwudhuk, dia bercakap seorang diri, " tq ye semut..kejutkan aku solat"

--------------------------------------------------------------------------------------

semua makhluk hidup dan tak hidup di alam semesta diliputi oleh tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka semua diciptakan, bahawa mereka menunjukkan kekuasaan, ilmu dan seni dari Pencipta mereka.

"segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah. Dialah yang Maha Besar, Maha bijaksana. Kekuasaan dari langit dan bumi adalah miliknya. Ia memberikan hidup dan menjadikan mati. Ia memiliki kekuasaan atas segala sesuatu.(57:1-2)

"dan tidak ada seekor pun binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan semuanya merupakan umat-umat(juga) seperti kamu.."(6:38)

para sahabat bertanya kepada Nabi saw: "apakah diberi pahala dengan menolong binatang? baginda menjawab: "Pada tiap yang bernyawa ada pahala (jika kita menolongnya). (HR Bukhari, muslim)

"kasihanilah siapa yang di bumi nescaya kamu akan di kasihi oleh siapa yang di langit" (HR at-tabrani)

p/s: cerita di atas diadaptasi dari kisah kehidupan seseorang:)
p/s: post terpanjang kot setakat ni..
p/s: dah hbs exam, alhamdulillah, sekarang tengok kuasa tawakal pulak..

3 comments:

nhu said...

salam 'alaik..
maaf, km msih blur2 ngn ap yg cube dismpikn..
bole x explain kt km???
otak bertambah obb sejak nk dekat exam nih..hehe


ap pun, km suke sgt cter ni..
cme yg pasti..drpd cter ni km belajar utk snts optimis & berbaik sgka..

azk2121 said...

wslm. haha, km pn xpaham gak..
sje je tulis suka2..
tp, rsenye nak gtau y manusia dan makhluk lain termasuklah haiwan adalah makhluk Allah dan saling melengkapi.

semua ciptaan Allah tu menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Allah itu sendiri.

dan kita wajib berkasih sayang antara sesama makhluk termasuk la haiwan.

n btol gak y perlu berbaik sangka 2.

p/s:sbnrnye, sje je nak mention beberapa ekor haiwan yang pernah hadir dalam hidup budak pmpuan tu. dan kenangan2 tu masih segar di ingatan dan mahu diabadikan di sini :p

nhu said...

bdk pompuan tuh msti ko kn..hehe