Saturday, November 20, 2010

peristiwa malam raya haji


bismillah,

balik malam raya haji lepas,
benar-benar membuatkan aku insaf,
dalam perjalanan pulang ke rumah,
macam-macam peristiwa di sepanjang jalan raya itu
menyentuh hatiku.

menaiki kereta bersama bajim,
aku duduk di tepi pemandu,
apa saja yang mampuku buat
melainkan melihat-lihat keadaan sekeliling,
nak juga tido, tapi waktu itu sudah hampir maghrib,
menyebabkan aku melupakan niatku

dengan keadaan jalan yang agak jem,
aku lihat seorang lelaki pertengahan umur,
sedang mengayuh basikal menaiki jalan yang agak curam,
waktu itu hujan renyai-renyai,
tak pasti sama ada titisan air hujan yang memenuhi mukanya,
atau peluh-peluh keringat mengayuh basikal.

perjalanan diteruskan sehingga berhenti di lampu isyarat,
aku lihat seorang lelaki dengan basikal juga,
tapi kali ini, basikalnya penuh dengan muatan,
sehingga dia terpaksa menolak/menuntun basikalnya,
muatan yang berat kadang kala membuatkan
basikalnya tak seimbang dan hampir jatuh.

lihat-lihat lagi,
nampak pula 2 orang lelaki sedang menolak van,
tak pasti sama ada rosak, atau kehabisan minyak,
yang pasti mereka sahaja yang tahu,
bagaimana penatnya menolak van itu.

sepanjang perjalanan itu juga,
banyak sungguh gerai menjual lemang,
tak kira tua atau muda, ada sahaja orang menjualnya,
tak kira hujan atau gelap malam yang makin menjelma,
mereka tetap tabah berniaga.


dalam hati, ku berbicara sendiri,
walau tanpa kereta, malah motorsikal sendiri,
itu tidak mematahkan semangat mereka
untuk terus berjuang untuk hidup di dunia ini,

walau terpaksa bersengkang mata,
bekerja siang malam untuk mencari rezeki,
mereka tetap tabah, mereka tetap cekal,
untuk terus berjuang hidup di dunia fana' ini

mungkin itulah pengorbanan mereka,
berkorban tenaga,
berkorban masa,
berkorban nyawa,
untuk anak-anak,
untuk keluarga tercinta,

aku malu memikirkan,
apa sangatlah pengorbanan yang telah kulakukan,

kadang kala air-cond kereta rosak,
aku mula mengeluh panas,
penat menelaah pelajaran,
aku mengeluh masa tido yang kurang

aku tak sekuat mereka
tak sekuat si pengayuh basikal, si penjual lemang
untuk melakukan pengorbanan seperti itu,
apatah lagi nak membandingkan pengorbanan
Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar,
pengorbanan nabi dan rasul,
pengorbanan para sahabat,
para ulama', pejuang Islam

sungguh, lemahnya diri ku ini
aku harus belajar berkorban, harus!
berkorban dalam memperjuangkan Islam,
berkorban kerana Dia.
berkorban untuk dapat redhaNya.


p/s: alhamdulillah 'ala kulli hal. kegagalan 1 ujian, kejayaan juga 1 ujian. untuk aku dan sahabat2, Allah tahu kau mampu hadapinya, oleh itu buktikan!
p/s: nmpak bulan penuh balik surau tadi. subhanallah, cantik. dh lama xnmpk bln sejak habis ramadhan
p/s: akan ke tg karang esok pagi, barang tak pack2 lagi. doakan iman dan amal kami semua di sana nanti.
p/s: akan mula rindu sahabat2 kat sini, ward, kolej dan ppukm sendiri. lepas ni susah la nak update kot, tp akan cuba jugak.


2 comments:

nhu said...

salam 'alaik..
da dpt result ye?
how?

em, btw kuat azam..
ble kte rse lemah ad org yg lg besar dugaan hidupnye..sbg seorg pljr mmg kte xkn terlepas drpd diuji dgn dugaan ktka belajar..
skop pergorbanan tuh besar..
terpksa kurangkn tido krn stdy pon 1 pgorbanan...time bljr kalo tido stakat 2-3 jam tuh suatu perkara yg biasa.. sbb byk tggugjwab melebihi masa yg ada..jd trpksa korbankn sesuatu..dlm hidup ini, kte xbole dpt 2 perkara yg kte mahukn serentak..utk dpt sesuatu, kte perlu korbankn sesuatu..


Imam Syafie penah berkata :

"berpenat lelahlh krn sesungguhnya kesenangan itu slps kepayahan..jgnlah bdukacita krn hidup ini meletihkn sbb demikianlah hidup ini d ciptakan"..

p/s:kalo berjalan2, km suke duk tepi tgkp sbb dpt memerhati alam, pokok2, & tingkah laku manusia..subhanaAllah byk pgajaran yg diperolehi..:-)

azk2121 said...

wslm,
result? alhamdulillah wa syukurillah

setuju, pengorbanan tu skopnya besar,
dan berbeza2 mengikut situasi.
cuma kdg2 tu rse kte ni cepat sgt mengeluh dgn pengorbanan y tak seberapa y terpaksa kita lalui tu.

pe2 pn, sebenarnya pengorbanan ini adalah sangat indah kalau kte ikhlas dan mengharap redha Dia semata-mata. dan untuk capai tahap itu, bkn sesuatu y mudah kan, tapi tak mustahil :)