Tuesday, November 30, 2010

perkongsian


bismillah,

Alhamdulillah, jumaat lepas berkesempatan untuk menghadiri program di masjid ar-Raudhah Tg. Karang. Program bermula seawal selepas solat jumaat@solat asar (tak pasti). Tapi, kami berempat pergi selepas maghrib. Berbuka puasa di Satay Hut dulu, kemudian ke masjid.

Sesampai sahaja di sana, terkejut aku dan sahabat-sahabat tatkala melihat ribuan umat manusia di perkarangan masjid. Beberapa khemah didirikan di situ, dan ada yang terpaksa berdiri, duduk di atas tikar yang disediakan dan berada dalam masjid kerana kerusi yang disediakan telah penuh.

Seusai solat maghrib kami berusaha mencari tempat duduk, alhamdulillah ketemu. Waktu itu, forum telah bermula 15 minit sebelumnya. Ada 2 orang panelis dan seorang moderator. Ketiga-tiga adalah doktor phd. Moderator adalah Dato' Dr. Hassan Ali, menteri agama negeri Selangor. Panelis pertama, Dr. Azhar dan kedua Dr. Roslan. Aku tertanya-tanya juga tajuk forum pada malam itu, kerana kami sendiri sebelum hadir ke program, tidak pasti program anjuran siapa, pengisian yang bagaimana dan siapa penceramahnya. Kami hanya dimaklumkan ada program ceramah dan qiamullail di masjid.

"Memperkasa institusi keluarga". Jujurnya, aku agak kecewa dengan tajuk forum saat aku mengetahuinya. Aku menduga forum ini lebih kepada perbincangan bagaimana mendidik isteri, suami, dan anak-anak. Mungkin aku masih berlagak muda, tanpa perlu mengetahui ilmu-ilmu tentang itu. Ternyata sangkaan aku meleset. Daripada forum itu, ada beberapa point penting yang sempatku catat:

  • memperkasakannya dengan agama Islam."barangsiapa berpaling dari ajranku, kehidupannya akan kucar kacir" hadis
  • harta kekayaan tak menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga, tetapi yang menjaminnya adalah iman dan taqwa: Al Ghazali "Kalaulah nilai kekayaan menjadi sebab harmoninya keluarga, banyak keluarga yang kaya bahagia dan keluarga miskin porak peranda, tapi harta paling bernilai adalah iman dan taqwa"
  • didiklah anak menjadi soleh/solehah. amalan yang menjadi bekal di kubur- doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah.
  • Ibu bapa perlu ada aura. Ustaz bagi contoh, dengar je bunyi motor ayah, cepat2 amik wudhuk solat. Zaman sekarang, cakap elok2 pun, bukan nak dengar.
  • Tanam jiwa istiqamah dalam beragama
  • Suami/ayah/anak lelaki yang baik adalah mereka yang mengimarahkan masjid. salah 1 golongan akan dinaungi di akhirat kelak, pemuda yang cintakan masjid
  • Qiamullail

Alhamdulillah, bersyukur sangat. Mak dan bapak ada aura itu. Bila ustaz bagi contoh, terus teringat kat mereka. kebanyakan saranan yang disampaikan oleh panelis, telah dilaksanakan oleh mereka. Soalan yang selalu ditanya padaku, "dah solat belum?", "solat jemaah, jangan solat sorang2," "Ingat Allah, ingat Rasul, selamat semuanya"

Malam itu, kami tidur di masjid tersebut, untuk sama-sama sertai qiamullail. Bole aku katakan, inilah qiam yang terbaik, tersyahdu, tersentuh sepanjang aku join program2 seumpama ini sebelum ini. Ustaz Osman Ibrahim yang didatangkan khas dari Sg. Petani, Kedah adalah seorang OKU. Sebelah kakinya telah dipotong akibat diabetes, berkerusi roda mengimamkan solat2 sunat malam itu. Inilah juga pertama kali, sertai qiam yang paling ramai orang datang, hampir 500 orang.

Kuliah subuh pula diberikan oleh Dato' dr. hassan ali. seronok sangat dapat tengok seorang menteri memberi ceramah, memberi kuliah agama. Inilah pemimpin Islam yang sebenar.


p/s: membangun bersama Islam. takbir, Allahuakbar!
p/s: alhamdulillah, dapat juga pengisian rohani sepanjang berada kat tg. karang ni.
p/s: terkilan jugak, sebab hanya 4 orang je yang pergi. Moga Allah beri hidayah pada kami semua.
p/s: sok exam add math untuk spm. killer subject tuk kebanyakan students termasukla dakwin. Ya Allah bantulah mereka, permudahkan urusan mereka, tenangkan hati mereka.

No comments: