Wednesday, November 3, 2010

malu


bismillah,

malu,
malu itu hadir dari hati,
malu itu anugerah dari Allah,
malu itu perhiasan diri,
malu itu subjektif,
malu itu sangat indah :)

ramai yang dapat sembunyi rasa malu itu,
tapi, ramai lagi yang sangat senang ditafsir malunya,
bila pipi mula kemerahan,
bila senyum mula terukir di bibir,
bila wajah mula tertunduk,

malu itu sinonim dengan kaum hawa,
yang dapat menjaga maruah diri mereka,
menjadi perisai diri mereka,
menjadikan mereka itu istimewa,
menjadikan aku, kamu dan kita semua istimewa :)

tanpa malu ini, aurat bangga dipamer,
tanpa malu ini, ikhtilat tak dijaga,
tiada malu ini, couple bertambah-tambah,
tiada malu ini, zina berleluasa.

ada yang jadi malu bila berbicara di hadapan khalayak ramai,
ada yang tak boleh sembunyi malu bila dipuji,
ada yang malunya hadir bila dirisik, dilamar,
malu bila ditegur melakukan kesalahan,
malu bila gagal dalam peperiksaan,
malu atas sebab-sebab biasa, bukan luar biasa

aku mahu jadi malu dengan sahabat-sahabat yang tinggi mujahadahnya,
malu dengan perjuangan mereka yang hebat,
malu dengan ketinggian budi pekerti mereka,

aku mahu jadi malu kerana Dia,
Dia yang menciptakan aku,
yang memberi aku 1001 nikmat,
malu untuk membuat dosa,
malu untuk meninggalkan suruhanNya,
malu dengan dosa-dosaku yang bertambah,
malu dengan amalku yang berkurang,
malu dengan rahmat dan nikmat yang tak disyukuri,

tidakkah kita malu, pabila segala dosa-dosa kita ditayang di akhirat kelak,
akan di buka segala keaiban kita,
akan di hitung segala amalan kita,
adakah malu lain yang lebih hebat daripada malu kerana Allah.

sesunggunya, makin tebal malu kita,
makin rasa selamat,
makin rasa perlindunganNya
makin bertambah dekat kita padaNya,
makin kita dapat rasa kasih sayangNya,
hebat sungguh sifat malu ini

-------------------------------------------------------------------



"Malu itu tidak akan menyebabkan perkara lain kecuali untuk kebaikan."(Bukhari)

"Malu itu datangnya daripada keimanan dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya adalah membawa kepada neraka".(Bukhari)

"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya".(Bukhari)

“Sesungguhnya Allah adalah Maha Pemalu dan Maha Menutupi. Dia mencintai rasa malu dan ketertutupan.” (abu dawwud, nasa’i, ahmad)

“Sesungguhnya setiap agama itu berakhlaq, Sedangkan akhlaq agama islam adalah malu.” (ibnu majah)

p/s: kadang-kadang malu dengan orang lebih berbanding malu dengan Allah, astaghfirullah..
p/s: sedih dan malu dengan dr y serba kekurangan ini.
p/s: Ya Allah moga sifat malu kerana Mu ini kekal dalam diriku..
p/s: akan berprogram hr ni, moga Allah redha dan permudahkan segalanya.

2 comments:

kartini said...

malu itu sebahagian daripada iman. alhamdulillah :)

salam taaruf. medical student tahun ke3 juga ya? belajar di mana?

saya belajar di medan, indonesia. semoga bisa menjadi sahabat dan bertukar-tukar pendapat.

salam perjuangan.

-ws

azk2121 said...

wasalam. alhamdulillah, medical student tahun 3 juga, sekarang belajar di UKM :)

insyaAllah, bersahabat dan bertukar pendapat. Moga Allah redha atas ukhuwah ini. :)