Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

nikah

saat majlis begini berlangsung
bukan sedikit gembira yang dirasa

tapi

bukan sedikit juga tangis dan sebak di dada
ibu, ayah, keluarga, sahabat handai,
semua merasa yang sama
manjanya dia, bukan lagi milik kami semua

maka, wahai sang lelaki
bila mana, saat terasa untuk mengabaikan haknya, ingatlah
betapa banyak jiwa yang akan terluka

kami layarkan sepenuh harapan
didoakan kalian, sampai ke perhentian

=================================

nikah ni untuk yang betul-betul bersedia


"aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin sebanyak.."

bunyinya mudah, singkat dan cepat? n

ah, ini makna yang sebenarnya;

"aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibubapanya, apa sahaja dosa yangg si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung dan bukan lagi ibubapa si dia. dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anakku, jika gagal, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka & malaikat zabaniyah melibas badanku sehingga pecah"

'gulp'

p.s: hari ni ada banyak sangat walimah. barakallahulakum =). dan aku dah terbau-bau nasi minyak budak batch sendiri.

Sunday, June 12, 2011

sibuk

bismillah,

sibuk ada macam-macam sibuk.
sibuk berjalan, sibuk bershopping,
sibuk belajar, sibuk mengaji,
sibuk berdakwah.

kita sibuk sebab apa?

air yang tak mengalir (statik) akan merosakkan air tersebut.
pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu

tidak akan berganjak kaki anak adam pada hari kiamat sehingga dia disoal 4 perkara: tentang usianya, pada apa dihabiskannya, tentang MASA MUDANYA untuk apa telah digunakannya, tentang hartanya dari mana diperoleh dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah diamalkannya. (riwayat tirmizi)

jangan biarkan tarbiyyah terkubur layu,
tak disiram penghuni harian,
luangkan sedikit masa untuk akhirat,
luangkan masa kerana Dia,
kerana masa itu tak lain hanyalah milikNya
wahai pemuda, bangkitlah!

Allah is everything

p/s: penat dan sibuk. moga ada sesuatu untuk aku jawab di hadapanMu kelak ya Allah. kalau buat sesuatu kerana Allah. pasti rasa penat tu sementara je kan.
p/s: penuh jadual hari ahadku ni.
p/s: dah lama nak tanya, p/s ni apa la ye? peti surat ke?

Wednesday, May 25, 2011

tomboy


bismillah,

masa kecik-kecik dulu, aku banyak habiskan masa dengan bajim, abangku yang tua 2 tahun dari aku. kami memang rapat.

dia main bola, aku main bola.
dia panjat pokok, aku panjat pokok jugak.

waktu hujanlah, waktu paling dinanti-nantikan kami,
aku amik basikal, bawa turun bukit depan rumah itu,
laju melunjur atas rumput yang basah,
bukan setakat berbasikal dalam hujan,
kami main baling selipar juga dalam hujan,
dan ia paling best!

bukan bab main-main je, aku ikut dia,
bab berpakaian pun sama,
mana ada baju-baju kurung menghiasi diri ini,
setakat nak ke majlis kawin dan hari raya,
selain itu, berseluar sahaja aku.

gaya jalan aku pun lain macam aje,
dan mak berusaha betulkan itu semua,
mungkin berpunca dari perbualan ini,

aku pernah tanya pada mak, waktu tolong mak di dapur.
"seronok je jadi lelaki, tak payah masak pun, bila dah siap, diorang datang makan,
bila dah habis makan, tinggal je pinggan, perempuan yang kena basuh.
basuh baju, sidai kain pun sama, semua perempuan yang buat.
orang lelaki ni relax je, setakat pergi kedai beli barang je pun, atau pergi buang sampah.
yang lain, perempuan je yang banyak kena buat" aku memberontak.

"buat kerja lebih, tentu dapat pahala lebih, kan?" mak cuba memujuk.

"diorang tak payah pakai baju kurung pun. senang je diorang nak bergerak. kita ni dengan kena pakai tudung, kene pakai kain bagai, huh." aku berhujah lagi.

"itulah istimewanya perempuan, sentiasa perlu jaga adab dan maruah diri, sebab diri kita, perempuan ni sangat berharga." mak cuba beri penjelasan

============================================

andai aku punya anak perempuan bertanya begitu,
tentu jadi risau,
krisis jantina? huh. berat.

sama macam mak risaukan aku,
beberapa kali mak menegur cara berpakaian aku,
cara berjalan, dan macam-macam lagi.

alhamdulillah, ada peningkatan dan perubahan.
terima kasih mak, untuk usaha yang tiada penat lelah itu,
dan masih berusaha untuk berubah hingga saat ini,
(sebab ada saki baki melekat sampai sekarang ni. hu)

===========================================

"Rasulullah saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki." (riwayat bukhari)

lelaki dan perempuan punya perbezaan yang saling menampung dan saling melengkapi antara satu sama lain, sama ada kejadian fizikal, emosi dan lain-lain. dari kelainan itulah sunatullahnya, kita hidup berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan.

bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan. masing-masing punya tugas dan tanggungjawab. bukan kerana jantina kita ke syurga.

p/s: menulis kerana berita terbaru tentang ini. Ya Allah, selamatkan umat ni dari fitnah dunia akhir zaman.

kalau naik basikal ni masa main hujan dulu2 tu, baru nampak ayu sikit :p

Friday, May 13, 2011

hilang

bismillah,

pernah hilang barang?
apa kita buat kalau hilang barang atau tersalah letak? mencari mencari dan terus mencari,
untuk case hilang barang selain handphone;
kadang-kadang mengomel seorang diri, " ish, kalaulah bole call "
atau kawan yang menambah amarah, " cuba call, hihi..."

tambah parah, untuk case salah letak handphone yang disilentkan,
geram bukan kepalang.

tapi apa pula yang kita buat andai barang paling mahal kita hilang atau salah letak?
andai nikmat iman dan islam itu tersalah letak, atau nauzubillah andai ia hilang
bagaimana tindakan kita?
berterusan mencari? atau tangguh untuk kemudian hari,
mahupun hubungi 911 atau 24434 untuk terus menjejaki.

duniawi oh duniawi

p/s: encik pendrive, di manakah kau bersembunyi?

Saturday, May 7, 2011

jahiliyyah kita


bismillah,

mari menulis dengan serius.

aku ke surau ehsaniah di kawasan rumahku ni selasa yang lepas.
mendapat maklumat bob lokman akan singgah ke surau itu sebelum meneruskan perjalanan ke tempat sebenar untuk beliau berceramah.

kesempatan yang ada, memberi peluang bob lokman untuk menyampaikan tazkirah antara maghrib dan isya'

dengan keterbatasan waktu, beliau sempat bercerita tentang zaman jahiliyyahnya. bagaimana sebagai seorang bekas pelajar sekolah agama menjadi artis. bagaimana kehidupannya sebagai pelakon.

dia juga bercerita bagaimana setelah dia berhijarah dari dunia artis itu, perlunya mujahadah yang tinggi untuk tidak kembali ke dunia lakonan walaupun dihimpit dengan masalah kewangan dan caci-makian dari orang lain. bayangkan bil elektrik tak mampu dibayar sedangkan dia ditawarkan rm17000 untuk berlakon drama.

hebat mujahadah insan ini. kita bagaimana?

aku percaya kita semua punya zaman jahiliyyah masing-masing.
zaman muda remaja, tika lanjut usia atau mungkin saat ini, kita masih punya sisa-sisa jahiliyyah itu lagi.

[“Iaitu tidak mempunyai ilmu atau tidak mengikut ilmu. Maka orang yang tidak tahu haq, dia adalah jahil ringan. Tetapi jika dia meyakini sesuatu yang bertentangan dengan haq sebagai suatu kebenaran, dia disebut jahil berat. Demikian pula, orang yang mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan haq, dia tetap disebut jahil meski pun dia tahu bahawa hal itu bertentangan dengan haq.”] Ibn Taimiyyah

ada yang berkata lupakan segalanya. mulakan hidup baru. bagi aku, usah lupakan ia begitu saja. usah lupakan dosa-dosamu itu saat kamu memohon ampun pada Dia. kenang kembali dosa-dosa lalu mu itu andai itu dapat menitiskan air mata keinsafan buat kamu.

engkau tahu, bukan orang yang mulia itu orang yang tidak melakukan kesilapan, tapi mereka yang mulia itu adalah yang segera bertaubat pabila melakukan kesalahan. mari berdoa.


"Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu,dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku.Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau."

p/s: aku menyampaikan sesuatu pada kalian di sini, tapi percayalah aku adalah paling hina antara kalian semua.

Wednesday, April 20, 2011

facebook fitnah kehidupan


bismillah,

"hari ni makan sardin je"
"nak potong rambut ke tak?"
"@#5*, geram betul aku!"

ni ayat-ayat yang biasa kita jumpa kat facebook. memang dah banyak kali kita diingatkan tentang bahaya facebook ni. tapi, sebagai manusia yang mudah lupa, yang sentiasa perlu diingatkan, terutama untuk diri sendiri, aku nak tulis tentang isu ini jugak.

aku join facebook tak sampai setahun, walau tak banyak pengalaman, tapi pengajaran tetap ada. baru-baru ni aku diberitahu tentang seseorang yang ditipu berpuluh ribu akibat bermain cinta di facebook. bukan calang-calang orang, golongan profesional juga. kes cerai-berai tak payah nak cakap la, dah terlalu banyak.

sekarang ada pulak, mereka yang berpenyakit hati ni wujudkan blog dan page pengumpul gambar perempuan bertudung. bole baca dekat sini. bagi aku, itu bukan bertudung, tapi setakat menutup kepala, tapi tak melabuhkan hingga ke dada.

"Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu." (riwayat bukhari)

pandangan peribadi aku, semua ni terjadi sebab sudah hilang malu dalam diri. apa perlunya diceritakan, ditunjukkan segala-galanya dalam facebook itu. memang menulis itu sebagai terapi tapi tak perlulah dikongsikan pada satu dunia. kadang-kadang hingga membuka aib sendiri. habis dicanang pada semua, si A adalah teman istimewanya, si B kekasih hati. sudah muak membaca perkataan sayang, baby dan sebagainya. paling memualkan tiada lagi rasa malu tatkala gambar berpelukan ditayang pada semua.

"umat aku dalam keadaan baik kecuali orang-orang yang telah menzahirkan/mengiklankan perbuatan maksiat mereka" hadis nabi

ada pulak yang sekejap bukak tudung, sekejap pakai tudung. gambar-gambar menutup aurat atau tak menutup aurat habis semua diupload. sekadar berkongsi percutian sendiri atau cuba menjual diri?

sabda nabi saw:

مَا مِنْ امْرَأَةٍ تَضَعُ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، إِلا هَتَكَتْ السِّتْرَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ رَبِّهَا


Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di luar rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan Tuhannya” (Riwayat Imam Ahmad, At-Tirmizi)


facebook juga menjadi tempat meluah segala isi hati, emosi mahupun tempat mencetus provokasi. bila emosi menguasai diri, habis segala caci maki, carut-mencarut menjadi penghias di wall mahupun di ruangan komen. marah itu mudah, tapi sabar itu lebih indah bukan. bukan kita tidak tahu, segala tulisan, perkataan mahupun perbuatan kita akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

bak kata dr. Abdul Basit, "tak perlu nak tulis semuanya dalam facebook, malaikat dah catat segala perbuatan kita di muka bumi ini."

facebook salah satu fitnah kehidupan, amal doa ni;


"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur, dari azab Jahannam, dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah kejahatan al-masih Dajjal."

p/s: jpa oh jpa, bilakah encik mahu datang? ini salah 1 isu panas kat facebook skrg ni

Tuesday, February 22, 2011

post-prk








bismillah,

Alhamdulillah, Allahuakbar..
7 tahun menunggu, Allah memberi kemenangan,
memberi amanah yang sangat berat untuk dipikul,
memberi mandat untuk memimpin mahasiswa.

=========================================================

aku dan sahabat2 ke bangi untuk mendengar sendiri keputusan keseluruhan,
jujurnya, aku tak menyangka kemenangan ini,
tapi, atas dasar amanah yang di beri dalam prk, aku ke sana,

Allahuakbar, melihat ramai sahabat2 ukm berkumpul, terdetik dalam hati, teguhnya hati2 mereka dalam perjuangan ini.
laungan takbir, student power, hidup mahasiswa bergema di depan dewan gemilang,
selawat, istighfar beramai-ramai turut dilakukan,
ucapan dari wakil pimpinan mahasiswa turut dijadikan pemangkin semangat,
ucapan dari mahasiswa tahun 1 sangat terkesan di hati,
walau masih baru di ukm, dia berani menyeru sahabat2 tahun 1 untuk bangkit, dan berani bersuara dan menyatakan hak masing2, walaupun diugut dengan pelbagai ancaman.
kami dimaklumkan keputusan tak akan diumumkan seperti sebelum2 ini,
screen besar juga tidak diletakkan seperti tahun lalu,
kami terpaksa menunggu calon2 mahasiswa untuk keluar dari pusat penjumlahan undi untuk mengetahui keputusan keseluruhan,
waktu itu, kami tak tahu keputusan sebenar, walau ada ura-ura mengatakan gmukm menang.

saat semua calon mahasiswa keluar dari dewan gemilang, kami bersama-sama rapat ke hadapan, untuk mendengar sendiri keputusan rasmi prk.

"Alhamdulillah, selama 7 tahun kita menanti dengan pelbagai fitnah, dugaan dan cabaran yang kita lalui, Allah beri kemenangan kepada kita hari ini" ucapan wakil calon mahasiswa yang juga seorang OKU diiringi dengan laungan takbir dan student power.

menang 22 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan memberi mandat buat pimpinan mahasiswa untuk membentuk kerajaan di ukm. walaupun terdapat 2 kerusi yang tak layak ditanding oleh pro A.

kemudian, kami sama-sama membaca doa wehdah. dan diakhiri dengan doa oleh presiden isiukm, ustaz nazri.

" Ya Allah, terima kasih atas kemenangan yang diberi ini ya Allah, pelbagai onak cabaran, dugaan, fitnah terpaksa kami tempuh dalam perjuangan ini ya Allah. setelah 7 tahun menunggu, Kau kurniakan kemenangan ini ya Allah. Kau bantulah kami mengisi kemenangan ini ya Allah. kami lemah ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami ya Allah, thabatkan kami dalam perjuangan ini, ya rabbi. kemenangan ini adalah pertolongan dariMu ya Allah...."

doa yang sangat menusuk kalbu. ustaz Nazri sendiri sebak ketika membacakan doa. terdengar juga esakan sahabat-sahabat sewaktu mengaminkannya

aku sendiri sangat terharu dengan kemenangan ini. hanya orang yang berada di medan ini yang faham bagaimana perasaan ketika kemenangan diumumkan.
terlalu banyak penyelewengan berlaku, fitnah dan pelbagai halangan terpaksa kami tempuh. bukan dalam tempoh masa yang singkat, tapi selama 7 tahun. di bangi lebih banyak dugaan dan ketidakadilan berlaku jika dibandingkan dengan di cheras.

calon-calon berpelukan dengan sahabat seperjuangan, penyokong dan pendokong gmukm. terasa segala penat-lelah, pengorbanan masa, tenaga dan lain-lain berbaloi dengan kemenangan ini.

bagi aku, kemenangan itu 1 bonus, tapi kemenangan sebenar adalah apabila kami dapat berdakwah, tingkatkan tarbiyyah diri, dan mantapkan ukhwah sepanjang bergerak kerja bersama! subhanallah, alhamdulillah!!

Al-Marhum al-Syaikh Abu Ala al-Mawdudi pernah berkata :"Jika mahu melihat masa depan Islam sesebuah negara itu, lihatlah kepada golongan anak mudanya pada hari ini "

subhanallah, Allahuakbar!!!

p/s: gambar sekitar hari penamaan. keputusan diumum pada malam semalam.
p/s: sekarang masa utk mengisi kemenangan, perlu bantu mpp yang br dilantik.
p/s: kene struggle ke ward minggu ni utk cover hr2 lepas yang tak ke ward.

Tuesday, February 15, 2011

pra-prk



“ Kita tidak akan menyerah dengan mudah kepada pihak musush, kerana sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukanlah penghujung perjuangan kita, bahkan kamu juga akan menghadapi peperangan demi peperangan. Jika kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu, adapun umur aku sendiri hanyalah setakat ini, tetapi ia terus hidup menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila ( sekurang-kurangnya aku telah menunjukkan jalan yang baik) untuk mempertahankan agama Allah yang benar di muka bumi ini. “
(kata-kata Syeikh Asy-Syahid Omar Mukhtar sebelum beliau dihukum di tali gantung pada tanggal 16 September 1931.)

“ Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada allah ( untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu ( lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah ( apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. “ - (surah al- Ahzab : 23)




p/s: minggu yang memenatkan, kerana dunia ini memang diciptakan begitu.
p/s: ya Allah, moga usaha-usaha kami ini mendapat redha Mu ya Allah, hanya padaMu kami sembah dan hanya padaMu kami minta pertolongan. sesungguhnya, Kaulah sebaik-sebaik penolong kami
p/s: kalau kita bertanding untuk menang kita akan rasa penat, tapi kalau kita bertanding kerana berdakwah, kita akan meneruskannya walaupn kte hampir collapse :) Allah Akbar!!!
p/s: Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini telah berusaha
p/s: Jaga tarbiyyah diri!!!
p/s: mohon doakan yang terbaik utk kami di sini :)
p/s: salam maulidul rasul! moga roh perjuangan baginda, terbias pada semua pejuang2 Islam

Tuesday, February 1, 2011

egypt in crisis


bismillah,

egypt in crisis. itulah tajuk dalam bbc channel yang dapat aku lihat sepanjang berada di luar rumah.
bercuti ke pangkor selama 4 hari lepas, hanya berita-berita dari tv yahudi itu sajalah menjadi pembekal maklumat kami.
walaupun tiada saudara mara aku di sana, tapi sahabat dan saudara seIslam, seaqidah masih ada di sana.

kalau aku bisa memilih, aku mahu bersama-sama mereka di sana,
bersama rakyat mesir yang bangun menegakkan Islam,
bersama pelajar/rakyat Malaysia yang menyaksikan dan merasai pengalaman di sana,
mungkin pengalaman yang akan dicatat sebagai sejarah dunia, sejarah pembebasan Gaza, sejarah kebangkitan Islam!!

tapi, aku tak bisa memilih, hanya Dia yang layak memilih,
mereka terpilih untuk berada di sana,
aku terpilih untuk berada di sini,
untuk mendoakan mereka, mendoakan Islam, mendoakan yang terbaik!

buat kamu pejuang mesir,
buat kamu pelajar/penuntut ilmu di sana,
kamulah insan terpilih!

Sahabat,
Andainya kematian itu kau tangisi,
Pusara engkau siram dengan air matamu,
Maka di atas tulang belulangku yang sudah luluh,
Nyalakanlah obor untuk umat ini,
Dan...
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan,
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu,
Taman-taman indah di syurga Allah,
Terhampar menanti,
Burung-burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pasti akan lebur,
Fajar akan menyinsing,
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi,
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi,
Di sana... cahaya fajar memencar.

~Asy-Syahid Sayyid Ibnu Qutb Ibrahim~

"ingatlah wahai orang yang bermujahadah (rakyat mesir, student/msia di sana) tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai ke penghujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan, justeru, ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan"

alangkah beruntungnya kamu, insan2 terpilih!!!
"Ya Allah lindungi dan selamatkan saudara saudara kami di sana"

Tuesday, November 30, 2010

perkongsian


bismillah,

Alhamdulillah, jumaat lepas berkesempatan untuk menghadiri program di masjid ar-Raudhah Tg. Karang. Program bermula seawal selepas solat jumaat@solat asar (tak pasti). Tapi, kami berempat pergi selepas maghrib. Berbuka puasa di Satay Hut dulu, kemudian ke masjid.

Sesampai sahaja di sana, terkejut aku dan sahabat-sahabat tatkala melihat ribuan umat manusia di perkarangan masjid. Beberapa khemah didirikan di situ, dan ada yang terpaksa berdiri, duduk di atas tikar yang disediakan dan berada dalam masjid kerana kerusi yang disediakan telah penuh.

Seusai solat maghrib kami berusaha mencari tempat duduk, alhamdulillah ketemu. Waktu itu, forum telah bermula 15 minit sebelumnya. Ada 2 orang panelis dan seorang moderator. Ketiga-tiga adalah doktor phd. Moderator adalah Dato' Dr. Hassan Ali, menteri agama negeri Selangor. Panelis pertama, Dr. Azhar dan kedua Dr. Roslan. Aku tertanya-tanya juga tajuk forum pada malam itu, kerana kami sendiri sebelum hadir ke program, tidak pasti program anjuran siapa, pengisian yang bagaimana dan siapa penceramahnya. Kami hanya dimaklumkan ada program ceramah dan qiamullail di masjid.

"Memperkasa institusi keluarga". Jujurnya, aku agak kecewa dengan tajuk forum saat aku mengetahuinya. Aku menduga forum ini lebih kepada perbincangan bagaimana mendidik isteri, suami, dan anak-anak. Mungkin aku masih berlagak muda, tanpa perlu mengetahui ilmu-ilmu tentang itu. Ternyata sangkaan aku meleset. Daripada forum itu, ada beberapa point penting yang sempatku catat:

  • memperkasakannya dengan agama Islam."barangsiapa berpaling dari ajranku, kehidupannya akan kucar kacir" hadis
  • harta kekayaan tak menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga, tetapi yang menjaminnya adalah iman dan taqwa: Al Ghazali "Kalaulah nilai kekayaan menjadi sebab harmoninya keluarga, banyak keluarga yang kaya bahagia dan keluarga miskin porak peranda, tapi harta paling bernilai adalah iman dan taqwa"
  • didiklah anak menjadi soleh/solehah. amalan yang menjadi bekal di kubur- doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah.
  • Ibu bapa perlu ada aura. Ustaz bagi contoh, dengar je bunyi motor ayah, cepat2 amik wudhuk solat. Zaman sekarang, cakap elok2 pun, bukan nak dengar.
  • Tanam jiwa istiqamah dalam beragama
  • Suami/ayah/anak lelaki yang baik adalah mereka yang mengimarahkan masjid. salah 1 golongan akan dinaungi di akhirat kelak, pemuda yang cintakan masjid
  • Qiamullail

Alhamdulillah, bersyukur sangat. Mak dan bapak ada aura itu. Bila ustaz bagi contoh, terus teringat kat mereka. kebanyakan saranan yang disampaikan oleh panelis, telah dilaksanakan oleh mereka. Soalan yang selalu ditanya padaku, "dah solat belum?", "solat jemaah, jangan solat sorang2," "Ingat Allah, ingat Rasul, selamat semuanya"

Malam itu, kami tidur di masjid tersebut, untuk sama-sama sertai qiamullail. Bole aku katakan, inilah qiam yang terbaik, tersyahdu, tersentuh sepanjang aku join program2 seumpama ini sebelum ini. Ustaz Osman Ibrahim yang didatangkan khas dari Sg. Petani, Kedah adalah seorang OKU. Sebelah kakinya telah dipotong akibat diabetes, berkerusi roda mengimamkan solat2 sunat malam itu. Inilah juga pertama kali, sertai qiam yang paling ramai orang datang, hampir 500 orang.

Kuliah subuh pula diberikan oleh Dato' dr. hassan ali. seronok sangat dapat tengok seorang menteri memberi ceramah, memberi kuliah agama. Inilah pemimpin Islam yang sebenar.


p/s: membangun bersama Islam. takbir, Allahuakbar!
p/s: alhamdulillah, dapat juga pengisian rohani sepanjang berada kat tg. karang ni.
p/s: terkilan jugak, sebab hanya 4 orang je yang pergi. Moga Allah beri hidayah pada kami semua.
p/s: sok exam add math untuk spm. killer subject tuk kebanyakan students termasukla dakwin. Ya Allah bantulah mereka, permudahkan urusan mereka, tenangkan hati mereka.

Tuesday, November 23, 2010

pemurah


bismillah,

hari ke3 berada di tanjung karang,
hari ke3 menetap di bilik air-cond persis hotel,

masih blur lagi dengan posting jkm ni,
setelah lama tidak tertido dalam lecture,
tabiat lama kembali semula :p
maaf doktor, dah berusaha menahan mengantuk,
tapi tewas juga akhirnya.

kami dibahagikan kepada 2 kumpulan,
satu di kuala selangor, satu di sabak bernam,
aku dapat sabak bernam, yang perlu naik bas pukul 7am,
setengah jam perjalanan, macam naik kuda rasanya,
mana tak nya, jalan yang tak berapa elok,

tapi alhamdulillah syukur,
walaupun rasa macam naik kuda,
masih ada kenderaan,
tak perlu jalan kaki, tak perlu berbasikal,
dan seronok sangat dapat tengok sawah,
dapat tengok bendang, alam ciptaan Allah,
kalau nak cari kat perak, memang susah nak jumpa,
KL lagilah tak ada,

semalam pergi ke pejabat kesihatan daerah,
mendengar lecture hampir 6jam di sana,
berhenti solat dan makan sahaja,
agak meletihkan, walaupun hanya duduk dan mendengar.

balik semula ke bilik hotel pukul 5pm :p
aku dan sahabat2 merancang ke pasar malam,
untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa,
kami keluar bertujuh, tapi hanya 3 yang berpuasa,

untuk keluar makan, atau membeli barang,
kami perlu menghubungi pak cik bas,
untuk membawa kami ke pekan,
tapi, ada sahabat yang membawa kereta,
lantas memudahkan urusan kami,

sampai sahaja di depan supermarket billion,
semua kecewa sebab pasar malam tak ada!
salah hari rupanya,

kami pun bergegas ke satay hut,
salah satu restoran terkenal kat tanjung karang,
pada mulanya, hanya mahu bungkus,
tapi yang lain mencadangkan makan dan berbuka bersama di sana,

kami order satay, abc, dan makanan pilihan masing2,
aku pilih nasi goreng 'selamat datang',
tertarik dengan nama dia :)
abc dan satay, kami makan bersama,
satay dia sangat besar, 3x ganda satay biasa,
abc yang disaluti aiskrim pulak sangat sedap,

makan dengan agak riuh rendah,
bertukar-tukar makanan minuman,
makanan masing-masing ditawaf sekeliling meja :p
agar semua dapat merasa.

saat semua, mengira harga makanan masing2 setelah habis makan,
seorang sahabat pergi untuk mendahulukan duitnya dahulu,
malu dengan duit seringgit2 yang dikumpul,
nampak sangat sorang2 yang membayar nanti,

dia kembali dengan muka yang agak terkejut,
saat itu aku masih sibuk mengira harga makanan aku,
"wei korang, dah ada orang bayarkan" beritahu dia,
"hah..! sape?" kami semua menjerit
"ada sorang pak cik tu, dia dah pergi dah" jawab dia dengan muka yang masih tak percaya

menurut sahabat aku itu, saat dia berbaris untuk membayar,
pak cik itu berada di depan dia,
waktu itu, dia tak perasaan langsung pakcik itu bayarkan untuk kami semua,
hinggalah, kakak menjaga kaunter itu, memberitahu.

sahabat aku itu, bergegas mendapatkan pakcik itu,
yang sedang menuju ke kereta mercedesnya,
"pakcik bayarkan ke? tak pe la pakcik, menyusahkan je,"
"tak pe, pakcik tengok kamu semua macam sebaya anak pakcik je, dia belajar kat universiti di terengganu, lagipun kamu semua puasa kan?"
"aah, (3 orang je puasa-cakap dalam hati), terima kasih banyak2 pakcik"

rupa-rupanya masih ada orang yang pemurah dalam dunia ni,
rupa-rupanya kami semua diperhatikan, (macam mana la gaya aku waktu makan itu)

alhamdulillah, rezeki kami, rezeki mereka yang berpuasa,
tak kan lupa hari itu,
selalu tengok dalam tv je kejadian tersebut,
tapi, semalam berlaku pada aku pula,
moga Allah balas kebaikan yang pakcik itu lakukan,


“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )

p/s: dakwin mula spm tadi, semalam call dia, bagi kata-kata sikit, tiba-tiba senyap je suara, menangis rupanya budak tu. takut katanya. "Ya Allah, berikan ketenangan, kefahaman, kemudahan pada adikku dan sahabat2nya dalam menghadapi exam spm, moga redhaMu berjaya diraih mereka"

Wednesday, November 10, 2010

demam di rumah :)


bismillah,

seronoknya dapat balik rumah,
bukannya hanya sebab dapat relax-relax kat rumah,
bukannya sebab tak payah ke ward,
bukannya sebab dapat makan banyak:p

tapi, seronoknya dapat balik rumah
sebab dapat jumpa mak bapak,
dapat tengok muka orang-orang yang kita sayang,
dapat bermanja dengan mereka,
dapat tengok keadaan rumah,

bila balik rumah,
mak masak sedap-sedap,
mak tanya nak makan apa,
bapak tolong urus kewangan, (duit jpa banyak sangat :p)
tolong bukakkan spec kalau aku dah tertido,

seronoknya balik rumah,
dapat sembang-sembang dengan mereka,
dapat cerita kisah-kisah kat ward,
dapat dengar kisah-kisah menarik yang mereka ceritakan,
dan boleh join banyak majlis ilmu kat sini,

---------------------------------------------

aku jarang sakit, alhamdulillah
jarang demam, jarang tak sihat,
selsema itu biasa, batuk pun biasa aku alami,

tapi kelmarin, aku demam,
pening, sakit kepala,
dan paling teruk muntah,
bukan sekali dua, tapi 3, 4 kali.

hanya Allah yang tahu betapa seksanya,
setiap sejam bangun ke bilik air dan muntah,
esoknya, tengok makanan pun dah tak lalu,
rehat dan tido je.
tapi seronoknya, demam kali ni,
ada orang jaga,
ada orang suruh makan ubat
sapa lagi kalau bukan mak dan bapak,
kalau macam ni, hari-hari demam pun tak pe.

alhamdulillah, hari ni dah sihat sikit.
makan panadol sebijik, tu pun lepas kene paksa,
aku bukan tak reti makan ubat,
tapi, memang tak suka makan ubat,
mak selalu cakap,
nanti jadi doktor, asyik suruh orang lain makan ubat,
tapi diri sendiri tak nak makan ubat.
xpe mak, ubatnya adalah positive mind!
lagi mujarab..

sakit adalah satu nikmat
sakit itu peringatan dari Allah,
buat aku yang lalai dan alpa,
buat aku yang banyak dosa,
buat aku yang kurang amal,
buat aku bermuhasabah kembali,

---------------------------------------------------------

“Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”

“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” 57:22-23.

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” 42:30.


p/s: ada orang suruh update..tak ada citer menarik pun.

Monday, October 11, 2010

chicken chop vs chicken pox

dah lama tak makan chicken chop kat retoran kapal kt kg.baru


bismillah,

menulis dalam mode rindu~

baru telefon mak tadi,
bertanya khabar,

"mak sihat?"
"mak sihat, alhamdulillah. tau tak, dakwin ada kat rumah sekarang ni?"
"hah, kenapa pulak?"
"dia kene chicken chop"
"hahahahahaaaaaaaaaaa..chicken chop ke chicken pox mak?
"chicken pox..hehe..mak tersalah sebut"

tiba-tiba terus teringat kisah lama,
mak ngah tanya mak,

"pokok apa ni ye?"
"dragon ball.."
"emm..macam pernah dengar"

hahaha..aku yang terdengar perbualan tersebut terus menyampuk;
"mak, dragon fruit la..haha"

mak memang terror bab tukar2 perkataan ni. :p

-------------------------------------------

ok, sambung balik kisah chicken pox.
cakap dengan mak, dengan dakwin, rasa nak tergelak je.
dakwin pun marah kat aku sebab gelakkan dia.
dia pun start cerita dia, dan bermulalah pengurangan kreditku. :p

1 bintik merah yang tiba-tiba ada di badannya,
tak berapa dihiraukannya, nyamuk mungkin.

kemudian, timbul pula 1 lagi bintik merah di mukanya,
tak dirisaukannya juga, kerana fikirnya jerawat.

dan, setelah beberapa bintik merah itu bertambah,
dia pergi jumpa cikgu biologinya untuk mintak diagnosis,
tapi, dalam bilik guru itu, cikgu fizik dia pulak yang bagi diagnosis.
"tu chicken pox tu, dah g balik, g balik"

terus air matanya mengalir, (ish, buat malu je. adik sape ni)
bukan sebab cikgu tu suruh balik,
tapi memikirkan dia terpaksa cuti lama,
dengan spm nya yang kian tiba.

terus cikgu biologinya memujuk,
"tak pe, alhamdulillah awak kene waktu sekarang, bukan waktu exam nanti"
setuju~~

---------------------------------------------

bayangkanlah, macam mana kreditku tak habis,
bila semuanya dia ceritakan.
dahla, tak habis-habis suruh aku balik rumah jumpa dia.
katanya, bila aku tengok dia, mesti dah tak kenal,
aku gelak je bila dengar dia cakap macam tu.
tapi, aku teringin sangat tengok muka dia yang konon2 nya dah berubah, sampai aku tak kenal tu..

sempat pulak dia cerita tentang maher zain datang malaysia,
sakit2 pun, sempat tengok tv lagi..haih
dakwin dakwin..

-----------------------------------------------

' dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang' (riwayat imam bukhari)

ujian dari Allah untuk kita lebih menghargai masa dan kesihatan yang dikurniakanNya. Bila dah sakit, baru tahu makna sihat. bila dah sibuk, baru terasa nikmat lapang.

Ya Allah, kau berilah kekuatan dan ketabahan hati pada dia. dan sesungguhnya perancangan kau itu adalah yang terbaik. Moga dakwin dapat menyingkap hikmah di sebalik ujian ini.

langsir kat rumah corak apa ek? ;p


p/s 1:tak ingat sangat bila aku kene chicken pox..masa tu kecik lagi rasanya.
p/s 2: mak ada exam ptk hujung minggu ni. bila tanya dah habis baca buku ke belum. jawab mak, dah.. tapi dah tak ingat..hoho
p/s 3: buku gynae terletak ats bmbung kereta kawanku..dah tak tahu la kat mana buku tu mendarat :p (sapa suh cuai sangat)