Thursday, July 15, 2010

selsema

salam,

pabila selsema menyerang,
tisu bertimbun dalam tong sampah,
hidung mula kemerahan-merahan,
mulut mula bersungut-sungut,
astaghfirullah..

3 sebab ujian:
-kifarah dosa
-angkat darjat
-bala

"Ya Allah, semuga sakitku ni menjadi kifarah dosaku yang terlalu banyak..."

p/s: minggu ni sibuk dgn seminar presentation, tapi tido ttp terlebih2 jugak, ish2..
p/s: muga semua perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Friday, July 9, 2010

Perancangan terbaik



Salam,

Bila dah ada peluang nak balik rumah, diorang nak datang sini pulak.

Takpe2...

kita merancang, Allah merancang, sesungguhnya perancangan Allah itu la yang terbaik!

p/s 1: harap2 mak dapat pilih spec yang sesuai utk mukaku ni
p/s 2: tak sabar nak jumpa amjad. dengarnya, dia dah bole berjalan, ntah2 berlari. penatla mama dia lepas ni.
p/s 3: so, kene selesaikan sume yang tergendala terutama topic2 yang banyak untuk dicover.
p/s 4: kalau minggu ni tak dapat balik, so minggu depan menjadi mangsa untuk dipilih tarikhnya untuk kembali ke rumah. ( xsama perasaan diorang datang sini dengan perasaan berada di rumah sendiri-homesick)
p/s 5: selalu patients kat ward tanya, bila masa balik rumah. Diorang kesian tengok kitaorg yang penat ke ward atau diorng penat tgk muka kitaorg yang 24 jam ada kat ward?haha


Monday, July 5, 2010

Sesat





Salam,

Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. begitu juga saya (ayat karangan BM dulu2).
Dan seharusnya seseorang itu mengetahui kelebihan dan kekurangan mereka. Kerana apa? Ya, kelebihan itu untuk mengetahui potensi diri untuk menyumbang ke arah kebaikan, manakala kekurangan itu untuk diperbaiki dari masa ke semasa.

Antara kekurangan diri saya adalah sangat tidak suka mengingat jalan. Kalau naik kereta, pasti saya akan tertido dan setakat melihat-lihat tanpa mengingat jalan2 yang dilalui. Dan akibatnya..malam tadi saya baru sahaja sesat!

------------------------------------------

Selepas maghrib, tiba2, W datang bilik saya, nak minta tolong hantarkan seorang adik junior ke kampus KL. Hah? Nak suruh saya memandu, malam pulak tu.

" Wei, kami mana ingat jalan "
" Ish, takkan ko tak tau kot "
" Memang tak tau la, ko kene ikut sekali "

Dalam pukul 9pm, kami pun bertolak dengan menaiki kelisa buddyku. Harapan kami semua tak nak sesat dan nak balik awal sebab ada study grup. 5 minit pertama, perjalanan adalah lancar. Tiba2..

" Jap, ni nak naik atas ke turun bawah? "
" Eee.. "

Ish, tak bole jadi pemandu pelancong sungguh kawanku sorang ni. Kami sesat. Dan cuba mencari-cari jalan yang betul dengan berpandukan sign board. Berpusing-pusing sekitar KL, adik F ada juga memberi cadangan supaya mengikut laluan monorel. Tapi, tak berhasil.
Tiba-tiba ada sekatan polis pulak.

" Ok, kita tanya pakcik polis "
" Kak w, pakai tali pinggang tu "
" Ko bawak lesen tak? Eh, aku tak bawak ic la "
" Bawak, takpe kot, biasanya dia minta kat pemandu je kan "

--------------------------------------------------

" Dik, nape tak bukak lampu? "
" Eh, tak bukak ye,huhu.. pakcik, nak tanya jalan... "
" Kalau nak tanya, parking tepi ni "


Macam pesalah pulak kami ni. Kene parking kat tepi macam nak kene saman je. Pastu, datangla sorang encik polis ni sambil memegang kertas putih. 'ish, takkan lupa bukak lampu pun nak kene saman, menyesal pulak berhenti kat sini' monolog dalaman

" Ok, semua keluarkan ic "
" Nak ic? "
" Nah, ee..sorang tak bawak "
" Mana boleh tak bawak, salah tu "

Rupanya encik polis tu tengok alamat rumah kitaorang dan sempat pulak berkenalan dengan adik F yang satu negeri dengannya..

" Encik, kami nak cepat ni, macam mana nak pegi jalan..? "
" Ala, jalan terus je ni, pastu jumpa la, "
" Ooo..Ok, terima kasih "


Alhamdulillah selamat sampai ke hostel adik F. Dengan minyak yang kurang itu, kami masih berani untuk sesat. huhu.

Cerita ni tak abis lagi. Lepas pinjam duit dari adik F, kami pun isi minyak. Saya dan W tak bawak duit! Ish2..jangan tiru aksi ini. Ok. Kami pun dengan bersemangat meneruskan perjalanan dan masing-masing berharap kejadian tadi tak berulang. Tapi, Allah yang menentukan segalanya. Kami sesat lagi sekali! Kali ini lagi teruk, sampai ke Bukit Jalil kami pergi. Dan tengok2, ada tol pulak.

Ya Allah, dah la duit takde ni, macam mana nak bayar tol. Cari2, jumpa duit syiling. Alhamdulillah kene bayar rm1.50 je. Kami pun tanya kakak jaga tol tu, macam mana nak balik ke PPUKM. Dia pun ajarla.

Cari2 lagi, tak jumpa jugak. So, berhenti kereta kat tepi gerai jual durian. Berehat sebentar sambil makan durian.haha.yela tu, takla, kami tanya kat pakcik jual duraian tu jalan nak balik PPUKM. Dengan penerangan yang sangat jelas dan mudah faham, kami berjaya kembali ke sekolah tercinta.

“Barangsiapa yang berusaha menunaikan hajat saudaranya, nescaya Allah pula akan menunaikan hajatnya” [Riwayat al-Bukhari]

p/s 1: Malu bertanya sesat jalan. Kalau dah sesat, jangan malu mengaku.
p/s 2: Cuba bertenang sebaik mungkin untuk mengelakkan kejadian menjadi tak terkawal walaupun dalam hati, Allah je tahu tahap kerisauannya.
p/s 3: Bukan sesat, cuma tak jumpa jalan. Sesat tu tak dapat hidayah!


Sunday, July 4, 2010

kebergantungan terhadapNya



Salam,

Saya ada lesen motor dan lesen kereta. Lepas SPM, mak tak bagi kerja, so belajar memandu terusla. Alhamdulillah.. Tapi, saya belum ada kereta atau motor sendiri. Pernah mintak kat mak. Tapi nada gurau je la. Tak mintak kereta, tapi motor. Nak safe budget kononnya. Tapi mak kata, mak lebih suka anak dia bawa kereta berbanding motor. Bahaya katanya. Saya memang seorang yang berhati-hati..huhu..dengan kata lain, bawa kereta or motor dengan lambat tapi cermat.

" Awak memang bawak slow ye? "
" Ya Allah, slow nye awak bawak.. "

Geram je dengar dialog2 di atas..huu..Yela, semua tu ditujukan kepada saya. Yang pertama tu masa bawak kereta sorang kakak senior merangkap pemilik kereta tersebut. Yang dialog kedua tu masa bawak motor seorang sahabat yang lain. Tak tahula, mungkin saya belum benar-benar cekap untuk membawa kenderaan dengan laju. Atau mungkin jugak, saya memang penakut sikit. :p

Malam semalam ada usrah lepas maghrib. Saya dan sorang kakak akan naik motor bersama untuk ke usrah tersebut. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu betapa risau dan berdebarnya saya semasa dalam perjalanan tersebut. Kakak N memang cekap. Menyelit ke kiri, menyelit ke kanan. Menyelit antara ruang sempit antara kereta..Kat KL pulak tu.

Secara logiknya, saya akan berasa sejuk dan nyaman sebab menaiki motor di waktu malam, tapi tidak pada malam itu, saya berpeluh sebenarnya! Takut, risau semua ada. Membawa motor dengan sangat laju (bagi saya la, tak sempat pun nak tengok meter). Tapi memang terbukti pun, sebab tudung saya macam nak tercabut dah. Spec yang masih abnormal tu pun terpaksa dibukak bagi mengelakkan ia daripada melayang dan memasuki kenderaan lain. haha.

Tapi, memang benar, bila kita berada dalam kesusahan, dalam keresahan, tiada siapa lagi yang kita boleh harapkan atau meminta pertolongan. Hanya kepada Allah kita bergantung. Tak putus2 doa saya ucapkan. Tangan saya jugak tak duduk diam, asyik mengetuk-ngetuk belakang kakak N. Meminta dia supaya memperlahankan motornya itu, tapi tak de kesan pun. :p

Masa tu memang terasa dekat pada Allah. Memang manusia itu lemah, memang diri ini cepat leka dan lalai. Waktu perjalanan pulang, perasaan takut itu tidak ada lagi. Jadi doa itu juga kurang, dan pergantungan kepadaNya juga kurang. Astaghfirullah..Begitulah manusia, begitula aku, bila diuji kesusahan, bermacam-macam doa, mohon pertolongan dariNya, tapi bila berada dalam kesenangan, lupa akan doa yang pernah dipohonnya. Allah Allah Allah, lemahnya diri ini ..


“Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-An’am: 17)


“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah Yunus: 12)

Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku. Istiqamahkan ku dalam sentiasa mengingatiMu Ya Allah..

p/s 1: Kalaulah mak tahu ni, huhu..
p/s 2: telah memberi cadangan pada kakak N untuk amik lesen kereta
p/s 3: cwu xsiap lagi!
P/S 4: fungsi blog ni dinaiktaraf daripada terapi kepada muhasabah diri.


Thursday, July 1, 2010

Blood taking




Salam,

Minggu ni minggu yang sibuk sikit sebab minggu depan dah kene hantar case write up(cwu). Case write up ni tentang 1 case yang perlu di tulis dengan detail tentang history patient, physical examination, lab investigation, management, ppd dan lain2 lagi. So, sebelum ni tak pernah nampak pun muka-muka tertentu, tiba2 muncul pulak minggu ni kat ward. Ish2, kamu ni cuba husnuzon. Diorang pegi ward waktu malam kot. Hari ni seronok sangat. Dapat amik darah patient. Masa melilau-lilau kat ward pagi tadi, nampak sorang doktor houseman lelaki nak siap2 amik darah patient. Kami pun terus bergerak ke sana. Tak berani nak cakap, so tengok2 je doktor tu dengan harapan doktor tu faham yang kami nak amik darah patient.

" Nape? nak amik darah ke? "
" Nak2!! "

Yes! doktor tu faham rupanya..huhu. So, ada 2 patient yang perlu diambil darahnya. So, saya diberi plastik bag yang mengandungi botol bertutup biru. Botol yang tutup warna biru ni kene amik banyak sikit darah die. Lebih kurang 4ml. Mula2, takut jugak, tapi bila fikir dah ada peluang ni, buat je la. Saya pun cepat2 sediakan alat2 untuk amik darah patient. Dah lengkap semua, terus bergerak ke katil patient. Mulanya fikir, nak tengok dulu kawan saya buat, tapi bila fikir balik, baik buat je terus, takde orang tengok, so kurang la pressurenya..huhu.
Sampai je kat katil..

" Hello uncle, saya mau amik darah sikit ye "
" Apa? Saya OKU, tak dengar, cakap kuat2 sikit "
" Mau amik darah uncle, bole kan "
" Amik darah lagi ka? Abis sudah lebam tangan amik darah "

Kesian sebenarnya dengan pesakit2 kat ward ni, setiap pagi ada je darah diorang diambil. Ni sume tuk wat macam2 test. Sambil saya mencari2 vein pakcik tu, saya pun sembang2 sikit dengan pakcik tu. Nak elak pakcik tu sakit bila saya amik darah nanti. Tup..! alhamdulillah masuk jugak darah dalam syringe tu. Pakcik tu tak sedar sebab tengah seronok bercakap.haha.

" Ok, dah uncle, tq ya "
" Oh, sudah ka? itu saja ka? "
" Aah, tu saja, tak sakit kan uncle, "

Dengan perasaan yang bahagia tu, saya pun kemas2 alat tadi, masukkan darah dalam botol bertutup biru tu dan mencari2 kawan saya tadi. Rupa-rupanya doktor pun ada sekali kat situ. Kawan saya dapat amik sikit je darah, sebab dah tertarik sekali needle tu. Nervous kot sebab ada doktor tengok.huhu. Pastu, bagi plastik tadi kat doktor.

" Doktor, dah amik "
" Yeke? biar betul "

Ish, doktor ni tak percaya kat aku rupanya..

" Betul la doktor, cukupkan, kalau tak cukup, ada lagi dalam syringe ni "
" Cukup2.. "
" Doktor, jap lagi nak minta sign ye "

Hehe. Kami kene isi log book. Dalam log book tu macam2 kene buat, antaranya venepuncture. Lepas dah buat kene minta doktor or nurse untuk sign sebagai bukti yang kita dah buat.

Ape2 pun, muga2 niat ku masih seperti dulu. Ya Allah muga dengan ilmu ini, dapatku manfaatkan untuk Islam tercinta.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga." (Riwayat Muslim)

p/s 1: Kebanyakan doktor2 houseman kt ppukm ni graduan overseas (Ireland, Jordan dll). Hebat2 mereka ni
p/s 2: Malam ni nak pegi oncall kt A & E (bahagian kecemasan). Hari tu dah sesat n terperangkap dalam OT.huhu
p/s 3: Rindu nak balik rumah!
p/s 4: Spec masih seperti dulu..bila nak baiki ni?