Friday, June 10, 2011

tak patut


bismillah,

aku tak patut menulis di sini,
di masa genting ini,
tapi ini medan terapi diri,
jadi, biar aku teruskan ini,

bila rasa semua harus diselesaikan segera,
pada waktu yang sama,
dengan masa yang terus berjalan jua,
tak pernah menunggu kau untuk seketika atau sedetik cuma.
jadi fiqh aulawiyyat harus dipraktikkan segera.

p/s: bertemu kembali houseman kesayangan:

eh, doktor dah pregnant? tahniah.
aah, thank you. tapi tu la saya penat sangat ni. malam tadi post call. tidur sejam je semalam. hu.

dalam hati: kuatnya dia. aku? baru sikit diberi tugas, dah rasa lemah. haish.

"Ya Allah, kurniakan kekuatan dan kemudahan buat hambaMu yang lemah ini. tiada sumber kekuatan kudambakan melainkan dariMu."

Tuesday, June 7, 2011

huh

bismillah

1) lecture esok 7.15am.
tak pernah dalam sejarah hidup, ada lecture seawal itu.

2) 4jam berdiri dalam clinic tadi.
rasa nak tercabut segala joint n ligament.

3) 2 case write up (cwu) perlu hantar minggu depan.
baru nak berkenalan dengan department dah kena buat cwu.

4) oncall minggu depan.
the next day, kena present depan prof, registrar, doctor.

5) segala muscle, nerve, bone perlu master,
sebab bila doctor tanya, asyik tergagap-gagap nak jawab.

6) nota study group tak buat-buat lagi,
dengan meeting yang berderet dalam planner

usah mengeluh. kata Prof muhaya:
JANGAN LIHAT SESUATU SEBAGAI MASALAH, TAPI LIHATLAH IA SEBAGAI CABARAN!

p/s: ortho oh ortho. cabaran oh cabaran. saham dunia akhirat. insyaAllah

Sunday, June 5, 2011

esok


bismillah,

esok hari baru buat aku,
buat dia,
buat kami semua.

permulaan pengajian tahun 4 dalam sekolah perubatan,
dah masuk tahun 4 ni,
masihkah azam yang sama,
masihkah niat yang sama kala di tahun 1,

belajar kerana terpaksa atas desakan keluarga,
amik medic kerana nama, pangkat dan harta,
atau kerana result yang cemerlang semata

sudah-sudahla tu,
sedarlah wahai diri,
kau punya tanggungjawab,
ko punya amanah,

pada kedua ibu bapa,
pada keluarga,
pada guru,
pada rakyat (jpa),
pada seluruh ummah,
dan paling utama, pada Allah

sebab ini taklifan bukan tasyrifan.
ini tanggungjawab bukan kemegahan.


p/s: esok: 1st day posting di orthopedic department.
p/s: ya Allah moga usaha dan niat kami semata-mata keranaMu, semata-mata untuk meraih redhaMu!
p/s: kot putih, sthetoskop, tendon hammer, buku2 get ready to assist me!

Friday, June 3, 2011

karipap hangit

bismillah,

hari ni hari terakhir ada di rumah setelah cuti agak panjang,
macam biasa, rasa tak best mula menjelma dalam diri,
rasa macam nak buat helah untuk duduk lama lagi kat rumah,
buat-buat demam? dysmenorrhea? (ingat ni sekolah rendah ke nak ponteng-ponteng kelas!)

alhamdulillah, dalam sebulan bercuti ni,
dapat banyak ilmu dan pengalaman,
setiap pagi, berkesempatan ke masjid, solat subuh berjemaah,
usai solat, ada kuliah subuh (kelas tafsir)

akan mula rindu pada makcik-makcik kat masjid tu,
walaupun selalu tersilap panggil antara aku dan dakwin,
walaupun selalu tertawa melihat kami berdua tertunduk-tunduk sampai nak mencecah lantai (sungguh mencabar bila nak dengar kuliah subuh. sila faham)
akan rindu mereka semua.

waktu cuti ni jugak, selalu terdengar panggilan kelaparan dari kucing-kucing,
minta diberi makan, kadang-kadang mintak main dengan diorang,
si gemok dan si kurus bersama mak diorang,
akan rindu mereka jugak (walaupun kat ktdi tu banyak je kucing),

tapi, semestinya rindu yang tak sudah pada mak dan bapak,
rindu nak dengar jerit-jerit manja bapak kejut subuh,
rindu dengan tepukan mak yang singgah di bahu, bila aku terlalu kusyuk dengar kuliah subuh
(kusyuk sampai mata terpejam-pejam)
rindu nak masak dengan mak, nak kena marah dengan mak sebab bagi hangit karipap (hangit2 pun, still sedap dimakan dan yang penting habis. hoho)

rindu. rindu. rindu

hey you! jihad perlukan pengorbanan

===================================================
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah.Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (at-taubah:41)

untuk aku yang lemah;

"Berjihadlah menuntut ilmu seperti mana anak-anak Palestin berjihad untuk menjadi seorang hafiz. Gunalah ilmu yang dipelajari untuk memperjuangkan Islam kerana setiap titik peluh dan usaha setiap individu akan melahirkan kejayaan. kau mestilah mempunyai azam untuk berjihad daripada sekecil-kecil pengertian jihad sehinggalah sebenar-benar jihad iaitu jihad berjuang di medan perang. Ingatlah bahawa setiap pengorbanan kerana Allah, syurgalah ganjarannya"


p.s: dalam minggu ni, mak selalu main dengan kucing2 tu, tambah-tambah dengan si gemok. kata mak, "nak jadikan kawan, sebab anak-anak mak dah balik u masing-masing." T_T
p.s: alhamdulillah, budak tu dapat tukar kos. tak sabar nak bagi buku-buku 1st year tu kat dia.
p.s: rasanya proses peng-update-tan blog akan berkurang lepas ni. rasanya la.
p.s: "ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami kepada bulan Ramadhan" perbanyakkan ibadah semampumu. kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua! salam rejab :)

Wednesday, June 1, 2011

tulang


bismillah,

orthopedic. posting pertama untuk tahun 4 ni.
bila dapat tau je berita ni, terus selongkar buku-buku lama kakak.

buku pertama yang terjumpa: psychiatry. (dalam hati: kan best kalau dapat belajar psychiatry dulu).
selongkar lagi: jumpa 3 buku orthopedic (dalam hati: banyak la pulak. nak satu je)

teringat bersembang dengan kakak dulu, waktu tu dia houseman dalam orthopedic department. katanya, "asyik potong kaki orang je bila duk dalam department ni."

"gulp" aku telan air liur dengar kakak cakap macam tu. tapi, dia selamba je bagitau. (tak tahu cerita dia ni betul ke tak)

===================================================

dan dia membuat perumpamaan bagi Kami dan melupakan asal kejadiannya; dia berkata "siapakah yang dapat menghidupkan tulang-belulang, yang telah hancur luluh? katakanlah (Muhammad), "yang akan menghidupkannya ialah (Allah) yang menciptakannya (tulang) pertama kali. dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk (36: 78-79)

pernah dengar dr.jamnur cakap tentang ayat ni dalam ikim. dia cerita, dia tanya soalan pada sorang doktor pakar orthopedic. pakar tu cakap, semua masalah tulang boleh dirawat selagi tulang tu masih punya cecair sum-sum (tiada cecair sum-sum=tulang yang telah hancur luluh atau tulang yang telah kering).

subhanaAllah!

Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding. (3:190)


p/s: menulis untuk mencari semangat dan ruh belajar. jihad menuntut ilmu
p/s: sheikh muzaffar ada lagi tak kat department orthopedic tu? (kakak pernah cerita ada kisah lawak waktu dia belajar dulu. ada kaitan dengan angkasawan ni. hu.)
p/s: geram dengan kakak. dah banyak kali suruh dia guna bil, tapi still guna prepaid. pastu, selalu dapat mesej dari dia "sedekah amalan mulia. sedekah RM2" arggghhh..!
p/s: rupanya besday orang tu sama dengan prof har! moga dapat jadi sehebat prof atau lebih hebat lagi :)