Saturday, November 26, 2011

dzatun nithaqain

bismillah,


Kuffar Quraisy terus menjejaki dan mencari tempat persembunyian Rasulullah, setelah tiga hari berlalu, mereka masih tidak berjaya menemukannya. Mereka tidak lagi bercakap-cakap tentang perancangan mereka ke atas Rasulullah. Walaupun Kuffar Quraisy telah menghentikan pencarian, keadaan masih cemas dan langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk melindungi perjalanan hijrah Rasul ke Madinah. 

I

Ketika datukku, Abu Quhafah yang masih musyrik menemui keluarga kami, beliau berkata kepada aku mengenai ayahku yang keluar berhijrah dengan baginda Rasulullah

"Demi Allah! Tentu ayahmu telah mengecewakanmu dengan hartanya, di samping akan menyusahkanmu dengan pemergiannya!". 

Jawab aku, "Tidak wahai datuk! sekali-kali tidak! Beliau banyak meninggalkan wang buat kami" ujarku sambil cuba menghibur dan menenangkan datukku.

Lantas, aku bergegas keluar rumah, lalu kukutip dan kukumpulkan batu-batu kerikil yang kemudiannya aku masukkan ke dalam lubang tempat kebiasaaku menyimpan wang. 

Kemudian dibawakan datukku yang buta ini ke tempat simpanan tersebut, 
 "Lihatlah datukku! Beliau banyak meninggalkan wang buat kami!". Perkataanku ini ternyata berjaya meyakinkan datukku

II

Tiba masanya Rasulullah dan ayah keluar dari persembunyian dan memulakan perjalanan menuju ke Madinah. Dengan langkah yang penuh berhati-hati, aku perlu memastikan bekalan makanan sampai kepada ayahku dan baginda Rasulullah,

Aku berusaha sedaya upayaku untuk menyediakan bekalan makanan dan minuman buat kedua mereka yang kucinta. Kerana terlalu cemas akan saat yang genting ini, aku terlupa membawa tali pengikat. Alhamdulillah, berkat pertolongan dan petunjuk dari Allah, aku mendapat ilham. Aku koyakkan ikat tali pinggangku kepada dua lalu ku jadikan ia sebagai tali pengikat untuk mengikat bekalan makanan dan minuman yang kubawa.


walau hati dirundum perasaan gentar dan cemas, aku tekad membuat perhitungan. Aku teruskan perjalanan aku menuju Gua Tsur sambil menggembala kambing-kambingku yang berjalan di belakangku. Aku berharap tindakan aku ini dapat mengaburi mata pihak musuh kerana jejakku ini dapat terhapus oleh jejak-jejak kambing gembalaanku itu.

III

Setelah berjayanya Rasulullah dan ayahku berhijrah ke Madinah, aku dan keluargaku didatangi beberapa orang Quraisy, di antaranya Abu Jahal.

“Di mana ayahmu?”jerit Abu Jahal kepada kami semua.
“Mana Abu Bakar? Di mana dia bersembunyi bersama Muhammad?"
“Demi Allah, aku tidak tahu di mana ayahku berada sekarang” aku menjawab dengan jujur. Sungguh, aku tidak tahu di mana mereka berada ketika itu

“Pangggg!!!”
 Satu tamparan kuat singgah di pipiku. Subangku terlepas! Allahuakbar. Hanya Allah sahaja yang tahu sakitnya bagaimana.

IV

Hijrahku bersama suami ke Madinah berlaku selang beberapa lama dari hijrah sebelumnya, di mana pada ketika itu aku sedang sarat mengandungkan Abdullah bin Zubair dan hanya menanti detik-detik kelahirannya. Perjalanan yang jauh dan berbahaya ditempuhi jua sehinggalah angkatan ini tiba di Quba'. 

"Moga usahaku yang sedikit ini, mendapat keredhaan darimu, Ya Allah"

==================================================

wahai asma', usaha yang kau katakan sedikit itu, 
telah membawa kejayaan kepada hijrah Rasulullah. 
pengorbanan yang kau hadapi adalah pengorbanan untuk Islam. 
dan kesakitan yang dialami itu, pastinya ada nilaian di sisi Allah, tuhan seluruh alam.



p.s: bijak. berani. berstrategi. hebat insan yang digelar dzatun nithaqain ini. ibrah buat kita kaum hawa; kita juga punya peranan dalam perjuangan Islam.
p.s: salam maal hijrah. tulislah, tambahla azam-azam yang tak terlaksana dan bakal dilaksanakan itu. sekurang-kurangnya kita ada usaha ke arah itu. ke arah kebaikan. dan moga usaha itu ada nilaian di sisi Allah.

orang yang berHIJRAH ialah orang yang menjauhi apa yang ditegah Allah, untuk melakukannya (HR Bukhari dan Muslim)




Wednesday, November 23, 2011

hubungan




bismillah,


sambungan post 'darjah 1',

duduklah aku sebelah dia,
1st time tu, terus warning dia;

"awak jangan bising tau, nanti cikgu marah saya sekali!"
"ok. ok." jawab dia.
('yela tu ok'-hati prejudisku berbicara sendiri)

hari ke2, waktu cikgu bagi latihan,
mula-mula dia buat, 2minit lepas tu,
mula mengelamun memandang ke luar tingkap,
"hey, cepatlah buat! nanti tak sempat siap" suara aku seakan menjerit
"hehe, ok" jawab dia sambil tersenyum sumbang

hari ke3, ke4 dan seterusnya berlalu dengan cerita yang pelbagai,
dia akan sangat bising dalam kelas, main dekat belakang kelas.
tapi, bila duduk sebelah aku, akan senyap sikit.
bila dah kene marah, dia diam tapi sekejap je. pastu bising balik,
dan tibalah hari yang ke 7, 
ayahnya datang ke sekolah, bercakap-cakap dengan cikgu,
dan dia mula mengemas barang-barangnya.

('eh, aku garang sangat ke, sampai dia mengadu kat ayah dia. dia nak pindah tempat duduk ke?')

"kenapa ayah awak datang? awak nak pindah tempat duduk ke?"
"saya pindah sekolah, pindah rumah jugak. ikut ayah saya, tukar tempat kerja,"
"oo." (sedih dan rasa bersalah sebab selalu marah marah dia)

========================================

itu ikhtilat waktu darjah 1,
terjaga ke? entahlah. 24jam asyik marah dia je

cuba tengok ikhtilat sekarang,
tambah-tambah medical student,

menjaga? terjaga? atau sebaliknya.
zahirnya terjaga, tapi bila berfacebook, berym, berblog
terzahir segalanya.
ikhtilat alam realiti dijaga, tapi alam maya dilupa.

adab ikhtilat (dr. Yusuf Qardawi)


1. menjaga pandangan
tidak memandang kepada aurat, 
tidak memandang dengan syahwat, 
dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat.

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka
menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(24: 30-31)


2. pakaian yang 
disyariatkan dan sopan, 
tidak jarang, tidak menampak bentuk tubuh

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari
padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, (24: 31)
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (33: 59)


3. berakhlak muslimah pada setiap perkara, 
terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :
Percakapan (menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan)
Pergerakan, tidak berlenggok, 
dan tidak berhias (tabarruj)   


4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian dan warna-warna terang yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya,


5. Elakkan seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka


6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan.


========================================


penuhilah syarat-syarat ini, 
bukan untuk menyusahkan kita, 
bahkan demi kebaikan bersama, 
kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. 


lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, 
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, 


marilah disaat ini, dengan keyakinan ini, 
kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya!


p.s: tetaplah berusaha menjaga walau keperluan syar'i seperti menuntut ilmu, berjual beli dan lain-lain perkara, sentiasa perlu kita lalui.
p.s: menulis untuk diri sendiri dan yang lain
p.s: tak ada rezeki nak pergi kursus kawin. lambat lagi la ni maksudnya :p

Tuesday, November 15, 2011

alasan



bismillah,

sungguh minggu ini, minggu yang sibuk,
malah bulan ini, bulan yang tersibuk,
aku malu sendiri,
bagaimana para ulama',
walau bagaimana sibuknya mereka, 
tak pernah lupa berkongsi ilmu,
berkongsi dengan menulis, 
mahupun dengan menyampaikan kuliah.

minggu ni, mini cx (exam p.e ent),
hantar cwu (yang tak siap-siap lagi)
program, usrah.
pengurusan masa sungguh perlu diperbaiki 

terasa malu sendiri (lagi),
banyak pulak post berunsur peribadi,
post meluah isi hati dan ketidakpuasan hati.
manusia memang begitu,
aku memang begitu. 
sering lemah dan lalai
  
Seseorang penulis yang menulis sesuatu tapi dirinya sendiri merasa bosan dengan isinya hingga sukar menyiapkannya, bakal menghasilkan pembaca yang juga akan bosan membacanya. Begitu juga ucapan, ceramah dan perkataan kita. Betulkan permulaan, carilah inspirasi dan berusahalah menyegarkannya, InshaAllah dipermudah di pertengahan hingga menamatkannya dengan cemerlang. Dengan izin Allah, pembaca & pendengar mampu juga mendapat insiprasi darimu-dr.zaharudin.

aku bukan penulis,
tak pandai menulis,
sekadar bermain jari,
untuk memuhasabah diri,
dan mengetuk hati ini, 


ambil masa seketika untuk muhasabah sebentar akan masa-masa yang berlalu. bagaimanakah kita (aku) menggunakan masa yang dipinjamkan Allah kepada kita. 
ternyata begitu banyak rupanya masa kita (aku) berlalu dengan sia-sia. ;(


tentang masa:

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.“ Surah Al-’Asr ayat 1-3.

“Barang siapa yang masanya digunakan untuk Allah dan dengan Allah, bererti masa itu menjadi kehidupan dan umurnya yang sebenar. Jika digunakan untuk selain itu, maka masanya itu tidak dihitung sebagai sebahagian dari kehidupannya, ia hidup seperti haiwan. Juga ketika ia menggunakan masanya dalam kelalaian, kelupaan dan dalam angan-angan kosong. Perkara mensia-siakan waktu yang paling baik adalah dengan tidur dan tidak bekerja. Maka kematian orang ini lebih baik baginya dari kehidupannya.” ibnu Qayyim


“Salah satu bentuk mensia-siakan kehidupan adalah mensia-siakan hati dan masa. Mensia-siakan hati bererti lebih mementingkan dunia dari akhirat. Sementara mensia-siakan masa adalah dengan banyak berangan-angan. Oleh kerana itu maka terkumpullah semua kerosakan dengan mengikuti hawa nafsu dan tinggi angan-angan. Sementara seluruh kebaikan terbina dalam diri saat mengikuti petunjuk dan bersiap untuk bertemu dengan Allah.”
ibnu Qayyim 

“Salah satu tanda celaka adalah dengan mensia-siakan waktu. Siapa yang hari ini masih seperti kelmarin, maka ia golongan yang rugi, sedangkan siapa yang hari ini lebih buruk daripada semalam, maka ia menjadi orang yang terlaknat. Barang siapa yang melewatkan satu hari dari usianya bukan untuk melaksanakan kebenaran atau melaksanakan kewajipan atau kemuliaan yang ia wariskan atau kebaikan yang ia dapatkan atau kemuliaan yang ia usahakan atau ilmu yang ia raih, maka ia telah mensia-siakan masa dan menzalimi dirinya.” 
Dr. Yusof al-Qaradhawi 



kalau rasa diri lemah, tu mungkin sebenarnya kerana kita kurang berdoa. kurang meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah.

hari ini kita hanya menghargai nikmat, tetapi kita sering lupa akan Pemberi nikmat.

p.s: bukan tak ada masa, tapi tak pandai urus masa. muhasabah dan berubah!
p.s: ada orang rindu ke? :p



Wednesday, November 9, 2011

darjah 1

bismillah,


waktu darjah 1, aku dan kawan-kawan
diarah duduk sebelah menyebelah dengan mereka yang berlainan jantina.
arahan dari guru kelas.
sekolah sekular memang begitu.


dan paling best, aku diarah duduk sebelah
budak lelaki India gemok yang jahat,
budak ni memang gangster, (ni stigma waktu darjah 1),


perasaan pelik menerjah di fikiranku,
kenapa aku kene duduk sebelah dia,


"kenapa saya kene duduk sebelah dia, cikgu?"
"sebab kamu garang sikit, bole tengok-tengokkan dia"
jawab cikgu dengan selamba


-__-


p.s: ikhtilat waktu darjah 1 vs ikhtilat waktu sekarang. bersambung...
p.s: hari ni full seperti biasa. mata dah separuh tertutup.
p.s: doakan perjuangan daku dan semua



Wednesday, November 2, 2011

...

bismillah,


baru balik dari oncall,
hari ni punya kelas start 8am-10.30pm tadi,
bolelah nak terasa jadi houseman sekejap,
penatnya bukan kepalang,


hari ke2 ENT,
hectic sangat-sangat,
dan bulan ni bolelah diisytiharkan sebagai 
bulan paling tersibuk buat diri ini,


untuk kamu duhai diri,
teruskan mujahadah dalam akademik, tapi jangan tinggal terus dari memberi. usah dihitung bila akan tamatnya larian ini. pastikan terus bergerak, walaupun dalam keadaan merangkak mahupun mengengsot. sebab putus asa itu, bukan sifat mukmin!


p.s: penat dan lelah. mudahkanlah, ya Allah. aku kan wanita gagah.
p.s: alhamdulillah. untuk siapa yang bernazar, marilah tunaikan janji =)                                

p.s: tertido semalam sebelum dipublish. penat dunia, begitulah fitrahnya. untuk dapatkan rehat yang selamanya di syurga sana 


teruskan berdoa. hati mereka milik Dia. moga Allah bukakan pintu hati mereka dan kami semua. mudahkan ya Allah!