Thursday, June 7, 2012

emo?



bismillah, 

bukan sebab kesejukan malam. bukan sebab ketiadaan bintang sebagai peneman. 
entah, yang pastinya ada sebab lain. 

buku-buku bersepah. kertas-kertas bertaburan atas meja persis keadaannya dengan perancangan yang juga berkecamuk dalam kepala.

"kesunyian malam membuatkan manusia berinteraksi dengan emosi dan perasaan sendiri."

geram. rasa terbeban. rasa penat. 
Allahhu Allah.
beremosi sungguh engkau.
tarbiyyah mengajarmu bukan menjadi manusia, tapi menjadi hamba,

nak jadi orang yang berilmu, kena banyak membaca.
nak jadi orang yang hebat, kena banyak belajar.
nak jadi orang yang tahu segala benda, kena banyak buat salah.
nak faham keadaan umat, kena bercampur dengan manusia.
nak memimpin, kena tahu berorganisasi.

pendek kata, kalau nak tahu semua, atau nak jadi seseorang, kena sentiasa belajar.
belajar: satu proses yang memerlukan masa, 


perlukan tenaga, perlukan kesungguhan. dan perlukan pengorbanan. :')


selalu pesan pada adik-adik usrah dan diri sendiri:
'jangan rasa setiap penat lelah kita ini sia-sia. Allah pasti menilai dengan nilaian paling tepat buat kita. yang pasti selalu niat, aku buat semua ni kerana Allah.' 


"aku buat semua ini kerana Allah"
(dalam keadaan lelah dan letih tahap giga pun, masih mampu tersenyum bila mana kita tahu kita letih kerana Dia)

senyum!
:') 

Sunday, June 3, 2012

in love




mohon Kau selalu jaga hati.
nafsu tak selalunya kalah,
iman tak selalunya menang,
tapi jangan sampai
aku kecundang,
dan terus mengalah.

:'(

--------------------------------

bila rasa iman sedikit goyah,
dan hati tak berapa tenang,
baca Al-Quran banyak-banyak kali.
berlama-lamaan dengan Al-Quran.
andailah halaman pertama, kedua, dan ketiga
belum menyentuh dan meresap ke hati, 
insyaAllah, yang kesepuluh pasti mampu menyuburkan rasa tenang itu! 

atau sujud lama-lama. 
atau doa dengan mata terpejam rapat-rapat. 
dan dengan kumat-kamit yang sederhana dan khusyuk, insyaAllah. 

kalau kita merasakan Rasulullah itu sungguh halus, santun, dan pemaafnya baginda.
kalau kita merasakan kasih ayah itu sungguh di mana-mana,
dan kalau kita merasakan sayang ibu itu dalamnya terlalu,

maka, siapakah Dia?
bukankah Dialah yang menciptakan seorang Rasulullah, 
menjadikan seorang ayah, 
dan menitipkan seorang ibu buat kita? 

maka, 
kasihNya tentu lebih-lebih lagi. 
:)



Saya sayang Allah. Saya cinta Allah!

p.s: kadang-kadang apa yang dicakap/ditulis mendorang amal. mudah-mudahan. :')

Wednesday, May 30, 2012

reflect



"i dont know how to say goodbye to something like this"



panas-panas di sana, 
sejuk-sejuk di hati ini,
hitam-hitam kulit mereka,
putih suci aqidah tetap sama,


biar bersesak-sesak dalam kebaikan,
biar berpenat berulang-alik dalam kepeluhan,
agar ibadah itu kau sempurnakan,
sabar dapat dijiwai, redha diamalkan, tarbiyyah diresapi ke jiwa dahaga


ada yang kata, 'kalau mahu rindu, perlu adil; meletakkan rindu pada tempat yang sepatutnya'
dan saksikanlah aku sedang merindu!
moga-moga ini bukan rindu biasa, ya Allah, 
tapi rindu yang adil!




bukan saja-saja Allah sampaikan kau ke sini,
tapi supaya taqwa itu ditingkatkan.
supaya takut pada Dia itu dilebihkan.
supaya diri muhasabah, reflect.
muhasabah dosa noda yang membusuk dalam diri


-----------------------------------------------------
bak kata prof har tadi,
'separuh daripada medical student ni bukan reflector.
bila disuruh menulis reflective writing, di tulis fakta, perkataan I, me, myself tak ada langsung, atau menganggap diri sudah sempurna; di reflect kelebihan diri sahaja.'


muhasabah dan hitung aib diri! 
biar berkali-kali. 
kerana bukan sekali dua, kita berbuat dosa, 
bukan satu dua kekurangan kita.
tapi terlalu banyak, banyak hingga tak terkira
T_T


dan, nah! kami di beri satu lagi tajuk reflective writing;
'do i have what it takes to be a professional medical doctor one year from now?'


memang tajuk ini juga menjadi persoalan dalam diri sendiri setelah melangkah ke tahun akhir ini. 


do, i have? 
muhasabah + bertindak = berubah, insyaAllah!


p.s: jeling-jeling kalendar akademik tahun 5, mencari cuti. dalam setahun itu, hanya ada seminggu cuti. cuti raya..bertabahlah wahai hati~ 
p.s: to all 5th year students, tun mahathir wants all final year ukm to attends his talk next week. he would want to share his experiences and tips as medical students before entering housemanship-fb batch. tahun-tahun sebelum ni tak pernah ada. tahun sebelum ni ada amanat dekan je. herm. untung-untung~

Monday, May 14, 2012

dua kata

usai solat, direnung dia ke sejadah,
gambar kaabah mencuri pandang,
dia renung lagi. dalam-dalam. lama-lama.
'mungkinkah kali ini aku berpeluang?'

14-25/5


p.s: moga 'dia' dan keluarga selamat perjalanan pergi dan balik serta beroleh umrah yang mabrur. amin.
p.s: alhamdulillah. esok, officially bergelar final year medical student.

bila sesuatu itu kita anggap sebagai amanah,
kita akan buat yang terbaik,
kerana kita secara tak langsung
dah berjanji pada Allah!

berani mungkir janji dengan Dia?

Tuesday, May 1, 2012

persis


bismillah,

"sometimes it’s hard to answer a question in front of others because you know it very well that the answer will break you down and tear you apart. So, you decided to leave it like that to protect yourself."

-------------------------------------------------

di tempat yang jauh, di penjuru yang dalam
di atasnya langit, di bawahnya lantai
di hatinya rusuh, di telapaknya kitab
di awalnya senyum, di akhirnya sedu-sedan

dia yang jarang sangat kulihat sedih,
menangis teresak-esak sambil diluah masalah,
tika itu, aku hanya mampu memandang dan mendengar dengan sayu.
‘tq ye, sebab dengar aku merepek ni and sorry ye amik masa ko, aku kena cerita kat someone, baru lega sikit’ kata dia

kadang - kadang, Allah temukan kita,
kawan persis kita, supaya kita sedar,
yang kita pujuk, nasihat,
rupanya diri kita sendiri.

sesekali, hitung aib diri.

p.s: kawan, kadang-kadang orang yang kau sangka paling kuat itu sebenarnya tersangat lemah, terutama di hadapan Tuhannya. sebab kita takkan dapat tipu apa yang kita rasa depan Allah, sebagaimana kita dapat pretend depan orang lain, kan? ya Allah, kuatkan dia. dan aku.
p.s: bukan selalu boleh update 2 posts sehari. heh