Wednesday, September 28, 2011

curi



bismillah,


bertemu kembali.
di minggu-minggu terakhir sebelum final exam,
macam biasa, baru nak kelam kabut,
baru nak susun nota study group,
nak penuhkan log book,
nak cari patient buat p.e.


aku di sini masih strungle menghabiskan pengajian,
pada masa yang sama, ramai kawan-kawan sebaya dah konvo,
tengok senior-senior, doktor-doktor muda dengan jubah merah mereka,
menaikkan semangat dan kecemburuan dalam diri,
tapi terselit juga kerisauan dalam hati,
dapatkah aku menjadi seperti itu di kemudian hari.


=======================================


jika ditanya kepadaku tentang alam remaja, nescaya aku akan berkata: tiada kehidupan yang singkat daripada menerima ilmu yang luas-ibnu sina. 


bermula perjalanan mengenal Allah ialah mengisytiharkan perang ke atas hawa nafsu-imam ghazali 


wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang kusyu'. susah itu tarbiyyah, sabar itu indah-iluvislam 





Seorang lelaki mengadu kepada Imam Sahl bin Abdullah At-Tustari.
"Wahai tuan, ada orang masuk ke rumahku lalu mencuri hartaku dan merosakkan barang-barangku." Imam Sahl menjawab: 
"Bersyukurlah kepada Allah kerana bukan syaitan yang masuk ke dalam hatimu, lalu mencuri imanmu dan merosakkan tauhidmu."


p.s: bila iman dan amal terjaga, insyaAllah study juga terjaga 
p.s: setiap hari, aku berusaha bangun begitu pagi, agar bisa mencintaiMu lebih awal dari matahari-tumblr
p.s: mari bangun sebelum subuh. marilah! 

Friday, September 23, 2011

emosi


apabila seseorang menjaga dirinya dengan sebaik-baiknya, pasti Allah akan pelihara dirinya dari perkara yang boleh merosakkannya. apabila seseorang berusaha menjaga kesucian hatinya, pasti Allah akan melindungi hatinya dari perkara yang boleh mengganggu ketenangan hatinya. the heavier the burdens placed on you by Allah, the more strength He will give you to carry them.


p.s: jadikanlah aku dalam kalangan orang yang berusaha menjaga diri  dan menyucikan hati.  
p.s: emosi tak berapa sihat malam ni. 


  

Tuesday, September 20, 2011

pelangi

bismillah,


cuti 2 hari lalu, diisi dengan mengisikan perut.
open house yang sangat banyak
hari sabtu paling extreme,
keluar berkonvoi dari pukul 8am sampai 11pm.
memang serik. macam tak nak dah konvoi2 ni.


5 buah kereta,
ada guna kereta sendiri, ada kereta family,
semua ada macam-macam perangai.
yang tido tak sedar diri dalam kereta,
yang jadi driver, bawa kereta tahap paling bahaya,


rumah pertama, selalu menjadi mangsa.
tahap lapar paling maksimum.
kuih raya hampir habis di makan.
tak cukup laksa, mee rebus dan kueh teow,
kek pun di makan dengan selera.
makan sampai tak ingat, yang ada banyak rumah lagi untuk beraya


rumah ke2,
datang-datang, beratur atas sofa,
amik gambar, semua tenang je,
makan sikit-sikit, sambil tengok kartun


rumah ke3, rumah terjauh kami pergi.
sambil drive tu, asyik bebel je "bila la nak sampai ni?"
jauh-jauh pun, berbaloi. 
makan banyak, banyak kali dan banyak kuantiti.hoho
bergambar kenangan sebelum pulang.
dan waktu ni, setiap kereta dah diikat dengan reben.
(untuk elak, terputus hubungan di jalan raya nanti)

rumah ke4, perjalanan yang jauh.
dengan hujan lebat, 
dengan kontroversi tayar kereta ada problem,
dengan situasi-situasi bahaya,
sampai juga ke rumah ke4.
makan. sembang. mohon balik

sebelum balik, tayar salah satu kereta masuk longkang,
habis 1 kampung tu, berkumpul dekat situ,
waktu tu pukul 10pm. 
angkat lah untuk sesiapa yang berkenaan.
yang lain bagi support, jaga lalu lintas,
atau kumpul handphone, untuk beri pencahayaan yang baik.
alhamdulillah berjaya juga mengangkat kereta yang berat tu.
hebat!


alhamdulillah, melalui jalan dakwah ni, 
ada yang lebih berharga aku peroleh, 
bukan perut yang kenyang semata, 
bukan juga bilangan open house yang dikunjungi, 


tapi nilai ukhwah yang terbina,
kenangan dan pengalaman yang tiada gantinya


berbilang course, berbilang fakulti, berlainan identiti. 
mujur, jalan dakwah menyatukan semua ini. =)


pelangi warnanya, bukan 1 sahaja. andai merah sahaja jalur di langit, itu bukan pelangi.
andai semua warna pelangi ada di langit, tapi tak berjalur tersusun, itu juga bukan pelangi.
pelangi itu berlainan warna, tersusun indah berjaluran menyebabkan sesiapa melihatnya pasti menyenanginya =)


p.s: past year exam question telah ditempah kat kak ros. menandakan exam semakin hampir. tapi preparation aku macam lagi setahun nak exam. Allahu Akbar.
p.s: sanah helwah ya habibati =)




Tuesday, September 13, 2011

lampu


mari semangatkan diri!
Allah sentiasa bersama kita.


tazkirah untuk diri sendiri,
sebelum menyambung kerja,


kita mungkin sudah cukup baik menghijab fizikal,
tapi, tak cukup baik menghijab hati,
kerana tentang hati, tidak bisa disamakan dengan lampu,
yang bisa dihidupkan atau dimatikan sewaktu-waktu,  



p.s: menulis utk hilangkan mengantuk. akibat bertangguh, case write up (cwu) tak siap-siap. tak tidur la aku malam ni. moving forward!
p.s: currently posting in nicu (neonatal intensive care unit). hati mana yang tak sakit, bila tengok wayar berbelit-belit pada baby kecil tu T_T. kalau baby sekecil tu pun mampu berjuang, apa alasan kita untuk tak berjuang. 
p.s: siapa yang tersinggah dan terbaca. mari doakan mereka. doakan sekali untuk tukang tulis ni siapkan cwu. hua!!!

Saturday, September 10, 2011

nikah

saat majlis begini berlangsung
bukan sedikit gembira yang dirasa

tapi

bukan sedikit juga tangis dan sebak di dada
ibu, ayah, keluarga, sahabat handai,
semua merasa yang sama
manjanya dia, bukan lagi milik kami semua

maka, wahai sang lelaki
bila mana, saat terasa untuk mengabaikan haknya, ingatlah
betapa banyak jiwa yang akan terluka

kami layarkan sepenuh harapan
didoakan kalian, sampai ke perhentian

=================================

nikah ni untuk yang betul-betul bersedia


"aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin sebanyak.."

bunyinya mudah, singkat dan cepat? n

ah, ini makna yang sebenarnya;

"aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibubapanya, apa sahaja dosa yangg si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung dan bukan lagi ibubapa si dia. dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anakku, jika gagal, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka & malaikat zabaniyah melibas badanku sehingga pecah"

'gulp'

p.s: hari ni ada banyak sangat walimah. barakallahulakum =). dan aku dah terbau-bau nasi minyak budak batch sendiri.