Friday, January 28, 2011
diagnosis???
Tuesday, January 25, 2011
request :)
Friday, January 21, 2011
21/01/89-21/01/11
Allah Maha Cahaya – Opick
-----------------------------------------------------------------------------------------
Dari Mua'z bin Jabal r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak akan berganjak kaki anak Adam selagi mana dia tidak menjawab empat soalan; jasadnya ke mana digunakan, umurnya di mana dihabiskan, dan akan ditanya akan hartanya dari mana ia diperoleh dan ke mana pula dibelanjakan, serta apa yang dilakukan dengan ilmunya." (riwayat al-Tarmidzhi)
p/s: umurmu di mana dihabiskan?? 22 tahun. Moga pertambahan umurku selari dengan pertambahan amalku. moga redhaMu yang bernilai itu dapatku raih, ya Allah.
p/s: alhamdulillah a'la kulli hal, ya Allah. Nikmat itu datang sekali sekala, tapi syukur itu perlu sentiasa :)
Saturday, January 15, 2011
campur aduk
bismillah,
Tuesday, January 11, 2011
7 huruf
bismillah,
aku cuti lagi!
di rumah sekarang,
macam tak padan je dengan status medical student,
lepas je exam mid sem 2 bulan lepas,
aku cuti seminggu sebelum masuk posting baru,
then, berposting jkm yang tak berapa sibuk itu,
habis je posting jkm, yang banyak jugak membuat cuti sendiri,
dapat pulak cuti seminggu sebelum masuk internal medicine punya posting.
lepas ni cuti raya cina pulak :)
---------------------------------------------------
semalam, amik dakwin dari kelas memandu,
hujan lebat sangat, sengaja beranikan diri bawak keta sorang diri,
alhamdulillah, selamat.
malam tu, budak tu bukak kelas mengaji pulak,
baru habis spm la kan, so dia menawarkan diri untuk mengajar budak2 mengaji quran,
6 orang student dia, semua lelaki, yang berbeza umur dan tahap pembacaan,
tiba-tiba aku dilantik jadi rakan kongsi pulak..haish..
bukan apa, aku tak berapa pandai mengajar budak-budak,
pastu bagi pulak aku ajar budak paling muda kat situ..
6 orang itu datang ke rumah kami, kelas dibuat di ruang tamu,
aku pun duduk kat sebelah budak paling muda itu,
syahmi namanya, dia tak bawak buku iqra'.
bila tanya tahu tak huruf-huruf jawi, dia geleng kepala.
aku pun selongkar bilik, cari buku iqra' no 1,
tak jumpa, mak kata dah bagi pada anis, anak sedara aku,
aku amik kertas a4 putih, tulis besar-besar huruf alif sampai kho,
7 huruf tu aku suruh budak itu ulang,
berapa kali dia menguap, ngantuk kot dengan cara pembelajaran
yang tak menarik itu,
aku buat-buat tak nampak je, bak kata guru aku dulu,
nak belajar quran, kene berdisiplin!
ada jugak la aku tukar-tukar kedudukan huruf2 tu,
dan beberapa teknik lain untuk membantu dia lebih mengingat,
tiba-tiba rasa hebat je siapa yang jadi cikgu tadika, guru sekolah rendah,
nak mangajar satu hal, nak melayan kerenah tu pun satu hal lain :)
-----------------------------------------------------------------------
“ Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”
(Riwayat al-Bukhari)
"Sesiapa yang mengajarkan anaknya Al-Quran dengan melihat, maka diampunkan baginya dosanya yang lalu dan yang akan datang dan sesiapa yang mengajarnya dengan hafalan maka setiap anaknya itu membaca satu ayat, Allah menaikkan ayahnya satu darjat hingga akhir ayat yang diamalkannya."
(Hadis riwayat At Tabrani).
p/s: malam ni, tambah lagi 7 huruf pulak
p/s: rasa semangat pulak bila baca hadis2 kat atas :)
p/s: dah nampak ckit2 perancangan masa depan :)
Thursday, January 6, 2011
3 tempat
Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat Nabi saw pernah didatangi seseorang yang ingin meminta nasihatnya. Orang itu meminta nasihat yang dapat dijadikan ubat bagi jiwanya yang selalu gelisah. Ia mengadu bahawa akhir-akhir ini jiwanya resah, hati tidak tenteram, fikiran kacau.
Kemudian Ibnu Mas’ud menasihatinya,” Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama , engkau datangi tempat orang membaca Al-Qur’an, engkau membaca Al-Qur’an, engkau dengarkan baik-baik orang yang membaca Al-Qur’an. Atau kedua , engkau datangi majlis taklim yang mengingatkan hati kepada Allah. Atau ketiga, engkau mencari waktu dan tempat yang sunyi, di situ engkau menyendiri menyembah Allah, seperti pada waktu lewat tengah malam, di saat orang sedang tidur nyenyak, engkau bangun mengerjakan solat malam, meminta kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran, dan keikhlasan hati.”
Kemudian Ibnu Mas’ud melanjutkan,” Seandainya jiwamu belum juga terubati dengan ketiga cara tadi, engkau meminta kepada Allah agar diberinya hati yang lain, kerana hati yang ada pada dirimu itu bukan lagi hatimu.”
Setibanya di rumah, ia melaksanakan apa yang dinasihatkan Ibnu Mas’ud itu. Ia berwudhuk, kemudian membaca Al-Qur’an dengan khusyu', penuh konsentrasi. Seusai membaca Al-Quran ia merasakan ada ada sesuatu yang berubah. Jiwanya terasa tenang, hatinya tenteram, fikirannya kembali jernih. Resah dan gelisahnya terbang jauh.
p/s: mode skrg ;( nak pergi cari 3 tempat itu.