Saturday, January 15, 2011

campur aduk


bismillah,

alhamdulillah dah selamat sampai ke ktdi,
malam ni ada dinner kolej,
tema: merah putih :( (macam wanita umno)
kalau ikutkan hati, aku memang tak nak pegi pun malam ni,
banyak lagha dari manfaatnya,
tapi, aku kene pegi jugak,
satu, aku dah bayar duit untuk dinner ni, (dia masukkan dalam yuran kolej, yang wajib di bayar oleh semua orang)
dua,...sirr :p

cuti kali ini, tak sampai seminggu pun,
5 hari je, tapi alhamdulillah, cuti jugak,
walaupun sekejap, banyak perkara menarik aku belajar kali ini,

aku tak la suka sangat pada kucing, biasa biasa je,
tapi, oleh sebab aku je ada di rumah, mak suruh aku bagi kucing makan,
ada 3 ekor, motmot, kong, istana,
kalau setakat bagi makan, tak pe lagi,
ni kene tunggu pulak diorang makan,
sebab takut ada kucing-kucing gangster datang kacau diorang makan,

sambil aku tunggu diorang makan, aku tengok la gelagat diorang,
bole pulak kong tu nak cakar muka istana dengan motmot sebab konon-konon nak makan sorang sorang,
aku pun marah la, tapi tak berkesan pun.
lepas tu, untuk esok-esok, aku dah asingkan tempat makan diorang kepada 3,
makan la puas puas..

dakwin tengah pulun baca buku sekarang,
tengah study sebab nak exam
memang dia dah habis spm,
dia pulun baca buku memandu,
esok ada exam guna komputer tu,

ada 3 isu di sini,
1. tentang dinner, aku akan pakai baju tak ikut tema (tak nak jadi wanita umno), moga Allah pelihara kami semua malam ni daripada perkara2 maksiat dan moga niat dan hajat kami Allah permudahkan.
2. kucing. memang manusia itu dilantik menjadi khalifah di muka bumi ini kerana akal yang dikurniakanNya. kucing aku memang tak bole makan sekali tapi, tuan tuan kucing@family aku wajib makan bersama kerana di situlah ada keberkatan, mawadah wa rahmah.
3. belajar memandu. aku memang tak kisah sangat walaupun dapat cukup-cukup makan je untuk lulus ujian memandu tu, tapi dakwin bukan macam aku. bila dia buat sesuatu, dia akan buat sungguh-sungguh. kalau nak lulus, bukan setakat cukup2 makan, tapi biar dapat full mark. aku belajar dari dia, kita adalah umat terbaik. jadi, buatlah apa sahaja dengan terbaik.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (3 : 110)"

p/s: post paling berterabur. tulisan seseorang itu dapat menggambarkan mood si penulis itu sendiri

No comments: