Tuesday, January 25, 2011

request :)

bismillah,

setelah seminggu ketiadaan internet, semua budak-budak medic kat sini jadi tak tentu arah,
nak cari maklumat, nak bukak fb, ym, blog dan sebagainya semua terbantut,
tapi, ada baiknya jugak, tak la asyik mengadap laptop ni,
sempat la menyiapkan nota study group.

ada permintaan dari blogger terkenal menyuruh aku cerita tentang ukm medical school ni,
segan rasanya nak berkongsi dalam blog yang entah apa apa ni,
tapi, kalau tak ada permintaan pun, aku nak cerita jugak :p

dah masuk 2 minggu berada dalam posting medicine ni,
1st day kelas, aku dah buat hal,
datang lewat! kan dah kene kunci pintu bilik seminar tu.
bukan sebab bangun lewat, tapi aku ingatkan kelas tak start sharp pukul 8. (jangan tiru aksi ini)

lambat 10 minit kot, tunggu la aku kat luar tu dengan beberapa orang yang senasib dengan aku,
habis je briefing tentang posting internal medicine tersebut, aku pun bergegas ke ward,
nak biasakan diri dengan ward yang berbagai jenis penyakit,
kalau sebelum ni, posting surgery kebanyakannya, penyakit yang memerlukan pembedahan
o&g pulak, kes-kes obstetrics (antenatal, postnatal) dan gynaecology.

tapi, untuk medicine kali ini, dia merangkumi semua penyakit yang ada kat dunia ni!
betul..macam-macam ada, dari penyakit cvs, respi, dermato, nephro, cns, endocrine, hemato, rheumato, gastro, infectious dan lain-lain.

memang kene bukak balik la nota-nota 1st year, 2nd year,
kalau dulu belajar teori je, asyik menghafal je,
kali ini, tak bole guna kaedah yang sama,
kali ini, kene selalu ke ward, clerk patient, buat PE,
try appreciate finding, ada murmur ke, ada rhonchi ke, crepitation dan lain-lain.

kes pertama yang aku clerk, stevens johnsan syndrome, sejenis penyakit kulit yang rare kat dunia ni, disebabkan hypersensitivity reaction atau perkataan mudahnya allergic kat certain ubat (salicylates, sulfonamides, penicillin, barbiturates, carbamazapine, phenytoin). kadang-kadang infection (herpes simplex virus, m. pneumonia) and cancer (lymphoma) pun salah satu puncanya.

selalunya patient tak tahu pun dia ada allergic kat ubat tu, bila dia makan dalam 2-3 hari lepas tu, dia start develop gatal-gatal kat seluruh badan.
untuk patient aku itu, memang dapat tengok la, kulit dia macam mengelupas, macam gambar kat bawah ni, nampak tak blister kat center

kat muka dan seluruh badan pun ada macam ni, tapi kat mulut selalunya macam ni

kadang2, patient akan alami symptom2 tambahan seperti demam, penat, lenguh2 badan, muntah dan cirit birit.

disease ni self-limiting, maksudnya dia boleh baik sendiri dengan stop makan ubat yang dia allergic tu, dan doktor akan bagi ubat sapu (topical drug), contohnya calamine lotion dan steroid

walaupun dengar macam simple je, tapi mortality rate dia 5-15% !!
sebab dia boleh dapat systemic complication, bole sebabkan respiratory failure, renal failure and others. blindness pun bole occur kalau lesion tu ada kat mata.

sekian sahaja kelas medicine kita pada hari ini,

pengajarannya?
1. penyakit dan segala macam musibah lain adalah salah satu bentuk ujian Allah, untuk tengok tahap iman kita, macam dalam kes ni, patient makan ubat untuk sembuhkan penyakit lain, tapi dapat pulak penyakit lain.
2. nyawa kita ni, Allah yang punya, Allah yang tentukan bila Dia nak ambik balik, dengan cara apa Dia nak ambik
3. kita memang tak dapat nak tangguhkan pun kematian kita, tapi Allah maha mendengar segala doa-doa kita, pohonlah pada Dia agar kita tabah hadapi segala bentuk ujian dariNya, dan sentiasalah doa, penghabisan hidup kita dalam kebaikan, dan paling baik, doalah agar kita dapat syahid
4. sebagai medical student, niat belajar itu kene betul, setiap pagi, refresh balik niat, belajar kerana Allah, nak ke ward, niatkan juga nak melawat orang sakit, doakan mereka juga

" Ya Allah sudahilah ajal kami dengan kesudahan yang baik, janganlah Kau sudahi kami dengan kesudahan yang buruk, dan matikan kami dengan syahid di jalanMu ya Allah"

"barangsiapa melawat orang sakit atau mengunjungi temannya seagama, maka terdengarlah panggilan (dari Allah) bahawa engkau adalah orang budiman, perjalananmu baik dan engkau membangun sendiri mahligai di syurga" (HR muslim)

"semoga Allah menyembuhkan penyakit kamu, mengampunkan dosamu, dan memberi kesejahteraan pada agamu dan jasadmu sehingga tempoh ajal kamu"

p/s: ada lagi kes2 lain yang dah di clerk, kita bincang kat kelas seterusnya :p
p/s: memang rojak sungguh post ni, tapi memang agak susah nak translatekan medical term ke bm. ni la salah1 cabaran kalau nak tanya soalan atau nak explain kat patient tentang penyakit mereka.
p/s: aku lagi prefer sembang2 dengan mereka tentang diri, keluarga mereka berbanding penyakit mereka
p/s: kadang2 sedih jgk tgk ada yang excited kalau dapat finding, atau jmpe case2 yang rare ni. kita happy dengan penyakit yang dideritai pesakit kita?? tak salah excited tu, tapi niat anda macam mana? patient pun bole nampak excitednya kita. emosi pesakit lagi penting untuk kita jaga bukan. peringatan untuk aku juga!!
p/s: untuk term2 yang sukar difahami, silalah ke kedai pakcik google, bak kata doktor R "kita nak belajar ni, kita kene usaha lebih, no more spoon feed"!! :p
p/s: puan fathiyyah, permintaan anda dah ditunaikan, saya pulak nak request something, bole? :p

2 comments:

[MH] said...

hehe. rajin2 la updet entry cm ni.sy suka baca. sini kurang kes yg kita bley tengok sendiri mcm kat mesia. tp kena pandai berdikari skit la, br ok

nak tanya, awak pakai buku apa eh untuk medicine? sy skrg tgh round ENT, belum masuk lagi subjek major cm medicine n surgery. bley jugak kalau nk share buku2 untuk round yg awak pernah lalui. banyak nyaa songeh saya. hehe

huhu, sukaaaa entry ni. thank you awak.

p.s: apakah request? jangan mintak secawan peluh lebah sudah. susah nk dapat lebah kat mesir ni. hehe

azk2121 said...

medicine:
1. talley o'connar (ni untuk PE)
2. oxford hndbook of clinical medicine (sgt best n penting, still gne wlpn dh jd HO)
3. kumar n clark

surgery:
1. browse (utk PE)
2. churchill's pocketbook of surgery (ni pn sgt best, kesimpulannya bk kecik2 mmg best ;p)
3. bailey n love (xguna sgt pn, sbb tebal sgt, huhu)

o&g
1.10 teachers obs
2.10 teachers gynae
3.illustrated obs
4.illustrated gynae

p/s: ni dh jd 2nd request ni..hihi,
so awak hutang sy 2 requests la. :p