Wednesday, March 30, 2011

buffalo hump

bismillah,

1. alhamdulillah tamat sudah teori paper. pertama kali terpaksa minum nescafe, untuk bertahan lama sikit malam semalam. oh, tak best sungguh rasanya. sebelum ni, bila ditanya, apa makanan kegemaran, aku akan cakap, 'makan semua, kecuali durian' lepas ni kalau orang tanya air favorite, 'sume ok je except nescafe'

2. baru-baru ni dapat lagi 2 undangan walimah. memang musim dia sekarang ni. tarikh yang sama pulak tu. pahang dan KL. kalau ada orang sponsor tiket or bagi keizinan bawa kereta, aku bole meluncur ke 2 tempat itu.

3. esok, result ikhtisas akan diumumkan. biasanya, semua student 5th year akan berkumpul kat bawah pejabat dekan. lepas tu, dekan akan annouce macam ni, ' senarai pelajar berjaya dalam peperiksaan ikhtisas; pertama, DOKTOR a bin b, kedua, doktor c binti d.... ya, secara rasminya dipanggil dengan panggilan DR. best kalau dapat join sekali. semangat kalau dapat dengar.

4. exam short case- jumaat ni. mari kita belajar!

beberapa minggu lepas, aku ada teaching dengan supervisor, Prof H. kami perlu buat short case (buat p.e dan present finding). prof yang akan cari kes,

so, hari tu kami pergi ward hematology. kami tak digalakkan masuk ke ward tu tanpa pergi dengan supervisor, sebab..sebab, aku tak ingat sebab apa. jalan laju-laju ikut belakang prof, berhenti dekat seorang adik ni,

terus prof suruh buat general inspection dekat adik tu, adik tu adik chinese girl, umur 12-13 tahun (tak ingat) so, mula-mula tengok general, nampak macam ni la lebih kurang,

ada central obesity (orange on stick), tengok juga kalau ada hyperpigmented. tapi adik ni tak ada.

so, tengok tangan pulak, ada tak purpura, ada tak skin atrophy (gently pitching the skin of the dorsum of hand-kulit adik ni rasa lembut dan nipis-tissue-like skin). check untuk proximal myopathy jugak tapi adik ni normal

then, kita tengok muka. ni kita panggil moon face or cushingoid face,


untuk face, tengok juga ada tak hirsutism, acne, seborrhea, plethora, oral candidiasis.
pastu, tengok mata, adik ni tak ada apa-apa abnormalities kat mata dia, tapi check je untuk anaemia and jaundice.

bahu pulak. ada nampak macam ni, buffalo hump or supraclavicular fat pad kat adik tu.


abdomen. tak dapat nak check sebab adik ni tak bagi. tak tahu kenapa. malu mungkin. tapi, kalau dapat izin, kene check ada tak striae kat abdomen dia, or any mass.

ok dah. apa diagnosis dia?
bersambung. sudah 1.15am sekarang. hoho

p/s: kene present case ini sok pada study grup member untuk revision purpose.
p/s: ye, gambar2 di atas tak menunjukkan macam adik umur 12 thn, just imagine ok. hu

Monday, March 28, 2011

hasbunAllah wa ni'mal wakil


dalam ketenangan, ada keresahan,
dalam keresahan ada kekalutan,
dalam kekalutan, ada ketakutan...

hasbunallah wa ni’mal wakil-cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung...

he who has nothing has Allah,
he who has Allah has everything!

p/s: sejujurnya, aku masih tak terasa debaran untuk menghadapi exam esok. tenang untuk menghadapi exam. sesuatu yang luar biasa buat diriku
p/s: bertarung sedaya upaya kerana Allah untuk memartabatkan kedudukan ummah! kesungguhan itu yang dinilaiNya berbanding natijah. sandarkan selebihnya pada Dia. kejayaan tertangguh, segera atau yang tak disangka-sangka. hasbunallah wa ni'mal wakil..

Thursday, March 24, 2011

mabruk!


bismillah,

aku menaip mesej beberapa kali, tapi masih gagal di hantar. sudah dapat mengagak kredit sudah kehabisan.
terus menaip di wall facebook dia. tunggu, dan tunggu tapi tiada balasan.

telefon bimbit yang sering diabaikan itu, diletak dalam poket sentiasa.
takut-takut ada panggilan dari dia.

12.30pm, telefonku berdering. tertera nombor telefon rumah.

"assalamualaikum, macam mana dakwin"
"waalaikumusalam. kakdik, dakwin dapat 10a. fizik dakwin b. mak call sekolah tadi" suara dia tersekat-sekat seperti biasa. sebak mungkin.

dia sambung lagi,
"dakwin dah dapat agak dah, hari tu, dakwin memang careless masa jawab fizik. tapi apa-apa pun dakwin syukur sangat,''
"alhamdulillah, subjek apa lagi b?"
"fizik je, yang lain a"

"eh, jap. dakwin amik brape subjek. bukan 13 ke?"
"takla, 11 je la kakdik. terima kasih banyak tau kakdik sebab doakan dakwin," dia sebak lagi.
"ok. tahniah tau. ujian jpj macam mana. lulus tak?"
"dakwin tak amik hari ni, dakwin tak ready lagi"

ok. aku ingatkan dia amik est dan sivik. baru tau yang sivik tak masuk dalam spm. est just optional untuk sapa yang nak amik.

----------------------------------------------------------------------------------

self-reflection:

kita ingin cemerlang. tapi kecemerlangan sebagai hamba Allah jarang dititikberatkan.
apa yang dinilai di sisi Allah ialah keberkatan ketika menuntut ilmu. Jika berjaya dengan cemerlang tetapi tidak meraih keberkatan dan redha Allah SWT, tiada nilai di sisiNya.

Ya Allah, kurniakan hidayah dan petunjukMu. jangan biarkan kami lalai dek kenikmatan dunia yang penuh tipu daya. kegagalan itu ujian, kejayaan juga 1 ujian. perjalanan kita masih jauh. yang pasti jangan pernah berhenti mencari ilmu

“Allah telah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang yang berilmu pengetahuan dengan beberapa darjat.” al-mujadalah:11



p/s: tengah pening nak bagi hadiah apa dekat dia. kalau dia nak amik medic, aku bagi hadiah buku-buku 1st year medic aku je la kat dia. hoho
p/s: sungguh, ini post terakhir sebelum exam.

Wednesday, March 23, 2011

hari penting buat dia




bismillah,

oleh kerana terlebih tido siang tadi,
sebab kat sini, hari-hari hujan. :p
memang musim hujan sekarang ini.
menyebabkan aku masih segar waktu ini.

esok hari yang penting buat dia. bukan esok, hari ini.
ada 2 perkara penting bakal menentukan masa depan dia,
keputusan spm dan ulangan ujian memandu jpj (hoho. dia fail jalan raya)
teringat perbualan sebelum ini,
"nanti apply la oversea, belajar kat sana mesti best, nanti kitaorang bole melancong sambil-sambil melawat dakwin kat sana"
"kakdik ingat dakwin bole dapat result bagus ke? lagipun, dakwin cepat sangat homesick"

alasan je budak ni. tapi memang betul pun, bayangkan masa masuk asrama depan rumah je pun, boleh menangis masa nak balik dari cuti sekolah.

cepat betul masa berlalu,
rasanya baru je main doktor-doktor dengan dia,
aku jadi pesakit, dia jadi doktor. (memang cita-cita dia dari dulu, nak jadi doktor)
dah nak masuk u dah.

teringat lagi, lepas habis exam add math,
dia call aku, malas bertanya tentang exam itu, aku terus tanya "esok exam apa?"
"chemistry. kakdik tak nak tanya ke, macam mana dakwin jawab add math tadi"
"ha, macam mana. bole jawab tak?"
tiba-tiba suara dia jadi sebak.
"dakwin rasa ini exam add math paling baik dakwin dapat jawab sepanjang exam-exam lain sebelum ini, Allah bagi ilham, terima kasih tau kakdik, sebab banyak ajar dakwin"
suara dia sekat-sekat. aku lemah sikit kalau dengar orang menangis ni.
"alhamdulillah, ok. buat betul-betul untuk esok punya exam pulak"

add math memang killer subject bagi dia,
dan aku memang menjadi mangsa bila balik ke rumah,
terpaksa mengerah ingatan dan keringat untuk menjawab soalan-soalan add math yang tak berapa mudah itu,
selalu juga mendapat permintaan ekslusif dari dia untuk balik ke rumah semata-mata untuk menjawab soalan-soalan latih tubi, soalan gerak gempur dan soalan-soalan lain yang berbagai nama.
so, relevan lah untuk dia menangis ucap terima kasih kat aku kan. hoho
ok. dah banyak merepek.

moga Allah kurniakan taqdir terbaik buat dia. moga segala ketetapanMu menjadikan dia lebih dekat padaMu

“Tawakal-penyandaran hati pada Allah untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan dunia maupun akhirat, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata.Ibnu Rajab Rahimahullah


p/s: tadi terhantuk kepala kat meja study. pastu terus cakap 5x6=30, 4x4=16, 7x2=14. aku je ke macam ni? lepas ni ubah! cakap Allahuakbar. pastu baru buat formula baru; cakap initial dose of aspirin for unstable angina is 300mg.
p/s: power spec macam makin bertambah je. nak kumpul duit buat lasik!
p/s: libya bakal menjadi iraq ke2? Ya Allah, selamatkan saudara-saudara seaqidah kami dan negara mereka dari rejim bersekutu laknatallah itu.

Sunday, March 20, 2011

...






















you be m. nak isi. tak isi. nak isi. tak isi...zzzzzzz..
bangun!!!
menulis untuk membuka mata (yang mengantuk)



Saturday, March 19, 2011

if u want to fail the student, fail them early!

bismillah,

"IF U WANT TO FAIL THE STUDENT, U SHOULD FAIL THE STUDENT EARLY!!! "

ini principle prof-prof dan doktor-doktor kat ukm ni. gulp. telan air liur dengar prof S cakap tadi.
early tu maksudnya masa 3rd year ni la.

bincang-bincang tadi, pastu prof cakap setiap tahun, soalan akan jadi lebih susah.
Ya Allah, pergi workshop tadi, rasa banyak nya tak baca lagi, pastu prof cakap lagi,

"for me, reading is too late now, u all should do the exercise, do the past year question. if u feel not enough questions to answer, ask usim student for the question" (prof jadi lecturer kat usim jugak)

lepas je prof cakap macam tu, bisingla lecture hall tu tadi. mana tak bisingnya, semua orang tengah berusaha keras nak menghabiskan nota-nota, pastu prof cakap dah lambat dah kalau nak baca. muka-muka semua tadi jadi serius je. tak kira la student melayu ke, cina atau india.

nota study group yang setebal 3 inch pun tak habis terbaca, nak tambah soalan lagi. hoho. tapi 'we remember 90% what we do' kan.

--------------------------------------------------------------------------------

yang pasti dalam menuntut ilmu, hubungan dengan manusia, hubungan dengan Allah sentiasa perlu di jaga.

Memetik kata-kata Habib Umar Al Jufri..

'Penuntut ilmu yang sebenar itu adalah orang yang memelihara hatinya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terkandung di dalam hati-hati manusia. Justeru, hati manusia itu perlu dijaga agar hati berkata-kata dengan apa yang diredhai oleh Allah. Sungguh, bagi orang yang berjihad, yakni berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan memelihara hatinya serta berkorban untuk mendapatkan ilmu, pasti Allah akan membukakan pintu-pintu ilmu serta memberikan kemudahan dan pertolongan.. '

Salam perjuangan yang berterusan buat sahabat-sahabat dan saudara seaqidah yang giat menuntut ilmu terutama yang bakal menghadapi perang dalam medan ilmu ini..
Moga semuanya diniatkan kerana ALLAH.

p/s: menulis untuk membangkitkan iman, amal dan usaha! doakan :)
p/s: moga ada ganjaran disisiNya.
p/s: moga ini post terakhir sblm exm (bole ke? tengah2 study week ni la, blogging syndrome tu muncul ;p)

Thursday, March 17, 2011

power of focus



bismillah,

esok, hari last bole ke ward,
buku log dan cwu dah dihantar,
dan bermulalah study week.

dengar ceramah prof muhaya lagi,
cakap tentang the power of focus,
prof bagi contoh, ada sorang kawan dia,
nak deliver baby, tapi specialist jangka pukul 10pm baru fully os,
pastu, Prof tanya dia nak bersalin pukul berapa, dia kata pukul 5pm.
prof pun suruh imagine dia akan bersalin pukul 5pm
dan prof kata pada dia, prof akan jumpa dia dan baby sebelum balik kerja (5pm)
dan prof datang pukul 5.15, dia dah bersalin. alhamdulillah.

contoh ke2, prof tak suka kalau pergi toilet yang kotor,
dan prof selalu imagine untuk masuk toilet yang bersih,
dan alhamdulillah, selalunya, prof akan dapat masuk toilet yang baru lepas cuci

so, kita kene hari-hari focus dan imagine kita nak buat dan capai apa hari itu.
prof bagi contoh; aku nak solat di awal waktu dan berjemaah. (selalu doctor dan nurse sibuk dan terpaksa solat lewat, so kena amalkan)
dan apa-apa sahaja kita nak buat, kita fokus, imagine dan berdoa pada Allah,
insyaAllah, yakin pada Dia.

sempena nak start study week, what the do's and don't's of studying (buku how to become good n successful medical student-prof muhaya)

the do's
1. prepare before any lecture or tutorial
2. practise output learning
3. start studying with a prayer (selawat, doa utk ibubapa, doa belajar)
4. smile while studying (senyum :))
5. ensure conducive environment (hijau n kuning-able to enhance learning. dinding bilik warna hijau. hoho)
6. while reading, use index finger to point the lines in book

the don't's
1. studying while lying down
2. study with music on
3. being absent from lectures/tutorials
4. study passively
5. read only, with no pencil or paper to scribble

we remember
10% of what we read (common cause student yang stdy hard but still fail in exam)
20% of what we hear (lecture)
50% of what we hear and read (see presentation and hear the lecture)
70% of what we discuss (study group)
90% of what we do (MCQ, essay, past yr questions)
100% of what we teach (ada sapa2 nak jadi anak murid? :p)


p/s: tsunami di Jepun, tsunami akal dan budi di negara sendiri
p/s: tenaga nuclear di Jepun, tenaga nuclear di negara sendiri. Jangan hanya mengambil teknologi secanggih Jepun, namun pastikan integriti kita lebih maju daripada mereka kerana kita adalah MUSLIM yang ISLAM
p/s: sila daftar sebagai pengundi kpd sesiapa yang berumur 21 keatas. kepimpinan negara harus ditukar!!
p/s: ini contoh post yang tak berfokus. :p
p/s: doakan kami semua untuk exam final ini :)

Sunday, March 13, 2011

bittaufiq wannajah buat bakal-bakal doktor sekalian!

bismillah,

tamat sudah study group.
tamat sudah long case.
cwu dan log book in progress (hoho, supervisor baik, kerja ditangguh-tangguh)
minggu depan, minggu terakhir untuk internal medicine,
mudahan-mudahan ia juga minggu terakhir aku posting dalam tahun 3 ini.

aku dan sahabat2 akan study week seminggu,
dan lepas tu akan exam final untuk 3rd year,
Allah, banyak betul nak kene baca dan faham,
aku selalu terfikir, hebat senior-senior yang dah lalui setiap tahun dalam medic course ni.
setiap kali exam, mesti terfikir ni.

aku lagi rasa kagum pada mereka yang amik medic waktu dulu kala,
waktu tak semua orang ada laptop,
waktu dulu yang tiada wifi,
bukan macam kita sekarang,
nak tahu something, google je,
nak siapkan cwu, search je journal kat internet.
sekarang library pun dah tak ramai orang pergi (aku la tu)

dulu susah-susah pun, mampu berjaya jadi doktor,
bukan doktor biasa-biasa, tapi jadi doktor yang hebat,
kita sekarang yang cukup serba-serbi
sepatutnya tak ada alasan untuk berjaya seperti orang-orang dulu,

esok, senior 5th year akan exam ikhtisas,
exam terakhir sebelum menjadi md(ukm), insyaAllah,
diberi masa 3 minggu untuk study week,
dengar macam lama, tapi untuk cover 10 posting,
aku pun rasa tak cukup,

secara rasminya exam ini akan menguji teori dan praktikal,
yang dipelajari selama 5 tahun di sekolah perubatan,
moga Allah memberi ketenangan, kemudahan pada mereka semua.

hari itu ke ward, jumpa seorang pakcik.
tanya-tanya soalan, pastu buat p.e.
tangan dengan kaki dia ada macam ni.





































pakcik ni ada gout (increase uric acid)
yang swelling of the joint tu kita panggil dia tophi
sembang-sembang lagi, katanya
dia kene datang lagi 21-25hb.
sebagai patient untuk exam.

hoho. pakcik tu terlepas cakap sebenarnya,
so, aku dah bagitau pada beberapa kakak 5th year tentang case ni,
rezeki diorang.

ada ura-ura kata, kami medical student tak dibenarkan ke ward minggu ni,
sebab kebanyakan patients yang involve dalam exam ada di situ,
dan mengelakkan kitorang yang 3rd year ini membocorkan soalan seperti yang pakcik tadi bagitau pada aku.

exam ikhtisas ini exam yang terakhir sebagai medical student,
tapi permulaan untuk menempuh alam pekerjaan yang sangat2 mencabar!

bittaufiq wannajah buat bakal-bakal doktor sekalian!

"dan bahawasanya manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan kepadanya. dan kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna (an-najm:39-41)

"saat kekalahan itu bermula apabila kamu merasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu" syed qutb

p/s: aku pulak yang berdebar-debar :p

Thursday, March 10, 2011

penyakit paling mudah dihidapi seorang doktor


bismillah,

penyakit paling mudah seorang doktor boleh dapat.
penyakit apa?
hypertension? depression? hallucination?
bukan. bukan penyakit-penyakit itu.

jawapan sebenar; penyakit SOMBONG.
bukan aku cakap, tapi pakar yang cakap,
pakar mata, pakar motivasi, seorang yang memberi insiprasi pada diri ini;
prof Muhaya.

dengar di ikim, segmen Islam Itu Indah.
memang betul apa yang prof cakap,
seorang doktor, sangat mudah bangga diri,
dan ego dengan title doktor itu.

kadang-kadang, baru jadi medical student,
dah rasa besar diri,
pertama kali menyarung kot putih itu,
mula rasa megah diri,
bila stetoskop, pen torch, tendon hammer,
menjadi hiasan diri,
jalan dah tak pandang kanan kiri.

apalah dibangga sangat dengan title doktor itu,
apatah lagi title medical student.
bangga kerana mendapat biasiswa,
jumlah biasiswa yang sama nilainya dengan nilai sebuah kereta ferrari itu.

atau bangga dengan result spm, matrix,
dan merasakan menjadi medical student sebab pernah menjadi best student di sekolah sebelum ini.

belajarlah untuk jadi rendah diri. bukan untuk doktor or medical student saja, tapi untuk semua orang yang mula rasa symptom2 bangga diri, ego dan sombong mula develop dalam diri masing-masing.

8 cara untuk jadi rendah diri-prof muhaya

1. mudah untuk ucap terima kasih (kalau susah nak berterima kasih pada orang lain, nak bersyukur pada Allah pun akan jadi susah)
2. redirect pujian (bila dipuji, sentiasa redirect pujian pada Allah)
3. bertolak ansur dengan pandangan/pendapat orang lain
4. dahulukan orang lain
5. hargai orang sekeliling (keluarga, sahabat, nyatakan kesyukuran-cth: alhamdulillah ada sahabat macam awak)
6. lebih banyak mendengar daripada bercakap
7. jangan suka label/hukum orang (kalau nak tegur, perlu berhikmah)
8. sibuk memperbaiki diri hingga tak nampak aib orang lain

saat kita lahir kita tidak punya apa-apa. Begitu juga saat kita mati, segala pangkat, kecerdikan dan kekayaan kita tidak dapat di bawa ke kubur. Kita dikubur dalam lubang yang sempit dengan pakaian yang sama dengan orang lain, sama dengan pakcik tukang kebun, makcik cleaner, dan sapa-sapa yang kita anggap kita lebih hebat dari mereka di dunia. tiada lagi kot putih untuk bermegah, hanya tinggal kapan putih buat pembalut badan.

“Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’ 37]

“Janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia karena sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman 18]

“Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” [Al Mu’min 76]

Imam Ghazali: manusia janganlah sombong karena sesungguhnya manusia diciptakan dari air mani yang hina dan dari tempat yang sama dengan tempat keluarnya kotoran.

“Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina?” [Al Mursalaat 20]



p/s: peringatan untuk aku.aku.aku. juga peringatan untuk kamu, dia dan semua.
p/s: website ikim. boleh download prof muhaya segmen islam itu indah, ustaz zahazan segmen tafsir quran, dan lain-lain segmen bermanfaat.

Sunday, March 6, 2011

stress?


1.walimah-bangi

buat k.alia dan pasangan; “Barakallahulakuma wa baraka ‘alaikuma wa jam’a bainakuma filkhair, wa razaqakuma zurriyatantayyibatan tanfa’ul ISLAM wal muslimin”

~Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpah barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada Islam dan muslim keseluruhannya~


2.rehlah-putrajaya

habis je kenduri, ke putrajaya. Alhamdulillah, atas nikmat ukhwah yang diberi. masjid putrajaya sangat besar dan cantik. tapi nak balik tu pusing 3 kali untuk cari jalan ke cheras sebab signboard yang tak berapa nak membantu

3.meeting-ibnu sina

balik dari rehlah, pergi meeting; misi mengisi kemenangan.

4.long case-ppukm

rabu ni, insyaAllah exam observed long case. risau memikirkan persediaan yang belum bermula. latihan yang tak seberapa, ilmu yang sedikit cuma.



p/s: am i stress? stress itu bagus sebenarnya, sebab tu la kalau baca buku last minute untuk exam, waktu ni la baru faham semuanya. hoho. allahumma yassir wala tu'assir!

Wednesday, March 2, 2011

pcm overdose

Dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. (14:11)

bismillah,

hari ni ke ward seperti biasa,
jalan pusing ward, tengok fail, tengok patient,
jumpa 1 fail ni, dia tulis diagnosis paracetomal overdose.

nak cuba clerk, tapi tak berani,
sebab bila baca fail tu, tak rasa boleh dapat full history macam tu,
dan kemungkinan besar dia akan reject untuk aku bertanya soalan.

umur 19 tahun, perempuan melayu beragama Islam,
ada history attempt suicide masa umur 13 tahun,
sebab masalah keluarga,
ada follow up dengan psychiatry kat hospital Kajang

admit ward sebab?
cerita dia macam ni, dia keluar dengan kawan lelaki (boyfriend) malam tu,
malam tu jugak beli vodka dan minum sama-sama dengan bf dia,
pastu bertengkar,
dia rasa stress dan fikir nak tido je waktu tu,
so, dia beli panadol 20 biji dan makan semua sekali dengan air kosong,
niat dia bukan nak bunuh diri, tapi nak tido dengan cepat.
masa dia amik tu pukul 5am,
pastu dia tak rasa sakit perut atau apa-apa symptom lain,
sampailah pukul 8am, dia rasa swelling of eyelid,
dia pun ke A&E PPUKM, kat a&e vomit sekali.

social history,
parents divorced, ayah engineer, mak manager
ada 2 beradik,
social drinker, smoker 1 pack per day,
drug abuse-ganja

================================================

kes ke 2,
paracetomal overdose juga,
50 biji panadol,
sebab masalah rumah tangga,
suami nak poligami.

umur 35 tahun, perempuan melayu Islam,
abdominal pain, vomiting, headache.

=================================================

kes ke3,
salicylate poisoning.
minum minyak urut sebab stress dengan physically abuse oleh suami dia.

perempuan, India Muslim, umur 27 tahun,
sangat tertekan dengan suami yang suka mendera,
vomiting, dehydration, vertigo, hyperventilation

=================================================

rasa macam tengok drama melayu,
tapi ini bukan drama, ini realiti apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini,

jom bincang dari sudut medical dulu,
secara general, bila patient datang, kita buat ABC (resuscitation),
consider ventilation, treat shock (rehydration),
pastu buat blood investigation (pcm n aspirin level, glucose, U&E, FBC, LFT, ABG, ECG),
monitor BP, temperature, dan lain-lain,
gastric emptying and lavage (cubaan mengeluarkan balik ubat2 yang telah ditelan) ni boleh buat kalau patient datang within 1 hr prior to ingestion of the drug.
activated charcoal (air arang), this can reduces the absorption of many drugs from gut.
kalau pcm level tinggi, kita bagi acetylcystein.
refer psychiatry

==========================================

banyak isu:
1. siapa kata India kaum paling ramai cubaan membunuh diri
2. bila Islam hanya pada nama
3. bila pergantungan bukan lagi pada Allah
4. percaya kehidupan terhenti hanya di dunia?
5. rosak institusi keluarga, rosaklah masyarakat
6. refer psychiatry? dan refer ustaz/ustazah?
7. peranan aku, kamu, dan kita semua sebagai pendakwah


p/s: bukan niat membuka aib sesiapa, sekadar menyedarkan diri ini dan sahabat akan tanggungjawab kita.