Wednesday, March 23, 2011

hari penting buat dia




bismillah,

oleh kerana terlebih tido siang tadi,
sebab kat sini, hari-hari hujan. :p
memang musim hujan sekarang ini.
menyebabkan aku masih segar waktu ini.

esok hari yang penting buat dia. bukan esok, hari ini.
ada 2 perkara penting bakal menentukan masa depan dia,
keputusan spm dan ulangan ujian memandu jpj (hoho. dia fail jalan raya)
teringat perbualan sebelum ini,
"nanti apply la oversea, belajar kat sana mesti best, nanti kitaorang bole melancong sambil-sambil melawat dakwin kat sana"
"kakdik ingat dakwin bole dapat result bagus ke? lagipun, dakwin cepat sangat homesick"

alasan je budak ni. tapi memang betul pun, bayangkan masa masuk asrama depan rumah je pun, boleh menangis masa nak balik dari cuti sekolah.

cepat betul masa berlalu,
rasanya baru je main doktor-doktor dengan dia,
aku jadi pesakit, dia jadi doktor. (memang cita-cita dia dari dulu, nak jadi doktor)
dah nak masuk u dah.

teringat lagi, lepas habis exam add math,
dia call aku, malas bertanya tentang exam itu, aku terus tanya "esok exam apa?"
"chemistry. kakdik tak nak tanya ke, macam mana dakwin jawab add math tadi"
"ha, macam mana. bole jawab tak?"
tiba-tiba suara dia jadi sebak.
"dakwin rasa ini exam add math paling baik dakwin dapat jawab sepanjang exam-exam lain sebelum ini, Allah bagi ilham, terima kasih tau kakdik, sebab banyak ajar dakwin"
suara dia sekat-sekat. aku lemah sikit kalau dengar orang menangis ni.
"alhamdulillah, ok. buat betul-betul untuk esok punya exam pulak"

add math memang killer subject bagi dia,
dan aku memang menjadi mangsa bila balik ke rumah,
terpaksa mengerah ingatan dan keringat untuk menjawab soalan-soalan add math yang tak berapa mudah itu,
selalu juga mendapat permintaan ekslusif dari dia untuk balik ke rumah semata-mata untuk menjawab soalan-soalan latih tubi, soalan gerak gempur dan soalan-soalan lain yang berbagai nama.
so, relevan lah untuk dia menangis ucap terima kasih kat aku kan. hoho
ok. dah banyak merepek.

moga Allah kurniakan taqdir terbaik buat dia. moga segala ketetapanMu menjadikan dia lebih dekat padaMu

“Tawakal-penyandaran hati pada Allah untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan dunia maupun akhirat, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata.Ibnu Rajab Rahimahullah


p/s: tadi terhantuk kepala kat meja study. pastu terus cakap 5x6=30, 4x4=16, 7x2=14. aku je ke macam ni? lepas ni ubah! cakap Allahuakbar. pastu baru buat formula baru; cakap initial dose of aspirin for unstable angina is 300mg.
p/s: power spec macam makin bertambah je. nak kumpul duit buat lasik!
p/s: libya bakal menjadi iraq ke2? Ya Allah, selamatkan saudara-saudara seaqidah kami dan negara mereka dari rejim bersekutu laknatallah itu.

2 comments:

wardah said...

doakan adik kami juga ye..
Dia pun takut2 je.. InsyaAllah moga sama2 berjaya, mana tau dyorg belajar sme2 bleh jd geng..

hepi study..

-silent reader- :p

azk2121 said...

buat cik silent reader. terima kasih byk2 sbb sudi baca blog y ntah pe2 ni. hoho.

insyaAllah, kte doa sme2, utk kjyn kte dan mereka semua!