Saturday, March 19, 2011

if u want to fail the student, fail them early!

bismillah,

"IF U WANT TO FAIL THE STUDENT, U SHOULD FAIL THE STUDENT EARLY!!! "

ini principle prof-prof dan doktor-doktor kat ukm ni. gulp. telan air liur dengar prof S cakap tadi.
early tu maksudnya masa 3rd year ni la.

bincang-bincang tadi, pastu prof cakap setiap tahun, soalan akan jadi lebih susah.
Ya Allah, pergi workshop tadi, rasa banyak nya tak baca lagi, pastu prof cakap lagi,

"for me, reading is too late now, u all should do the exercise, do the past year question. if u feel not enough questions to answer, ask usim student for the question" (prof jadi lecturer kat usim jugak)

lepas je prof cakap macam tu, bisingla lecture hall tu tadi. mana tak bisingnya, semua orang tengah berusaha keras nak menghabiskan nota-nota, pastu prof cakap dah lambat dah kalau nak baca. muka-muka semua tadi jadi serius je. tak kira la student melayu ke, cina atau india.

nota study group yang setebal 3 inch pun tak habis terbaca, nak tambah soalan lagi. hoho. tapi 'we remember 90% what we do' kan.

--------------------------------------------------------------------------------

yang pasti dalam menuntut ilmu, hubungan dengan manusia, hubungan dengan Allah sentiasa perlu di jaga.

Memetik kata-kata Habib Umar Al Jufri..

'Penuntut ilmu yang sebenar itu adalah orang yang memelihara hatinya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terkandung di dalam hati-hati manusia. Justeru, hati manusia itu perlu dijaga agar hati berkata-kata dengan apa yang diredhai oleh Allah. Sungguh, bagi orang yang berjihad, yakni berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan memelihara hatinya serta berkorban untuk mendapatkan ilmu, pasti Allah akan membukakan pintu-pintu ilmu serta memberikan kemudahan dan pertolongan.. '

Salam perjuangan yang berterusan buat sahabat-sahabat dan saudara seaqidah yang giat menuntut ilmu terutama yang bakal menghadapi perang dalam medan ilmu ini..
Moga semuanya diniatkan kerana ALLAH.

p/s: menulis untuk membangkitkan iman, amal dan usaha! doakan :)
p/s: moga ada ganjaran disisiNya.
p/s: moga ini post terakhir sblm exm (bole ke? tengah2 study week ni la, blogging syndrome tu muncul ;p)

1 comment:

nhu said...

all d best ye..
sbaik ye melangkah kaki keluar dr bilik, amalkn baca bismillah 5..snts baca smpi la masuk dewan exam & jwb exam.. Allah itu mbantu..:-)
ins.Allah.