Monday, November 28, 2011

cekodok



bismillah,

masuk seorang makcik bersama sahabat dia ke klinik itu,
aku dan yang lain seperti biasa memerhati dan memasang telinga,
prof dan doktor berbincang sambil melihat MRI film,
kami, medical student ni pun menyelit nak tengok sama,

ada ketumbuhan di bahagian kiri otak,
acoustic neuroma. 
makcik M masuk tadi pun dengan dipegang erat sahabatnya,
katanya tak stabil bila berjalan.
telinga kiri kurang dengar.

doktor kata perlu pembedahan segera,
perlu masuk ward.

"makcik tinggal dengan siapa dekat rumah?" tanya doktor
"makcik tinggal sorang" jawab makcik M perlahan.

"makcik dah berkahwin ke?"
"dah. tapi suami makcik meninggal 2 tahun lepas" dia mula tunduk

"anak makcik?" tanya doktor lagi
senyap seketika, makcik R sahabatnya tadi menjawab;
"dia memang tak ada anak, doktor. memang tinggal sorang sorang di Pahang tu. kami ni pun boleh tolong apa yang kami mampu tolong"

aku nampak makcik M mula mengambil sapu tangan, lantas mengelap butiran air di celahan matanya. dia menangis.
aku jadi sedih. mahu sahaja pergi ke arah dia dan memberi kata semangat.

"ooh, macam tu. maaf ye, saya tanya ni sebab nak tahu siapa yang boleh teman makcik duduk ward? sebab sebelum operation, kita perlu monitor keadaan makcik dulu" doktor memberi penjelasan.

"ada anak saudara makcik, insyaAllah boleh teman dia," jawab makcik R.

==========================================================

itu kisah mereka yang tak punya zuriat.
cuba muhasabah, adakah kehadiran kita kat dunia ni,
benar-benar sudah memberi bakti buat kedua ibu bapa kita tercinta
atau sama sahaja dengan kisah di atas. 
cuma bezanya, kita wujud di dunia tapi tanpa apa apa peranan buat mereka berdua.






“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.
“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’”
(Surah al-Isra': 23-24)

===============================

hari tu, ada sembang-sembang dengan cik wardah. 
cerita tentang mak masing-masing,
tentang kelebihan, tentang pengorbanan mereka,
sampai akhir bicara,
kami berdua tertanya-tanya,
'mampukah aku jadi sehebat ibuku sendiri?' 

"A human body can bear only up to 45 del (unit) of pain. But at the time of giving birth, a woman feels up to 57 del (unit) of pain. This is similar to twenty bones getting fracture at a time. Love our mother, the most beautiful person on this earth, our best critic, yet our strongest supporter"

=================================

makan cekodok panas bersama family itu,
lebih bahagia berbanding makan kenny rogers sendirian,

duduk depan ruang tamu sambil tengok kartun dengan mereka itu,
lebih tenang berbanding melancong ke kota Paris, London, Millan sendirian,

solat berjemaah dan meng'aminkan doa bersama mereka,
pastilah ia adalah tahap bahagia tertinggi yang dapat dirasa
=)

p.s: mood baru balik dari rumah. buku ophtal tersusun rapi dalam beg, tanpa disentuh sikt pun. haish. 
p.s: barakallahulakuma buat pasangan pertama 4th year yang telah mendirikan rumah tangga hari ni. insyaAllah, rasanya ramai lagi bakal menyusul. :)
p.s: tahniah juga buat kakak-kakak final year yang bakal bergelar ibu. =)
p.s: semakin hari terasa semakin tua.


2 comments:

[MH] said...

"rasanya ramai lagi bakal menyusul."

ehem! :D

azk2121 said...

haha. jauh sgt fikir tu. =D