Thursday, December 27, 2012

harus


1. Paedatric, exam

posting paeds
the second last posting before pro exam.
pro exam: 4months or 100 days to go
Allah Allah.

lemah rasanya.
bukan setakat rasa kurang preparation,
tapi, kurang juga kekuatan jiwa.

ya Allah, kuatkan kami.
kuatkan kami dengan bangun malam
kuatkan kami dengan sujud kepadaMu
kuatkan kami dengan ayat-ayat cintaMu
kuatkan kami dengan tingginya kebergantungan kepadaMu


harus cemerlang!

------------------------------

2. Pemurah

pergi opkim, niat nak tolong buat check up je.
nak tolong amik BP, glucostix, BMI.
habis program, dihulur sampul duit raya.
bukan sedikit. banyak yang di beri.
Allah.

pergi seminar untuk bantu organisasi.
niat di hati, jadi fasilitator tak bertauliah.
usai tamat program.
dihulur sampul lagi.

buku murtagh family medicine yang tebal tu,
diminta pinjam untuk beberapa minggu.
setelah diguna, dipulang ia dengan sepotong kek,
dipulang dengan sekotak coklat.

kalau mampu ku lontarkan kata hatiku,
mahu ku jerit
'kami tak berharap ini semua.
cukuplah sedikit tenaga yang tak seberapa dari kami
untuk gerak kerja Islam'

cuma berharap sangat-sangat usaha kami dipandang Dia.

----------------------------------------------------------------

orang-orang yang ikhlas hatinya, 
jika dia seorang daie, kita boleh melihat bekas-bekas sentuhan tangannya. Meskipun dia telah pergi, tulisan serta semangatnya tetap hidup segar menyuburkan jiwa-jiwa yang dahagakan ilmu dan akhlaq mulia.

jika dia seorang pelajar, meskipun dia sedikit lambat, dia sabar menuntut ilmu diiring indah perilakunya, dan ingatannya pada ilmu yang dipelajari biasanya lebih berpanjangan.

jika dia seorang ibu, meskipun anak-anak melupakannya, dia tidak pernah kecewa dan sentiasa tetap terus mendoakan kebaikan buat mereka.
ikhlas itu rahsia tapi kesannya dapat dilihat dan dirasa. Ikhlas itu tidak boleh dibuat-buat tetapi kadang-kadang perlu dipaksa.
ikhlas dalam menutup aurat.
ikhlas dalam beribadat.
ikhlas dalam bersahabat.
paksakan ikhlas dalam diri kita dan berdoalah mudah-mudahan Allah menghadiahkan kita ikhlas dan dengan ikhlas itu ada amalan kita yang amat disukai dan diredhaiNya.
subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil 'adzhim.
selamat malam, malam.


p.s: doa berterusan buat palestin.syria.rohingia.
p.s: banyak nak tulis. banyak nak luah. tapi tak berkesempatan.
p.s: moga adik2 terus kuat untuk berjuang. harap sangat dapat attend family day terakhir kat kampus.
p.s: go. go. go!
p.s: musibah itu mengecil jika dirahsiakan, membesar jika dikeluh-kesahkan, terurai jika diadukan pada Allah, dirumitkan jika diumbar pada manusia-salim a.fillah


tengah penat, stress, bila tengok baby-baby kat ward tidur, hilang rasa penat. nak senyum je
"Rasulullah sangat sayang dan kasih pada kanak-kanak" 

Wednesday, December 5, 2012

payung, baju & carpet merah

 


'Tuhan, jagakan sahabatku'
dalam diam, ada doa terselit untukmu.



betul.
aku cemburu. cemburu melihat kau sangat rapat dengan Dia.
cemburu kau banyak menghabiskan masa mengingati Dia. 
cemburu melihat kau selalu mengalunkan irama mengikuti rentak Dia.
cemburu apabila kau sedang bahagia dengan cinta si Dia.


sedangkan aku??
aku banyak menghabiskan masa dengan perkara sia-sia. 
aku masih lagi menyanyikan lagu pelbagai budaya.
dan paling ketara aku masih mencari-cari cinta hamba si Dia. 
alangkah hina nya diriku.

semoga kalian yang membaca bukan seperti diriku.




random
selamat malam semua. ;)

ukhwah-tarbiyyah-paeds-tazkiyatunafs-homesick-surgery-plan
serabut?
lazimi; Allah...Allah...Allah...
zikrullah penenang hati.

Sunday, November 25, 2012

usrah

'salam akak, sihat ke? dah lama tak buat usrah kan..rasa rindu pulak...:)'

bila dapat mesej ni dari adik usrah, terus telan air liur. Allah...
bila final year ni, jadi macam orang nomad. berpindah randah,
sekejap kat hukm, sekejap kat hkl, sekejap kat hti, sekejap kat hsr
tapi, tu bukan alasan untuk tak buat usrah, kan.
boleh je curi masa, balik hujung minggu untuk buat,
itulah kita (aku), manusia, banyak sungguh beralasan.

bila adik usrah sendiri mesej mintak nak buat usrah, 
terus tukar plan; cover bed tengah hari, petang buat usrah.

usrah tadi
bincang tentang bulan muharam.
tentang palestin.
tentang akhlak.

akhlak berkadar terus dengan iman!

'hati yang tidak tenang, maka tidak tenanglah anggota tubuhnya. 
sesiapa yang hatinya tidak dipenuhi nur Ilahi, maka zahirnya juga tidak dipenuhi dengan keindahan akhlak Rasulullah saw' -Imam Ghazali

bincang jugak tentang isu kahwin masa belajar. (barakallahulakuma tinah & zauj!)
bincang tentang amanah. 
kongsi kata-kata Dr. L, neurosurgeon waktu teaching baru-baru ni,

'your real examiner neither me nor other doctors/prof. but (sambil tunjuk jari ke atas)...God'
'with great power, comes great responsibilities'-spiderman 

walaupun Dr.L bukan muslim, tapi still dapat mutiara ilmu dari dia.
kita bukan nak lulus exam semata-mata, 
kita nak tunaikan amanah! 
Allah; the real examiner

kita bukan nak jadi doktor biasa-biasa, 
kita nak jadi doktor luar biasa.

last sekali kongsi video.
al-wadood: (The all-loving)

dan usai usrah, rasa nak peluk lama-lama adik-adik.
Dia yang pegang hati-hati ini 
pada Dia juga, kita mohon 
Allah ikat dan satukan hati-hati ini.

mohon sangat pada Dia, dikurniakan kami nikmat berkasih sayang, 
nikmat akhlak terpuji, 
nikmat dikuatkan iman.
nikmat bersyukur atas nikmat-nikmat yang lain   
amin. amin. amin

p.s: alhamdulillah. usrah dengan naqibah, dapat ilmu baru. usrah dengan adik-adik, dapat ilmu baru. ilmu bukan untuk disimpan, dikepam atau dibanggakan, tapi untuk dikongsi, disebarkan, dan paling penting untuk dipraktikkan.

wahai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan,
amat besar kebenciaanya disisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan. (61:2-3)


rindu dengan orang-orangnya,
rindu dengan airnya,
rindu dengan panas keringnya,
rindu dengan suasananya.
rindu nak ke sana

rindu aku yang di sana!
;)

Sunday, November 18, 2012

tup tup

bismillah.

bertemu kembali. ;)

dah sebulan tak update.
seperti biasa, bukan mengharap sesiapa membaca,
lebih kepada motivasi sendiri.
agar, esok-esok nanti bila rasa down,
bolehlah bukak balik post-post penaik semangat.
dan sebagai bukti aku pernah berjanji itu dan ini,
dalam blog yang hampir 2 tahun usianya ini.

macam-macam untuk bulan ni;
posting surgery kat teluk intan 3 minggu.
walimah bajim 2 minggu lepas.
perancangan masa depan 3 minggu lepas.
dan dah jadi macam katak bawah tempurung untuk sebulan ni.
newspaper tak sempat baca, internat tak ada kat teluk intan,
tup tup balik rumah, isu gaza tengah hangat diperkatakan.

bak kata seorang sahabat, isu gaza bukan isu bermusim,
setiap hari mereka diserang, cuma secara terang-terangan,
ataupun kes-kes yang cuba dipencilkan.
dan kali ini mereka diserang lagi. secara besar-besaran.

then, isu boikot timbul lagi. seperti biasa heboh diperdebatkan.
bukan tak boleh berbahas, cuma apalah sangat usaha kita untuk memboikot,
buat yang termampu. dan boikot antara usaha yang sangat mampu dilaksanakan.
berbanding usaha rakyat gaza sendiri bermandi keringat dan darah memperjuangan hak mereka.

kadang jadi malu sendiri,
apalah sangat nilai susah payah kita di sini,
untuk diri sendiri yang tak sudah-sudah mengeluh penat.
berbanding anak-anak kecil, pemuda pemudi dan orang-orang tua gaza.
walau serba kekurangan, pergantungan mereka kepada Allah sangat sangat sangat hebat!
Allah Allah.

kata seorang ustaz: 
sesungguhnya setiap umat islam itu Allah kurniakan medan jihad mereka yang tersendiri. 
umat Islam Palestin medan jihad mereka jelas, yakni memerangi Israel. 
medan jihad kita, adalah tanah air kita sendiri. 
beruntunglah umat palestin kerana musuh mereka jelas kelihatan. 
tetapi medan jihad dan juang kita tidak kurang mencabarnya, 
kerana kita berhadapan dengan musuh yang kabur tidak jelas.

kata ustaz tentang doktor;
perbelanjaan besar untuk menghasilkan seorang doktor. pengorbanan yang besar untuk menghasilkan seorang doktor. tugasan fardhu kifayah yang besar di bahu seorang doktor. semuanya besar belaka apabila namanya doktor.

berkahwin dengan doktor, sangat besar khasiatnya untuk seorang lelaki hebat yang bersemangat nak masuk syurga Allah.


p.s: qunut nazilah berterusan untuk umat islam di palestine, syria, rohingia, afghanistan dan di mana juga umat islam berada.
p.s: tahun lepas jumpa senior as final year medical student, baru-baru ni jumpa, dah jadi doctor-doctor berjaya. terinspirasi. termotivasi. mereka boleh. aku juga boleh!
p.s: curious, ada orang baru jumpa n baca blog ni ke?

Sunday, October 21, 2012

hope

bismillah,

sejak 2-3 minggu ni, setiap hari KL sejuk. hujan dengan lebatnya.
ada yang mengeluh, tak kurang ada juga yang gembira.

syukur Allah menjadikan hujan itu sebagai air.
kalaulah hujan itu diturunkan sebagai api, pasti terbakar kain di ampaian.
jadi, janganlah mengeluh kalau kain diampaian basah kena hujan. ^_^
"ya Allah, bantulah kami, untuk kami sentiasa mensyukuri nikmatMu"

dan sejak beberapa jam ini, banyak sungguh gambar-gambar konvo diupload,
sahabat, kakak-kakak senior dah selamat bergraduasi.
jubah merah, dengan topi 4 segi itu memang menambah semangat kami untuk cepat grad!
dan mereka bukan datang dengan tangan kosong.
ada yang kirimkan kad walimah, ada yang bawa suami, dan ada yang bawa baby dalam perut.=)

dan bila dikira-kira tarikh exam pro tahun depan, rupanya tinggal lebih kurang 5-6 bulan je lagi.
tu belum tolak makan, minum, tidur, program dan lain-lain lagi
dan persediaan macam baru 20% je. Allah Allah.



hati baru. semangat baru. misi baru. harapan baru!
selamat memulakan next posting.

family medicine-emergency medicine-internal medicine done.
surgery, i'm coming!


"dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami), benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik."  (Al-Ankabut: 69)

ya Allah, pelihara hatiku. akalku. jasadku. lindungilah, bimbinglah dan didiklah aku. mohon Allah sentiasa lorongkan hati, halakan langkah, gerakkan akal, hanya untuk Dia semata-mata. di jalanNya saja. mohon sangat-sangat

amin.


p.s: moga ibadah kita juga selaju study kita.
p.s: anyone or anything that comes to your life, there must be a reason.

dulu,

susah nak berdoa,
malu katanya nak minta dgn Allah,
sesungguhnya itu bukan malu,
tapi jahil dan sombong.

sekarang,
selalu minta dengan Allah,
walau pun permintaan itu kecil,
dia tetap meminta,
mungkin baru tersedar,
nikmat bila berdua-duaan dengan Allah.
':)

Sunday, September 30, 2012

la tastaslim

bismillah


rasa kurang bersemangat hari ini.
entah apa yang diresahkan.
sedang melangkah, terserempak dengan seorang pakcik yang hanya mampu berjalan dengan amat payah.
kemudian seorang buta yg meraba dengan tongkat untuk berjalan.

astaghfirullah, malu rasanya.
kakiku masih kuat.
mataku masih mampu melihat.
tapi keluh kesahku lebih banyak berbanding mereka.
Allah Allah
terima kasih ya Allah kerana mengingatkanku agar jadi hamba yg bersyukur.


dan sejak akhir akhir ni,
hati ini sangat fragile, walau zahirnya nampak gagah.

kadang kadang, hipokrit itu perlu.
supaya yang lain kuat, melihat kita pura-pura kuat
T_T

p.s: life is fragile, handle it with prayer
p.s: tears are prayers too. they travel to Allah when we can’t speak
p.s: I’m ok. It just hormone..again. huh

you are the best of the nations raised up for (the benefit of) men, you enjoin what is right and forbid the wrong and believe in Allah.” (3:110)

la tastaslim! 
=)


Sunday, September 9, 2012

author of a book

bismillah,

internal medicine. 
clerk patient seramai mungkin,
buat physical examination semampu bole
misi melengkapkan logbook. 
juga melengkapkan buku di bawah;


Allah.
gerun bacanya.
biar seimbang.
tuntutan duniawi yang mencabar,
tuntutan ukhrawi yang pasti lebih besar amanahnya.


p.s: off to hospital teluk intan.
p.s: hari ni penuh dengan kejutan. rasa nak senyum je. =)

Wednesday, September 5, 2012

tangled

bismillah.



i have a lot on my mind but there was one thing in particular that i wanted to share;


ease (yusr) and hardship ('usr) are the feathers that give strength to the wings of your faith (iman), so that your heart and your innermost being (sirr) can use them to fly to the door of your Lord (Almighty and Glorious is He)-syeikh Abd Qadir al-Jailani

all the best, and may Allah show you His way and guide you throughout the journey!



p.s: i didn't change. i grew up.
p.s: “i believed that i wanted to be a poet, but deep down i just wanted to be a poem.”-jaime gil de bieda
p.s: blames the hormone
p.s: currently in internal medicine posting. exhausted.

Sunday, August 12, 2012

gagah


saat doa dibaca. 
dan suara mereka menjadi tersekat-sekat, 
buat mata ini menangis. 
menanggung sebak. 
menelan air mata sendiri. 
tanpa mempeduli mata-mata sekeliling

pada saat kau rendahkan egomu
kau telah sama mencuri hati ma'mum mu
itu dia lelaki gagah!

gagah kerna mampu menggugah hati-hati lain,
untuk meruntun dan sama-sama menangisi dosa noda di satu pertiga malam.

10malam terakhir.
masjid as-syakirin. klcc
i'tikaf. qiam. 

---------------------


rasa tenang bukan? bila dapat menangis. dapat mengadu sepenuh-penuhnya. rasa Dia amat dekat di hati. amat-amat dekat. sesungguhnya, rasa ini bukan datang sentiasa. setiap masa. payah benar menghuni hati. sukar benar mendidik jiwa.

Allahu Allah.


hanya doa jadi sandaran. lirih hati, pengaduan jiwa yang terus berbisik tanpa henti. merintih tanpa pernah puas. walaupun saat itu, jiwa bergelumang dengan dosa. bilamana jiwa sedang menyesak dengan dosa-dosa, ke mana lagi hendak dihamparkan segala kegelisahan dan kecurangan itu melainkan kepadaNya?


-------------------------
pecutan terakhir.

kerana ini mungkin Ramadan terakhir kita, 
mungkin juga, kita tiada lagi peluang kedua, 
untuk menempah jalan ke Syurga

kuat, kuat! 

Tuesday, July 31, 2012

jangan



bismillah,

mata tertangkap gambar ni di facebook. 
terus, mata jadi pedih-pedih.
terimbas, kenangan ketika mula-mula sampai ke sana.

" insyaAllah, kita akan buat sujud syukur dulu..."
ayat mutawif tak habis kudengari. 
mata terpaku pada bangunan hitam, di celah-celah masjidharam.
kaabah. itulah kaabah!
saat itu,
air mata mengalir sendiri, tanpa di paksa. turun dengan laju.

hanya satu ayat, ketika sujud syukur di buat
"ya Allah, terlalu pemurah dan penyayangnya Engkau, sampaikan aku ke sini walau diri ini penuh dosa dan noda"

----------------------------------------------------------------------

saat azan maghrib 21 julai yang lalu dilaungkan, terzahir kata
"ahlan wasahlan ya Ramadhan!"

"ya Allah, terlalu pemurah dan penyayangnya Engkau, sampaikan aku ke bulan Ramadhan yang mulia ini walau diri penuh dosa dan noda."

walau diri penuh dosa dan noda. 
pahit bila dosa yang sama berulang-ulang. 
bertambah pahit, andai dosa dibiar membuah, tanpa disegerakan taubat.



"..adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah." 

(Al-Baqarah:165)
"..dan didekatkanlah Syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tiada jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali kepada Allah, lagi memelihara semua peraturanNya. Iaitu orang yang takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan."

(Qaf: 31-34)
jadikanlah kami awwab-hamba yang selalu, selalu, dan selalu kembali
..kepadaMu!
Amin.


kembalilah! (taubat) walau diri penuh dosa dan noda. 
mahu bukti apa lagi? kasih sayang Dia, rahmat Dia terlalu luas. tersangat luas

“barangsiapa yang berpuasa dengan imanan (penuh keimanan) wahtisaban (menghitung-hitung untuk mengharap redha Allah), diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” [HR Bukhari]

11 ramadhan;
jangan rugi lagi. 


Wednesday, July 25, 2012

1-6



bismillah,

1.    semakin bertambah usia, semakin dekat kita dengan garisan penamatnya.
maka harus makin bersungguh bersiap untuk bertemu denganNya.

2. setiap kali berbuka puasa, kita bukan sahaja perlu bersyukur dan gembira, tetapi harus diselitkan rasa takut dan harap. mudah-mudahan puasa kita hari ini diterima Tuhan, dan mudah-mudahan masih ada hari esok untuk kita mohon pengampunan.

3. kata Sheikh Habib Ali Al-Jufri, diciptakan mata kita ini untuk melihat wajahNya yang Maha Mulia. lalu, perbaikilah mata ini kerana wajah Allah sangat mulia. mari kita bersihkan ia dengan ketakutan kepada Allah, dan berazam untuk menjaganya agar disinari hati kita ini.

4. ramadhan itu bukan Tuhan. tetapi hadiah dari Tuhan. hadiah untuk kita bersihkan hati dan segala panca indera bagi melayakkan kita untuk menerima hadiah lain yang paling besar nikmatnya..untuk bertemu dengan Allah yang Maha Mulia. jika hadiah itu kita terima, mari buka dan manfaatkan ia dengan sebaiknya. 

5. dalam apa-apa yang kita lakukan, biasakan refresh dan perbaharui niat agar jelas tujuan. moga perjuangan di tahun akhir ini, di bulan yang mulia ini mendapat redha Dia.

6. bukankah dunia ladang akhirat? petani perlu bersusah payah bercucuk tanam untuk dapat hasil. perlu berpenat lelah dan berpanas terik. maka, memang layaklah kita bersusah-susah dan bersibuk-sibuk di dunia ni untuk menuai hasil di akhirat kelak! dalam kesibukan kita ke ward, study dan lain2, moga momentum ibadah di bulan ramadhan terus terjaga.
"berbahagialah bila engkau telah melangkah. sebab engkau telah menang, menang selangkah ketika sebagian orang masih bimbang, tapi dirimu sudah berani meng-eksekusi diri. barakallah. keep your spirit." -deadline your life, solikhin abu izzuddin; hlmn. 22

cukuplah Allah yang Maha Tahu, dan cukuplah Dia sebagai saksi.
Allahhu Musta'an.

Allah, sabarkan, kuatkan, dan temukan kami dengan hikmah dalam pencarian.
Allah, kuatkan, ikhlaskan dan mudahkan perjuangan kami di tahun akhir ini. amin amin amin.

'bagaimana boleh berani-berani aku siakan usia mudaku, sedang ajalku tidakku tahu'

p.s: 
curi-curi masa 
untuk menulis. 
rindu. 
sangat.


Sunday, July 1, 2012

hati baru


bismillah,

sudah banyak yang di tulis, tapi dipadam, ditulis semula, dan dipadam lagi.
cuma, nak kongsi ayat ustaz waktu liqa' fiqri baru-baru ni,

"ramai yang pentingkan pengurusan masa. bagaimana dengan pengurusan ruhiyyah?"
tadabur surah al-muzammil ayat 1-8:
3 wirid (amalan yang ma'thur dari Rasulullah saw) terdapat dalam surah ni

1. tahajjud: kuruskan tidur, gemukkan ibadah
2. baca quran dengan tartil
3. zikrullah

---------------------

"ustaz, apa patut kita buat kalau kita rasa down?" tanya seorang sahabat
"siapa yang paling tahu kenapa kita rasa down?" ustaz jawab dengan persoalan
"Allah." jawab sahabat tadi.

"Allah yang mengizinkan kita rasa down, kita rasa lemah, kita rasa lelah. tapi, Dia juga yang mengizinkan kita bersemangat semula, rasa kuat, rasa tenang. jadi kembalilah pada Dia. mengadu pada Dia. kita mengadu pada sahabat, mungkin dia memahami 50% perasaan kita, andai mengadu pada Allah, Dialah Yang Maha Memahami, tersangat faham keadaan dan perasaan kita" jelas ustaz

-------------------------------------------------------------

teringat kata seorang sahabat;

'aku lebih suka di uji dengan ujian kesusahan berbanding ujian kesenangan. ujian kesusahan membuatkan aku lebih dekat dengan Allah dan hati aku lebih rapat denganNya. andai diuji dengan kesenangan, aku takut aku lebih jauh dari Allah. aku takut mendapat murka Dia'

takutnya kalau dalam satu-satu hari, ada rasa happy
tapi Allah tak redha dan tak  happy pun dengan kita,
dan tak redha dengan apa yang kita happy."

Allahhu Musta'an,

gelisahkanlah hati dengan dosa, 
tenteramkanlah hati dengan pahala. 

dari Wabishah bin Ma'bad, ia berkata: "aku telah datang kepada Rasulullah, lalu beliau bersabda: "apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?" aku menjawab, "benar." Beliau bersabda: "mintalah fatwa dari hatimu. kebajikan itu adalah apa-apa yang mententeramkan jiwa dan menenangkan hati; dan dosa itu adalah apa-apa yang meragukan jiwa dan meresahkan hati, walaupun orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya." 
(HR Ahmad dan Darimi, hadith hasan)

hari yang baru, hati yang baru!
selamat memulakan hari.

bismillah.. :)





p.s: esok ke kem ppd. seminggu di sana, dan bermulalah kehidupan sebagai pelajar tahun akhir perubatan sekembalinya dari kem. dan hingga saat ini, aku masih tak packing barang lagi. huh. 






Monday, June 18, 2012

sederhana

bismillah,


malam semalam adalah hari yang beremosi bagi kebanyakan orang sekeliling saya.
seorang berkongsi tentang rindunya.
seorang mengadu homesick.
seorang lagi tentang keluarga.


bunyi macam sama,
tapi hakikatnya berbeza.
situasi berbeza pada orang yang berbeza.


terbaca tentang emosi di sini.

bila ditanya, bolehkah kita beremosi/emotional?  
sesungguhnya perasaan dalam ISLAM itu indah. Sangat indah. itu fitrah. Hidup tanpa perasaan, kering-kontang. Dunia tiada warna. Sepi. Cumanya, kita kena kawal perasaan, biar seimbang. Bersederhana macam yang Rasulullah s.a.w. pesan. 
apapun, pentarbiyahan mengajar untuk menukar segala yang negatif jadi positif. Meski dalam urusan emosi dan perasaan. Bukan tak boleh sensitif, cuma ada tempat dan masanya. Perasaan yang sebegitu bagus dan mudah menarik objek dakwah. Sebab kita mudah menyayangi dan mencintai seseorang. Kasih sayang kan pengikat hubungan? Tapi, pada masa yang sama orang-orang yang jenis sensitif ini perlu lebih kuat dan teguh. Tak mudah terasa hati dengan tengkingan, marah-marah orang, jelingan yang menusuk, kata-kata pedas, kerinduan dan macam-macam lagi. Jalan dakwah dan tarbiyah ada ke yang sentiasa best? Pasti berliku penuh onak duri. Banyak yang akan menentang, dan terlalu menuntut kesabaran sang hati. Spiritual harus tinggi. Emosi perlu mapan dan mantap. 
Banyak halangan. Banyak cabaran. Itu pasti.
Dan..betul sangat-sangat. 
"Orang yang matang hakikatnya ialah orang yang mampu menangani emosinya dengan cermat dan teliti. Saat orang lain beremosi, dia boleh tenang dan tak mudah kalah dengan situasi."


kadang-kadang, perempuan tak realistik. bila perasaan diletak pada otak, bukan pada akal. bila emosi diletak pada hati, bukan pada iman. mereka kata, dengan emosi perempuan lemah. tapi aku kata; dengan lemah itu, mereka sempurna, kalau mereka beriman!




"dan Dia mendapatimu seorang yang bingung (sesat), lalu Dia memberikan petunjuk" 
(ad-dhuha: 7)



dan quote yang menarik untuk dikongsi dalam buku 'di hamparan shamrock ku seru nama-mu-us hasrizal' (sila baca buku ni. sarat dengan pengalaman yang memotivasikan diri!)


siapalah kita untuk memilih bentuk ujian?
yes, be yourself, but be the best of yourself!

p.s: sebenarnya, bila mereka beremosi, saya turut teremosi. dalam sedu-sedan tangisan mereka. dada ini sakit menahan sebak. jadi peringatan ini terutamanya buat si tukang tulis.
marilah bersederhana! biar kita beremosi dengan dipandu iman dan taqwa.  

p.s: tapi, ada juga jenis yang tak beremosi langsung. isu syria, palestin, myanmar dipandang sepi. penindasan ke atas saudara kita dirasakan biasa. pembunuhan beramai-ramai dianggap bukan suatu isu besar. kata mereka, 'kita perlu berkecuali'. Allah Allah. moga Allah memberi mereka dan kita hidayah. tidak terhijab menerima kebenaran. moga Allah memenangkan Islam. Dialah sebaik-sebaik penolong. 


beremosi jugak bila tengok countdown exam ikhtisas ni.  +_+



Wednesday, June 13, 2012

anna althafunnisa'


bismillah,

alhamdulillah, ahad lepas berkesempatan ke ukm bangi. datang sebab nak jumpa oki!
jujurnya, bukanlah salah seorang peminat tegarnya, atau peminat filem kcb lakonannya.
hanya, terfikir mahu ke majlis ilmu, dan alhamdulillah diberi kesempatan masa untuk ke sana =)

majlis berbentuk talkshow yang bermula selepas isya' itu sangat mengesan di hati. tak pandai mengulas panjang. biarlah point-point penting di bawah berbicara:

oki si penulis buku.

seorang yang suka membaca. katanya, andai mahu menjadi seorang penulis, harus banyak membaca!
sejak kecil, suka menulis diari. sebelum tidur, pasti buku diarinya tercatat segala yang berlaku pada hari itu. oki juga berkongsi, ada pembaca bukunya menangis tatkala membaca tulisannya dalam buku itu. manakan tidak, dia juga turut menangis sewaktu mengarang kisah hidupnya dalam buku itu. kata oki lagi; andai menulis dari hati, ia bisa dan akan menyentuh hati juga. :) "i write from my heart" sesekali, gadis itu  berbahasa inggeris sambil tersenyum manis di akhir kata.

oki turut berkongsi, dia sangat sukar menulis andai imannya rapuh, andai dia futur. tapi, apabila hatinya sangat dekat dengan Allah, mudah sahaja tangannya berlari laju untuk menulis. tahap iman mempengaruhi penulisan. :')

menulis buku sebagai medium dakwah, pabila ramai yang bertanya, bagaimana oki bisa berjilbab, bagaimana dia bisa dapat hidayah. katanya lagi, biarlah buku-buku itu menjadi amalan jariah yang mampu di bawa ke alam kubur, kelak.

oki si selebriti

sejak umurnya 4 tahun, bila ditanya mahu menjadi apa, dia pantas menjawab, "i want to be a celebrity, an actress". dalam tempoh usianya dari 4 tahun hingga 16 tahun, oki sering menghadiri ujibakat drama mahupun filem. azamnya yang tinggi mahu menjadi pelakon membawa kepada kisah lucu yang dikongsi bersama kami di talkshow itu.

"dulu, saya bukan seperti ini. pakaian semuanya mini-mini, dari atas ke bawah. saya selalu berangan menjadi selebriti. menjadi pelakon yang memenangi award. satu ketika, saya menghadiri uji bakat drama, dan saya terpilih jadi pelakon. heboh satu kampung, saya canangkan. kata saya, jangan lupa jam 8, drama malam ini, oki akan beraksi di tv. emak juga jiran-jiran sekampung setia menanti drama tersebut untuk melihat kemunculan saya, tetapi kata mereka, saya tidak muncul-muncul. bila saya tengok kembali drama tersebut, ternyata saya ada, tapi cuma kaki saya yang muncul. saya yakin itu kaki saya. saya tidak mengalah malah mahu lagi pergi ke audition."

oki si pendakwah

saat ibunya sakit, oki diberi hidayah oleh Allah untuk bertudung. walaupun tika itu, ilmu agamanya cetek, tapi dia berusaha menutup aurat, dan mudah-mudahan itu permulaan dan asbab dia menjadi anak solehah, lalu dapat mendoakan kesembuhan ibunya.

sejak itu, dia istiqamah bertudung dan mempelajari ilmu agama.di universiti, dia turut mengajar anak kecil mengaji. dan cita-citanya menjadi pelakon semakin hari semakin dilupakan, dan dia punya impian baru. mahu menjadi guru!

dan tiba-tiba, dia dicadangkan oleh sahabatnya supaya menghadiri audition untuk filem kcb. dia keberatan. kongsi oki, sahabatnya diam-diam telah mendaftarkan namanya. setelah itu, dia sekadar mencuba untuk memilih watak 'husna'. di borang audition itu dia memilih untuk menjadi watak 'husna' bukan 'anna', kerana katanya, dirinya tak mampu menjadi sebaik watak anna althafunnisa'. tapi ternyata Allah punya aturan terbaik buatnya. alhamdulillah dia diterima menjadi peranan utama dalam filem tersebut. kata oki, sewaktu dia masih jahiliyyah, dia bersungguh-sungguh mahu jadi pelakon, berpuluh audition dihadiri, untuk mendapat berlakon satu drama pun sangat sukar. tapi, saat dia tidak mahu menjadi pelakon, Allah mudahkan jalan baginya. 'hikmah apakah yang tersembunyi ini, ya Allah?'

'kamu tak biasa jadi apa-apa andai kamu memakai tudung'
'kenapa oki pakai pakaian arab, bajunya besar-besar'

banyak sungguh kata-kata dan kritikan dari orang ramai tentang imej dirinya. itulah sunnah orang berjuang. tapi apabila dia dinobat sebagai pelakon wanita terbaik, oki tersenyum, mengingatkan kata kritikan mereka, menguatkan dirinya untuk menjadi lebih baik.

imej muslimahnya itu ternyata antara dakwah paling berkesan buat peminat mahupun rakan artisnya yang lain. pernah satu ketika, oki dengan pakaian jubah dan tudung labuhnya itu sedang menunggu giliran untuk disolek. tiba-tiba dia disapa 2 orang rakan artis:
"minta maaf oki, kerana kami berpakaian begini" kata mereka sambil cuba menarik-narik skirt singkat yang di pakai mereka ke bawah.    

moderator yang bijak menceriakan suasana!

oki si pelajar pintar


graduan universiti jakarta dalam jurusan psikologi ini bukan pelajar biasa-biasa. dia penerima anugerah dekan. dan sekarang sedang merancang untuk meneruskan di peringkat master. pesan oki untuk penuntut ilmu


"andai anda lelah tika berjuang, kenanglah wajah orang yang anda perjuangkan, ingat wajah ibu anda, wajah ayah anda yang menaruh harapan menggunung tinggi buat anda"
"hidup ini adalah satu perjuangan, oleh itu berjuanglah. bila sampai satu saat, kita pasti akan merasai kemanisan perjuangan itu"

oki si gadis ayu


sewaktu sesi Q&A, ada seorang bertanya tentang bagaimana oki boleh menjadi seorang yang sopan dan ayu. dan ternyata itu bukan sesuatu yang dibuat-dibuat. oki menjawab,

"bagi saya, semua muslimah yang berjilbab adalah cantik, ayu dan sopan, kita semua, insyaAllah begitu"
"i'm proud to be muslimah!"

usah dicari si tukang tulis, tak sempat pun nak bergambar T_T
saya si tukang tulis

bukan mahu mengangkat atau mengagung-agungkan si dia. cukup sekadar mengambil ibrah dari pengalaman hidupnya. bukankah pengalaman itu antara guru terbaik kita dalam mengharungi 'ujian kehidupan' di dunia ini.

duhai muslimah, saat hati di sapa hidayahNya, sambutlah ia dengan segera. teruskan melangkah untuk berubah tanpa perlu mengundur lagi. sesungguhnya pandangan Allah lebih penting daripada pandangan manusia. janji Allah itu pasti.

saya keluar dari masjid dengan senyuman puas. (walaupun sedih tak dapat bergambar dengan oki). terdetik di hati, berapa banyak hati-hati mati yang disuburkan dengan kisah yang menginspirasi dari seorang selebriti bernama oki. kadang terfikir, kita selalu leka, menganggap kitalah daie yang membawa Islam, padahal betapa tak mampunya kita berkerja seorang diri. bukan semua sukakan majlis ilmu. bukan semua boleh menerima Islam dengan manhaj yang kita bawa.

si pelakon yang membawa mesej dakwah dalam filem lakonan, mampu menjadi asbab penghijrahan penonton yang menonton filemnya. 
si penulis buku mampu menjentik hati wanita di luar sana  untuk menutup aurat, untuk berubah menjadi lebih baik 
si tukang sapu mampu menyuntik akhlak islam dalam diri mereka yang melihat.

kita? 
oleh kerana, semua dari kita mampu menyumbang untuk Islam, walau di posisi mana kita berada,
jawapannya:
si pendakwah itu adalah kita :)

p.s: dah di draft kan berhari-hari. tak biasa menulis panjang-panjang. tak pandai mengulas. huh
p.s: umur oki 23 tahun. bunyinya macam sebaya kan. memang sebaya! >_<
p.s: sebelum bermula posting, niat di hati mahu ke majlis ilmu sebanyak mungkin. (kata orang, kalau ada hajat, harus dikhabarkan. supaya mudah orang mengaminkan serta mengingatkan :D)