Saturday, March 24, 2012

inspiration

bismillah,


kriingggggggggg...
dia call.
rindu kata dia.


aku yang tak begitu sensitif, membalas
"haha, yela tu. cakap betul-betul. nape akak?"
"betul la. memang saja nak call awak, sebab selalu nampak awak, tapi minggu ni tak nampak. tu yang rindu"
jawab dia.


terharu.
sembang sikit-sikit.
tentang kerisauan dia dengan soalan pelik-pelik exam ikhtisas itu,
aku dengar dan sesekali menyampuk.
dan dalam hati terdetik :
'insyaAllah, kakak-kakakku hebat-hebat belaka!'


“seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” (HR bukhari dan muslim) 
"aku tidak memiliki obsesi agar doa itu terkabul. obsesiku hanyalah keinginan untuk mengucapkan doa. kerana apabila aku terinspirasi untuk berdoa, pengabulan itu pasti datang beriringan, tatkala doa itu diucapkan." saidina Umar al-Khattab.

untuk kakak-kakakku sekalian, tak sabar rasanya mahu menukar status panggilan kalian kepada doktor-doktorku tersayang =) 
teruskan perjuangan. doa kami mengiringi!


--------------------------------------------------


Rasulullah pernah pesan supaya bersahabat dengan orang yang baik
memilih "nuthfah" yang baik
persekitaran yang baik
supaya ada aliran dan serapan yang baik-baik juga


dan banyakkan membaca al-quran, meski tak faham, tapi akan ada serapan maknawi yang aku tak sedar. entahlah, tapi sepertinya memang ada. kalau tak, dari mana tenang itu selalu ada, usai aku mencium dan meletak al-quran ke dada?


ataupun paling tidak, aku harus mengeluarkan kata-kata yang baik, dan menulis sesuatu yang baik.sampai satu masa, aku akan terserap dengan kata-kataku sendiri.


p.s: rindu nak berblog, rindu nak berusrah.
p.s: kurang update. sebab laptop ni macam tak sihat sangat. kadang batuk, kadang selsema. sampai mak cakap, bunyi laptop ni macam bunyi air tengah dijerang. huh. (alasan semata)

"when word fails you, say it with pictures."



"saat berbincang dengan seseorang, saya selalu tertarik untuk memperhatikan bagaimana ia berbicara.
saat membaca tulisan seseorang, saya selalu tertarik untuk memperhatikan bagaimana ia menulis.
kerana sesungguhnya bukan hanya idea yang penting, melainkan juga seni dalam mengolah gagasan, sehingga indah dan tenang untuk dihadam dan menarik untuk diresapi"

“kita menulis untuk merasakan hidup dua kali. saat menuliskan dan saat membacanya kembali”

puitis!



ada yang rindu rasanya. post ni untuk anda yang merindu. *perasan lebih*

Wednesday, March 14, 2012

suap-suap

bismillah,

kenal mereka tak lama,
ada 4 tahun, ada 3 tahun, ada yang baru setahun,
tapi tempoh perkenalan yang singkat atau lama,
bukanlah memberi erti yang besar

kerana yang lebih penting,
setiap hari yang dilalui bersama mereka, telah pun memberi erti pada diri.

mantap tarbiyyah, mantap akademik, mantap ukhwah,
selalu menjadi pertama dalam banyak hal,
yang paling ramai yang berkahwin,
paling ramai bilangan ahli,
memang itulah pandang sisi aku pada mereka,




















dan antara ramai-ramai senior sebelum ni,
mungkin pemergian mereka lah yang paling terkesan di hati.

andai tak faham ini, rujuk kakak ini,
andai kurang faham yang itu, rujuk kakak itu.
begitulah mereka, ada kelebihan masing-masing.
dari bab masak-memasak, sampai lah kepada kelantangan bersuara,

ada macam-macam personaliti.
ada lagak ibu mithali,
ada macam kakak penyanyang,
ada pulak, gaya militan, :)
semua menceriakan, dan pasti membuah rindu.

bergerak kerja dengan mereka adalah pengalaman yang indah.
pengalaman rehlah, berusrah, berprogram, berhiro.
memang pengalaman terbaik pernah dilalui.




















hampir lemas sama-sama,
panjat gunung, turun gunung sama-sama,
sesat sama-sama.
kena marah sama-sama. haha.

makan dalam talam.
suapan pertama untuk sahabat,
suapan kedua untuk sahabat,
suapan ketiga untuk sahabat,
suapan keempat untuk diri sendiri.
antara yang diajar mereka kepada aku




















selain selalu jadi rujukan,
mintak nasihat itu, mintak nasihat ni,
mereka selalu juga diminta pinjamkan kenderaan. :)
sekejap pinjam moto, esok pulak pinjam kereta.

tapi, yang paling diingati, walau sudah bergelar final year,
komitmen untuk bergerak kerja masih mantap,
kadang terfikir, mampu tak aku dan yang lain menjadi sehebat mereka.

ni adalah post pertama untuk mereka, juga post terakhir. ;(
isnin ni, exam ikhtisas bermula.
dan dalam sebulan lagi, insyaAllah mereka semua akan bergelar doktor!

melihat mereka yang sangat lelah itu,
tapi masih berlagak kuat.
timbul persoalan dalam diri, mana muncul kekuatan itu




















solat subuh berjemaah di surau,
nampak muka mereka,
pergi ward awal pagi, nampak muka mereka,
lalu ibnu sina malam hari, nampak muka mereka lagi.

dan setiap kali bersalaman usai solat berjemaah di surau,
muncul dialog ini, dengan muka penuh harap,

"doakan akak ye, takut jugak ni"

senyum, sambil angguk-angguk.
ustaz kata, andai ada yang meminta untuk didoakan, doakan terus depan dia,
tapi, tak sempat.
di doakan sekarang
dan sebenarnya sebelum ni lagi doa untuk mereka sentiasa ada, :)

ya Allah mudahkan urusan peperiksaan ikhtisas mereka, moga Allah lapangkan hati mereka, moga Allah ilhamkan kefahaman buat mereka. moga cita-cita, doa-doa mereka bergelar doktor muslimah, daie muslimah di kabulkan oleh Kau Yang Maha Mendengar. amin ya rabb.

p.s: manisnya ukhwah keranaMu. banyak lagi nukilan yang nak dicoretkan tapi biarlah ia menjadi pengalaman terindah buat diri ini dan mereka :)
p.s: post ni memang khas untuk akhawat tapi doa pasti, untuk ikhwah sekali :)
p.s: exam ikhtisas 19-31 mac 2012. mohon doakan mereka semua bergelar doktor merawat penyakit dan merawat hati jahiliyyah umat. amin. amin. amin.
p.s: selamat berpisah. (suara sedu-sedu, mata mula pedih). sayang semua-semua fillah <3

Saturday, March 10, 2012

memo


bismillah,

selasa lepas, usai exam triad, balik ke bilik dengan perasaan bermacam,
sedih, takut dan kecewa,
sedih dengan persediaan yang tak bersungguh,
takut dengan natijah yang bakal di terima,
kecewa dengan diri sendiri.

tapi,
sesampai ke bilik, 
terima satu mesej dari dia,
pesan luqmanul hakim; "seseorang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. tetapi apabila pada satu ketika dia berkata, ‘aku sudah bijak’, maka sesungguhnya dia telah menjadi bodoh dengan sendirinya…”exam bukan medan menunjuk-nunjuk kebijaksanaan, tapi untuk mengukur keikhlasan kita terhadap ilmu.
terpukul dan tertembak.
pastu terbaca pula, status di facebook;
usaha itu kita,
natijah itu Allah punya

~hilal asyraf
terbaca lagi satu status;
aku membilang-bilang nikmat Tuhan, aku tak pun pernah sampai ke hujung, aku menoleh ke kiri memandang dosa-dosaku, aku membilang di jemari sedikitnya syukurku, aku mengintai pahala dan taatku padaMu, aku jadi keliru pada ikhlasku padaMu, aku pasrah dalam sunyi muhasabah diri, aku hanyalah nikmat dan rahmat Tuhanku.aku hanya seorang hamba yang hina di dalam pelukan nikmat dan rahmat Tuhanku ~us.nik abduh
dan sejak akhir-akhir ni, bila bukak quran, baca. pasti ada ayat yang memujuk dari Dia. pasti.
dan barang siapa berserah diri kepada Allah. sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul (tali) yang kukuh. hanya kepada Allah kesudahan segala urusan (31: 22) 
dan bertawakallah kepada Allah. dan cukuplah Allah sebagai pemelihara (33: 3) 
siapakah yang dapat melindungi kamu dari (ketentuan) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu? mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah (33:17)
Allahurabbi. aku hanya seorang hamba yang hina di pelukan nikmat dan rahmat Tuhanku. :')

p.s: masih berbaki 1 exam lagi isnin ni. allahumma yusahhil 'alaina.
p.s: balik rumah kejap. hoho

Sunday, March 4, 2012

busy

bismillah,


copied from prof F's facebook status;

me: your father didn't have the investigations we asked him to have before coming to clinic. 
relative: all of us are too busy to bring him to hospital. 
me: it is because of your father bringing you up properly that allowed all of you to have a "busy" life. 
relative:  (kept silence)
this is a reminder for me as well.
thank you emak and abah for making me a busy person today.

exam yang bakal menjelma ni, memang antara cabaran terhebat pernah dialami. jadi macam-macam perasaan datang. 


"saya rindu rumah. 
saya 'sakit rumah'. 
atau 
saya tak habis baca lagi, 
banyakkan topic tak cover lagi!"


tapi, bila mengenangkan mereka di rumah mungkin tengah sibuk mendoakan kita, atau memikirkan kita sedang berjuang berhabisan, semangat belajar datang semula!

bertahan!!!
nah, buat penguat jiwa;

"Ada seorang sahabat yang berjihad dengan gagah berani dalam sebuah pertempuran di masa Rasulullah. Ketika pertempuran berakhir, Rasulullah memberikan kepadanya bagiannya dari rampasan perang. Tetapi dia menolak dan berkata, "Demi Allah! Bukan untuk ini saya berperang bersama engkau. Saya berperang bersamamu agar saya terkena anak panah di sini lalu saya mendapati janji syurgaNya!" Dia menunjuk pada tenggorokannya. Setelah sahabat ini beranjak, Rasulullah bersabda, "Jika dia jujur pada Allah, Allah akan memenuhi kata-katanya!"
Benar. Ketika perang usai, sahabat ini ditemukan dalam kondisi syahid dengan anak panah menancap di lehernya. 
Apa yang kita ambil dari kisah ini? Setidaknya, saya belajar bahawa, ketika kita jujur pada Allah atas target-target kita, Dia akan menggenapkannya untuk kita. Pasti. 
(Saksikan Bahwa Aku Seorang Muslim, Salim A.Fillah, hlmn. 221)
Ketika kita jujur. Hanya ketika kita jujur dengan Allah. Benar-benar jujur. Allah pasti membenarkan! Belajarlah untuk jujur. Didiklah untuk ikhlas.
p.s: esok exam. dan moga ni exam terakhir sebelum naik tahun 5. amin. amin. amin!
p.s: moga amalanku juga sebanyak huruf-huruf di helaian nota dan buku yang dibaca.
p.s: doakan ye.


Thursday, March 1, 2012

rasa itu


"di ribaanMu, kata aku: aku janji, 
hanya mahu diam,
tapi, dalam diam-diam yang lama itu, 
kata aku lagi:

tapi Tuhan, boleh kan aku menangis,
..sekejap?"

perasaan itu. rasa itu.

bila datang menghuni jiwa, 
rasa tenang yang amat. 
walaupun hati sedang sarat dengan 
gelisah, letih, terbeban dan segala rasa lain. 
termasuk dengan rasa-rasa mazmumah, 
bisikan syaitan atau hawa nafsu yang meliar.

rasa tenang bila dapat menangis. 
dapat mengadu sepenuh-penuhnya. 
rasa Dia amat dekat di hati. 
amat-amat dekat. 
sesungguhnya, rasa itu bukan datang sentiasa. setiap masa. 
payah benar menghuni hati. 
sukar benar mendidik jiwa.

menangislah sepuas-puasnya,
tiada siapa memandang, 
hanya Dia yang setia mendengar 

salam tahajud.