bismillah,
kenal mereka tak lama,
ada 4 tahun, ada 3 tahun, ada yang baru setahun,
tapi tempoh perkenalan yang singkat atau lama,
bukanlah memberi erti yang besar
kerana yang lebih penting,
setiap hari yang dilalui bersama mereka, telah pun memberi erti pada diri.
mantap tarbiyyah, mantap akademik, mantap ukhwah,
selalu menjadi pertama dalam banyak hal,
yang paling ramai yang berkahwin,
paling ramai bilangan ahli,
memang itulah pandang sisi aku pada mereka,
dan antara ramai-ramai senior sebelum ni,
mungkin pemergian mereka lah yang paling terkesan di hati.
andai tak faham ini, rujuk kakak ini,
andai kurang faham yang itu, rujuk kakak itu.
begitulah mereka, ada kelebihan masing-masing.
dari bab masak-memasak, sampai lah kepada kelantangan bersuara,
ada macam-macam personaliti.
ada lagak ibu mithali,
ada macam kakak penyanyang,
ada pulak, gaya militan, :)
semua menceriakan, dan pasti membuah rindu.
bergerak kerja dengan mereka adalah pengalaman yang indah.
pengalaman rehlah, berusrah, berprogram, berhiro.
memang pengalaman terbaik pernah dilalui.
hampir lemas sama-sama,
panjat gunung, turun gunung sama-sama,
sesat sama-sama.
kena marah sama-sama. haha.
makan dalam talam.
suapan pertama untuk sahabat,
suapan kedua untuk sahabat,
suapan ketiga untuk sahabat,
suapan keempat untuk diri sendiri.
antara yang diajar mereka kepada aku
selain selalu jadi rujukan,
mintak nasihat itu, mintak nasihat ni,
mereka selalu juga diminta pinjamkan kenderaan. :)
sekejap pinjam moto, esok pulak pinjam kereta.
tapi, yang paling diingati, walau sudah bergelar final year,
komitmen untuk bergerak kerja masih mantap,
kadang terfikir, mampu tak aku dan yang lain menjadi sehebat mereka.
ni adalah post pertama untuk mereka, juga post terakhir. ;(
isnin ni, exam ikhtisas bermula.
dan dalam sebulan lagi, insyaAllah mereka semua akan bergelar doktor!
melihat mereka yang sangat lelah itu,
tapi masih berlagak kuat.
timbul persoalan dalam diri, mana muncul kekuatan itu
solat subuh berjemaah di surau,
nampak muka mereka,
pergi ward awal pagi, nampak muka mereka,
lalu ibnu sina malam hari, nampak muka mereka lagi.
dan setiap kali bersalaman usai solat berjemaah di surau,
muncul dialog ini, dengan muka penuh harap,
"doakan akak ye, takut jugak ni"
senyum, sambil angguk-angguk.
ustaz kata, andai ada yang meminta untuk didoakan, doakan terus depan dia,
tapi, tak sempat.
di doakan sekarang
dan sebenarnya sebelum ni lagi doa untuk mereka sentiasa ada, :)
ya Allah mudahkan urusan peperiksaan ikhtisas mereka, moga Allah lapangkan hati mereka, moga Allah ilhamkan kefahaman buat mereka. moga cita-cita, doa-doa mereka bergelar doktor muslimah, daie muslimah di kabulkan oleh Kau Yang Maha Mendengar. amin ya rabb.
p.s: manisnya ukhwah keranaMu. banyak lagi nukilan yang nak dicoretkan tapi biarlah ia menjadi pengalaman terindah buat diri ini dan mereka :)
p.s: post ni memang khas untuk akhawat tapi doa pasti, untuk ikhwah sekali :)
p.s: exam ikhtisas 19-31 mac 2012. mohon doakan mereka semua bergelar doktor merawat penyakit dan merawat hati jahiliyyah umat. amin. amin. amin.
p.s: selamat berpisah. (suara sedu-sedu, mata mula pedih). sayang semua-semua fillah <3
3 comments:
dari hati..
kenal, 2 tahun mungkin,
berbual dan bersenda mesra bukan lah berhari2
cuma, kalau terjumpa, pasti tergelak..
baru semalam bersalam seusai solat sunat hajat
dilanjutkan dengan sedikit perbualan
berkaitan titik iv drip? huh!
hari ni pula terbaca luahan ikhlas dari hati...
tersentuh..
terharu...
mata bukan sahaja setakat mula pedih...
terima kasih azhana..
indahnya ukhuwah kerana Allah...
sungguh!
dari mana punya kekuatan?
ragu2 juga... kerana diri tahu, bukan dari diri semata2..
Tapi dari Allah segala..
Ya, hanya dariNya..
:)
Selamat meneruskan perjuangan kehidupan...!
Sayang semua-semua fillah..
p/s:alamak, dah macam buat entry baru pulak kt ruang komen nih.. hehe.. again, tq azhana! ^^
Salam,
Maaf, akak kecohkan keadaan sampai semua hampir lemas bersama :) Tapi sebab itulah akak sayang sangat anda semua. Terima kasih.
Terima kasih untuk entri khas untuk kami-kami. Terharu, sangat sangat terharu.
Lagi sekali akak sangat sengal dengan words kat bawah ni.
senyum. (kalau nak komen lebih2, takut mata menjadi semakin pedih. huhu)
Post a Comment