"di ribaanMu, kata aku:
aku janji,
hanya mahu diam,
tapi, dalam diam-diam yang
lama itu,
kata aku lagi:
tapi Tuhan, boleh kan aku
menangis,
..sekejap?"
perasaan itu. rasa
itu.
bila datang menghuni
jiwa,
rasa tenang yang amat.
walaupun hati sedang sarat dengan
gelisah, letih,
terbeban dan segala rasa lain.
termasuk dengan rasa-rasa mazmumah,
bisikan
syaitan atau hawa nafsu yang meliar.
rasa
tenang bila dapat menangis.
dapat mengadu sepenuh-penuhnya.
rasa Dia amat dekat
di hati.
amat-amat dekat.
sesungguhnya, rasa itu bukan datang sentiasa. setiap
masa.
payah benar menghuni hati.
sukar benar mendidik jiwa.
menangislah sepuas-puasnya,
tiada siapa memandang,
hanya Dia yang setia mendengar
salam tahajud.
No comments:
Post a Comment