salam,
sebelum subuh itu tiba,
saat itu, aku diuji untuk membuat pilihan,
untukku celik atau pejamkan mata,
bangun atau terus bersama bantal empukku,
membasahi wajahku dengan air wudhuk,
atau terus mengekalkan air liur basiku,
untuk aku bertahajud padaNya,
atau meneruskan mimpi, mainan tidur itu,
memberi alasan kepenatan dengan hal duniawi
atau sujud tanda syukur pada Penciptaku,
sebelum subuh itu tiba,
ku menjengah melihat dunia luar,
betapa indahnya langit ciptaan Dia,
warna yang mendamaikan,
bayu udara yang segar,
perasaan yang nyaman,
hati yang tenang,
SubhanAllah..ajaib sungguh subuh ciptaan Allah..
bisa menenangkan jiwa yang gundah,
bisa meyegarkan badan yang lemah,
mampu membuat hati berbunga ceria,
mampu mengilham buah fikiran yang segar,
dan mejadikan permulaan hari dengan kebaikan!
'Dialah yang menjadikan untukmu malam, (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirehat, dan dia menjadikan siang untuk bangkit berusaha' (25:47)
'sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal' (berfikir)' (3;190)
p/s 1: semenjak 2 menjak ni, tido terlalu awal..biology clockku sudah berubah..
p/s 2: suka sangat waktu sebelum subuh dan waktu subuh.. rasa tenang sangat..
p/s 3: rindu bangun subuh kat rumah..mahu jadi orang2 subuh..jom gerakkan subuh!
3 comments:
jom2..
jd di antara insan terpilih utk bgn sblm subuh...^^
sejak blek ke u, msti jam biology akn automatik berubah..
kalo ko nk mtk tlg kejut kul 3 am pun, ins.Allah boleh..:-)
yeke nak kejut ni..huhu..
aah, mmg stuju jam biology slalu berubah2 klau balik ke rumah or balik ke u..jom!
ins.Allah bole..
inform la kt km, kalo nk..
tido km slalu xmenentu..
tp kalo blek u, sure la bgn awal..kalo bgn kul 6, xde da subuh..
subuh gajah tuh.
tp ad ke subuh gajah?
cian gajah, xpasal2 dpt title tuh..
huhu ^^
Post a Comment