Wednesday, December 15, 2010

menangis



bismillah,

aku pernah menangis,
kamu pernah menangis,
kita semua pernah menangis,
semua orang pernah menangis,

yang membezakan, adalah sebab kita menangis,
ada yang menangis kerana putus cinta,
menangis kerana dimarahi,
menangis kerana menonton hindustan,
menangis kerana makanan pedas,
menangis kerana kesakitan,
dan pelbagai 1001 sebab lain,

salahkah menangis?
egokah kalau tidak menangis?

menangislah wahai hati,
mengalirlah wahai air mata,
laksanakanlah tuntutan jiwamu,
kalau itu yang mampu meredakan keresahanmu,
mampu menenangkanmu,
mampu mengurangkan kelelahanmu,

tapi tahukah kamu,
kamu akan dapat lebih dari itu,
andai kamu menangis kerana menyesali dosa-dosamu,
menangis kerana takutkan seksaan Dia Yang Maha Kuasa,
menangis kerana kurangnya amal kebajikan,
menangis keranaNya.
tidakkah kamu mahu menjadi salah satu golongan yang dinanungi dengan rahmat Allah di akhirat kelak,
tidakkah kamu mahukan syurga yang penuh kenikmatan itu

kamu bukanlah maksum,
Rasulullah yang maksum pun,
yang pasti masuk syurga itu saja,
solatnya hingga bengkak kaki,
kamu? pastikah di syurga?

basahkanlah matamu itu,
tangisilah dosa-dosamu yang menggunung tinggi itu,
mengadulah, mohonlah pada Dia,
agar kamu bisa menangis keranaNya,
menangis kerana takutkanNya,

jangan biar ego itu menguasai diri,
andai air mata itu mudah saja ia memenuhi tubir matamu,
tatkala melihat drama-drama sedih,
pabila mendapat result yang tak seberapa,
mudah sahaja air mata itu mengalir,
jadi mengapa pula di tahan dosa-dosa yang menghantui dirimu,
menangislah, tangisilah dosamu
takutlah dengan azab seksaan dari Allah

menangislah..
menangislah kerana Allah,
kerana hanya Allah sahaja layak buat semua titisan air matamu..

---------------------------------------------


"tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya"

"Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepadaMu, sebelum tidak ditemunya air mata"

"api neraka diharamkan ke atas 2 jenis mata. pertama, mata yang menangis kerana takut kepada Allah. ke2, mata yang berjaga malam untuk memelihara Islam dan umat Islam drpd serangan orang2 kafir"


p/s: kamu, kita= aku (peringatan untuk diri sendiri)
p/s: jika seseorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah, maka menangislah kerana ketidakmampuan itu