Thursday, February 24, 2011

tak nak jadi besar lagi

bismillah,

teringat kisah lama;

aku: mak, nape mak suka beli bunga? dah banyak dah, tak jemu ke?
mak: bila dah minat, mana ada jemu.
aku: nape pompuan suka bunga? bapak tak minat pun.
mak: sebab bunga tu cantik, perempuan kan suka barang-barang cantik
aku: tapi, ana tak minat pun.
mak: bila kamu dah besar nanti, mesti kamu minat.
aku: yeke..? (nada tak percaya)

mak tengah pilih baju nak dipakai ke sekolah,

aku: baju ni mak. (sambil hulurkan)
mak: dah pakai dah minggu lepas.
aku: la, tak pela, bukan orang ingat pun
mak: ish, ada orang ingat.
aku: yeke mak? kalau ana, ana tak ingat pun orang tu pakai baju apa walaupun baru semalam dia pakai baju yang sama.
mak: nanti kamu dah besar, kamu mesti dapat ingat
aku: yeke..? (nada tak percaya lagi)

hari raya, mak hulurkan 1 kotak

aku: kotak apa ni mak..?
mak: pakai la gelang tu, manis sikit
aku: pelikla mak, nape pompuan kena pakai gelang, cincin. kadang-kadang tu kene make up, pakai kasut tinggi, simple je kan, lagi cantik.
mak: nanti kamu dah besar, baru la faham, nanti kamu pun nak pakai semua-semua tu.
aku: yeke mak?

=============================================

bila kecik-kecik dulu, selalu compare apa yang mak minat dengan apa yang aku minat,
mak suka bunga, aku tak suka.
mak minat melukis, aku minat menulis,
mak pandai mengemas menghias, aku pandai selerakkan barang (hoho, budak2 memang begitu)
suara mak sedap, pandai bertaranum, aku tak pandai pun.
mak pandai masak, aku pandai makan,
mak peramah, aku pendiam,
mak cantik, aku comel :p

mak selalu jadi idola aku, walau selalu berlainan minat dan sifat dengan mak.
selalu nak jadi macam mak,
kalau dah tak de bakat melukis, menghias semua tu, sekurang-kurangnya, aku harap aku boleh contohi sifat pemurah mak, sifat baik hati mak, sifat penyayang mak.

tak nak jadi besar lagi, sebab nak selalu tanya macam-macam soalan lagi kat mak,
tak nak jadi besar lagi, sebab nak bermanja-manja dengan mak,
tak nak jadi besar lagi, sebab nanti dah tak selalu dengan mak.
(hakikatnya, kita takkan selamanya dapat bersama mereka. guna masa yang ada dengan sebaiknya)

rindu mak! sangat-sangat..

mode: homesick.. bunga kat atas tu cantik sangat. teringat mak.. ;(

"ya Allah, sayangi ke2 ibu bapaku seperti mana mereka menyayangiku sejak aku kecil, kurniakan rahmat kasih sayangMu pada mereka. mereka yang mengasihiku tanpa syarat, mereka yang berkorban tenaga, masa untuk membesarkanku, mereka yang tak akan dapat aku balas jasa. istiqamahkan aku dalam mendoakan mereka berdua..tabah dan redhakan hatiku dan hati mereka saat Kau ambil nyawa kami.ya Allah..."

kita selalu lupa utk doa agr Allah tabah n kuatkan hati kita semua saat berhadapan kematian org yang kita sayang. (aku sgt lemah utk hdpi saat itu. kene kuatkan hati dengan sentiasa mohon doa dari Dia!)

4 comments:

sHaziaN said...

np ckp sal mati..sedih..tba2 tingat sume yg da pegi..
dan jgk hairy leukoplaki tuh..huk2

azk2121 said...

cah, tiba2 homesick, tmbh2 mak km kata dia xsihat sgt, tu y trus blik rmh jumaat lpas

p/s: apa kaitan ngan OHL plak. hoho

Afniar said...

nk balik jgk....

azk2121 said...

nia,
bkn selalu balik ke?
balik ktdi. hoho