Friday, July 30, 2010

Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair



“Ya Allah, berkati, rahmati dan redhailah pasangan pengantin ini. Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah. Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah yang mampu memandu, membimbing dan mendidik isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai. Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kepada Ali. Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh anak-anak yang menjadi amanah. Kurniakanlah kepada mereka ya Allah, zuriat yang soleh dan solehah serta kekalkanlah kebahagiaan mereka sehingga ke syurga. Amin ya Rabbal ‘alamin.

firman Allah dalam Surah Ar-Rum ayat 21 :

" Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan bagimu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."


Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sekiranya seorang wanita menjaga solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya, dan mematuhi suaminya, akan dikatakan kepaanya ; "Masuklah ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang engkau suka" (H.R Ibnu Hibban, Ahmad dan at-Thabarani)

jadilah isteri solehah yang sentiasa taat pada suami, menjadi penyejuk mata dan hati bagi suami. Semoga setiap perkara yang dilakukan adalah semata-mata kerana Allah Ta'ala dalam mencari redha dan rahmatNya.

Semoga cinta dan kasih mereka ini tidak hanya di dunia, malahan kekal abadi sehingga di Syurga
.

p/s: Bukan mudah menjadi isteri pejuang dan menjadi pejuang itu sendiri. Ingatlah mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis! Tahniah fathiyyah. Insyaallah, ana tahu enti boleh lalui semua ini. (% untuk dia baca sangat rendah)


Thursday, July 29, 2010

Long case

salam,

Tadi aku telah selesai menjalani satu long case (history taking, physical exam, diff diagnosis, investigation, management). Tiada ucapan yang layak dilafaz selain alhamdulillah, syukur Ya Allah!

----------------------------------------

" Morning doctor, when can we present our long case?"
" Ok, tomorrow afternoon..I will pick up the case for you all"
" Hah? Erkk.. " (dalam hati)

Biasanya, untuk deparment surgery, case akan di cari oleh student sendiri, jadi kami ada lebih masa untuk prepare betul-betul case yang dipilih tu. Tapi, bila doktor cakap macam tu, maksudnya kami kene cover semua beds? semua?

Ya, itulah hakikatnya. Bila dapat tahu tu, aku terus bergegas ke ward untuk melihat case-case di ward. Aku pun mula membuat beberapa ward round sendiri(huhu) untuk terbiasa dengan semua case. Aku sangat tak suka case vascular. Tak taula kenapa. So, kecuali case vascular, aku try cover semua case. Aku exclude jugak case-case yang agak complicated dan patient yang dah agak nazak.

Dalam pukul 5.30pm, balik bilik. Malam tu ada study group pulak. Mula-mula fikir nak present aku punya tajuk je, pastu terus balik untuk study..tapi, bila fikir-fikir balik, stay je la sampai study group habis. sayang pulak kalau tak join sekali. Dalam pukul 11pm, sg habis. Diorang wish good luck untuk aku esok, dan pesan jangan stay up lama sangat.

Haha..stay up la konon. Dalam pukul 12am, aku dah tido. Memang study sikit-sikit je. Esoknya banyak keajaiban berlaku. SubhanAllah..Allah memang sentiasa membantu kita

1) Seminar pukul 11am dibatalkan, so aku ada lebih masa untuk study lagi

2) Bila sampai ward, ada sorang kawan ni nak suruh aku dengar dia present case, mula-mula rasa berat nak dengar sebab rasa banyak lagi benda tak cover. tapi takpelah tolong kawan. Rupa-rupanya case yang dia present tu adalah case yang bakal aku dapat!

3) Aku jadi orang ke 3/3 untuk present. The last person la. So, bila kawan aku yang pertama habis long case tu, muka dia lain. Tak senyum, dan nampak muka dia sedih. Dia kata doktor agak straight. Lama-lama lepas tu dia start nangis. Ya Allah, kawan aku ni dah la terrer still xdapat perfome well..yang aku ni pulak? Risau sangat masa tu. Sampai tangan aku sejuk macam ais. Badan pun rasa nak demam. Tapi, aku tawakal je.

4) Masa turn aku, aku disuruh ke ward perempuan. Jarak ward laki dan perempuan agak jauh. So, aku jalan agak belakang dari doktor tu. Takut.. Tiba-tiba dia tanya aku bebrapa soalan. 'bila habis posting?, lepas ni posting ape? Satu posting berapa minggu?' dan lain-lain. (dalam hati: mood dia dah baik ke?tadi macam moody sikit)

5) Sampai je kat sorang patient ni, sorang doktor tengah masukkan branula pada tangan dia. So, doktor aku terpaksa cari patient lain. Alhamdulillah, patient yang kedua ini pernah aku clerk sebelum ni dan aku dah dengar kawan aku present case ni pagi tadi kat aku. So, aku dah tahu apa-apa yang penting untuk ditanya. Doktor yang sepatutnya observe aku amik history dan wat PE, tak observe sangat pun. So, aku tak la nervous sangat masa tu.

6) Masa nak present finding tu, ada la tunggang terbalik buat ayat tu, tapi ok kot. Soalan-soalan yang ditanya oleh doktor pun tak susah sangat

kesimpulan:

-Allah adalah sebaik-sebaik penolong
-tido perlu cukup(hehe..semua tanya, lena tak tidur semalam. Aku kata tidur aku susah sikit nak terganggu walaupun ada perkara penting tuk dibuat esoknya. Sentiasa lena je.huhu)
-sentiasa berusaha membantu sahabat
-berbaik sangka dengan doktor(mula-mula kata doktor ni baik, pastu bila kawan aku menangis aku pun jadi takut, dan terus cakap dah tak suka kat doktor ni dah..huhu. lepas aku present dah suka balik)
-jangan suka sangat, nanti benci. Jangan benci sangat, nanti jadi suka

Saturday, July 24, 2010

kupinang engkau...

Judul : Kupinang Engkau Dengan Al Quran
Munsyid : Gradasi


Kupinang engkau dengan Al Quran
Kokoh dan suci ikatan cinta
Kutambatkan hati penuh marhamah
Arungi bersama samudra dunia

Jika terhempas di lautan duka
Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya
Jika berlayar di sukacita
Ingatlah tuk selalu syukur padaNya

Hadapi gelombang ujian
Sabarlah tegal tawakal
Arungi samudra kehidupan
Ingatlah syukur pada-Nya


p/s 1: saja2 je, lagu ni sedap. :)
p/s 2: yang penting lirik y dibold adalh muhasabah tuk hr ni!


Sunday, July 18, 2010

sanah helwah!





salam,

masa kecik-kecik dulu, dialah kawanku,
dia jualah lawanku,
dia panjat pokok, aku turut panjat pokok,
dia main hujan, aku juga main hujan,

tapi, itu dulu..
sekarang, dia tanya sepatah, aku jawab sepatah,
aku tanya sikit, dia jawab sikit,

tapi, tak bererti sayang itu ada dulu, ada sekarang,
sayang itu tetap sama dulu dan sekarang,
cuma, kami masing-masing lebih selesa begini,
tak mahu tunjukkan,
tersirat itu lebih, berbanding tersurat,
kerana kita tahu rasa sayang itu dimana,

-----------------------------------------

Di suatu hari, seperti biasa aku tido dalam kereta, bangun2 mengigau kata dahaga, tiba2..
"nah,"
Botol air mineral dihulur kepada aku. dan aku minum tanpa ape2 perasaan.huhu.ngigau lagi kot.

Di suatu ketika yang lain,
" bajim, orang nak beli printer la, tolong belikan, takut kene tipu"
"ish, belila sendiri" jawab dia
beberapa hari lepas tu,
" siap2, kul 2 nanti bajim sampai, kita g low yat"

--------------------------------------------------
sanah helwah bajim! Muga pertambahan umur selari dengan pertambahan amal..

p/s 1: dulu hampir2 menjadi macho(xsuka pakai baju kurung, jalan kengkang, panjat pokok) akibat terpengaruh dengan bajim.huhu
p/s 2: tggu turn bajim utk membina masjid stlh abg n kakak mendahului
p/s 3: dia xkan baca pnye..

Friday, July 16, 2010

Rasa bertuhan

salam,

baru berfikir2 nak ke celcom centre,
baru berkira2 mahu membeli hanset paling murah,
baru mahu mengatur ayat untuk memberitahu mak,

Dia bantu aku,
Dia jawab doaku,
Dia temukan aku dengan hanset itu,

Alhamdulillah, hanya kepada Dia kita sembah, dan hanya pada Dia kita mohon pertolongan.

Ibrah dengan kehilangan sementara hanset itu;

1) Sahabat2 telah menunjukkan rupa mereka yang sebenarnya - mereka sangat care dengan diri ini
2) kebergantungan terhadapNya semakin tinggi. (hanset xde utk mengejutkanku dari tido yang sangat lena)
3) ym terpaksa di'online' (selama ni invisible je)-dapat berhubung dengan shbt lama.


Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah, timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang, timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna.


Doa adalah senjata manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” Al Baqarah :153

p/s: hari2 kene muhasabah diri, so hari2 kene update? huhu


Thursday, July 15, 2010

kita sentiasa layak diuji

salam,

tak habis diuji dengan ujian selsema, aku diuji dengan kehilangan hanset pulak.
hilang di ward,

hikmahmya?

sebagai pengajaran buat aku yang careless ini,
sebab kurangnya pengaduan aku kepadaNya,
aku sebagai hambaNya,

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

Kita sentiasa layak diuji…

Kerana kita adalah HAMBA.

Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji
? [Al-Ankabut 29: 2]


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah: 216)


“Allah sedang berbicara kepadaku tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS itulah Islam”


selsema

salam,

pabila selsema menyerang,
tisu bertimbun dalam tong sampah,
hidung mula kemerahan-merahan,
mulut mula bersungut-sungut,
astaghfirullah..

3 sebab ujian:
-kifarah dosa
-angkat darjat
-bala

"Ya Allah, semuga sakitku ni menjadi kifarah dosaku yang terlalu banyak..."

p/s: minggu ni sibuk dgn seminar presentation, tapi tido ttp terlebih2 jugak, ish2..
p/s: muga semua perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Friday, July 9, 2010

Perancangan terbaik



Salam,

Bila dah ada peluang nak balik rumah, diorang nak datang sini pulak.

Takpe2...

kita merancang, Allah merancang, sesungguhnya perancangan Allah itu la yang terbaik!

p/s 1: harap2 mak dapat pilih spec yang sesuai utk mukaku ni
p/s 2: tak sabar nak jumpa amjad. dengarnya, dia dah bole berjalan, ntah2 berlari. penatla mama dia lepas ni.
p/s 3: so, kene selesaikan sume yang tergendala terutama topic2 yang banyak untuk dicover.
p/s 4: kalau minggu ni tak dapat balik, so minggu depan menjadi mangsa untuk dipilih tarikhnya untuk kembali ke rumah. ( xsama perasaan diorang datang sini dengan perasaan berada di rumah sendiri-homesick)
p/s 5: selalu patients kat ward tanya, bila masa balik rumah. Diorang kesian tengok kitaorg yang penat ke ward atau diorng penat tgk muka kitaorg yang 24 jam ada kat ward?haha


Monday, July 5, 2010

Sesat





Salam,

Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. begitu juga saya (ayat karangan BM dulu2).
Dan seharusnya seseorang itu mengetahui kelebihan dan kekurangan mereka. Kerana apa? Ya, kelebihan itu untuk mengetahui potensi diri untuk menyumbang ke arah kebaikan, manakala kekurangan itu untuk diperbaiki dari masa ke semasa.

Antara kekurangan diri saya adalah sangat tidak suka mengingat jalan. Kalau naik kereta, pasti saya akan tertido dan setakat melihat-lihat tanpa mengingat jalan2 yang dilalui. Dan akibatnya..malam tadi saya baru sahaja sesat!

------------------------------------------

Selepas maghrib, tiba2, W datang bilik saya, nak minta tolong hantarkan seorang adik junior ke kampus KL. Hah? Nak suruh saya memandu, malam pulak tu.

" Wei, kami mana ingat jalan "
" Ish, takkan ko tak tau kot "
" Memang tak tau la, ko kene ikut sekali "

Dalam pukul 9pm, kami pun bertolak dengan menaiki kelisa buddyku. Harapan kami semua tak nak sesat dan nak balik awal sebab ada study grup. 5 minit pertama, perjalanan adalah lancar. Tiba2..

" Jap, ni nak naik atas ke turun bawah? "
" Eee.. "

Ish, tak bole jadi pemandu pelancong sungguh kawanku sorang ni. Kami sesat. Dan cuba mencari-cari jalan yang betul dengan berpandukan sign board. Berpusing-pusing sekitar KL, adik F ada juga memberi cadangan supaya mengikut laluan monorel. Tapi, tak berhasil.
Tiba-tiba ada sekatan polis pulak.

" Ok, kita tanya pakcik polis "
" Kak w, pakai tali pinggang tu "
" Ko bawak lesen tak? Eh, aku tak bawak ic la "
" Bawak, takpe kot, biasanya dia minta kat pemandu je kan "

--------------------------------------------------

" Dik, nape tak bukak lampu? "
" Eh, tak bukak ye,huhu.. pakcik, nak tanya jalan... "
" Kalau nak tanya, parking tepi ni "


Macam pesalah pulak kami ni. Kene parking kat tepi macam nak kene saman je. Pastu, datangla sorang encik polis ni sambil memegang kertas putih. 'ish, takkan lupa bukak lampu pun nak kene saman, menyesal pulak berhenti kat sini' monolog dalaman

" Ok, semua keluarkan ic "
" Nak ic? "
" Nah, ee..sorang tak bawak "
" Mana boleh tak bawak, salah tu "

Rupanya encik polis tu tengok alamat rumah kitaorang dan sempat pulak berkenalan dengan adik F yang satu negeri dengannya..

" Encik, kami nak cepat ni, macam mana nak pegi jalan..? "
" Ala, jalan terus je ni, pastu jumpa la, "
" Ooo..Ok, terima kasih "


Alhamdulillah selamat sampai ke hostel adik F. Dengan minyak yang kurang itu, kami masih berani untuk sesat. huhu.

Cerita ni tak abis lagi. Lepas pinjam duit dari adik F, kami pun isi minyak. Saya dan W tak bawak duit! Ish2..jangan tiru aksi ini. Ok. Kami pun dengan bersemangat meneruskan perjalanan dan masing-masing berharap kejadian tadi tak berulang. Tapi, Allah yang menentukan segalanya. Kami sesat lagi sekali! Kali ini lagi teruk, sampai ke Bukit Jalil kami pergi. Dan tengok2, ada tol pulak.

Ya Allah, dah la duit takde ni, macam mana nak bayar tol. Cari2, jumpa duit syiling. Alhamdulillah kene bayar rm1.50 je. Kami pun tanya kakak jaga tol tu, macam mana nak balik ke PPUKM. Dia pun ajarla.

Cari2 lagi, tak jumpa jugak. So, berhenti kereta kat tepi gerai jual durian. Berehat sebentar sambil makan durian.haha.yela tu, takla, kami tanya kat pakcik jual duraian tu jalan nak balik PPUKM. Dengan penerangan yang sangat jelas dan mudah faham, kami berjaya kembali ke sekolah tercinta.

“Barangsiapa yang berusaha menunaikan hajat saudaranya, nescaya Allah pula akan menunaikan hajatnya” [Riwayat al-Bukhari]

p/s 1: Malu bertanya sesat jalan. Kalau dah sesat, jangan malu mengaku.
p/s 2: Cuba bertenang sebaik mungkin untuk mengelakkan kejadian menjadi tak terkawal walaupun dalam hati, Allah je tahu tahap kerisauannya.
p/s 3: Bukan sesat, cuma tak jumpa jalan. Sesat tu tak dapat hidayah!


Sunday, July 4, 2010

kebergantungan terhadapNya



Salam,

Saya ada lesen motor dan lesen kereta. Lepas SPM, mak tak bagi kerja, so belajar memandu terusla. Alhamdulillah.. Tapi, saya belum ada kereta atau motor sendiri. Pernah mintak kat mak. Tapi nada gurau je la. Tak mintak kereta, tapi motor. Nak safe budget kononnya. Tapi mak kata, mak lebih suka anak dia bawa kereta berbanding motor. Bahaya katanya. Saya memang seorang yang berhati-hati..huhu..dengan kata lain, bawa kereta or motor dengan lambat tapi cermat.

" Awak memang bawak slow ye? "
" Ya Allah, slow nye awak bawak.. "

Geram je dengar dialog2 di atas..huu..Yela, semua tu ditujukan kepada saya. Yang pertama tu masa bawak kereta sorang kakak senior merangkap pemilik kereta tersebut. Yang dialog kedua tu masa bawak motor seorang sahabat yang lain. Tak tahula, mungkin saya belum benar-benar cekap untuk membawa kenderaan dengan laju. Atau mungkin jugak, saya memang penakut sikit. :p

Malam semalam ada usrah lepas maghrib. Saya dan sorang kakak akan naik motor bersama untuk ke usrah tersebut. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu betapa risau dan berdebarnya saya semasa dalam perjalanan tersebut. Kakak N memang cekap. Menyelit ke kiri, menyelit ke kanan. Menyelit antara ruang sempit antara kereta..Kat KL pulak tu.

Secara logiknya, saya akan berasa sejuk dan nyaman sebab menaiki motor di waktu malam, tapi tidak pada malam itu, saya berpeluh sebenarnya! Takut, risau semua ada. Membawa motor dengan sangat laju (bagi saya la, tak sempat pun nak tengok meter). Tapi memang terbukti pun, sebab tudung saya macam nak tercabut dah. Spec yang masih abnormal tu pun terpaksa dibukak bagi mengelakkan ia daripada melayang dan memasuki kenderaan lain. haha.

Tapi, memang benar, bila kita berada dalam kesusahan, dalam keresahan, tiada siapa lagi yang kita boleh harapkan atau meminta pertolongan. Hanya kepada Allah kita bergantung. Tak putus2 doa saya ucapkan. Tangan saya jugak tak duduk diam, asyik mengetuk-ngetuk belakang kakak N. Meminta dia supaya memperlahankan motornya itu, tapi tak de kesan pun. :p

Masa tu memang terasa dekat pada Allah. Memang manusia itu lemah, memang diri ini cepat leka dan lalai. Waktu perjalanan pulang, perasaan takut itu tidak ada lagi. Jadi doa itu juga kurang, dan pergantungan kepadaNya juga kurang. Astaghfirullah..Begitulah manusia, begitula aku, bila diuji kesusahan, bermacam-macam doa, mohon pertolongan dariNya, tapi bila berada dalam kesenangan, lupa akan doa yang pernah dipohonnya. Allah Allah Allah, lemahnya diri ini ..


“Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-An’am: 17)


“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah Yunus: 12)

Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku. Istiqamahkan ku dalam sentiasa mengingatiMu Ya Allah..

p/s 1: Kalaulah mak tahu ni, huhu..
p/s 2: telah memberi cadangan pada kakak N untuk amik lesen kereta
p/s 3: cwu xsiap lagi!
P/S 4: fungsi blog ni dinaiktaraf daripada terapi kepada muhasabah diri.


Thursday, July 1, 2010

Blood taking




Salam,

Minggu ni minggu yang sibuk sikit sebab minggu depan dah kene hantar case write up(cwu). Case write up ni tentang 1 case yang perlu di tulis dengan detail tentang history patient, physical examination, lab investigation, management, ppd dan lain2 lagi. So, sebelum ni tak pernah nampak pun muka-muka tertentu, tiba2 muncul pulak minggu ni kat ward. Ish2, kamu ni cuba husnuzon. Diorang pegi ward waktu malam kot. Hari ni seronok sangat. Dapat amik darah patient. Masa melilau-lilau kat ward pagi tadi, nampak sorang doktor houseman lelaki nak siap2 amik darah patient. Kami pun terus bergerak ke sana. Tak berani nak cakap, so tengok2 je doktor tu dengan harapan doktor tu faham yang kami nak amik darah patient.

" Nape? nak amik darah ke? "
" Nak2!! "

Yes! doktor tu faham rupanya..huhu. So, ada 2 patient yang perlu diambil darahnya. So, saya diberi plastik bag yang mengandungi botol bertutup biru. Botol yang tutup warna biru ni kene amik banyak sikit darah die. Lebih kurang 4ml. Mula2, takut jugak, tapi bila fikir dah ada peluang ni, buat je la. Saya pun cepat2 sediakan alat2 untuk amik darah patient. Dah lengkap semua, terus bergerak ke katil patient. Mulanya fikir, nak tengok dulu kawan saya buat, tapi bila fikir balik, baik buat je terus, takde orang tengok, so kurang la pressurenya..huhu.
Sampai je kat katil..

" Hello uncle, saya mau amik darah sikit ye "
" Apa? Saya OKU, tak dengar, cakap kuat2 sikit "
" Mau amik darah uncle, bole kan "
" Amik darah lagi ka? Abis sudah lebam tangan amik darah "

Kesian sebenarnya dengan pesakit2 kat ward ni, setiap pagi ada je darah diorang diambil. Ni sume tuk wat macam2 test. Sambil saya mencari2 vein pakcik tu, saya pun sembang2 sikit dengan pakcik tu. Nak elak pakcik tu sakit bila saya amik darah nanti. Tup..! alhamdulillah masuk jugak darah dalam syringe tu. Pakcik tu tak sedar sebab tengah seronok bercakap.haha.

" Ok, dah uncle, tq ya "
" Oh, sudah ka? itu saja ka? "
" Aah, tu saja, tak sakit kan uncle, "

Dengan perasaan yang bahagia tu, saya pun kemas2 alat tadi, masukkan darah dalam botol bertutup biru tu dan mencari2 kawan saya tadi. Rupa-rupanya doktor pun ada sekali kat situ. Kawan saya dapat amik sikit je darah, sebab dah tertarik sekali needle tu. Nervous kot sebab ada doktor tengok.huhu. Pastu, bagi plastik tadi kat doktor.

" Doktor, dah amik "
" Yeke? biar betul "

Ish, doktor ni tak percaya kat aku rupanya..

" Betul la doktor, cukupkan, kalau tak cukup, ada lagi dalam syringe ni "
" Cukup2.. "
" Doktor, jap lagi nak minta sign ye "

Hehe. Kami kene isi log book. Dalam log book tu macam2 kene buat, antaranya venepuncture. Lepas dah buat kene minta doktor or nurse untuk sign sebagai bukti yang kita dah buat.

Ape2 pun, muga2 niat ku masih seperti dulu. Ya Allah muga dengan ilmu ini, dapatku manfaatkan untuk Islam tercinta.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga." (Riwayat Muslim)

p/s 1: Kebanyakan doktor2 houseman kt ppukm ni graduan overseas (Ireland, Jordan dll). Hebat2 mereka ni
p/s 2: Malam ni nak pegi oncall kt A & E (bahagian kecemasan). Hari tu dah sesat n terperangkap dalam OT.huhu
p/s 3: Rindu nak balik rumah!
p/s 4: Spec masih seperti dulu..bila nak baiki ni?