Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. begitu juga saya (ayat karangan BM dulu2).
Dan seharusnya seseorang itu mengetahui kelebihan dan kekurangan mereka. Kerana apa? Ya, kelebihan itu untuk mengetahui potensi diri untuk menyumbang ke arah kebaikan, manakala kekurangan itu untuk diperbaiki dari masa ke semasa.
Antara kekurangan diri saya adalah sangat tidak suka mengingat jalan. Kalau naik kereta, pasti saya akan tertido dan setakat melihat-lihat tanpa mengingat jalan2 yang dilalui. Dan akibatnya..malam tadi saya baru sahaja sesat!
------------------------------------------
Selepas maghrib, tiba2, W datang bilik saya, nak minta tolong hantarkan seorang adik junior ke kampus KL. Hah? Nak suruh saya memandu, malam pulak tu.
" Wei, kami mana ingat jalan "
" Ish, takkan ko tak tau kot "
" Memang tak tau la, ko kene ikut sekali "
Dalam pukul 9pm, kami pun bertolak dengan menaiki kelisa buddyku. Harapan kami semua tak nak sesat dan nak balik awal sebab ada study grup. 5 minit pertama, perjalanan adalah lancar. Tiba2..
" Jap, ni nak naik atas ke turun bawah? "
" Eee.. "
Ish, tak bole jadi pemandu pelancong sungguh kawanku sorang ni. Kami sesat. Dan cuba mencari-cari jalan yang betul dengan berpandukan sign board. Berpusing-pusing sekitar KL, adik F ada juga memberi cadangan supaya mengikut laluan monorel. Tapi, tak berhasil.
Tiba-tiba ada sekatan polis pulak.
" Ok, kita tanya pakcik polis "
" Kak w, pakai tali pinggang tu "
" Ko bawak lesen tak? Eh, aku tak bawak ic la "
" Bawak, takpe kot, biasanya dia minta kat pemandu je kan "
--------------------------------------------------
" Dik, nape tak bukak lampu? "
" Eh, tak bukak ye,huhu.. pakcik, nak tanya jalan... "
" Kalau nak tanya, parking tepi ni "
Macam pesalah pulak kami ni. Kene parking kat tepi macam nak kene saman je. Pastu, datangla sorang encik polis ni sambil memegang kertas putih. 'ish, takkan lupa bukak lampu pun nak kene saman, menyesal pulak berhenti kat sini' monolog dalaman
" Ok, semua keluarkan ic "
" Nak ic? "
" Nah, ee..sorang tak bawak "
" Mana boleh tak bawak, salah tu "
Rupanya encik polis tu tengok alamat rumah kitaorang dan sempat pulak berkenalan dengan adik F yang satu negeri dengannya..
" Encik, kami nak cepat ni, macam mana nak pegi jalan..? "
" Ala, jalan terus je ni, pastu jumpa la, "
" Ooo..Ok, terima kasih "
Alhamdulillah selamat sampai ke hostel adik F. Dengan minyak yang kurang itu, kami masih berani untuk sesat. huhu.
Cerita ni tak abis lagi. Lepas pinjam duit dari adik F, kami pun isi minyak. Saya dan W tak bawak duit! Ish2..jangan tiru aksi ini. Ok. Kami pun dengan bersemangat meneruskan perjalanan dan masing-masing berharap kejadian tadi tak berulang. Tapi, Allah yang menentukan segalanya. Kami sesat lagi sekali! Kali ini lagi teruk, sampai ke Bukit Jalil kami pergi. Dan tengok2, ada tol pulak.
Ya Allah, dah la duit takde ni, macam mana nak bayar tol. Cari2, jumpa duit syiling. Alhamdulillah kene bayar rm1.50 je. Kami pun tanya kakak jaga tol tu, macam mana nak balik ke PPUKM. Dia pun ajarla.
Cari2 lagi, tak jumpa jugak. So, berhenti kereta kat tepi gerai jual durian. Berehat sebentar sambil makan durian.haha.yela tu, takla, kami tanya kat pakcik jual duraian tu jalan nak balik PPUKM. Dengan penerangan yang sangat jelas dan mudah faham, kami berjaya kembali ke sekolah tercinta.
“Barangsiapa yang berusaha menunaikan hajat saudaranya, nescaya Allah pula akan menunaikan hajatnya” [Riwayat al-Bukhari]
p/s 1: Malu bertanya sesat jalan. Kalau dah sesat, jangan malu mengaku.
p/s 2: Cuba bertenang sebaik mungkin untuk mengelakkan kejadian menjadi tak terkawal walaupun dalam hati, Allah je tahu tahap kerisauannya.
p/s 3: Bukan sesat, cuma tak jumpa jalan. Sesat tu tak dapat hidayah!
No comments:
Post a Comment