pernah bermaustatin di langkawi selama 2 tahun,
tunjuk kuat. tak nangis pun depan family,
tapi, hanya Allah yang tahu betapa terseksanya jiwa raga,
naik bas, ktm, naik feri seorang diri,
itu semua pengalaman pertama,
tak nangis depan mereka,
tak kira saat pulang ke sekolah itu,
dari cuti yang panjang atau pendek,
muka tetap tabah,
tapi, rekod bersih tercalar juga,
saat mak dan bapak menghantar aku ke sana,
sebelum mereka berdua berangkat ke tanah suci,
aku menangis depan mereka,
sedih sangat bila mengenangkan,
waktu itu lagi seminggu nak spm,
orang lain bole call parents setiap kali habis 1 paper,
tapi aku, nak call mereka di sana agak sukar,
tapi, itu bukan sebab utama,
sejujurnya, aku takut itu perjumpaan terakhir aku dengan mereka.
bila aku nangis, mak pun nangis sama,
sedih sangat, malu pun ada. hu
===========================
kalau kisah budak itu pulak,
dia pulang ke asrama yang berada 2km dari rumah (siap boleh dengar annoucement sekolah itu dengan jelas dari rumah)
tapi dia tetap menangis. tiap kali pulang ke sekolah dari cuti,
tak sembunyi-sembunyi, nangis depan-depan
===========================================
manusia ada macam-macam jenis.
ada yang mudah menangis depan-depan,
ada yang boleh menangis tanpa pengetahuan yang lain,
ada yang berlagak tabah,
ada yang lembut hati,
kita tahu kita siapa, kita lebih tahu bagaimana hati kita,
tapi kita tetap perlu meraikan mereka yang berlainan sifat dengan kita,
kerana di situlah hikmahnya Allah mencipta manusia bermacam ragam dan jiwa,
untuk saling kenal dan saling berkasih sayang. :)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
segala perbezaan itu tujuannya adalah supaya manusia mengecam dan mengenal. belajar antara satu sama lain. kerana manusia sering menjadi musuh kepada apa yang dia tidak tahu.
p/s: menulis kerana esok mungkin ada drama air mata. budak itu daftar uia esok.
p/s: rasa nak private kan blog ni.
6 comments:
helo, jgn la terfikir nk private kan. cane sy nak reach awak lg lepas ni?
rindu awak tahu
rindu anda juga :)
all the best exam.
bittaufiq wannajah!
Kalau nak privatekan, akak nak baca blog ni. Invite akak ye kalau btul2 nak private,
kak ani! dah brape lama akak baca blog sy ni? terjumpe ye? huhu
p/s: sy rasa sy banyak merepek je bila tulis blog ni. huu. tu yg rasa sesuai baca sorang2. :)
tooooooollllllooooooooonggggg...
jgn la privatekan..
heee =)
kak u! :)
Post a Comment