Wednesday, May 25, 2011

tomboy


bismillah,

masa kecik-kecik dulu, aku banyak habiskan masa dengan bajim, abangku yang tua 2 tahun dari aku. kami memang rapat.

dia main bola, aku main bola.
dia panjat pokok, aku panjat pokok jugak.

waktu hujanlah, waktu paling dinanti-nantikan kami,
aku amik basikal, bawa turun bukit depan rumah itu,
laju melunjur atas rumput yang basah,
bukan setakat berbasikal dalam hujan,
kami main baling selipar juga dalam hujan,
dan ia paling best!

bukan bab main-main je, aku ikut dia,
bab berpakaian pun sama,
mana ada baju-baju kurung menghiasi diri ini,
setakat nak ke majlis kawin dan hari raya,
selain itu, berseluar sahaja aku.

gaya jalan aku pun lain macam aje,
dan mak berusaha betulkan itu semua,
mungkin berpunca dari perbualan ini,

aku pernah tanya pada mak, waktu tolong mak di dapur.
"seronok je jadi lelaki, tak payah masak pun, bila dah siap, diorang datang makan,
bila dah habis makan, tinggal je pinggan, perempuan yang kena basuh.
basuh baju, sidai kain pun sama, semua perempuan yang buat.
orang lelaki ni relax je, setakat pergi kedai beli barang je pun, atau pergi buang sampah.
yang lain, perempuan je yang banyak kena buat" aku memberontak.

"buat kerja lebih, tentu dapat pahala lebih, kan?" mak cuba memujuk.

"diorang tak payah pakai baju kurung pun. senang je diorang nak bergerak. kita ni dengan kena pakai tudung, kene pakai kain bagai, huh." aku berhujah lagi.

"itulah istimewanya perempuan, sentiasa perlu jaga adab dan maruah diri, sebab diri kita, perempuan ni sangat berharga." mak cuba beri penjelasan

============================================

andai aku punya anak perempuan bertanya begitu,
tentu jadi risau,
krisis jantina? huh. berat.

sama macam mak risaukan aku,
beberapa kali mak menegur cara berpakaian aku,
cara berjalan, dan macam-macam lagi.

alhamdulillah, ada peningkatan dan perubahan.
terima kasih mak, untuk usaha yang tiada penat lelah itu,
dan masih berusaha untuk berubah hingga saat ini,
(sebab ada saki baki melekat sampai sekarang ni. hu)

===========================================

"Rasulullah saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki." (riwayat bukhari)

lelaki dan perempuan punya perbezaan yang saling menampung dan saling melengkapi antara satu sama lain, sama ada kejadian fizikal, emosi dan lain-lain. dari kelainan itulah sunatullahnya, kita hidup berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan.

bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan. masing-masing punya tugas dan tanggungjawab. bukan kerana jantina kita ke syurga.

p/s: menulis kerana berita terbaru tentang ini. Ya Allah, selamatkan umat ni dari fitnah dunia akhir zaman.

kalau naik basikal ni masa main hujan dulu2 tu, baru nampak ayu sikit :p

No comments: