bismillah,
mari menulis dengan serius.
aku ke surau ehsaniah di kawasan rumahku ni selasa yang lepas.
mendapat maklumat bob lokman akan singgah ke surau itu sebelum meneruskan perjalanan ke tempat sebenar untuk beliau berceramah.
kesempatan yang ada, memberi peluang bob lokman untuk menyampaikan tazkirah antara maghrib dan isya'
dengan keterbatasan waktu, beliau sempat bercerita tentang zaman jahiliyyahnya. bagaimana sebagai seorang bekas pelajar sekolah agama menjadi artis. bagaimana kehidupannya sebagai pelakon.
dia juga bercerita bagaimana setelah dia berhijarah dari dunia artis itu, perlunya mujahadah yang tinggi untuk tidak kembali ke dunia lakonan walaupun dihimpit dengan masalah kewangan dan caci-makian dari orang lain. bayangkan bil elektrik tak mampu dibayar sedangkan dia ditawarkan rm17000 untuk berlakon drama.
hebat mujahadah insan ini. kita bagaimana?
aku percaya kita semua punya zaman jahiliyyah masing-masing.
zaman muda remaja, tika lanjut usia atau mungkin saat ini, kita masih punya sisa-sisa jahiliyyah itu lagi.
[“Iaitu tidak mempunyai ilmu atau tidak mengikut ilmu. Maka orang yang tidak tahu haq, dia adalah jahil ringan. Tetapi jika dia meyakini sesuatu yang bertentangan dengan haq sebagai suatu kebenaran, dia disebut jahil berat. Demikian pula, orang yang mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan haq, dia tetap disebut jahil meski pun dia tahu bahawa hal itu bertentangan dengan haq.”] Ibn Taimiyyah
ada yang berkata lupakan segalanya. mulakan hidup baru. bagi aku, usah lupakan ia begitu saja. usah lupakan dosa-dosamu itu saat kamu memohon ampun pada Dia. kenang kembali dosa-dosa lalu mu itu andai itu dapat menitiskan air mata keinsafan buat kamu.
engkau tahu, bukan orang yang mulia itu orang yang tidak melakukan kesilapan, tapi mereka yang mulia itu adalah yang segera bertaubat pabila melakukan kesalahan. mari berdoa.
"Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu,dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku.Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau."
p/s: aku menyampaikan sesuatu pada kalian di sini, tapi percayalah aku adalah paling hina antara kalian semua.
No comments:
Post a Comment