Tuesday, May 31, 2011

tak rasa


bismillah,

kuat! kamu kuat wahai sahabat. aku tahu itu. ada sesuatu untuk kamu atas sabar dan tabah itu. kalau bukan sekarang, akan datang. dan pasti ganjaran di akhirat kelak yang sangat dinanti.

"wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah diri kepadaMu)" al-a'raf:126

=====================================================

status di wall facebook ku. beberapa jam setelah result reseat exam keluar. berkali-kali menulis, kemudian padam, menulis kembali.
dengan kawan-kawan lain sibuk bertanya tentang posting pertama tahun 4 mereka.

seringkali aku ingatkan diri;

senang sahaja tangan menari laju menaip kata-kata indah buat penenang jiwa,
mudah saja bibir membisik kata semangat buat diri yang lesu,

tapi, pemilik tangan dan mulut itu tidak berada di posisi mereka,
dia tidak dapat merasai apa yang ditanggung mereka,
aku tak rasa apa yang mereka rasa.

tapi, ini tugas aku buat kamu, sahabat. bukan untuk kamu semata, tapi untuk diri ku yang mungkin punya seribu satu ujian menanti kelak.

=======================================

“sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)”(90:4)

memang benar, kita mudah jatuh tersungkur dalam menghadapi ujianNya.
kita mudah berputus asa dari rahmatNya.
kita seringkali tidak mensyukuri nikmat kurniaanNya.
kita terlalu leka dengan dunia yang sementara waktu cuma.

kerana kita hanyalah manusia yang lemah. sangat lemah disisi Dia.
tiada sumber kekuatan yang kita dambakan melainkan dariNya.

teguhkanlah pendirian kami. istiqamahkanlah segala amal kebaikan kami.
ampunkanlah dosa yang kami lakukan secara sedar ataupun tak sedar.
jauhkan diri kami dari bersangka buruk denganMu.
suburkanlah hati kami dengan perkara2 yang bisa membuatkan diri kami terasa dekat denganMu.
kuatkan kami dengan segala ujian yang Kau berikan pada kami

kuatkan dia ya Allah. kuatkan mereka juga.
kuatkan aku, juga kami semua!

p.s: sungguh, mereka insan terpilih. berbahagialah dengan ujian dari Dia. ujian itu tanda sayang Allah pada hambaNya. kan.

4 comments:

[MH] said...

saya pernah rasa apa yang mereka rasa. seminggu sebelum nikah, dpt berita kena repeat paper. nak pitam rasanya waktu tu. esoknya demam satu hari. lepas nikah, terus fly ke mesir.

skrg, alhamdulillah. menghargai detik2 itu pabila diuji. tidak menjadikan kita lemah, malah membina diri menjadi kuat. supaya nanti didatangkan ujian yang lebih hebat, kita sudah tegar untuk menghadapinya.

teruskan memberikan nafas buat mereka :)

azk2121 said...

betul2. ujian menguatkan kita lagi. tq! sebab awak dah pun beri nafas buat sy dan yang lain :)

all the best exam! insyaAllah. Allah bantu :)

nhu said...

walaupn km xamek medic, tapi selalu duji dgn kegagalan..mmg rasa susah sgt & kdg2 rasa putus asa..

tapi percayalah ckp kami, kejayaan yang tercipta drpd usaha penat lelah, jerih perit, kesakitan & keperitan akibat kegagalan & kesusahan ketika menuntut ilmu itu lebih manis & nikmat...asal kte xputus asa, yakin pd janjiNya & doa tak putus..

bila kta pernah rasa susah, kita akan sts ingat & sedar akan hakikat kita sbg seorg hamba..

kita merancang, Allah juga merancang...tp Allah sebaik2 perancang..

“Diberi ujian seorang hamba itu. Ujian yang mampu dipikulnya. Yang dengan sedikit pengorbanan yang dilalui hamba itu, dia mampu membentuk manusia lain kerana hari ini, dia mampu berbicara. Kata-katanya itu dibayar dengan pengorbanannya suatu ketika dahulu.”

azk2121 said...

thanx dayah :)
bukan medic je, course lain pun sama jgk kan.

dan sepanjang kehidupan kita kat dunia ni, kita sentiasa diuji. iman, dan taqwa kita yang akan memandu kita dalam menghadapi ujian itu.

p.s: congrate again dayah :)