Friday, June 24, 2011

doktor menganggur

bukan dilihat pada kecilnya kamera itu, tapi lihatlah pada gambar yang diambil.
bukan dilihat pada kecilnya tubuh badan, tapi lihatlah pada besarnya hati yang dimiliki, akhlak yang terpancar indah.
bukan minta dimudahkan ujian, tapi mintalah agar dikuatkan hati menghadapi ujian

-------------------------------------------------------------------------------------

prof Raymond yang baru balik dari meeting dengan kementerian kesihatan or pengajian tinggi (tak pasti yang mana satu) beritahu, ada kemungkinan dalam tahun 2014, akan berlaku pengangguran doktor. tak kisah sama ada jpa's scholarship holder atau bukan. carilah kerja kat mana-mana yang rasa sesuai.

bising 1 auditorium tadi.

kalau dulu apply medic sebab terjamin kerja,
sebab rasa memang ada je kerja untuk kita,
sebab terlalu yakin, kerjaya doktor kerjaya paling cepat seseorang dapat bekerja,
tapi, hakikatnya, tiada apa yang pasti dalam dunia ni,

mari kita betulkan niat.
belajar kerana kemasyhuran?
belajar kerana nak dapat kerja?
atau belajar kerana Allah?

Allah mencipta manusia sebagai makhluk percaya.
bertindak mengikut apa yang dia percaya.
betulkan hati, tempat letak percaya diri.
perlu percaya adanya rezeki buat dirinya,
percaya semuanya dalam aturan dan kebijaksanaan Allah,
percaya segala yang dilakukan adalah kerana Dia,

"dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas" (al-baqarah: 212)

"andai kamu tak dapat apa yang kamu kehendaki, bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki!"

rezeki Allah itu luas. ada di mana-mana. yang penting ikhlas.
andai niat kerana Dia, pasti apa sahaja yang dirancang untuk kita, tenang kita hadapinya.
kata kunci: percaya! dan usaha.

usah gundah! mari usaha sehabis daya meneruskan sekolah perubatan ini. belajar kerana Dia. belajar kerana Dia. belajar kerana Dia. yang lain serah pada Dia.

p.s: tapi, boleh je kalau nak intai-intai kerja lain yang sesuai dengan diri selain jadi doktor. hoho. (ini provokasi :p)

2 comments:

[MH] said...

huuhu. dh agak dah. ni yg rasa nak lari ke tempat lain. huhu

konfem ke?

azk2121 said...

tak confirm lagi, tapi kemungkinan itu ada. dan prof kata bole je berlaku lebih awal dari tahun 2014 tu. hu.

p.s: nak lari kat mana? nak ikut. hoho