Tuesday, June 14, 2011

kalau di tanya


bismillah,

kubiar kalam berbicara,
kubiar pena menulis,
menghurai maksud di hati,
meluah rasa hati.

========================

bila rasa down, rasa semangat hilang,
selain baca quran, solat,
menulis diari, menangis,
menjerit, atau makan banyak buat melepas geram,
apa 'common sense' yang selalu dibuat.

kalau di tanya pada aku
pasti menelefon mak!
itu salah satu terapi,
baru dengar suara,
dah rasa tenang sangat,
belum lagi melontar kata,
buat pemangkin semangat,
hati dah jadi kuat

kalau di tanya pada aku lagi,
apa nikmat paling berharga selepas nikmat iman dan islam,
pasti kujawab, nikmat kasih sayang kedua ibu bapaku!
kerana kasih mereka tiada taranya, tiada gantinya

kalau rasa tenang je menjawab exam,
andai rasa mudah saja buat sesuatu tugas,
jangan ingat doa kau (aku) dikabulkan,
jangan rasa ibadah kau sudah sempurna,

kerana mungkin, itu bukan doa dari kau yang punya banyak dosa, termakbul,
tapi, doa ibu bapa kau yang tak putus-putus menyebut nama kau dalam doa mereka,
mungkin itu dari sujud solat malam mereka yang memohon kemudahan buat kau,
dari doa mereka, kerana doa mereka,
melalui kasih mereka, dapat kita merasa rahmat kasih sayang Dia.

"Ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya" (HR Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah)

"Ya Allah, ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku. kasihani mereka seperti mana mereka mengasihi ku sejak dari kecil"

p/s: mode: rasa tak semangat+rindu mak+nak balik rumah
p/s: untuk anda; jangan pencen dari sesuatu yang dapat benefit kan orang lain :) kata2 sebelum ni gurauan semata ^^

4 comments:

[MH] said...

^_^ untuk ayat yang last sekali

hai awak, sy sudi nak pinjamkan sedikit kekuatan dan semangat yang saya ada. ini pun saya pinjam dari Dia. stay strong! be macho (mcm saya :D)

azk2121 said...

ok. sy nak pinjam! macho? haha.
p/s: jzzk :)

shazwani said...

sjk berblog nie..smkn berpuitis..
org blog hush...

azk2121 said...

wani, belajar dari ko. bg alamat blog ko cpt!