Monday, June 20, 2011

monolog

bismillah,

bila cuti weekend tak macam cuti,
program yang bermacam,
tiba-tiba esok dah start kelas balik,
haish, sapa kata 4th year honeymoon year

==================================

monolog untuk hati;

engkau tahu wahai hati, Allah sedang membantu diri kamu. untuk kembali bangkit. Allah telah memilihmu untuk merasai kemanisan hikmah. Dia tidak memberikan apa yang engkau mahu, tapi Dia memberikan apa yang engkau perlu.

tahukah engkau, aku kini lebih menjadi sibuk. sibuk dengan urusan Allah, bukan sibuk dengan sesuatu yang sia-sia. sibuk dengan taklifan, sibuk untuk mencari redha Dia.

engkau juga tahu bukan, bahawa taklifan ini sangat berat untuk dipikul. takut untuk berada bersama satu saf dengan mereka yang hebat. takut amanah tak tertunai. takut dengan kerana dosa-dosaku, yang lain turut terkorban.

aku tahu wahai hati, engkau terlalu rapuh. kadang emosi sendiri. emosi tak tentu hari. tapi aku tahu bahawa Allah sedang mengajarku agar engkau perlu kental hadapi semua ini. semoga engkau sentiasa sihat diisi baja keimanan. sentiasa kuat meneruskan jalan dakwah ini. Jangan lemah-lemah duhai hati! aku berharap ni :)

p.s: tak pernah rasa seberat ni pegang amanah. Allah, bantu kami semua.
p.s: siapa kata orang yang dah kawin ni matured? bila duduk satu rumah dengan orang yang dah kawin ni, kadang2 diorang ni lagi gila-gila dari yang tak kawin lagi. hu
p.s: rupanya dia takut tidur sorang. teman la dia, aku semalam.

4 comments:

nhu said...

laa tahzan..innallaha ma'ana..

azk2121 said...

:) thanx dayah.

yukiyepi said...

lalu lalang lg skali...
prof wong ckp, our honeymoon yr is over since we entered medical school...
tp ada 1 lg honeymoon sbnrnye, honeymoon ngan our abang..hakhak

la tahzan juga....kalu bosan2,rajin2 la singgah umah sebelah..heheh

azk2121 said...

km terpaksa bersetuju dengan statemnt prof wong. hoho.
honeymoon lagi satu tu. lambat lg nak fikir. hu
ok. akan singgah time ko tgh study! saje kacau. haha. jgn lupa sediakan juadah utk tetamu. :p