Saturday, June 18, 2011

pop


bismillah,

bukan nak tulis tentang kumpulan korea popular, K-pop
bukan juga, paddle pop, aiskrim kegemaran ramai itu,
sudah tentu bukan rancangan hiburan pop kuiz.
tapi nak cakap tentang Plaster of Paris (POP) atau bahasa lainnya; simen.

alhamdulillah, tak pernah sepanjang hidup ni, merasa pakai pop tu, sehinggalah khamis lepas,
aku dan beberapa group ortho posting dipaksa pakai, terpaksa pakai.
semua student yang sedang berposting orthopedic diwajibkan pakai,
pakai untuk seharian.
dan lepas pakai tu, perlu tulis reflective writing. cerita pengalaman, perasaan dan kesusahan memakai pop tu.

sebelum aku ke kelas untuk mendengar penerangan dari MA tentang pop,
aku dah siap-siap berwudhuk untuk solat dhuha,
tapi terpaksa tangguh dulu untuk bergegas ke kelas sebab kelas diawalkan.
sampai-sampai tu, dah start dah kelas.
diajar jenis pop, diajar cara apply pop pada patient.

habis je penerangan tu, aku dan lain, buat pop dengan partner masing-masing,
pakai sebelah kiri, sebab aku right hand dominant.
baru beberapa minit pakai, dah rasa macam-macam.
panas dan berat. memang tak selesa.
pakailah aku. sesampai di bilik, teringat tak solat dhuha lagi,

terus nak solat. Allah, payahnya nak bukak white coat dan pakai telekung guna sebelah tangan.
waktu solat, waktu sujud terasa susahnya. nak angkat tangan untuk doa, lagila susah.
mula-mula rasa nak bukak je pop tu, tapi bertahan lagi,
bergegas ke meja study. bukak laptop. cwu tak siap lagi.

adoyai. boleh rosak laptop tu, bila pop yang berat tu menghempap keyboard laptop yang nipis,
dengan jari yang restricted untuk digerakkan. taip la aku dengan sopan dan santun.
memang tak bole jadi, esoknya tu nak hantar dah cwu.
aku nekad nak bukak masa nak solat zohor.
so, aku hanya pakai untuk 3jam sahaja kot.

========================================================

benarlah, bila kita kehilangan sesuatu, baru kita menghargai sesuatu itu.

aku 'kehilangan' tangan kiri untuk 3 jam sahaja.
aku terasa susahnya pakai simen tu untuk 3jam sahaja.
tapi mereka yang berada di ward,
yang terpaksa pakai untuk berhari-hari, berminggu-minggu,
apalah perasaan mereka nak dibanding dengan aku.

benarlah, bila ditarik nikmat sihat tu,
bila diuji dengan kesakitan,
hikmahnya, supaya dapat dekatkan diri dengan Dia,
supaya bersyukur atas nikmat yang diberi,
untuk ingatkan nikmat yang mungkin kita telah lupa.

sebab itulah doktor, golongan paling mudah berdakwah,
fitrah manusia nak kebaikan, dan mereka diuji dan insyaAllah dibuka pintu hati untuk mendengar kata-kata dari kita. kata-kata dakwah, kata-kata kebaikan,

tapi, kita tak punya kekuatan itu.
tak perlu dicari, tapi perlu dibina,
mari kita bina kekuatan itu,
mulalah walau dengan sekadar bertanya,

"pakcik, kalau solat macam mana ye, kalau pakai simen ni?

p/s: alhamdulillah. 2 cwu sudah dihantar. rasa macam baru habis exam. hu. jzzk untuk semua yang mendoakan. :) dan yang meminjamkan printer. hoho


5 comments:

[MH] said...

az, lewatnya awak tido!
senanya kan az, sy selalu fikir, sekarang sy diberikan terlalu banyak nikmat dan kesenangan. sy risau apa reaksi dan respon pertama sy nanti bila nikmat ditarik balik.

betul lah kata awak. kekuatan tu harus dibina mula dari sekarang. andai utuh hubungan kita dengan Dia, insya Allah, apa-apa susah atau senang semuanya mudah.
hu

yukiyepi said...

hi awak!=P

azk2121 said...

fathiyyah:

hihi. insomnia semalam, lately, macam jadi kelawar pulak. malam2 segar, siang2 ngantok. hoho
insyaAllah, jom bina sama2. :)

farah:

hi! haha. ko jumpa kat mana ni. haish.

nhu said...

azhana, ble bce post ko ni, teringat smla kenangan km sakit dl, stahun xleh jalan..dgn pakai pop ni berbulan2..

sihat tu nikmat, jd jaga & gunaknlah nikmat sihat tu sbaik2nya

azk2121 said...

tula, km pakai sekejap pn dah rasa macam2. ko pakai berbulan-bulan, mesti lagi terseksa.

insyaAllah, ada ganjaran disebalik kuat dan sabar ko tu, dayah! :)