Thursday, June 23, 2011

pinjam


bismillah,

isnin lepas, berdiri sepanjang hari. dari pagi sampai petang.
ward round oncology laju je, sebab tak ramai patients,
habis je ward round, masuk operation theater,
duduk dalam ot yang sangat sejuk selama 3 jam,
dah gigil dah kami dalam tu.

hemi-pelvectemy. what do you expect?
amputation!
kami yang blur-blur ni, ingat nak buang pelvic je la.
"kalau pelvic dah tak ada. rasanya, kaki bahagian bawah tu nak sambung kat mana?"
haish. kan dah kena dengan doktor.

patient, 63 years old lung cancer metastasis to femur,
bila tengok doktor operate tu,
dengan bunyi gergaji (?), bunyi mesin pemotong,
rasa gerun. rasa sedih. rasa insaf.

benarlah, segala nikmat kesihatan,
nikmat anggota badan,
nikmat dapat berjalan,
nikmat dapat berlari,
semua milik Dia.

semua milik Allah.
diberi kita pinjam untuk seketika.
diguna untuk kebaikan atau sebaliknya,
dapat bantu kita menjawab di hadapan Dia kelak,
atau sebagai saksi penyebab kita ke neraka (nauzubillah min zalik)

andai ditarik nikmat-nikmat seumpama itu,
adakah sudah kita bersedia?
cukupkah pancaindera yang dikurnia itu,
membantu kita mencari redha Dia.

selagi Pemilik Alam ini,
memberi kita masa untuk meminjam,
berusahalah guna ia, ke arah redha Ilahi.

nak biarkan kaki itu terus berjalan ke masjid, ke tempat ilmu,
atau membiarkan kaki mengunjungi pawagam berhampiran,
atau shopping dan berjalan tanpa tujuan.
terpulang pada diri masing-masing.
iman dan taqwa yang memandu kita dalam membuat keputusan

tapi sedarlah wahai diri.
kamu hanya seorang peminjam.
bukan pemilik.
dapatkah ia dipulang pada Pemiliknya
dengan grade yang Dia kehendaki?

Kepunyaan Allah-lah segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan.(Ali-Imran : 109)

p.s: balik dari ot, ke bilik bedah mayat nak tengok autopsy. tragis! insyaAllah next post.
p.s: time management masih di takuk lama. usaha usaha !!!

No comments: