Wednesday, November 10, 2010

demam di rumah :)


bismillah,

seronoknya dapat balik rumah,
bukannya hanya sebab dapat relax-relax kat rumah,
bukannya sebab tak payah ke ward,
bukannya sebab dapat makan banyak:p

tapi, seronoknya dapat balik rumah
sebab dapat jumpa mak bapak,
dapat tengok muka orang-orang yang kita sayang,
dapat bermanja dengan mereka,
dapat tengok keadaan rumah,

bila balik rumah,
mak masak sedap-sedap,
mak tanya nak makan apa,
bapak tolong urus kewangan, (duit jpa banyak sangat :p)
tolong bukakkan spec kalau aku dah tertido,

seronoknya balik rumah,
dapat sembang-sembang dengan mereka,
dapat cerita kisah-kisah kat ward,
dapat dengar kisah-kisah menarik yang mereka ceritakan,
dan boleh join banyak majlis ilmu kat sini,

---------------------------------------------

aku jarang sakit, alhamdulillah
jarang demam, jarang tak sihat,
selsema itu biasa, batuk pun biasa aku alami,

tapi kelmarin, aku demam,
pening, sakit kepala,
dan paling teruk muntah,
bukan sekali dua, tapi 3, 4 kali.

hanya Allah yang tahu betapa seksanya,
setiap sejam bangun ke bilik air dan muntah,
esoknya, tengok makanan pun dah tak lalu,
rehat dan tido je.
tapi seronoknya, demam kali ni,
ada orang jaga,
ada orang suruh makan ubat
sapa lagi kalau bukan mak dan bapak,
kalau macam ni, hari-hari demam pun tak pe.

alhamdulillah, hari ni dah sihat sikit.
makan panadol sebijik, tu pun lepas kene paksa,
aku bukan tak reti makan ubat,
tapi, memang tak suka makan ubat,
mak selalu cakap,
nanti jadi doktor, asyik suruh orang lain makan ubat,
tapi diri sendiri tak nak makan ubat.
xpe mak, ubatnya adalah positive mind!
lagi mujarab..

sakit adalah satu nikmat
sakit itu peringatan dari Allah,
buat aku yang lalai dan alpa,
buat aku yang banyak dosa,
buat aku yang kurang amal,
buat aku bermuhasabah kembali,

---------------------------------------------------------

“Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”

“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” 57:22-23.

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” 42:30.


p/s: ada orang suruh update..tak ada citer menarik pun.

Sunday, November 7, 2010

hidup ini adalah perjuangan

mengharungi samudera kehidupan
kita ibarat para pengembara
hidup ini adalah perjuangan
tiada masa tuk berpangku tangan

setiap tetes peluh dan darah
tak kan sirna ditelan masa
segores luka di jalan Allah
kan menjadi saksi pengorbanan

Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasul qudwatunaa
Al-Qura'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi


p/s: alhamdulillah, moga Allah redha. Ahlan wasahlan ya mujahid/mujahidah!
p/s: sebak dan terharu tengok semangat tinggi adik2..
p/s: ukhwah, ilmu, tarbiyyah dan semua pahit manis rasa bersama.
p/s: kita bukanlah yang memulakan, kita juga bukanlah yang mengakhirinya, kita adalah rantai-rantai perjuangan.


Wednesday, November 3, 2010

malu


bismillah,

malu,
malu itu hadir dari hati,
malu itu anugerah dari Allah,
malu itu perhiasan diri,
malu itu subjektif,
malu itu sangat indah :)

ramai yang dapat sembunyi rasa malu itu,
tapi, ramai lagi yang sangat senang ditafsir malunya,
bila pipi mula kemerahan,
bila senyum mula terukir di bibir,
bila wajah mula tertunduk,

malu itu sinonim dengan kaum hawa,
yang dapat menjaga maruah diri mereka,
menjadi perisai diri mereka,
menjadikan mereka itu istimewa,
menjadikan aku, kamu dan kita semua istimewa :)

tanpa malu ini, aurat bangga dipamer,
tanpa malu ini, ikhtilat tak dijaga,
tiada malu ini, couple bertambah-tambah,
tiada malu ini, zina berleluasa.

ada yang jadi malu bila berbicara di hadapan khalayak ramai,
ada yang tak boleh sembunyi malu bila dipuji,
ada yang malunya hadir bila dirisik, dilamar,
malu bila ditegur melakukan kesalahan,
malu bila gagal dalam peperiksaan,
malu atas sebab-sebab biasa, bukan luar biasa

aku mahu jadi malu dengan sahabat-sahabat yang tinggi mujahadahnya,
malu dengan perjuangan mereka yang hebat,
malu dengan ketinggian budi pekerti mereka,

aku mahu jadi malu kerana Dia,
Dia yang menciptakan aku,
yang memberi aku 1001 nikmat,
malu untuk membuat dosa,
malu untuk meninggalkan suruhanNya,
malu dengan dosa-dosaku yang bertambah,
malu dengan amalku yang berkurang,
malu dengan rahmat dan nikmat yang tak disyukuri,

tidakkah kita malu, pabila segala dosa-dosa kita ditayang di akhirat kelak,
akan di buka segala keaiban kita,
akan di hitung segala amalan kita,
adakah malu lain yang lebih hebat daripada malu kerana Allah.

sesunggunya, makin tebal malu kita,
makin rasa selamat,
makin rasa perlindunganNya
makin bertambah dekat kita padaNya,
makin kita dapat rasa kasih sayangNya,
hebat sungguh sifat malu ini

-------------------------------------------------------------------



"Malu itu tidak akan menyebabkan perkara lain kecuali untuk kebaikan."(Bukhari)

"Malu itu datangnya daripada keimanan dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya adalah membawa kepada neraka".(Bukhari)

"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya".(Bukhari)

“Sesungguhnya Allah adalah Maha Pemalu dan Maha Menutupi. Dia mencintai rasa malu dan ketertutupan.” (abu dawwud, nasa’i, ahmad)

“Sesungguhnya setiap agama itu berakhlaq, Sedangkan akhlaq agama islam adalah malu.” (ibnu majah)

p/s: kadang-kadang malu dengan orang lebih berbanding malu dengan Allah, astaghfirullah..
p/s: sedih dan malu dengan dr y serba kekurangan ini.
p/s: Ya Allah moga sifat malu kerana Mu ini kekal dalam diriku..
p/s: akan berprogram hr ni, moga Allah redha dan permudahkan segalanya.

Monday, November 1, 2010

kisah budak perempuan dan haiwan-haiwan di sekelilingnya


bismillah,

Riuh rendah di zoo taiping itu, membuatkan budak perempuan itu teruja. Ditemani ibu dan adiknya yang berusia 2 tahun, rombongan sekolah tadika itu cukup bermakna baginya. budak perempuan itu berjalan bersama ibu serta beberapa orang rakannya. Dari satu haiwan ke satu haiwan lain dilihatnya, semua ada keunikan tersendiri. tiba-tiba, dia terdengar jeritan beberapa orang pengunjung, membuatkan dia melihat ke arah jeritan tersebut. rupa-rupanya, ada seekor babi hutan terlepas dan sedang meluru ke arah mereka yang menjerit tadi. budak perempuan itu hanya ketawa dengan apa yang dilihatnya.
Dia pun meneruskan pemerhatiannya ke atas haiwan-haiwan lain. tidak berapa lama kemudian, seekor babi hutan lain pula meluru ke arah dia dan ibunya yang sedang mendukung adiknya. apa lagi, berlari lintang pukang mereka semua. alhamdulillah, mereka semua selamat. mereka mengambil keputusan untuk menaiki kereta api zoo untuk meneruskan pemerhatian mereka terhadap haiwan-haiwan lain di zoo itu. sambil menikmati pemandangan zoo di dalam kereta api yang perlahan itu, budak perempuan itu meliahat ada sekumpulan pekerja zoo sedang meronda-ronda untuk menangkap babi hutan yang terlepas tadi. budak perempuan itu ketawa lagi, teringat kejadian awal tadi. dalam hati dia berkata, "ni lah akibatnya, gelakkan orang lain.."

-----------------------------------------------------------------

budak perempuan itu telah bertambah umurnya dan telah memasuki sekolah rendah. di suatu hari, masa darjah 3, dia dan rakan-rakan sedang kusyuk belajar di dalam kelas, tiba-tiba bunyi ayam berkokok kuat kedengaran. mereka semua berpaling ke belakang kelas, dan alangkah terkejutnya mereka, apabila seekor ayam telah terbang melayang dari dalam almari ke luar tingkap kelas. selepas itu, cikgu pun meneruskan pembelajaran, tapi budak perempuan itu mula membuat andaian, "ayam tu tengah cari tempat sesuai nak mengeram telur dia ataupun dia nak belajar sama?.."

---------------------------------------------------------------------

naik darjah 4, dia dan satu kelasnya terpilih untuk duduk di makmal sains kerana kelas-kelas lain sedang dalam pengubahsuaian. belajar dalam makmal sangat best bagi budak perempuan itu, sebab dia selalu ke belakang makmal dan melihat-lihat spesimen di situ. pada suatu hari, sedang dia asyik melihat spesimen itu, tiba-tiba suatu lembaga hitam terbang dalam makmal itu, rupanya batman@kelawar telah mengejutkan budak itu, dalam hati, "ish, terkejut aku, napa siang2 pun ada, bukan malam je ke?"

-----------------------------------------------------------------------

Budak perempuan itu telah menginjak ke alam dewasa. bersekolah di sekolah asrama yang sangat jauh dari rumahnya. pada suatu hari, guru biologi telah mengarahkan semua pelajar untuk menangkap katak untuk dijadikan bahan eksperimen. jadi, pencarian katak bermula pada malam itu. budak perempuan dan kawan-kawannya telah lengkap dengan senjata masing-masing. baldi, plastik bag, torchlight dipegang kemas oleh mereka semua. malam itu, selepas solat isya', mereka memulakan misi pencarian. dari padang bola hingga ke longkang2 dicari mereka. di mana ada bunyi 'krog,krog', di situ mereka pergi. akhirnya, pencarian mereka berakhir dengan jayanya. 6 ekor katak berjaya di tangkap setelah berpenat lelah mencari.

Keesokan paginya, budak perempuan itu sangat teruja untuk melakukan eksperimen dengan katak yang mereka jumpai semalam. di dalam makmal biologi, mereka dikehendaki menghantar katak2 tersebut untuk di rendam dalam cecair pelali untuk katak. setelah beberapa lama kemudian, setiap 2 orang pelajar perlu mengambil seekor katak. budak perempuan dan kawannya mendapat katak yang paling besar antara semua katak. mereka pun memulakan eksperiman tersebut. perlu operate perut katak tersebut dan melihat organ-organ dalaman katak itu. mereka pun melihat dan melukis organ katak itu setelah perut katak di belah. tiba-tiba, tanpa di sangka, katak itu melompat dari meja makmal itu dan mula melompat-lompat dengan perutnya yang terburai. Semua pelajar menjerit-menjerit melihat kejadian itu. dalam hati budak itu berkata, "Katak ni besar sangat, ubat pelali tu berkesan sekejap je.."

----------------------------------------------------------------------------

Budak perempuan itu berjaya masuk ke pusat matrikulasi selepas mendapat keputusan spmnya. beberapa bulan kemudian, mereka perlu membedah tikus putih. Kejadian katak telah memberi pengajaran kepadanya untuk memilih tikus putih yang kecik. seronok membedah tikus itu, tiba-tiba.. tikus itu bangun dari tidonya..haha.(iklan) budak perempuan itu sudah siap bedah dan melihat-lihat organ tikus itu, dia pun meronda-ronda makmal melihat tikus-tikus kawan kawan yang lain. tiba-tiba, dia tertarik melihat salah seekor tikus itu. rupanya tikus itu sedang mengandung. beberapa ketulan dapat dilihat dalam perut tikus putih yang comel itu, budak itu berkata dalam hatinya, "kesian ko, meninggal waktu mengandung.."

-------------------------------------------------------------------------------

Setahun berada di matrik, budak perempuan itu berjaya masuk ke universiti. pada suatu petang, budak perempuan itu membeli makanan, lalu diletakkan di atas meja. dia pun keluar dari biliknya untuk ke bilik air. seperti biasa, budak perempuan itu tidak mengunci pintu biliknya. setelah beberapa minit, dia kembali semua ke bilik dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati 2 ekor kucing telah menyelongkar bungkusan makanannya. budak perempuan itu bertukar menjadi hijau. dan mula menghalau kucing itu. dalam perjalannya ke cafe untuk membeli makanan lain, hati kecilnya berkata, " sapa suruh tak kunci pintu. Kucing tu makhluk Allah juga. dia pun lapar.."

Suatu tengah hari, budak perempuan itu pulang ke bilik dari tempat belajarnya, dia kepenatan dan berniat untuk qaululah. sedang dia diulit mimpi, seekor semut telah menggigit matanya. mungkin matanya manis..dia pun terbangun dari tidur dan mengadu pedih mata. bila di lihat jam, rupanya jam 3pm. dia tak solat zohor lagi, sambil bergegas ke bilik air untuk berwudhuk, dia bercakap seorang diri, " tq ye semut..kejutkan aku solat"

--------------------------------------------------------------------------------------

semua makhluk hidup dan tak hidup di alam semesta diliputi oleh tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka semua diciptakan, bahawa mereka menunjukkan kekuasaan, ilmu dan seni dari Pencipta mereka.

"segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah. Dialah yang Maha Besar, Maha bijaksana. Kekuasaan dari langit dan bumi adalah miliknya. Ia memberikan hidup dan menjadikan mati. Ia memiliki kekuasaan atas segala sesuatu.(57:1-2)

"dan tidak ada seekor pun binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan semuanya merupakan umat-umat(juga) seperti kamu.."(6:38)

para sahabat bertanya kepada Nabi saw: "apakah diberi pahala dengan menolong binatang? baginda menjawab: "Pada tiap yang bernyawa ada pahala (jika kita menolongnya). (HR Bukhari, muslim)

"kasihanilah siapa yang di bumi nescaya kamu akan di kasihi oleh siapa yang di langit" (HR at-tabrani)

p/s: cerita di atas diadaptasi dari kisah kehidupan seseorang:)
p/s: post terpanjang kot setakat ni..
p/s: dah hbs exam, alhamdulillah, sekarang tengok kuasa tawakal pulak..

Friday, October 29, 2010

adakah alasan lagi untuk kita tidak bahagia?


bismillah,

bahagianya bila rasa bahagia,
bahagia lagi kalau dapat buat orang lain bahagia,
bertambah-tambah bahagia kalau dapat membahagiakan orang yang membahagiakan kita

tak sume orang boleh rasa bahagia,
tak sume orang Allah bagi nikmat bahagia ni,

bahagia itu bukan hanya bila kita rasa seronok,
bahagia itu bukan hanya bila kita tak ada masalah,
bahagia tu hadir, walau dapat tengok wajah mereka yang kita sayang,
bahagia itu datang, bila kita dapat buat orang lain tersenyum,
bahagia itu subjektif

ada yang bahagia, bila dapat tengok wayang, berkareoke
ada juga yang bahagia bila tengok orang lain menderita,
ada yang bahagia bila dapat keputusan cemerlang,
ada yang bahagia bila time makan :p

tapi, hebatnya orang yang bahagia bila ditimpa ujian,
bila diberi dugaan, dia bahagia
bila dilanda mehnah tribulasi, dia bahagia.

bahagia kerana Allah pilih dia
bahagia sebagai kifarah dosa dia
bahagia kerana ujian itu menguatkan dia

sebenar-benar bahagia itu apabila kita sentiasa bersama Allah dalam apa jua keadaan untuk mendapat redhaNya,
semua kejadian, adalah nikmat dari Allah..jadi adakah alasan lagi untuk kita tidak bahagia?

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah, hati menjadi tenteram" (13:28)

"orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik" (13:29)

jom jadi bahagia yang sebenar!



p/s: bahagia sbb dah hbs exam o&g
p/s: time exam, tgn ni asyik gatal je nak menaip..macam2 bende nak tulis
p/s: sejak 2 menjak ni, rasa mcm duk oversea, sejuk sgt..
p/s: ada 1 hr lg exam, isnin ni..Ya Allah bantulah aku dan sahabat2.