Friday, April 29, 2011

indirectly

bismillah,

seorang murid yang sedang berguru dengan gurunya, tiba-tiba mengemaskan kitab-kitabnya untuk pulang ke rumah. ditanya gurunya mengapakah dia berbuat demikian.

jawabnya, " sedang aku belajar, tiba-tiba aku merasa riak dengan ilmu yang kumiliki, lantas untuk mengelakkan aku terus riak dengan ilmu ini, adalah lebih baik aku pulang ke rumah daripada meneruskan pengajian pada hari ini"

gurunya menjawab, " syaitan telah berjaya "
anak muridnya kehairanan lalu bertanya, " apakah maksud tuan guru? "
" wahai anak muda, syaitan telah berjaya menggoda kamu untuk tidak meneruskan pengajian ilmu kamu pada hari ini dengan membuatkan kamu merasa riak dengan ilmumu itu "

=========================================

iblis dan syaitan itu bijak membuat tipu daya. bijak juga mengatur strategi. ia tidak menggoda dan menghasut manusia secara langsung. sebagai contoh, kisah di atas menunjukkan syaitan telah berjaya menghasut pemuda itu untuk tidak meneruskan pengajian ilmunya. bukan aim nya untuk menggoda pemuda itu untuk merasa riak dengan ilmunya, tapi untuk menghentikan pengajian ilmu.

iblis dan syaitan menghasut kita secara indirectly. contoh lagi:

" aku tak cukup ilmu nak sampaikan pada orang lain " alasan tak cukup ilmu untuk berdakwah.
" tak bawa telekung nak solat. aku tak selesa pakai telekung kat sini, kotor. tak kusyuk nanti. " alasan tak kusyuk menyebabkan dia tidak solat di awal waktu dan secara berjemaah.

" aku solat kat bilik je, muslimat elok solat dekat bilik kan. nanti bawa fitnah kalau ke surau " kalau ke shopping mall, tak bawa fitnah pulak. alasan takut jadi fitnah.
" aku malu nak tanya soalan dekat prof chinese tu. nanti rendahkan martabat umat Islam je bila aku tanya soalan yang simple sangat ni"

sedarlah, kita punya musuh abadi!

Iblis menjawab: “Karena Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, Kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (al-A’raf:16-17)

Jangan sesekali lupa bahawa setiap detik, syaitan akan cuba dengan senyap-senyap untuk memperdayakan kita. dia mengikuti kita ke mana sahaja kita pergi atau apa sahaja yang kita lakukan. Dia begitu tekun berusaha selama mana dia hidup.

berlindunglah kepada Allah;

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. (al-A'raf: 200-201)

sampaikanlah walau 1 ayat, dakwahlah walau dengan ketidaksempurnaan ilmumu itu.
istiqamahlah kamu dalam beribadah
jangan biarkan nafsu dan godaan syaitan membataskan amalan kamu.
sentiasa berusaha mantapkan ilmu!
jangan pernah berhenti.


p/s: banyak sudah post menjadi draft. bila menulis dengan ketiadaan semangat untuk menulis, begitulah jadinya.
p/s: alhamdulillah, sempat hadirkan diri ke forum. 'keseimbangan antara tarbiyyah, dakwah dan siasah'. kupasan menarik oleh ketiga-tiga panel. kisah kat atas tu, ustaz kongsikan dalam forum tersebut.
p/s: insyaAllah akan ke pahang esok. rombongan cik kiah ke kenduri kawin :p (diorang kata ada jom heboh kat pahang esok. alang-alang dah sampai pahang, bolelah pergi ke sana. ni satu lagi contoh syaitan sedang berbisik.hu)
p/s: untuk walimah kat KL, kak D nikah petang ni :)

Thursday, April 28, 2011

tulisan tangan


bismillah,

biarkan aku menulis selagi mood masih berbaki.

tulisan di muka kaca laptop ini sememangnya berlainan dengan tulisan tangan di muka buku (bukan facebook itu), di atas kertas putih mahupun di atas papan hijau.

tulisan tangan ternyata berbeza dengan tulisan robot (komputer). secantik-cantik tulisan robot tak dapat menandingi tulisan tangan manusia yang sangat berseni itu.

cikgu pasti punya tulisan cantik. berangkai, tersusun kemas.
doktor pula pasti tulisannya secantik cakar ayam. (ni syarat sebelum jadi doktor :p)

ingat masa sekolah rendah dulu-dulu. ada satu buku tulis khas untuk melatih menulis dengan cantik. (tapi, nampaknya perlu ditambah biar menjadi berjilid-jilid kerana tulisanku tak pernah cantik walaupun habis satu buku itu aku siapkan)

andai tulisan tangan kita dapat ditulis seperti tulisan robot. setiap huruf, panjang pendeknya sama. lebar dan tebal serupa. kemas sentiasa. pasti kita jadi robot!

manusia itu bole menulis dengan emosi, jadilah tulisan yang beremosi,
manusia itu bisa menulis dengan kasih sayang, jadilah tulisan untuk tersayang.

manusia itu tak sempurna. ada masa dia menulis dengan g berekor,
ada masa dia hilangkan ekor itu.
ada masa huruf o serupa huruf a, ada masa huruf h jadi n

benar, manusia itu tak sempurna. tapi tulisan tangan itu melatih dia bersungguh! tiada istilah copy n paste, cut n paste. tiada juga istilah tukar font, tukar size dengan mudahnya. susahnya menulis tangan itu mampu menjadikan dia seorang penulis hebat!

belajarlah sesuatu dari tulisan tanganmu itu!

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali 'Imraan:110)

p/s: al-Quran resam uthmani yang kita baca setiap hari itu sebenarnya tak ditulis dengan komputer. Sebaliknya ditulis tangan oleh seorang penulis khat bernama Uthman Taha.
p/s: pernah kena denda tulis tangan 1000 ayat yang sama?
p/s: insyaAllah makan nasi minyak minggu ni. (bukan perkahwinan diraja kate n william itu)
p/s: menulis tentang diri untuk memuhasabah diri sendiri

Tuesday, April 26, 2011

when i was just a little girl

bismillah,

aku tak seperti mereka yang lain. punya cita-cita sejak azali.
mahu jadi peguam kerana pandai berkata-kata.
mahu jadi pensyarah kerana mahir mengajar.
mahu jadi engineer kerana minat fizik.
mahu jadi doktor kerana mak suruh (erk..?)
atau 1001 cita-cita lain dengan 1001 sebab tersendiri!

sejak kecil, aku tak punya cita-cita yang solid.
tak pasti apa pilihan di hati.

When I was just a little girl
I asked my mother what will I be
Will I be pretty
Will I be rich
Here's what she said to me

Que sera sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que sera sera

(selingan :p)

waktu zaman tadika, bila ke kedai pasti akan kupilih set permainan polis (yang ada gari, pistol bagai itu). polis kah cita-citaku?

waktu sekolah rendah banyak juga bertukar cita-cita tapi teringat karangan 'cita-citaku' yang salah eja semua perkataan pensyarah. s tertinggal, jadilah penyarah. sapa tau apa itu penyarah? mesti cikgu pun pening baca. pensyarah ke? ke pengarah? hoho

menginjak ke sekolah menengah, dakwin tanya apa cita-cita aku. aku malas nak jawab sangat. aku pun cakap 'askar' . sungguh, aku main-main je. tapi habis 1 rumah dicanangnya. bila keluar je cerita askar kat tv, semua orang pandang aku. ok. aku senyum je. bila aku pakai baju warna hijau lumut. semua orang angkat-angkat kening. ok. aku angkat kening balik :)

mak pernah cadangkan aku jadi peguam lantaran keenggananku kalah dalam berdebat dengan dakwin dan bajim.

masuk matrikulasi. cita-cita itu berubah lagi. hinggakan pening untuk mengisi borang upu.
pernah dengar 'kalau dalam family dah ada sorang doktor, anak-anak yang lain dah bole menghela nafas lega'

bila tanya pendapat mak, mak kata, " terpulangla, mak setuju je. "
ok. itu tak membantu.
tanya kakak aku pulak " amik dental la, medic susah "
ok, membantu sikit.

dekat matrik, ada kelas dengan ustaz, katanya jadilah doktor kalau yang berpeluang. insyaAllah banyak manfaatnya, pada kita dan ummah semua.

ada ustaz merangkap doktor perubatan datang bagi talk, juga di matrik. diceritakan tentang journey nya ke afghanistan dan negara-negara bergolak lain. bagaimana khidmat seorang doktor itu amat diperlukan. bukan doktor biasa. doktor muslim, muslimah!

===========================================

berjuanglah untuk menggapai apa sahaja cita-citamu itu! moga ianya menuju mardhatillah!

Kamu berada di satu penjuru daripada penjuru-penjuru Islam, oleh itu janganlah (kamu biarkan Islam) diserang dari penjurumu.

beradalah di posisi masing-masing. kita punya tugas yang sama dengan kemampuan yang berbeza!


p/s: sebenarnya, orang yang paling kuat menentang (tak la tentang sangat, just ada cubaan untuk melemahkan semangat) bila aku nak amik medic adalah kakak aku. katanya, jangan fikir sekali dua before applying for medic course but thousands time. Once u enter, its wasted to turning back.
p/s: mari baca ni, ni dan ni sebelum apply medic course ye adik2. sapa yang dah ada dalam bidang ni, mari kita teruskan ye, kawan-kawan!

[mendua-hampir ke situ]

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena DIA ada di sisi, setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada Dia dan aku punya Dia
Amanlah akhirnya tetap bersama


Sunday, April 24, 2011

nelayan vs bos


bismillah,

masa kecik-kecik dulu, banyak betul cita-cita. dan semuanya profesion yang hebat-hebat belaka. peguam, doktor, arkitek, akauntan, guru dan lain-lain. setiap akhir tahun, cikgu akan panggil sorang-sorang ke depan, jumpa cikgu dan beritahu cita-cita masing-masing.

aku ingat dengan jelas fail biru sekolah rendah itu. di situlah tercatat semua keputusan exam dari tahun satu hingga tahun enam. di bahagian belakang fail tertulis 3 jenis cita-cita untuk setiap tahun. sungguh, tak tetap pendirian langsung. macam-macam pekerjaan menjadi idaman di hati dan ia bertukar-tukar untuk setiap tahun. (bayangkan, aku dengar perkataan akauntan tu macam best, so terus nak buat jadi cita-cita tanpa tahu apa kerja sebenar akauntan itu. ya semudah itu!)

suatu hari, aku tengok tv cerita tentang nelayan. berlakulah perbualan antara aku dan mak;

" mak, bila besar nanti nak jadi nelayan la! " aku bersemangat memberitahu
" hah? kenapa nak jadi nelayan??? "soal mak

" sebab kalau tak ada nelayan, tak dapatla kita makan ikan. " aku balas
" tapi mak, kenapa ye, jadi nelayan gaji dia tak tinggi, kenapa orang yang kerja jadi bos kat pejabat tu gaji tinggi? nelayan kerja dia penat, turun laut cari ikan, tapi bos yang goyang kaki je pun bole dapat gaji tinggi? " sambung aku lagi

" so, tak apa ke? kalau dapat gaji sikit je? nak jadi nelayan jugak? " mak memulakan provokasi
" tak apa la, sebab nelayan ni walau gaji dia sikit, tapi dia berjasa kat satu dunia! "

========================================================

bukan isu nelayan yang ingin aku tuliskan, tapi pandangan aku, sebagai manusia yang melihat sesuatu itu secara logik akal aku sahaja.

kalau kerja susah dan berat perlulah dibayar dengan gaji yang berat juga.
andai kita sedekah rm1.50 mestilah pahalanya lebih dari mereka yang sedekah 50 sen sahaja.
jika berjayanya seseorang itu dalam exam pastinya kerana dia lebih bijak dari mereka yang gagal.

itu pandangan manusia. sesungguhnya, pandangan Allah itu yang lebih utama.

jadilah nelayan, andai pekerjaanmu itu, kamu anggap sebagai ibadah padaNya.
sedekahlah 50 sen itu, malah 1 sen sekalipun andai kamu ikhlas untuk membantu.
jika gagal dalam exam itu lebih mendekatkan kamu pada Dia, maka bergembiralah dengan ujian itu!

Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu, tetapi Dia melihat hati dan amalan kamu (riwayat Muslim)

Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (riwayat al-Tabrani)

utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia! cari redhaNya mengatasi redha manusia!


p/s: tiba-tiba rasa macam ramai je yang dah jumpa blog ni. (untuk sume yang terjumpa atau yang dpt tau dari org yang terlepas cakap :p) selamat datang sume ke blog yang banyak merepek ni
p/s: all the best buat sahabat2 yang akan hadapi long case n short case. InsyaAllah, Allah bantu! :)
p/s: InsyaAllah akan ke pesta buku pada last day pesta buku diadakan (utk dptkn diskaun berganda. hoho) ada sapa-sapa nak pesan? (pakcik jpa, kami nak beli buku ni!)

Friday, April 22, 2011

benda mahal, perlu jaga dengan cara mahal


bismillah,

pernah pakai baju sutera? atau pernah iron baju sutera? jujurnya, aku tak pandai menggosok baju sutera yang betul-betul sutera itu. kalau baju kemeja lelaki sutera tiruan tu bole la jugak, tapi kalau yang baju kurung perempuan itu memang berjam-jam jugak untuk seterika tapi masih tak dapat memuaskan hati mak.

di suatu hari;

"mak, mak nak pakai baju ni ke? susahla nak iron."
"ye. kan hari ni hari khamis, kene pakai baju batik. tak pe, nanti mak iron. kamu tolong ironkan tudung mak je"

sambil menggosok, aku mengomel pada mak;

"mak, kenapa ye beli mahal-mahal, tapi tak memudahkan si pemakai. lagi susahkan ada la"
"apa yang susah?" mak menyoal
"yela, dah la nak gosok punya la susah. pastu kalau nak cuci kene guna air suam berapa tah temperature nye, pastu tak bole sidai kat cahaya matahari yang terik sangat, dan banyak lagi la pantang larang dia" aku menjawab dengan nada tak puas hati
"benda mahal, kene jaga dengan cara yang mahal jugak la"mak jawab dengan selamba
"erk? tak paham..."aku kehairanan

sekarang aku dah paham sikit la. macam maruah diri kita, aurat kita. ada nilai tak? tak ternilai kan. terlalu berharga, so, memang kena jaga betul-betul. kena gosok betul-betul, lama-lama untuk dapat hasil yang baik. perlu cuci elok-elok guna temperature air yang sesuai, juga perlu disidai dengan cahaya matahari yang sekadarnya sahaja. (analogikan sendiri ye. spoon feed memang tak bagus ye kawan-kawan :p)

dengan teliti dan berhati-hatinya kita menjaga baju sutera itu, insyaAllah mampu membawa keselesaan pada si pemakai. tak panas sangat, selesa dan rasa berkeyakinan. macam maruah diri atau aurat kita, memang susah nak jaga, tanpa mujahadah yang tinggi, tanpa iman, mudah saja ia rosak seperti rosaknya baju sutera itu andai tiada penjagaan yang rapi dari pemiliknya. andai dijaga dengan baik, sudah tentu membawa keselesaan pada si pemakai dan secara tak langsung pada orang di sekelilingnya.

'sesiapa yang melemparkan pakaian malu dari dirinya dan menjaga maruah diri, tiadalah umpatan orang bagi dirinya' (riwayat Bukhari).

'mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis'

p/s: tadi tolong gosok baju sutera mak, tu yang teringat kisah lama ni. (tapi, mak gosok balik baju tu. paham2 sendirila kenapa)

-------------------------------------------------------

"mak, bila besar nanti nak jadi nelayan la" aku bersemangat memberitahu
"hah? kenapa nak jadi nelayan???" soal mak

teaser for next entry. hoho

Wednesday, April 20, 2011

facebook fitnah kehidupan


bismillah,

"hari ni makan sardin je"
"nak potong rambut ke tak?"
"@#5*, geram betul aku!"

ni ayat-ayat yang biasa kita jumpa kat facebook. memang dah banyak kali kita diingatkan tentang bahaya facebook ni. tapi, sebagai manusia yang mudah lupa, yang sentiasa perlu diingatkan, terutama untuk diri sendiri, aku nak tulis tentang isu ini jugak.

aku join facebook tak sampai setahun, walau tak banyak pengalaman, tapi pengajaran tetap ada. baru-baru ni aku diberitahu tentang seseorang yang ditipu berpuluh ribu akibat bermain cinta di facebook. bukan calang-calang orang, golongan profesional juga. kes cerai-berai tak payah nak cakap la, dah terlalu banyak.

sekarang ada pulak, mereka yang berpenyakit hati ni wujudkan blog dan page pengumpul gambar perempuan bertudung. bole baca dekat sini. bagi aku, itu bukan bertudung, tapi setakat menutup kepala, tapi tak melabuhkan hingga ke dada.

"Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu." (riwayat bukhari)

pandangan peribadi aku, semua ni terjadi sebab sudah hilang malu dalam diri. apa perlunya diceritakan, ditunjukkan segala-galanya dalam facebook itu. memang menulis itu sebagai terapi tapi tak perlulah dikongsikan pada satu dunia. kadang-kadang hingga membuka aib sendiri. habis dicanang pada semua, si A adalah teman istimewanya, si B kekasih hati. sudah muak membaca perkataan sayang, baby dan sebagainya. paling memualkan tiada lagi rasa malu tatkala gambar berpelukan ditayang pada semua.

"umat aku dalam keadaan baik kecuali orang-orang yang telah menzahirkan/mengiklankan perbuatan maksiat mereka" hadis nabi

ada pulak yang sekejap bukak tudung, sekejap pakai tudung. gambar-gambar menutup aurat atau tak menutup aurat habis semua diupload. sekadar berkongsi percutian sendiri atau cuba menjual diri?

sabda nabi saw:

مَا مِنْ امْرَأَةٍ تَضَعُ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، إِلا هَتَكَتْ السِّتْرَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ رَبِّهَا


Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di luar rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan Tuhannya” (Riwayat Imam Ahmad, At-Tirmizi)


facebook juga menjadi tempat meluah segala isi hati, emosi mahupun tempat mencetus provokasi. bila emosi menguasai diri, habis segala caci maki, carut-mencarut menjadi penghias di wall mahupun di ruangan komen. marah itu mudah, tapi sabar itu lebih indah bukan. bukan kita tidak tahu, segala tulisan, perkataan mahupun perbuatan kita akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

bak kata dr. Abdul Basit, "tak perlu nak tulis semuanya dalam facebook, malaikat dah catat segala perbuatan kita di muka bumi ini."

facebook salah satu fitnah kehidupan, amal doa ni;


"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur, dari azab Jahannam, dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah kejahatan al-masih Dajjal."

p/s: jpa oh jpa, bilakah encik mahu datang? ini salah 1 isu panas kat facebook skrg ni

Monday, April 18, 2011

aku 'seorang' pensil


Untuk menjadi PENSIL yang terbaik, ada 5 syarat :

Pertama, untuk menjadi pensil yang terbaik, pensil tersebut mestilah berada dalam genggaman seseorang.

Kedua, sekali-sekala, pensil akan menjadi tumpul dan ketika itu, pensil perlu diasah agar kembali tajam.

Ketiga, bahagian dalaman pensil adalah bahagian yang paling berharga. KARBON dalam pensil menentukan kualiti sesebuah pensil.

Keempat, apabila pensil melakukan kesilapan, ianya boleh dan perlu dipadam kembali supaya dapat diperbetulkan.

Kelima, biarpun sukar, pensil mampu meninggalkan kesan di atas semua permukaan, sama ada lincin, kasar, tidak rata atau sekata.

analogi pensil untuk menjadi MANUSIA yang terbaik :

Pertama, untuk menjadi manusia yang terbaik kita perlu berada dalam genggaman seseorang. Siapa seseorang yang kita maksudkan di sini? Jawapannya ialah Allah Yang Maha Esa. Kita perlu berada dalam naunganNya dan membenarkan diri untuk meyakini, mengimani, mematuhi dan mentaati-Nya sepenuh hati.

“Katakanlah (Muhammad) : “ Apakah (patut) aku mencari tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi segala sesuatu. Setiap perbuatan dosa seseorang, dirinya sendiri yang bertanggungjawab. Dan seseorang tidak akan memikul beban dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitahukan-Nya kepadamu apa yang kamu dahulu kamu perselisihkan.”Al-An’am : 164

Kedua, ada saat dan ketika, kita akan berasa lemah, rasa rendah diri, dan tidak yakin boleh memberi manfaat kepada orang lain. Maka ketika ini kita layak untuk ‘diasah’ supaya kembali ‘tajam’. Untuk menjadi manusia yang kuat, tabah, dan selalu bersemangat, kita perlu menahan kesakitan dan keperitan apabila ‘diasah’ dan diasak dengan ujian, dugaan, dan cabaran yang Allah berikan. Yakinlah, apabila kita menghadapinya dengan baik, kita akan menjadi lebih ‘tajam’ dan berkualiti daripada diri kita yang asal. Atau sekurang-kurangnya, kekal dengan kualiti yang sedia ada sebelum ini.

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”Al-Ankabut : 2

Ketiga, untuk menjadi manusia yang terbaik, seseorang itu perlu memiliki bahagian dalaman yang terbaik. Apakah bahagian dalaman itu? Ia adalah HATI. Hati kita perlu dipenuhi dengan keimanan kepada Allah, sentiasa memelihara hubungan denganNya, agar ia kekal bersih, bercahaya dan berkualiti. InshaAllah, dengan hati yang bersih, setiap tindakan dan kalam kita akan memberi kesan kepada diri sendiri dan orang sekeliling.

Keempat, kita perlu bersedia memadam segala kesalahan yang bertentangan dengan syara'. Dosa dan maksiatnya harus dihapuskan dengan linangan air mata taubat. Ia perlu sentiasa bertaubat dan memperbaharui taubat. Beristighfar sebanyak mungkin.

” Katakanlah, “ Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”Az-Zumar`:53

Kelima, kita perlu menzahirkan amalan kita dengan keikhlasan, keimanan dan keyakinan yang membulat kepada Allah. Kerna itu adalah antara cara mudah untuk kita menilai keperibadian seseorang. Penilaian batin dan dalaman adalah hak Allah. Biar pun sukar, manusia yang terbaik, akan memberikan kesan serta pengaruh terhadap orang dan suasana di sekelilingnya.

p/s: baru dengar analogi ini dari seorang sahabat. dalam blog ni dan ni pun ada. moga jadi muhasabah kita bersama. moga cuti ku ini berisi dengan manfaat dan berhikmah :)

p/s: teringat pernah main pensil-pensil masa sekolah rendah. pensil tu macam orang. dia pergi kerja, balik rumah dan tidur dalam pencil box yang dua tingkat itu (konon2 katil double decker). memang 'matang' pemikiranku waktu itu. kan dah ada anologi pensil sekarang ni :p

Wednesday, April 13, 2011

ketika tarbiyyah bertasbih


tarbiyyah adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah tarbiyyah..

sekalipun tarbiyyah telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika tarbiyyah kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, tarbiyyah ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada tarbiyyah..
dalam menguraikan tarbiyyah,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
tarbiyyah sendirilah yang menerangkan tarbiyyah dan pentarbiyyahan..


[Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya dapat dicapai dengan tarbiyyah] mustafa masyhur

p/s: misi memantapkan tarbiyyah diri minggu ni. Allah, mudahkan segala urusan kami.

a letter from mum and dad


My Child,
When i get old, i hope u understand me and have patience with me;
In case, i break a plate, or spill soup on the table because I'm losing my eyesight, i hope u don't yell at me;
Older people are sensitive, always having selfpity when u yell;
When my hearing get worse, and i cann't hear what you're saying, i hope u don't call me"DEAF", please repeat what u said or write it down;

I'm sorry,my child;
I'm getting older;
When my knees get weaker, i hope u have the patience to help me get up;
Like how i used to help u while u were little, Learning how to walk;

Please bear with me;
When i keep repeat my self like a broken recorder, i hope u just keep listen to me;
Please don't make fun of me or get sick of listening to me;
Do u remember when you were little and you wanted a balloon?
You repeated yourself over and over until you got what you wanted;

Please also pardon my smell,
I smell like a old person;
Please don't force me to shower,
My body is weak;
Old people get sick easily when they are cold;
I hope i don't gross u out;

Do u remember when you were little?
I used to chase u around because u didn't want to shower
I hope u can be patient with me,
When I’m always cranky
It’s all part of getting old
You’ll understand when you’re older
And if u have spare time,
I hope we can talk
Even for a few minutes
I’m always all by myself all the time
And have no one to talk to
I know you’re busy with work
Even if you’re not interested in my stories,
Please have time for me

Do u remember when you were little?
I used to listen to your stories about your teddy bear
When the time comes and I get ill and bedridden
I hope u have the patience to take care of me

I'm sorry
If I accidentally wet the bed or make a mess
I hope you have the patience to take care of me during the last few moments of my life
I m not going to last much longer,anyway
When the time of my death comes,I hope you hold may hand and give me the strength to face death
And don’t worry..

When I finally meet our Creator..
I will pray to Him
To BLESS u
Because you loved your Mom and Dad.
Thank you so much for your care.

We love you
With much love,
MUM and DAD

p/s: dpt kat fb.

Sunday, April 10, 2011

kembali ke sekolah


bismillah,

kembali ke sekolah memandu :)

ke sekolah memandu untuk hari ke 2. teman dakwin ke sana, untuk praktis ulangan memandu.
dudukla aku di situ, untuk mengelakkan tertido, bawak buku untuk dibaca,
tapi kadang-kadang mata menjeling melihat kereta kancil comel dan uzur itu naik bukit, turun bukit, masuk kotak keluar kotak.

sesekali bunyi tiang jatuh kedengaran, aku tak sanggup nak tengok, takut malu pulak si pemandu,
sesekali bunyi enjin mengaum, dan kancil kecil itu mengundur ke belakang dari atas bukit, yang ini aku tengok sebab pemandu dah berada di sebalik bukit.:p ok, jangan merepek.

duduk di situ, terimbau kenangan beberapa tahun lepas. aku amik lesen lepas spm. motor dan kereta. paling tak boleh lupa, masa naik jambatan untuk praktis motor. aku memang akan bawa laju atas jambatan kecik itu untuk elakkan jatuh dan bagusla kalau dapat bawak dengan cepat atas jambatan itu kan. pastu, seorang tenaga pengajar tu panggil aku, ingatkan nak puji, rupanya dia tegur, katanya, kene lalu atas jambatan tu lebih dari 7 saat (tak pasti berapa saat, tak ingat). ok, ni akibat baca buku je, tapi tak hadamkan betul-betul

lagi 1 kisah, ada seorang kakak ni datang praktis kereta. tapi dia drive sendiri untuk datang ke sekolah memandu tu. so, dia risau kena saman waktu balik nanti. aku pun cakap la,
"tak apa la akak, akak kan ada lesen L, kalau tak bawa orang, tak salah kan"
"itu motor la dik. lesen L kereta untuk belajar memandu je"
"oo. yeke.."

tadi dapat tengok macam-macam ragam orang nak belajar memandu ni. sakit mata, sakit kepala semua ada. mana tak sakit mata nya, bertudung, tapi seluar baju semua ketat. sakit kepala sebab bau asap rokok yang kuat. walaupun tertera larangan merokok kat situ.

ada juga yang menaikkan semangat. ada makcik pakcik yang belajar memandu tadi. terpaksa bawa sekali anak2 ke sana. walaupun dah agak lambat untuk belajar di usia mereka itu, tapi itu tak patahkan semangat mereka untuk terus berusaha mendapatkan sekeping lesen P! teringat kisah auntie dari negara china yang terpaksa ulang ujian komputer untuk 90 lebih kali. never give up!

teringat jugak kat seorang pakcik yang baru nak amik lesen motor waktu aku belajar dulu. aku dan yang lain tanya pada pakcik tu.
"pakcik, kenapa baru nak amik lesen sekarang?"kami
"dah 40 tahun pakcik bawa motor tanpa lesen.."pakcik
"wah, hebat!"kami
"tapi, baru-baru ni pakcik kene tahan dengan polis masa bawa motor, dia nasihat pakcik suruh amik lesen, tu yang pakcik datang amik ni"pakcik
"hihi, bagus pakcik, nanti lepas ni bole bawa motor dengan tenang"kami

belajar Islam dan dakwah dari cara pemanduan kereta

[Sebagai sebuah agama yang membawa manusia menuju kepada Allah SWT kita boleh memperumpamakan Islam itu seperti kereta. Sebuah kereta ia bergerak melalui kawalan pemanduan yang dilakukan oleh pemandu. Laju, perlahan, ke kiri atau ke kanan pergerakan sebuah kereta itu ditentukan oleh pemandunya.
Siapa lagi pemandu Islam jika bukan para ulama dan pendakwah.
Pendakwah yang membawa dan memandu agama ini menuju Allah SWT perlu pandai mengawal kereta dan menggunakan gear kereta kerana setiap kereta itu bergerak mengikut kelajuan yang ditentukan oleh gearnya] link

p/s: debaran makin terasa, result keluar isnin atau selasa. ni bukan pantun. mohon doa :)
p/s: tolong ye kawan-kawan doakan sekali dakwin lulus rabu ni, tak larat nak pegi teman dia ke sekolah tu lagi. huu

Saturday, April 9, 2011

jalan ini sukar


bismillah,

atas permintaan ramai, aku cuba update apa yang patut :p.

post sebelum ni kononnya ada sambungan. tapi bila fikir-fikir balik, macam tak ada apa-apa pun yang nak di sambung. hoho.
cuma mungkin nak sambung tentang betapa mencabarnya jadi houseman. supaya kita betul-betul bersedia mental dan fizikal untuk bekerja nanti.

doktor itu pernah bercerita juga, setiap hari perlu prepare untuk present case pada MO dan specialist. (hospital itu bukan hospital universiti, so tak ada medical student yang kene cover bed untuk present). kene marah dengan MO dan specialist perkara biasa. so, bagusla kalau dah kene marah banyak kali masa student ni, sebab nanti dah biasa macam mana nak buat muka innocent :p

ada kes, seorang houseman ni hilang tiba-tiba, maksudnya dia tak ke hospital tu untuk teruskan kerja-kerjanya. dan diketahui puncanya adalah stress. mula-mula ingatkan doktor perempuan, rupanya doktor laki. kes nak bunuh diri pun ada jugak. doktor tu nak terjun bangunan.

doktor itu berkongsi cerita lagi, katanya perlu bawak satu sacket biskut dalam beg, takut-takut tak sempat nak ke kantin untuk makan. 2 keping biskut untuk seharian bekerja, memang sangat menyelerakan.

kes-kes yang ada pun, sangat perlu kesabaran dan ketekunan dalam menyelesaikannya. kes minum arak pastu mabuk dan accident. kes rogol, kes zina dan mengandung. dan kebanyakan adalah melayu Islam. rawat fizikal semata-mata? rohani bagaimana? walau tak mampu dakwah banyak, sekurang-kurangnya ada usaha untuk menasihati, kata doktor itu.

waktu jadi houseman, nak jumpa family pun susah. cuti raya, cuti hari merdeka, dan cuti-cuti perayaan lain burn macam tu je. tambah pulak waktu hari-hari cuti ni lah, banyak kes baru datang. putus jari sebab main mercun, kene gigit tebuan, kaki tertusuk duri. untuk 2 tahun itu, kami sekeluarga jarang jumpa dia. kami yang perlu kerap melawat dia untuk berjumpa.

dia jugak pernah menangis telefon mak, katanya penat sangat. dengan kes yang banyak, dengan oncall yang kerap, rasa down sangat. tapi alhamdulillah, berjaya juga menamatkan houseman selama 2 tahun yang menguji iman itu.

so, kenapa nak jadi doktor jugak?

[Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minAllah. Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan. Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN. Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja. Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya. Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya!] saifulislam

Jalan ini jalan sukar, hanya Allah yang Maha Memudahkan!

p/s: sebenarnya banyak lagi cerita yang doktor tu ceritakan, tapi aku dah lupa.
p/s: tahniah dakwin, berjaya jumpa blog ni. (ni la akibat bila guna komputer rumah untuk bukak blog) habis dia selongkar post-post lama. haish

Thursday, April 7, 2011

kejar dia!

bismillah,

"Aku tidak tahu satu yang lebih mulia selepas ilmu halal & haram melainkan ilmu PERUBATAN, namun ahli kitab telah mengalahkan kita dengan menguasainya" (imam Syafie)

ni la entry yang ada teaser hari tu. minggu lepas dengar ceramah prof muhaya lagi. cakap tentang cabaran kehidupan dekat ikim. antara isunya, tentang banyak doctor yang resign lepas houseman, or waktu houseman lagi diorang dah give up.

ramai yang call, berkongsi pendapat, dan ada sorang pendengar ni bagitahu, adik dia lepas je grad, terus tak nak jadi doktor. sijil tu simpan je buat kenangan. dia amik keputusan untuk jadi housewife sepenuh masa daripada jadi houseman selama 2 tahun itu.

seorang lagi call berkongsi tentang anaknya yang sekarang jadi houseman kat salah sebuah hospital, dan katanya dia kesian tengok anak dia yang tak ada masa untuk personal life dia, nak spend masa dengan family pun sangat jarang.

dan prof respon; katanya memang houseman satu kerjaya yang sangat mencabar mental dan fizikal. oncall malam tu, pastu kerja lagi untuk 1 hari berikutnya, dengan tak cukup tidur, tak cukup makan, menyebabkan houseman ni tend to make mistakes. pastu tambah pulak MO dan specialist yang selalu marah houseman. so, memang banyak kes masa houseman, terus resign. prof kata lagi, dengan keadaan malaysia yang memerlukan ramai doktor, sangat tak bagus dengan trend yang berlaku sekarang ni. penat belajar selama 5-6 tahun pastu sia-sia sahaja ilmu yang ada, tapi tak dapat nak praktikkan.

katanya lagi, kerjaya doktor ni satu peluang besar untuk kita berdakwah. sebab doktor lah antara golongan yang sangat dipercayai masyarakat. walau penat fizikal, tapi insyaAllah ruh kita sangat sihat. prof kongsi pengalaman, waktu jadi houseman, prof tengah mengandung, dengan waktu tu oncall, kes banyak, tiba-tiba ada contraction pain pulak. memang penat. tapi sebab niat untuk memartabatkan ummah, cari bekalan or saham untuk akhirat, prof teruskan jugak. kadang-kadang prof cakap, ada doktor yang penat sangat sampai tertido masa tengah clerk patient. mula-mula aku gelak dengar apa yang prof cakap ni. pastu baru teringat, benda ni berlaku pada salah seorang doktor kat dalam gambar kat bawah ni,


doktor ni cakap, dia sampai tertido waktu tengah clerk patient. waktu tu dia oncall, memang tak cukup tido. sampai patient pulak kejutkan doktor yang terlelap ni. haha. doktor ni cerita lagi, pernah satu hari tu dia tengah jalan pastu terduduk sebab tersangat penat. oh, tak bole nak bayang macam mana terduduk tu, terduduk atas kerusi or atas lantai. tapi, nak cakap yang sangat penat, sampai bole terduduk masa tengah jalan.

tapi, dia kata ada je kes-kes yang bole buat dia tergelak, bila ada sorang patient tiba-tiba dibawa lari oleh boyfriend dia. oh, waktu tu ada adegan kejar-mengejar. memang macam drama, waktu tu doktor ni hanya mampu jerit "kejar dia..!!!"

bersambung..

ada hati lagi nak jadi doktor?

p/s: doktor kat atas ni=kakak aku
p/s: dapat mesej dari dia semalam "dikna, akak mimpi kamu ada ectopic pregnancy, pastu keluarkan baby tu, tapi baby tu dah meninggal" ok. dia MO kat o&g department tapi napa aku yang jadi watak utama dalam mimpi dia tu.

tentang tawakal

Imam Ghazali r.a ;
menyerahkan diri kepada Allah sewaktu menghadapai kesusahan atau ketika menghadapi waktu yang sukar dan genting dalam hidup ini . Pada ketika ini, hati perlu di teguhkan seteguh teguhnya sehingga ia mencapai satu titik ketenangan dan ketenteraman di dalam jiwa

Abu-Zakaria Al-Ansari ;
keteguhan hati dalam menyerahkan urusan kepada orang lain secara umumnya dan meletakkan kepada Allah secara khususnya

Ibnu Qayyim r.a,
faktor utama yang boleh mempertahankan seseorang ketika tidak memiliki kekuatan dari serangan makhluk lainnya yang menindas dan memusuhinya. Tawakal adalah sarana adalah yang paling ampuh untuk menghadapi keadaan seperti itu, kerana ia telah menjadikan Allah sebagai pelindungnya atau yang memberinya kecukupan, maka musuhnya itu tidak akan boleh mendatangkan bahaya padanya. Tawakal adalah perisai kepada seseorang mukmin itu apabila ia berhadapan dengan medan atau keadaan yang getir.

Imam Abu Qassim al-Qusyairi r.a :
Ketahuilah sesungguhnya tawakal itu terletak di dalam hati. maka gerakan lahiriah adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan tawakal yang ada di dalam hati setelah seseorang meyakini bahawa re
zeki itu datangnya dari Allah. jika terdapat kesulitan, maka hal itu adalah kerana takdir- Nya. Dan jika terdapat kemudahan maka hal itu kerana kemudahan dari-Nya.

“Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).

“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).

tawakal. senang disebut, susah dicapai. tapi pastinya tak mustahil untuk dilaksana!
p/s: alhamdulillah, tamat sudah exam. kuasa tawakal bermula.
p/s: pergi masjid, bau durian, naik bas bau durian, balik rumah bau durian. lupa pulak nak bawak balik mask :p
p/s: syndrome blogging semakin menurun bila balik ke rumah. sila paham ye kawan-kawan.

Tuesday, April 5, 2011

nafsu, mujahadah, makrifah

Nafsu

Nafsumu itu ibu segala berhala
Berhala kebedaan ular sawa
Berhala keruhanian naga
Itu ibarat perumpamaannya

Mudah sekali memecah berhala
Kalau diketuk hancurlah ia
Walau batu walaupun bata
Walau ular walaupun naga

Tapi bukan mudah mengalahkan nafsu
Jika hendak tahu bentuk nafsu
Bacalah neraka dengan tujuh pintu
Dari nafsu keluar ma’siat setiap waktu.

~Jalaluddin Rumi~


Mujahadah dan makrifat

Makrifat itu pengenalan jiwa
Mengenal jiwa dan mengenal Tuhannya
Mengenal dengan sejelas jelasnya
Tidak kabur tapi jelas nyata

Mujahadah itu perjuangan dan usaha
Makrifat itu menuai hasilnya
Mujahadah itu dalam perjalanan
Makrifat itu matlamat tujuan

Makrifat itu pembuka rahsia
Makrifat itu sendiri rasa
Makrifat itu sagunya
Mujahadah itu memecah ruyungnya.

~Jalaluddin Rumi~

p/s: mujahadah melawan nafsu untuk menggapai makrifahNya

Monday, April 4, 2011

tentang hati


Di dalam hati manusia ada kekusutan yang takkan terurai kecuali menerima kehendak Allah.
Di dalam hati manusia ada keganasan yang takkan kabur kecuali berjinak dgn Allah.
Di dalam hati manusia ada kesedihan yang takkan hilang kecuali bahagia mengenali Allah.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan yang takkan tenang kecuali berlindung, bertemu dengan Allah

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan takkan pernah padam kecuali redha dengan suruhan, larangannya, qadha' dan qadarNya. Serta sentiasa sabar sehingga menemuiNya.
Di dalam hati manusia ada hajat dan takkan terbendung kecuali kecintaan kpdNya dan bermohon kepadaNya. Sentiasa berzikir adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia, masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.
~Ibnul Qayyim al-Jauziyyah~

Cikgu ajar "rindu" itu kata kerja
Cikgu ajar lagi "awak" itu kata ganti diri
Tapi bila cikgu tanya "rindu awak" itu kata apa?
Saya jawab itu kata hati saya (^_^)

~alumni kmpk~

p/s: rindu rumah dan segala isinya!
p/s: oh, ini bukan entry utk teaser yg ada kat bwh
p/s: esok exam, sila baca buku sekarang!

Saturday, April 2, 2011

bertemu berpisah


bismillah,

semalam, hari terakhir senior-senior 5th year perlu kosongkan rumah mereka di ktdi ini,
doktor-doktor muda ini akan pulang ke kampung halaman masing-masing, sebelum memulakan tugas rasmi sebagai pegawai perubatan pada bulan 6 nanti.

di ktdi ini, surau dah mula lengang, riuh suara dah kurang kedengaran,
sedih pun ada, tapi tetap gembira untuk mereka,
walaupun hanya sempat setahun bersama mereka,
banyak tunjuk ajar yang diberi, buat teaching, betulkan cara present, dan macam-macam lagi,
main (lawan) bola jaring, bola tampar sama-sama,

alhamdulillah, exam ikhtisas kali ini mungkin yang terbaik untuk beberapa tahun ini, dengan hampir 98% lulus.
mungkin banyak faktor kejayaan tersebut, tapi dari apa yang aku nampak,
salah satunya adalah solat hajat yang dilakukan bersama setiap malam bermula study week mereka,

Allah, saat imam membaca doa, sangat syahdu, sangat bergantung harap pada Dia, sangat tersentuh dan terkena pada hati-hati yang hina ini. setiap kali mengaminkan doa-doa itu, hampir semua menitiskan air mata, mengenang diri yang hina, yang lalai dari mengingati Dia.

antara doanya;

" Ya Allah, alhamdulillah atas nikmat yang Kau beri. atas nikmat iman dan islam, atas nikmat kesihatan, atas nikmat kecerdasan, atas nikmat ukhwah, atas nikmat semuanya. sesungguhnya, walau banyak maksiat, dosa-dosa yang kami lakukan, nikmat-nikmat ini terus kau kurniakan pada kami ya Allah,

"Kami hamba yang lemah, saat kami alami kesusahan, saat kami mengalami kesukaran, kami mohon bantuan Mu, tapi di saat kami senang, di saat kami peroleh kejayaan, kami lalai, kami leka dari mengingatiMu ya Allah. ampunkan kami, ampuni kami ya Allah

"Ya Allah, Kau tahu kami semua telah berusaha, berpenat lelah untuk menghadapi setiap peperiksaan pada setiap tahun pengajian. bantulah kami, khususnya dalam menghadapi peperiksaan kali ini ya Allah, peperiksaan ikhtisas ini, moga kami dapat menggembirakan kedua ibu bapa kami. yang menaruh harapan menggunung tinggi pada kami ya Allah. Kau tenangkan hati kami. Kau permudahkan urusan kami. Kau berilah ketetapan terbaik buat kami semua, ya Allah..."

petang, keputusan diumumkan, aku berada di bilik sahabat lain untuk sama-sama praktis p.e. tiba-tiba dengar riuh rendah di luar, kami pun cepat-cepat mengintai, rupa-rupanya senior2 dah dapat result. kami yang tengah praktis tadi pun, dah tak ada mood nak teruskan, masa tu just nak tahu berapa ramai yang pass, dan kami yang dekat dalam bilik itu rasa excited dan seronok sangat tengok kakak2 dan abang2 dah jadi doktor!

malam itu, saat kaki melangkah ke surau, ada bau something yang tak berapa best, tapi sebab dah lambat, aku naik cepat-cepat ke surau. masuk-masuk, bau tu makin kuat. habis solat, ada pengumuman kata ada sedikit jamuan kesyukuran atas kejayaan exam ikhtisas lepas, dan tersedia beberapa biji durian or mungkin bubur durian di bahagian belakang. Allah, tak ada rezeki nak makan malam tu. tengah musim durian ke sekarang ni?

sebelum nak keluar dari surau, salam-salam, cari kakak2 5th year, jumpa sorang dua,
"tahniah doktor.." aku menyapa kakak D sambil bersalam.
"terima kasih bakal doktor..terima kasih jugak sebab doakan kami semua" dia menjawab sambil tersenyum.
"lepas ni busy untuk benda lain pulak la ye, akak" aku menyoal
"aah,,tiba-tiba akak rasa tak nak pulak, huhu.."
kakak D akan melangsungkan walimah pada 30 april ni :)

bertemu berpisah kerana Allah, moga kita tergolong dalam salah satu golongan yang akan dinaungi di akhirat kelak.

p/s: tahniah pada doktor-doktor g9 sekalian. usrah dan kata-kata semangat yang pernah di beri sebelum ni sangat dihargai. moga terus tsabat dalam jalan dakwah ini walau di mana kalian berada ;)
p/s: gambar kat bwh ni, teaser for next entry. hoho

Friday, April 1, 2011

kes pendek

Bismillah,

Alhamdulillah. walaupun rasa performance tak bagus, tapi syukur itu perlu sentiasa bukan? Alhamdulillah lagi sekali. Sebab dah habis short case.

Short case memang exam yang paling menakutkan. Kalau jawab teori, boleh lagi nak aim dan main tembak-tembak. short case nak main tembak-tembak, sekali kena tembak dengan doktor!

2 hari sebelum ni, habis semua orang kene jadi patient. Sekejap aku check badan dia, sekejap dia check badan aku. dan ada pulak jumpa positive finding kat diorang. haha. tak tau la sebab nervous ke or memang dioarang tak sihat. Ada yang reduce vocal resonance, ada yang pulsatile abdomen, ada yang increase jvp (jugular venous pressure).

Tapi ada juga buat macam-macam gaya, masa tengah practise, ada yang saja sengetkan mulut, pastu tak bole tutup mata. Konon-konon ada bell's palsy. Ada yang buat-buat upper limb weakness konon-konon ada stroke. Yang pasti, semua rasa nervous. Bayangkan, kalau praktis dekat normal patient pun, still dalam 8 minit termasuk presentation. Untuk exam short case betul 10 minit. Dengan nak dengar dan appreciate betul-betul finding, pastu nak susun ayat untuk present, dan doktor or prof yang sentiasa memerhati! oh itu bukan sesuatu yang mudah.

Tadi aku dapat case cvs dan abdomen. cvs! biasanya, yang kita tak nak la yang akan kita dapat. dan profnya adalah prof F. prof yang sangat terkenal dengan ppdnya dan susah untuk luluskan student. hoho

masa nak masuk tu, prof senyum, lega sikit. baca soalan, pastu terus proceed untuk examine. pastu present;

'A middle age malay gentleman, who is alert, conscious and not in respiratory distress. He is lying comfortably in pop up 45o bed with 1 pillow. He looks obese and tachycardic with pulse rate of 112bpm, regular rhythm, good volume. No collapsing pulse, radio-radial delay or radio-femoral delay. examination of face, he is not jaundice and pale, oral hygiene was good with fair hydrational status. no cental cyanosis. Jugular venous pressure was not raised. Apex beat was not palpable (aku dah try wat manouvere, tapi xdapat jugak). There was no thrill or parasternal heave felt. On auscultation, both first and second heart sounds were heard. There was pansystolic murmur at the mitral area but not radiated to axillae. there is also pitting edema up to knee area'

Kes ke 2.

Mengantuk pula nak menaip, diagnosisnya end stage renal failure. Ada ascites. tapi aku tak nampak dia ada av fistula. Ok, tambah power spec lepas ni. tak tahulah macam mana dengan station ni. tawakal.

Ada yang sedih dengan performance masing-masing. ada yang menangis. aku macam biasa, tak rasa apa-apa sangat sampailah result keluar nanti. Allah, tenang sungguh hati ini untuk exam kali ini (padahal jawab soalan teori n short case pun tunggang langgang). Doa dari semua mungkin, alhamdulillah.

yang penting sentiasa bersangka baik dengan Allah. mohon pada Dia taqdir terbaik untuk kita semua. sebab kita sentiasa ada Allah yang selalu melihat dan menatap kita dengan berjuta kasih sayang.

“Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir” Surah Yusuf: 87.

Jangan menunggu kebahagiaan untuk dapat tersenyum, tapi tersenyumlah agar memperoleh bahagia :) :)


p/s: tahniah doktor2 sekalian! md(ukm) 2011.
p/s: selasa dan rabu ada last exam, osce. tak sabarnya nak balik rumah!!!