Sunday, April 24, 2011

nelayan vs bos


bismillah,

masa kecik-kecik dulu, banyak betul cita-cita. dan semuanya profesion yang hebat-hebat belaka. peguam, doktor, arkitek, akauntan, guru dan lain-lain. setiap akhir tahun, cikgu akan panggil sorang-sorang ke depan, jumpa cikgu dan beritahu cita-cita masing-masing.

aku ingat dengan jelas fail biru sekolah rendah itu. di situlah tercatat semua keputusan exam dari tahun satu hingga tahun enam. di bahagian belakang fail tertulis 3 jenis cita-cita untuk setiap tahun. sungguh, tak tetap pendirian langsung. macam-macam pekerjaan menjadi idaman di hati dan ia bertukar-tukar untuk setiap tahun. (bayangkan, aku dengar perkataan akauntan tu macam best, so terus nak buat jadi cita-cita tanpa tahu apa kerja sebenar akauntan itu. ya semudah itu!)

suatu hari, aku tengok tv cerita tentang nelayan. berlakulah perbualan antara aku dan mak;

" mak, bila besar nanti nak jadi nelayan la! " aku bersemangat memberitahu
" hah? kenapa nak jadi nelayan??? "soal mak

" sebab kalau tak ada nelayan, tak dapatla kita makan ikan. " aku balas
" tapi mak, kenapa ye, jadi nelayan gaji dia tak tinggi, kenapa orang yang kerja jadi bos kat pejabat tu gaji tinggi? nelayan kerja dia penat, turun laut cari ikan, tapi bos yang goyang kaki je pun bole dapat gaji tinggi? " sambung aku lagi

" so, tak apa ke? kalau dapat gaji sikit je? nak jadi nelayan jugak? " mak memulakan provokasi
" tak apa la, sebab nelayan ni walau gaji dia sikit, tapi dia berjasa kat satu dunia! "

========================================================

bukan isu nelayan yang ingin aku tuliskan, tapi pandangan aku, sebagai manusia yang melihat sesuatu itu secara logik akal aku sahaja.

kalau kerja susah dan berat perlulah dibayar dengan gaji yang berat juga.
andai kita sedekah rm1.50 mestilah pahalanya lebih dari mereka yang sedekah 50 sen sahaja.
jika berjayanya seseorang itu dalam exam pastinya kerana dia lebih bijak dari mereka yang gagal.

itu pandangan manusia. sesungguhnya, pandangan Allah itu yang lebih utama.

jadilah nelayan, andai pekerjaanmu itu, kamu anggap sebagai ibadah padaNya.
sedekahlah 50 sen itu, malah 1 sen sekalipun andai kamu ikhlas untuk membantu.
jika gagal dalam exam itu lebih mendekatkan kamu pada Dia, maka bergembiralah dengan ujian itu!

Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu, tetapi Dia melihat hati dan amalan kamu (riwayat Muslim)

Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (riwayat al-Tabrani)

utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia! cari redhaNya mengatasi redha manusia!


p/s: tiba-tiba rasa macam ramai je yang dah jumpa blog ni. (untuk sume yang terjumpa atau yang dpt tau dari org yang terlepas cakap :p) selamat datang sume ke blog yang banyak merepek ni
p/s: all the best buat sahabat2 yang akan hadapi long case n short case. InsyaAllah, Allah bantu! :)
p/s: InsyaAllah akan ke pesta buku pada last day pesta buku diadakan (utk dptkn diskaun berganda. hoho) ada sapa-sapa nak pesan? (pakcik jpa, kami nak beli buku ni!)

4 comments:

[MH] said...

:)
lepas tu cita2 tuka jadi apa? doktor? :)

nhu said...

jika gagal dalam exam itu lebih mendekatkan kamu pada Dia, maka bergembiralah dengan ujian itu!

suke ayat nih...

km nk buku 1..

azk2121 said...

fathiyyah: oh, tu kene tunggu dalam post2 seterusnya :)
dayah: nak buku pe? buku tulis ? :p

Aku dan Diriku said...

nak buku, pemilik cinta ku selepas Allah dan Rasul & Kembara mencari Tuhan...

blh ke?