Monday, April 18, 2011

aku 'seorang' pensil


Untuk menjadi PENSIL yang terbaik, ada 5 syarat :

Pertama, untuk menjadi pensil yang terbaik, pensil tersebut mestilah berada dalam genggaman seseorang.

Kedua, sekali-sekala, pensil akan menjadi tumpul dan ketika itu, pensil perlu diasah agar kembali tajam.

Ketiga, bahagian dalaman pensil adalah bahagian yang paling berharga. KARBON dalam pensil menentukan kualiti sesebuah pensil.

Keempat, apabila pensil melakukan kesilapan, ianya boleh dan perlu dipadam kembali supaya dapat diperbetulkan.

Kelima, biarpun sukar, pensil mampu meninggalkan kesan di atas semua permukaan, sama ada lincin, kasar, tidak rata atau sekata.

analogi pensil untuk menjadi MANUSIA yang terbaik :

Pertama, untuk menjadi manusia yang terbaik kita perlu berada dalam genggaman seseorang. Siapa seseorang yang kita maksudkan di sini? Jawapannya ialah Allah Yang Maha Esa. Kita perlu berada dalam naunganNya dan membenarkan diri untuk meyakini, mengimani, mematuhi dan mentaati-Nya sepenuh hati.

“Katakanlah (Muhammad) : “ Apakah (patut) aku mencari tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi segala sesuatu. Setiap perbuatan dosa seseorang, dirinya sendiri yang bertanggungjawab. Dan seseorang tidak akan memikul beban dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitahukan-Nya kepadamu apa yang kamu dahulu kamu perselisihkan.”Al-An’am : 164

Kedua, ada saat dan ketika, kita akan berasa lemah, rasa rendah diri, dan tidak yakin boleh memberi manfaat kepada orang lain. Maka ketika ini kita layak untuk ‘diasah’ supaya kembali ‘tajam’. Untuk menjadi manusia yang kuat, tabah, dan selalu bersemangat, kita perlu menahan kesakitan dan keperitan apabila ‘diasah’ dan diasak dengan ujian, dugaan, dan cabaran yang Allah berikan. Yakinlah, apabila kita menghadapinya dengan baik, kita akan menjadi lebih ‘tajam’ dan berkualiti daripada diri kita yang asal. Atau sekurang-kurangnya, kekal dengan kualiti yang sedia ada sebelum ini.

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”Al-Ankabut : 2

Ketiga, untuk menjadi manusia yang terbaik, seseorang itu perlu memiliki bahagian dalaman yang terbaik. Apakah bahagian dalaman itu? Ia adalah HATI. Hati kita perlu dipenuhi dengan keimanan kepada Allah, sentiasa memelihara hubungan denganNya, agar ia kekal bersih, bercahaya dan berkualiti. InshaAllah, dengan hati yang bersih, setiap tindakan dan kalam kita akan memberi kesan kepada diri sendiri dan orang sekeliling.

Keempat, kita perlu bersedia memadam segala kesalahan yang bertentangan dengan syara'. Dosa dan maksiatnya harus dihapuskan dengan linangan air mata taubat. Ia perlu sentiasa bertaubat dan memperbaharui taubat. Beristighfar sebanyak mungkin.

” Katakanlah, “ Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”Az-Zumar`:53

Kelima, kita perlu menzahirkan amalan kita dengan keikhlasan, keimanan dan keyakinan yang membulat kepada Allah. Kerna itu adalah antara cara mudah untuk kita menilai keperibadian seseorang. Penilaian batin dan dalaman adalah hak Allah. Biar pun sukar, manusia yang terbaik, akan memberikan kesan serta pengaruh terhadap orang dan suasana di sekelilingnya.

p/s: baru dengar analogi ini dari seorang sahabat. dalam blog ni dan ni pun ada. moga jadi muhasabah kita bersama. moga cuti ku ini berisi dengan manfaat dan berhikmah :)

p/s: teringat pernah main pensil-pensil masa sekolah rendah. pensil tu macam orang. dia pergi kerja, balik rumah dan tidur dalam pencil box yang dua tingkat itu (konon2 katil double decker). memang 'matang' pemikiranku waktu itu. kan dah ada anologi pensil sekarang ni :p

2 comments:

nhu said...

terjah kembali blog ini...

thanx atas entry kali ni...
km suke sgt analogi ni...:-)

azk2121 said...

km pn suka gak :)