Friday, April 29, 2011

indirectly

bismillah,

seorang murid yang sedang berguru dengan gurunya, tiba-tiba mengemaskan kitab-kitabnya untuk pulang ke rumah. ditanya gurunya mengapakah dia berbuat demikian.

jawabnya, " sedang aku belajar, tiba-tiba aku merasa riak dengan ilmu yang kumiliki, lantas untuk mengelakkan aku terus riak dengan ilmu ini, adalah lebih baik aku pulang ke rumah daripada meneruskan pengajian pada hari ini"

gurunya menjawab, " syaitan telah berjaya "
anak muridnya kehairanan lalu bertanya, " apakah maksud tuan guru? "
" wahai anak muda, syaitan telah berjaya menggoda kamu untuk tidak meneruskan pengajian ilmu kamu pada hari ini dengan membuatkan kamu merasa riak dengan ilmumu itu "

=========================================

iblis dan syaitan itu bijak membuat tipu daya. bijak juga mengatur strategi. ia tidak menggoda dan menghasut manusia secara langsung. sebagai contoh, kisah di atas menunjukkan syaitan telah berjaya menghasut pemuda itu untuk tidak meneruskan pengajian ilmunya. bukan aim nya untuk menggoda pemuda itu untuk merasa riak dengan ilmunya, tapi untuk menghentikan pengajian ilmu.

iblis dan syaitan menghasut kita secara indirectly. contoh lagi:

" aku tak cukup ilmu nak sampaikan pada orang lain " alasan tak cukup ilmu untuk berdakwah.
" tak bawa telekung nak solat. aku tak selesa pakai telekung kat sini, kotor. tak kusyuk nanti. " alasan tak kusyuk menyebabkan dia tidak solat di awal waktu dan secara berjemaah.

" aku solat kat bilik je, muslimat elok solat dekat bilik kan. nanti bawa fitnah kalau ke surau " kalau ke shopping mall, tak bawa fitnah pulak. alasan takut jadi fitnah.
" aku malu nak tanya soalan dekat prof chinese tu. nanti rendahkan martabat umat Islam je bila aku tanya soalan yang simple sangat ni"

sedarlah, kita punya musuh abadi!

Iblis menjawab: “Karena Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, Kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (al-A’raf:16-17)

Jangan sesekali lupa bahawa setiap detik, syaitan akan cuba dengan senyap-senyap untuk memperdayakan kita. dia mengikuti kita ke mana sahaja kita pergi atau apa sahaja yang kita lakukan. Dia begitu tekun berusaha selama mana dia hidup.

berlindunglah kepada Allah;

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. (al-A'raf: 200-201)

sampaikanlah walau 1 ayat, dakwahlah walau dengan ketidaksempurnaan ilmumu itu.
istiqamahlah kamu dalam beribadah
jangan biarkan nafsu dan godaan syaitan membataskan amalan kamu.
sentiasa berusaha mantapkan ilmu!
jangan pernah berhenti.


p/s: banyak sudah post menjadi draft. bila menulis dengan ketiadaan semangat untuk menulis, begitulah jadinya.
p/s: alhamdulillah, sempat hadirkan diri ke forum. 'keseimbangan antara tarbiyyah, dakwah dan siasah'. kupasan menarik oleh ketiga-tiga panel. kisah kat atas tu, ustaz kongsikan dalam forum tersebut.
p/s: insyaAllah akan ke pahang esok. rombongan cik kiah ke kenduri kawin :p (diorang kata ada jom heboh kat pahang esok. alang-alang dah sampai pahang, bolelah pergi ke sana. ni satu lagi contoh syaitan sedang berbisik.hu)
p/s: untuk walimah kat KL, kak D nikah petang ni :)

No comments: