Saturday, April 2, 2011

bertemu berpisah


bismillah,

semalam, hari terakhir senior-senior 5th year perlu kosongkan rumah mereka di ktdi ini,
doktor-doktor muda ini akan pulang ke kampung halaman masing-masing, sebelum memulakan tugas rasmi sebagai pegawai perubatan pada bulan 6 nanti.

di ktdi ini, surau dah mula lengang, riuh suara dah kurang kedengaran,
sedih pun ada, tapi tetap gembira untuk mereka,
walaupun hanya sempat setahun bersama mereka,
banyak tunjuk ajar yang diberi, buat teaching, betulkan cara present, dan macam-macam lagi,
main (lawan) bola jaring, bola tampar sama-sama,

alhamdulillah, exam ikhtisas kali ini mungkin yang terbaik untuk beberapa tahun ini, dengan hampir 98% lulus.
mungkin banyak faktor kejayaan tersebut, tapi dari apa yang aku nampak,
salah satunya adalah solat hajat yang dilakukan bersama setiap malam bermula study week mereka,

Allah, saat imam membaca doa, sangat syahdu, sangat bergantung harap pada Dia, sangat tersentuh dan terkena pada hati-hati yang hina ini. setiap kali mengaminkan doa-doa itu, hampir semua menitiskan air mata, mengenang diri yang hina, yang lalai dari mengingati Dia.

antara doanya;

" Ya Allah, alhamdulillah atas nikmat yang Kau beri. atas nikmat iman dan islam, atas nikmat kesihatan, atas nikmat kecerdasan, atas nikmat ukhwah, atas nikmat semuanya. sesungguhnya, walau banyak maksiat, dosa-dosa yang kami lakukan, nikmat-nikmat ini terus kau kurniakan pada kami ya Allah,

"Kami hamba yang lemah, saat kami alami kesusahan, saat kami mengalami kesukaran, kami mohon bantuan Mu, tapi di saat kami senang, di saat kami peroleh kejayaan, kami lalai, kami leka dari mengingatiMu ya Allah. ampunkan kami, ampuni kami ya Allah

"Ya Allah, Kau tahu kami semua telah berusaha, berpenat lelah untuk menghadapi setiap peperiksaan pada setiap tahun pengajian. bantulah kami, khususnya dalam menghadapi peperiksaan kali ini ya Allah, peperiksaan ikhtisas ini, moga kami dapat menggembirakan kedua ibu bapa kami. yang menaruh harapan menggunung tinggi pada kami ya Allah. Kau tenangkan hati kami. Kau permudahkan urusan kami. Kau berilah ketetapan terbaik buat kami semua, ya Allah..."

petang, keputusan diumumkan, aku berada di bilik sahabat lain untuk sama-sama praktis p.e. tiba-tiba dengar riuh rendah di luar, kami pun cepat-cepat mengintai, rupa-rupanya senior2 dah dapat result. kami yang tengah praktis tadi pun, dah tak ada mood nak teruskan, masa tu just nak tahu berapa ramai yang pass, dan kami yang dekat dalam bilik itu rasa excited dan seronok sangat tengok kakak2 dan abang2 dah jadi doktor!

malam itu, saat kaki melangkah ke surau, ada bau something yang tak berapa best, tapi sebab dah lambat, aku naik cepat-cepat ke surau. masuk-masuk, bau tu makin kuat. habis solat, ada pengumuman kata ada sedikit jamuan kesyukuran atas kejayaan exam ikhtisas lepas, dan tersedia beberapa biji durian or mungkin bubur durian di bahagian belakang. Allah, tak ada rezeki nak makan malam tu. tengah musim durian ke sekarang ni?

sebelum nak keluar dari surau, salam-salam, cari kakak2 5th year, jumpa sorang dua,
"tahniah doktor.." aku menyapa kakak D sambil bersalam.
"terima kasih bakal doktor..terima kasih jugak sebab doakan kami semua" dia menjawab sambil tersenyum.
"lepas ni busy untuk benda lain pulak la ye, akak" aku menyoal
"aah,,tiba-tiba akak rasa tak nak pulak, huhu.."
kakak D akan melangsungkan walimah pada 30 april ni :)

bertemu berpisah kerana Allah, moga kita tergolong dalam salah satu golongan yang akan dinaungi di akhirat kelak.

p/s: tahniah pada doktor-doktor g9 sekalian. usrah dan kata-kata semangat yang pernah di beri sebelum ni sangat dihargai. moga terus tsabat dalam jalan dakwah ini walau di mana kalian berada ;)
p/s: gambar kat bwh ni, teaser for next entry. hoho

2 comments:

[MH] said...

kak Dibah, kan? :D

azk2121 said...

aah, mne tau??? dpt jmputan jgk ye :)