Tuesday, May 31, 2011

tak rasa


bismillah,

kuat! kamu kuat wahai sahabat. aku tahu itu. ada sesuatu untuk kamu atas sabar dan tabah itu. kalau bukan sekarang, akan datang. dan pasti ganjaran di akhirat kelak yang sangat dinanti.

"wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah diri kepadaMu)" al-a'raf:126

=====================================================

status di wall facebook ku. beberapa jam setelah result reseat exam keluar. berkali-kali menulis, kemudian padam, menulis kembali.
dengan kawan-kawan lain sibuk bertanya tentang posting pertama tahun 4 mereka.

seringkali aku ingatkan diri;

senang sahaja tangan menari laju menaip kata-kata indah buat penenang jiwa,
mudah saja bibir membisik kata semangat buat diri yang lesu,

tapi, pemilik tangan dan mulut itu tidak berada di posisi mereka,
dia tidak dapat merasai apa yang ditanggung mereka,
aku tak rasa apa yang mereka rasa.

tapi, ini tugas aku buat kamu, sahabat. bukan untuk kamu semata, tapi untuk diri ku yang mungkin punya seribu satu ujian menanti kelak.

=======================================

“sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)”(90:4)

memang benar, kita mudah jatuh tersungkur dalam menghadapi ujianNya.
kita mudah berputus asa dari rahmatNya.
kita seringkali tidak mensyukuri nikmat kurniaanNya.
kita terlalu leka dengan dunia yang sementara waktu cuma.

kerana kita hanyalah manusia yang lemah. sangat lemah disisi Dia.
tiada sumber kekuatan yang kita dambakan melainkan dariNya.

teguhkanlah pendirian kami. istiqamahkanlah segala amal kebaikan kami.
ampunkanlah dosa yang kami lakukan secara sedar ataupun tak sedar.
jauhkan diri kami dari bersangka buruk denganMu.
suburkanlah hati kami dengan perkara2 yang bisa membuatkan diri kami terasa dekat denganMu.
kuatkan kami dengan segala ujian yang Kau berikan pada kami

kuatkan dia ya Allah. kuatkan mereka juga.
kuatkan aku, juga kami semua!

p.s: sungguh, mereka insan terpilih. berbahagialah dengan ujian dari Dia. ujian itu tanda sayang Allah pada hambaNya. kan.

Monday, May 30, 2011

p.s

bismillah,

p.s: kalaulah ada setting yang boleh detect perempuan or laki yang datang (buat spot check) kat blog ni. baru best. aku tak selesa andai budak laki baca blog ni.

p.s: seperti dijangka, berlaku juga drama air mata tadi.

p.s: ada beberapa hari lagi sebelum balik ke sekolah. seminggu ni rasa macam jadi anak tunggal pulak

Aku tidak kan membenci PERTEMUAN walaupun PERTEMUAN lah yang menyebabkan PERPISAHAN kerana jika tidak ada PERTEMUAN & PERPISAHAN, maka tidak akan ada KERINDUAN yang berpanjangan

p.s: main nyorok2 untuk sementara waktu

Sunday, May 29, 2011

berbeza

bismillah,

pernah bermaustatin di langkawi selama 2 tahun,
tunjuk kuat. tak nangis pun depan family,

tapi, hanya Allah yang tahu betapa terseksanya jiwa raga,
naik bas, ktm, naik feri seorang diri,
itu semua pengalaman pertama,

tak nangis depan mereka,
tak kira saat pulang ke sekolah itu,
dari cuti yang panjang atau pendek,
muka tetap tabah,

tapi, rekod bersih tercalar juga,
saat mak dan bapak menghantar aku ke sana,
sebelum mereka berdua berangkat ke tanah suci,

aku menangis depan mereka,
sedih sangat bila mengenangkan,
waktu itu lagi seminggu nak spm,
orang lain bole call parents setiap kali habis 1 paper,
tapi aku, nak call mereka di sana agak sukar,

tapi, itu bukan sebab utama,
sejujurnya, aku takut itu perjumpaan terakhir aku dengan mereka.

bila aku nangis, mak pun nangis sama,
sedih sangat, malu pun ada. hu

===========================

kalau kisah budak itu pulak,
dia pulang ke asrama yang berada 2km dari rumah (siap boleh dengar annoucement sekolah itu dengan jelas dari rumah)
tapi dia tetap menangis. tiap kali pulang ke sekolah dari cuti,
tak sembunyi-sembunyi, nangis depan-depan
===========================================

manusia ada macam-macam jenis.
ada yang mudah menangis depan-depan,
ada yang boleh menangis tanpa pengetahuan yang lain,

ada yang berlagak tabah,
ada yang lembut hati,

kita tahu kita siapa, kita lebih tahu bagaimana hati kita,
tapi kita tetap perlu meraikan mereka yang berlainan sifat dengan kita,
kerana di situlah hikmahnya Allah mencipta manusia bermacam ragam dan jiwa,
untuk saling kenal dan saling berkasih sayang. :)


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

segala perbezaan itu tujuannya adalah supaya manusia mengecam dan mengenal. belajar antara satu sama lain. kerana manusia sering menjadi musuh kepada apa yang dia tidak tahu.

p/s: menulis kerana esok mungkin ada drama air mata. budak itu daftar uia esok.
p/s: rasa nak private kan blog ni.


Wednesday, May 25, 2011

tomboy


bismillah,

masa kecik-kecik dulu, aku banyak habiskan masa dengan bajim, abangku yang tua 2 tahun dari aku. kami memang rapat.

dia main bola, aku main bola.
dia panjat pokok, aku panjat pokok jugak.

waktu hujanlah, waktu paling dinanti-nantikan kami,
aku amik basikal, bawa turun bukit depan rumah itu,
laju melunjur atas rumput yang basah,
bukan setakat berbasikal dalam hujan,
kami main baling selipar juga dalam hujan,
dan ia paling best!

bukan bab main-main je, aku ikut dia,
bab berpakaian pun sama,
mana ada baju-baju kurung menghiasi diri ini,
setakat nak ke majlis kawin dan hari raya,
selain itu, berseluar sahaja aku.

gaya jalan aku pun lain macam aje,
dan mak berusaha betulkan itu semua,
mungkin berpunca dari perbualan ini,

aku pernah tanya pada mak, waktu tolong mak di dapur.
"seronok je jadi lelaki, tak payah masak pun, bila dah siap, diorang datang makan,
bila dah habis makan, tinggal je pinggan, perempuan yang kena basuh.
basuh baju, sidai kain pun sama, semua perempuan yang buat.
orang lelaki ni relax je, setakat pergi kedai beli barang je pun, atau pergi buang sampah.
yang lain, perempuan je yang banyak kena buat" aku memberontak.

"buat kerja lebih, tentu dapat pahala lebih, kan?" mak cuba memujuk.

"diorang tak payah pakai baju kurung pun. senang je diorang nak bergerak. kita ni dengan kena pakai tudung, kene pakai kain bagai, huh." aku berhujah lagi.

"itulah istimewanya perempuan, sentiasa perlu jaga adab dan maruah diri, sebab diri kita, perempuan ni sangat berharga." mak cuba beri penjelasan

============================================

andai aku punya anak perempuan bertanya begitu,
tentu jadi risau,
krisis jantina? huh. berat.

sama macam mak risaukan aku,
beberapa kali mak menegur cara berpakaian aku,
cara berjalan, dan macam-macam lagi.

alhamdulillah, ada peningkatan dan perubahan.
terima kasih mak, untuk usaha yang tiada penat lelah itu,
dan masih berusaha untuk berubah hingga saat ini,
(sebab ada saki baki melekat sampai sekarang ni. hu)

===========================================

"Rasulullah saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki." (riwayat bukhari)

lelaki dan perempuan punya perbezaan yang saling menampung dan saling melengkapi antara satu sama lain, sama ada kejadian fizikal, emosi dan lain-lain. dari kelainan itulah sunatullahnya, kita hidup berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan.

bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan. masing-masing punya tugas dan tanggungjawab. bukan kerana jantina kita ke syurga.

p/s: menulis kerana berita terbaru tentang ini. Ya Allah, selamatkan umat ni dari fitnah dunia akhir zaman.

kalau naik basikal ni masa main hujan dulu2 tu, baru nampak ayu sikit :p

Monday, May 23, 2011

budak itu

main bola, tak sedar diri

bismillah,

minggu ni, minggu last budak tu ada di rumah,
dia akan ke uia untuk meneruskan cita-citanya,
sungguh, penat betul tunggu dia buat keputusan (matrik, uia, mara)
mungkin inilah yang terbaik.

dah penat dah gaduh dengan dia,
gaduh siapa nak jadi imam solat fardhu,
gaduh siapa nak baca doa ma'thurat,
gaduh siapa nak sidai baju, siapa nak basuh pinggan,
hatta gaduh siapa nak bagi makan kucing.

ya. gaduh saja kerja kami.
mak ngan bapak tentu sunyi lepas kami dua balik belajar,
sepanjang cuti ni, riuh rendah rumah,
sepanjang masa, ada je benda nak berdebat,
tapi, gaduh-gaduh ni la penguat kasih sayang

dah besar dah dia,
mak ngan bapak kembali berdua,
tapi, aku selalu anggap dia masih setahun dua,
sebab selalu nak bermanja, aku dan dia

budak itu anak bongsu,
senang ceriakan keadaan,
senang juga untuk kecohkan suasana,
yang jelas disayangai seisi keluarga,

bakal merindui, budak itu

============================================

A sister is a gift to the heart, a friend to the spirit, a golden thread to the meaning of life-Isadora James

Having a sister is like having a best friend you can't get rid of. You know whatever you do, they'll still be there-Amy Li


p/s: dia nak jadi doktor. doakan dia, kawan-kawan. doakan kakak dia juga :)
p/s: baru buat keputusan nak ke uia minggu lepas. sebelum ni katanya, tak mimpi-mimpi lagi. aku pun berhujah apa yang mampu.
p/s: lepas dah rasa uia yang terbaik, ni kata dia pada aku "dah banyak kali dakwin ada pengalaman buat istikharah ni, nanti senangla nak pilih suami!" terus aku rasa nausea dengan statement dia tu.

Friday, May 20, 2011

work heart


tarbiyyah hati. tarbiyyah diri.

ingat, wahai diri!

andai buat sesuatu dengan hati, mudah ia jatuh ke hati

sampaikanlah dari hati, hanya hati bisa menyentuh hati.

work heart!

Tuesday, May 17, 2011

kita kuat ke?

amjad kuat ke? rindu dia

bismillah,

satu hari, teman sahabat ke pejabat akademik untuk hantar surat,
" sian ko, penat teman kita "
" tak pe, kami kuat la.. "

kakak telefon mak, bagitau amjad ada jangkitan kat paru-paru (pneumonia?),
mak dengar suara amjad sayup-sayup
" amjad kuat, amjad kuat.. " (mesti mak dia yang ajar ni)

" siapa menang lawan bola semalam? "
" sape lagi? mestila kelantan, pasukan tu memang pasukan kuat "

=====================================

andai di tanya siapa lagi kuat? lelaki atau perempuan?
mungkin pantas lelaki menjawab, "sudah tentu lelaki, nak angkat sekampit beras pun, perempuan tak larat"

perempuan tentu sahaja tak mahu mengalah, "mestilah kaum wanita lagi kuat. mengandung 40 minggu, melahirkan dan menyusukan anak. laki tak kuat untuk buat semua tu"

jawapan kaum lelaki merujuk pada kuat fizikal, kuat tubuh badan.
perempuan pula melihat kuat itu sebagai kuat mentally.

definisi kuat itu berbeza-beza.
subjektif.
kuat makan. itu kuat juga.
kuat main. kuat tido. ini semua kuat juga.
kuat study. kuat bersukan.

mungkin kuat itu semua mudah kita capai,

tapi dah cukup kuat ke kita andai selimut yang membaluti kita itu tak mampu diangkat sebelum fajar menjelma?
dah cukup kuat ke kita andai marah itu masih sukar dikawal?

kita mahu kuat ruhiyyah bukan jasadiyyah semata-mata. bukan untuk duniawi sahaja, bahkan ukhrawi juga. jom jadi kuat!
p/s: tahajud tak istiqamah, aku tak cukup kuat untuk berada di posisi itu.
p/s: nak dekat balik hukm ni, rasa lagi banyak nak tulis sesuatu kat sini

clinical


bismillah,

minggu ni sambut kedatangan adik-adik 3rd year melangkah ke alam clinical.
nampak sangat excited dan nervous nya mereka. teringat aku dan sahabat yang lain dulu.

excited sebab dah masuk clinical year,
nervous sebab nak berdepan dengan real patient.

jadi fasilitator untuk group LDK dan jelajah PPUKM. alhamdulillah ada partner yang sangat membantu dalam menerangkan tempat-tempat penting dalam blok clinical dan blok akademik.
nak harap aku sorang bawak adik-adik boleh sesat dalam hospital tu. hu. bak kata R, " ko memang tak ada sense of direction"

lepas bawak adik-adik tawaf dalam hospital, kami buat games dan sharing session.
(aku rasa aku yang paling banyak cakap waktu sharing session tu) ni antara isi penting. untuk peringatan aku jugak untuk meneruskan clinical year di tahun-tahun seterusnya.

1. kepentingan study group (sg).
ahli sg daripada posting yang sama. jangan terlalu ramai. lantik ketua untuk conduct dan buat jadual. buat sg note yang simple dan kemas. present, photostat dan distributed pada ahli yang lain. akan rasa terbeban dan tak sempat untuk belajar semua if study alone. sebab terlalu banyak disease untuk di cover.

2. kepentingan usrah
perlu balance ilmu medic dan ilmu agama. salah satu cara elak stressed dan give up dalam menuntut ilmu.

3. cara belajar di clinical year
jumpa patient adalah cara belajar terbaik untuk clinical year ni. setiap hari perlu ke ward. amik history patient, buat p.e, dan present case. tak perlu seharian berada di ward. pagi buat long case. tengah hari balik bilik/pegi library, study balik case yang di clerk itu. cari maklumat tentang case tu. symptoms, investigation, principle of management dan lain-lain. (jangan pulak kalau balik bilik, terus tido dah la. macam kenal je sapa yang buat ni)

4. beza clinical dan preclinical
preclinical-belajar dari buku. banyak teori. jadual yang tersusun. banyak lecture. cepat bosan?

clinical-belajar dari patient. banyak praktikal (pe, buat n observe procedure). tiada spesifik jadual-depends pada student tu sendiri. tak banyak lecture. ada teaching, ada ward round, perlu present selalu. interesting sangat!

5. kesilapan yang sering dilakukan
terbawa-bawa budaya preclinical. banyak baca buku tapi tak selalu ke ward.
oleh sebab tak ada jadual yang specifik, ramai student bangun lambat dan malas ke ward. atau pergi ward, tapi tawaf ward tu 7 kali sebelum approach patient untuk di clerk (rugi masa).

=====================================================

selamat menempuh alam clinical yang sangat menarik. juga selamat meneroka luasnya ilmu Allah dan hebatnya kekuasaan dan kebesaran Ya 'Alim.

“Barangsiapa yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR Muslim)

p/s: rasa tua. dah nak masuk 4th year bulan 6 ni. orang lain cuti sampai bulan 9. siapa suruh jadi student medic.
p/s: sanah helwah ecah (semalam) dan dakwin (hari ni). ada masa, ada la post untuk korang. ho
p/s: selamat hari guru buat semua guru di sekolah, matrik, universiti hatta yang pernah mengajar, menyedarkan dan mengingatkan diri ini walaupun dia hanya seorang petani, penjual di pasar, penulis blog, dan sahabat-sahabat. mereka semua tetap guruku walau tidak berjawatan di kelas-kelas dan bilik kuliah. yang pasti, hamba dhaif ini tidak mampu membalas jasa mereka, hakikatnya keikhlasan itu akan dibalas oleh Allah daripada pelbagai ruang dan cara.
p/s: layakkah aku berada di posisi itu? sungguh akulah yang paling hina antara semua.

Saturday, May 14, 2011

untuk kau


bismillah,

pergi majlis ilmu, datang usrah, attend program, tatkala pemberi kata, menguntai mutiara kata atau renungan muhasabah berkata-kata,

janganlah kau melihat itu dalam diri si polan, atau si polanah, tapi lihat pada diri kau itu saat kata-kata  membenam di hati kau yang tak berapa lunak.

dalam kata mudah: bila dengar seseorang menyampaikan sesuatu, tak perlu menuding jari atau menuding kata pada mereka yang terlintas di fikiran kau, tapi ingatlah apa yang disampaikan adalah untuk diri kau sendiri.
itu yang utama.

special untuk kau, tuan blog ini!

p/s: lepas buat entry 'hilang', blogger buat hal. habis hilang komen2 sebelum ni
p/s: 22 orang disimbah asid? kena fikir 2,3 kali nak ke low yatt beli pendrive baru.

Friday, May 13, 2011

hilang

bismillah,

pernah hilang barang?
apa kita buat kalau hilang barang atau tersalah letak? mencari mencari dan terus mencari,
untuk case hilang barang selain handphone;
kadang-kadang mengomel seorang diri, " ish, kalaulah bole call "
atau kawan yang menambah amarah, " cuba call, hihi..."

tambah parah, untuk case salah letak handphone yang disilentkan,
geram bukan kepalang.

tapi apa pula yang kita buat andai barang paling mahal kita hilang atau salah letak?
andai nikmat iman dan islam itu tersalah letak, atau nauzubillah andai ia hilang
bagaimana tindakan kita?
berterusan mencari? atau tangguh untuk kemudian hari,
mahupun hubungi 911 atau 24434 untuk terus menjejaki.

duniawi oh duniawi

p/s: encik pendrive, di manakah kau bersembunyi?

Sunday, May 8, 2011

kisah aku

bismillah,

teringat kisah lama;

aku: mak, nape mak suka beli bunga? dah banyak dah, tak jemu ke?
mak: bila dah minat, mana ada jemu.
aku: nape pompuan suka bunga? bapak tak minat pun.
mak: sebab bunga tu cantik, perempuan kan suka barang-barang cantik
aku: tapi, ana tak minat pun.
mak: bila kamu dah besar nanti, mesti kamu minat.
aku: yeke..? (nada tak percaya)

mak tengah pilih baju nak dipakai ke sekolah,

aku: baju ni mak. (sambil hulurkan)
mak: dah pakai dah minggu lepas.
aku: la, tak pela, bukan orang ingat pun
mak: ish, ada orang ingat.
aku: yeke mak? kalau ana, ana tak ingat pun orang tu pakai baju apa walaupun baru semalam dia pakai baju yang sama.
mak: nanti kamu dah besar, kamu mesti dapat ingat
aku: yeke..? (nada tak percaya lagi)

hari raya, mak hulurkan 1 kotak

aku: kotak apa ni mak..?
mak: pakai la gelang tu, manis sikit
aku: pelikla mak, nape pompuan kena pakai gelang, cincin. kadang-kadang tu kene make up, pakai kasut tinggi, simple je kan, lagi cantik.
mak: nanti kamu dah besar, baru la faham, nanti kamu pun nak pakai semua-semua tu.
aku: yeke mak?

=============================================

bila kecik-kecik dulu, selalu compare apa yang mak minat dengan apa yang aku minat,
mak suka bunga, aku tak suka.
mak minat melukis, aku minat menulis,
mak pandai mengemas menghias, aku pandai selerakkan barang (hoho, budak2 memang begitu)
suara mak sedap, pandai bertaranum, aku tak pandai pun.
mak pandai masak, aku pandai makan,
mak peramah, aku pendiam,
mak cantik, aku comel :p

mak selalu jadi idola aku, walau selalu berlainan minat dan sifat dengan mak.
selalu nak jadi macam mak,
kalau dah tak de bakat melukis, menghias semua tu, sekurang-kurangnya, aku harap aku boleh contohi sifat pemurah mak, sifat baik hati mak, sifat penyayang mak.

tak nak jadi besar lagi, sebab nak selalu tanya macam-macam soalan lagi kat mak,
tak nak jadi besar lagi, sebab nak bermanja-manja dengan mak,
tak nak jadi besar lagi, sebab nanti dah tak selalu dengan mak.
(hakikatnya, kita takkan selamanya dapat bersama mereka. guna masa yang ada dengan sebaiknya)

"ya Allah, sayangi ke2 ibu bapaku seperti mana mereka menyayangiku sejak aku kecil, kurniakan rahmat kasih sayangMu pada mereka. mereka yang mengasihiku tanpa syarat, mereka yang berkorban tenaga, masa untuk membesarkanku, mereka yang tak akan dapat aku balas jasa. istiqamahkan aku dalam mendoakan mereka berdua..tabah dan redhakan hatiku dan hati mereka saat Kau ambil nyawa kami.ya Allah..."

kita selalu lupa untuk doa agar Allah tabah n kuatkan hati kita semua saat berhadapan kematian orang yang kita sayang. (aku sangat lemah utk hadapi saat itu. kene kuatkan hati dengan sentiasa mohon doa dari Dia!)

ini enrty lama. repost sebab kekeringan idea.

----------------------------------------------------------------

ini baru tulis, buat penambah rasa.

bak kata mak aku sendiri, " sebenarnya hari-hari adalah hari ibu, bukan setakat 8mei je "
mesti mak dengar ceramah ustaz-ustazah kat tv cakap macam tu.

teringat ketika tazkirah oleh bob lokman di surau beberapa hari lepas, bob lokman menyeru ibu bapa sekalian untuk sentiasa mengawasi anak mereka, katanya

" jangan kita sorang je ke surau, ajak isteri, anak-anak kita sekali. ini tak. kita di surau, anak-anak kita tak tahu ke mana "

waktu ni la, mak mengusap belakang badan aku dan dakwin. sambil berkata, " alhamdulillah.. "

aku buat muka pelik. hu. tapi dah faham dah sebenarnya. mak selalu usap kepala kami juga, sambil doa supaya kami semua jadi anak yang soleh solehah.

mak selalu pesan, " nanti kalau mak dah tak ada, selalulah sedekahkan al-fatihah untuk mak, doakan mak dan bapak". sungguh, aku jadi sayu saat mak menyusun kata tentang itu.

bertambah sayu, tika melihat mak kepenatan tertido dengan telekungnya, dengan qurannya di sisi.
menatap wajahnya dengan kedut di dahi, uban di rambut, bukti penat lelah membesarkan kami,
menatap wajahnya dengan kasih sayang, mengharap redha dariMu, ya Allah

kisah aku bukan kisah ibu berlapar untuk anak-anak,
kisah ibuku bukan kisah pengorbanan ibu menyelamatkan anak-anak dari kebakaran rumah,
bukan juga kisah seorang ibu bekerja lebih masa untuk mencari rezeki buat anak-anak menyambung pengajian.

kisah aku, sama dengan kisah kita semua. kisah seorang ibu berkorban nyawa melahirkan kita.
aku tahu dia sayang aku, tapi banyak mana sayang itu aku tak perlu tahu. kerana ia infinity!

sayang mak! sangat-sangat <3
sentiasalah doa agar pahala kita yang sedikit, terlalu sedikit ini, dipindahkan semuanya kepada dua insan tercinta. itulah ibu dan bapa kita
untuk ibu dan bapa, tanganmu adalah seni, menentukan corak kami semua.
berterima kasihlah untuk itu wahai kamu yang bergelar anak!

p/s: aku tak pandai menzahirkan perkataan sayang itu dengan mudah. harapnya dapat dilontar dengan perbuatan :)
p/s: mak di bandung sekarang. baru sehari pergi, dah rindu

Saturday, May 7, 2011

jahiliyyah kita


bismillah,

mari menulis dengan serius.

aku ke surau ehsaniah di kawasan rumahku ni selasa yang lepas.
mendapat maklumat bob lokman akan singgah ke surau itu sebelum meneruskan perjalanan ke tempat sebenar untuk beliau berceramah.

kesempatan yang ada, memberi peluang bob lokman untuk menyampaikan tazkirah antara maghrib dan isya'

dengan keterbatasan waktu, beliau sempat bercerita tentang zaman jahiliyyahnya. bagaimana sebagai seorang bekas pelajar sekolah agama menjadi artis. bagaimana kehidupannya sebagai pelakon.

dia juga bercerita bagaimana setelah dia berhijarah dari dunia artis itu, perlunya mujahadah yang tinggi untuk tidak kembali ke dunia lakonan walaupun dihimpit dengan masalah kewangan dan caci-makian dari orang lain. bayangkan bil elektrik tak mampu dibayar sedangkan dia ditawarkan rm17000 untuk berlakon drama.

hebat mujahadah insan ini. kita bagaimana?

aku percaya kita semua punya zaman jahiliyyah masing-masing.
zaman muda remaja, tika lanjut usia atau mungkin saat ini, kita masih punya sisa-sisa jahiliyyah itu lagi.

[“Iaitu tidak mempunyai ilmu atau tidak mengikut ilmu. Maka orang yang tidak tahu haq, dia adalah jahil ringan. Tetapi jika dia meyakini sesuatu yang bertentangan dengan haq sebagai suatu kebenaran, dia disebut jahil berat. Demikian pula, orang yang mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan haq, dia tetap disebut jahil meski pun dia tahu bahawa hal itu bertentangan dengan haq.”] Ibn Taimiyyah

ada yang berkata lupakan segalanya. mulakan hidup baru. bagi aku, usah lupakan ia begitu saja. usah lupakan dosa-dosamu itu saat kamu memohon ampun pada Dia. kenang kembali dosa-dosa lalu mu itu andai itu dapat menitiskan air mata keinsafan buat kamu.

engkau tahu, bukan orang yang mulia itu orang yang tidak melakukan kesilapan, tapi mereka yang mulia itu adalah yang segera bertaubat pabila melakukan kesalahan. mari berdoa.


"Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu,dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku.Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau."

p/s: aku menyampaikan sesuatu pada kalian di sini, tapi percayalah aku adalah paling hina antara kalian semua.

Thursday, May 5, 2011

kedai pink ain maisarah


bismillah,

1. ke pesta buku untuk tahun ke 3. berbeza, sebelum ni ke sana bersama kawan-kawan, kali ni dengan family (dan bakal family. :p ni tipu). jumpa kang abik, ain maisarah (kedai pink ain maisarah!), ramlee awang mursyid (cik silent reader, sila jeles) dan penulis-penulis lain.

jujurnya, banyak lagi buku belum dibaca. banyak buku belum tentu ada banyak ilmu, tapi orang yang berilmu tentu perlu banyak buku. (ayat bela diri)

2. ke walimah kak su di pahang. 1st time naik bas ramai-ramai ke kenduri kawin. lepas jumpa pengantin, sembang-sembang dengan makcik-makcik rewang kat sana. disuruh makan untuk 2nd round (kami menolak dengan bersopan) juga dipelawa bawa balik pisang (kami menolak pisang masuk ke dalam beg. hu). buat bekal dalam bas katanya. sebabkan ni la, aku ngan A paling lambat naik bas.

seronok :) lain rasanya berjalan-jalan bersama kawan-kawan dan bershopping buku dengan family. tapi dua dua punya manis yang tersendiri ! alhamdulillah

p/s: alhamdulillah jpa dah masuk :) mari merangka budget dengan berhikmah!
p/s: barakallahulakum buat kak su n chip, juga buat kak diba n subhan. moga bercinta sampai ke syurga :)
p/s: bob lokman tersinggah ke surau kawasan rumah aku. nantikan dalam post seterusnya :)
p/s: tajuk tak sesuai langsung. tapi hari tu memang ramai budak2 pompuan beratur depan kedai pink ain maisarah kat pesta buku tu.
p/s: semakin hari semakin tak ada idea untuk menulis. guane?



Tuesday, May 3, 2011

bunga-bunga cinta

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta


p/s: post-walimah n post-pesta buku. teaser.

p/s: buku aku, isabella n tok kenali sudah dibeli. tukang pesan, nak baca dulu bole? harap izin diberi :)